Friday, August 31, 2012

Apa Itu Merdeka [WAJIB BACA BAGI SESIAPA YANG MERASAKAN DIRINYA MERDEKA]


Merdeka! Merdeka! Merdeka! Ramai rakyat Malaysia menyahut seruan ini bila diseru sebegitu rupa... Semua menyahut dengan penuh semangat.... Tapi apa itu merdeka? Apa yang dimaksudkan dengan kemerdekaan tu.... Aku saje jer tanya orang itu ini pasal merdeka... Dan kebanyakannya ada definisi tersendiri.... Dan kebanyakannya.... akan bertanya balik kat aku.... Merdeka tu apa yer? 

Ok..... apa yang korang faham akan kemerdekaan..... Adakah merdeka nie adalah kejayaan negara kita membebaskan diri dari belenggu penjajah British? Kita tanya balik.... Apa itu bebas? Apakah konsep penjajahan.... Dan cuba kaitkan dengan definisi merdeka yang lebih mendalam.... Kita tanya balik..... Merdeka ker kita? 

Adakah merdeka nie adalah satu jenis alasan untuk dijadikan satu hari sambutan besar-besaran..... Satu jenis cara untuk dijadikan platform untuk menyanyi dan berhibur beramai-ramai.... Berkumpul dan bersorak ceria bersama-sama sahabat handai dan rakan taulan? Adakah itu yang dinamakan merdeka?

Adakah merdeka ini adalah satu lagi alasan kepada muda-mudi untuk membebaskan nafsu serakahnya bersama pasangan di tempat-tempat gelap atau hotel-hotel bajet.... Memerdekakan sperma dan ovumnya tanpa hubungan halal iaitu yang dinamakan perkahwinan.... Adakah itu yang dinamakan merdeka?

Adakah merdeka itu.... Satu hari khas untuk memancarkan bunga-bunga api di langit...berdentam-dentum mewarnai langit dengan berbagai-bagai corak dan variasi dentuman dan warna.... Semua berkumpul nak tengok warna-warni bunga api itu... Adakah itu dinamakan merdeka?

Adakah merdeka itu sekadar menunggu waktu dan masa....Tanggal 31 Ogos.... Bila tiba masanya.....pakat bersorak dan melaungkan MERDEKA....MERDEKA..... sekuat hati? Adakah hanya sekejap itu sahaja erti merdeka yang diperjuangkan selama berbelas tahun itu?

Adakah konsep merdeka ini.....Tidak wujud pada zaman sebelum penjajahan ? Tidak wujud jika tidak datangnya koloni-koloni British.....Tidak datangnya koloni-koloni Portugis.... Tidak datangnya koloni-koloni Jepun? Adakah pada zaman itu negara kita tidak merdeka?

Adakah merdeka itu sekadar satu perjanjian di atas kertas.... Menyatakan kebebasan sesuatu negara mendirikan kerajaannya sendiri tanpa campur tangan pihak luar.... Tetapi apabila cuba diubah rang undang-undang yang telah disediakan pihak penjahah.... Ditentang habis-habisan oleh pihak luar? Ironik nya....Pihak luar itu adalah si penjajah itu sendiri.... Adakah itu yang dikatakan merdeka?

Adakah apabila negara kita cuba mengembalikan era kegemilangan satu negara yang berdaulat... Cuba menaikkan semangat Tanah Melayu.... Untuk merealisasikan ideologi keamanan sejagat tanpa ada sedikit pun pergaduhan dan penentangan.....Ditentang oleh pihak luar? Ironiknya....dari bekas penjajah kita juga? Adakah itu yang dikatakan merdeka? 

Adakah merdeka itu..... satu perubahan ideologi pemikiran individu.... satu perubahan imej individu...di mana perubahan itu menyerupai ideologi sesuatu bangsa asing....menyerupai imej bangsa asing.... menyerupai budaya bangsa asing....? Di mana ironiknya ialah.....bangsa asing itu adalah bangsa penjajah kita? Adakah itu yang dikatakan merdeka?

Adakah merdeka itu....suatu ideologi supaya mengagung-agungkan sesuatu negara atau bangsa luar... Atau suatu konsep pemikiran di mana apa yang dilakukan suatu bangsa itu adalah hebat dan bergaya? Walhal apa yang ada di negara sendiri adalah lebih baik jika dimanfaatkan sepenuhnya? Ironiknya lagi sekali....bangsa asing itu adalah bekas penjajah kita juga? 

Aku tanya lagi sekali kepada semua pembaca? Apa itu merdeka? Apakah sebenarnya erti kemerdekaan yang dilaung-laungkan tu? Adakah sekadar perjuangan peperangan menentang penjajah? Adakah sekadar satu sambutan? Adakah sekadar alasan untuk berfoya-foya? Atau....sekadar satu perkataan dalam bahasa melayu yang dinamakan MERDEKA? 

Di mana terletaknya moral dan penghayatan MERDEKA itu? Adakah kita sudah faham? Adakah kita tahu dan faham.... Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan merdeka itu? Adakah kita semua....masih tergolong dalam golongan yang betul-betul merdeka? Dan yang lebih penting....Betul ker kita secara individualnya.... merdeka ? Atau...Merdeka itu hanya satu perjanjian negara.... Tapi kita masih dijajah dan semakin jauh menyimpang dari kemerdekaan itu? Pakat-pakat la bermuhasabah diri.... 

P/S: Share jika anda sayangkan negara kita... Golongan muda...Adalah bakal peneraju negara...

Tuesday, August 14, 2012

Nama Saya Izz | Bro Wacana Junior

Sudah genap enam bulan anak aku nie.... Pagi petang siang malam aku dan wife duk jaga si Izz nie... Akhirnya dah besar la dia nie kan.... Alhamdulillah.... Aku doakan semoga menjadi seorang anak yang soleh dan terhindar dari hasutan-hasutan dan bisikan syaitan yang direjam tu..... 

Dengan nie aku upload la gambar-gambar dari kecik sampai la umur 6 bulan sekarang..... Mengikut fesyen terkini yang dibeli mummy nyer....he he... Kalau rasa comel...sila la LIKE banyak-banyak....ha ha ha..

Masa baru dilahirkan...

Hampir sebulan...

Dah mula berfesyen..hehe

Islamik fesyen...

Fesyen bertudung..haha

Gaya hip hop..(nak dukung sebenarnya..hihi)

Gaya terkini...:)
Dengan ini....anak aku, Izz nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog Wacanaku tidak kira LIKERs atau HATERs... Kerana tanpa U all.... blog nie tak ke mana..... Maaf dipinta jika ada salah dan silap...terkasar bahasa...terguris hati sesape.... Atau terbagi kata-kata pedas yang mana terwujudnya HATERs itu.... Harap tidak disalah fahamkan niat untuk menasihat dan menyampaikan pesanan secara santai dan bersahaja...... 

Kepada yang ada Facebook.....korang boleh la LIKE di page Wacanaku di Facebook... Nanti senang nak dapatkan update dari semasa ke semasa.... Segala entri-entri yang ditulis dalam blog nie boleh di share bila-bila masa.... Asalkan dirujuk kembali ke sini.... Jika ada salah silap dalam penulisan...harap ditegur dan dinasihati.... 

Kepada Anonymous-anonymous sekalian....iaitu pengomen yang tak beridentiti... Terima kasih kerana sanggup meluangkan masa membaca blog yang tak seberapa nie.... Semoga memberi manfaat kepada semua... Aku sayangkan anon-anon sekalian...:)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Hasil nurkilan,
Papa Izz merangkap Bro Wacana..:D

Monday, August 13, 2012

Video Khas - Rohingya, The Forgotten People

Isu Rohingya masih lagi berlarutan....Tapi makin ramai yang sedar akan hal nie...Alhamdulillah.... Turki sudah menghantar bantuannya.... Perdana Menterinya pun sudah menyuarakan pendapatnya.... Dan yang terbaru.....video-video kesedaran tentang isu Rohingya pun sudah mula disebarkan kepada masyarakat dunia.... Inilah salah satunya...


Bilakah negara kita yang tercinta nie akan memberi bantuan kepada mereka.... Bukan ke negara kita dalam kawasan Asia Tenggara juga.... Bukan ke Negara Myanmar juga ada hubungan yang menarik dari segi sejarah sebenar... Tapi mengapa masih membisu.....Sebarkan entri nie supaya makin bertambah yang mengetahui pasal isu Rohingya ini.... 

P/S: Macam mana kalau benda nie kita yang kena.... Apa kita rasa kalau orang tak nak tolong....

Iklan JANGAN Merokok Terbaik Pernah Aku Tengok

Iklan terbaik yang pernah aku tengok pasal jangan merokok..... Jom saksikan iklan nie... Dan silalah berfikir selepas tengok iklan nie....


Aku kate dah.....jangan merokok...jangan merokok.... Korang nak jugak merokok..... Haih... Dah cakap macam-macam pun tetap jugak nak merokok....Dah bermacam jenis cara dah kerajaan cuba nak atasi gejala merokok nie....Tapi last-last korang tetap jugak dengan pendirian nak merokok tu....

Masalahnya....si perokok tu sendiri sedar...yang perbuatan tu MEMBUNUH diri sendiri... dan jugak secara tak langsung dia jugak MEMBUNUH orang di sekitarnya dengan asap rokok tu.... Tapi kenapa dihisap juga.... Nak tau kenapa...kena lah tanya si perokok-perokok sekalian....

Sedangkan si pencipta rokok pun tak nak hisap rokok tu... Adakah ianya trend? Adakah ianya satu persepsi masyarakat yang merokok adalah suatu yang sangat macho? Aku yakin semua perokok tahu isi kandungan yang ada dalam rokok tu.... Depa tahu rokok nie bahaya.... Tapi kenapa nak merokok juger?

Macam nie la contohnya.... Korang tahu di tempat A tu ada peragut dan pembunuh... Bahaya dan boleh membawa kepada kematian...Tapi korang tetap jugak pergi ke tempat A tu.. Padahal tempat A tu takde apa benda pun.... Tapi tetaaaap jugak nak pegi.... Apa orang panggil kalau begini keje korang? Keje bo....... sambung ler sendiri....

Maaf la perokok-perokok sekalian.... Nie nasihat ikhlas... Tak sebut sape-sape kan...Umum nie.... Kepada semua perokok di luar sana.... Jangan tahu nak nasihat orang lain jer....Diri sendiri bila nak korang jaga? Korang nak ker tengok anak-anak korang hisap rokok ? Korang nak ker tengok isteri korang hisap rokok? Korang nak ke tengok bakal menantu korang tu hisap rokok ? Pikir-pikirkanlah.....

P/S: Kalau nak berubah...berubah la sekarang...Jangan ditunggu-tunggu...Takde istilah sampai seru dalam bab nie... Pilihan terletak di tangan anda...

Sunday, August 12, 2012

Tarian Robot Yang Paling Hebat Pernah Aku Tengok !! | Atai Omurzakov

Siapa kat sini tau dan kenal nama nie... ATAI OMURZAKOV... Ada sape kenal tak? Aku pun tak kenal... Tapi lepas tengok video tarian dia..... Pergh...... Hebat giler dowh! Tak sangka pulak mamat nie hebat giler dalam tarian robot dia..... Aku secara tak sengajanya....Tertengok video dia masa tengah godek-godek Youtube.... Jom kita tengok......Nie video mula-mula yang buat aku tertanya-tanya....sapekah mamat nie...


Lepas tu aku terus lagi tengok aksi dia di video nie...... Dalam video nie....first time dapat tengok muka dia..

 
Lepas tu aku tengok yang nie.... Pergh.....Atai Omurzakov nie bukan saje pandai menari....tapi pandai juga menyelit maksud di sebalik tariannya....


lepas tu aku tengok pulak yang nie.... Memang mendalam maksud dia... Apa yang aku faham..... Last-last dia tanya audien.... Apa pilihan kamu? Yang nie ke atau yang tu korang pilih untuk kehidupan kamu.... Pergh....Memang terbaik!! Cer tengok....cer tengok...


Bukan saje dia menang....dia jugak dah ada anak murid..... Nie persembahan anak murid dia pulak.... Memang power!


Mesti ramai yang pelik.... Blog Wacanaku nie kan selalunya sangat kurang pasal hiburan....Kenapa tetiba aku post pasal tarian robot si Atai Omurzakov nie? Haaaa.....Sebab aku tertarik cara penyampaian dia dalam tarian.... Banyak diselitkan maksud tersirat dan tersurat yang ingin dikongsi...Bukan sekadar menari...tapi dia juga menyampaikan pesanan.... Lagipun menari tak salah jika dijaga batas-batasnya... Marvellous!

P/S: Tetibe bahu aku tergerak-gerak masa tengok video dia... Ha ha ha

Saturday, August 11, 2012

Flash Mob Untuk Syria di Suria KLCC

Haritu ada flash mob yang dibuat di Suria KLCC untuk memberi sedikit kesedaran tentang apa yang sedang berlaku di Syria sekarang..... Cer tengok video nie...


Aku ingatkan flash mob nie yang menari-nari tu jer...Macam nie flash mob jugak rupenyer.... Tapi apa yang penting.....video nie memberi kesan yang positif kepada yang melihatnya... Salah satu usaha yang baik untuk memberi kesedaran kepada semua masyarakat di Malaysia tentang apa yang berlaku di Syria...

Mungkin lepas nie boleh buat untuk Rohingya pulak.... Buat dekat Midvalley ok jugak... tak pun Jalan TAR.. Kawasan ramai orang.... Biar depa tahu sikit apa perkembangan saudara seagama kita di negara lain.... 

THIS IS A TIME TO BREAK SILENCE

Friday, August 10, 2012

Bagi Susu Ibu Ketinggalan Zaman ?? | Fakta Di Sebalik Susu Ibu


Aku hari nie nak nak bincang dengan para pembaca pasal susu ibu.... Aku dah ada buat entri pasal susu ibu nie dulu-dulu kat sini (LINK)... Tapi mungkin tak memberi kesan sangat...Sebab masih ada yang terdengar dari kalangan kita nie yang cakap.... ibu-ibu yang bagi susu badan nie adalah ketinggalan zaman!! Eeeh.....sedap mulut dia jer kan cakap gitu.... Yang cakap pulak bukannya orang sebarangan.... Geng-geng nurse jugaaak!! Ape kes....

Ada kepelikan kat sini.... padahal sepatutnya geng-geng nurse yang lebih arif pasal nie... Tapi itu la hakikatnya... Walaupun bukan semua...tapi tu pun dah mencemarkan nama sebahagian dari depa... Ada dari kalangan depa tu....cakap yang bagi susu badan nie ketinggalan zaman.... Zaman moden nie... orang tak bagi dah susu badan..SUSU FORMULA kan ada.....Susu ibu dikatakan menyebabkan budak jadi kurus... tak sihat... bla bla bla.... bermacam-macam alasan dan fitnah yang ditabur.... Ok... aku bagi dulu ilmu yang diambil dari Quran.... Bermaksud macam nie....

“Para ibu hendaklah menyusu anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya. Apabila kedua-duanya  ingin memberhentikan (sebelum cukup tempoh dua tahun) dengan kerelaan kedua-duanya dan melalui perbincangan, maka tidak ada dosa bagi kedua-duanya.” Surah Al-Baqarah ayat 233. 

Wait a minute............Kalau betul bagi susu ibu tak elok....Kenapa ia DISARANKAN DALAM QURAN? Bila ia disuruh dalam Quran.....maknanya benda itu tersangatlah elok.... Atau golongan si "cerdik pandai" tu lagi hebat sampai lebih hebat ilmunya dari ilmu dalam Quran? Bukan ke sepatutnya Quran dijadikan panduan hidup? Cuba faham ayat tu... untuk dapatkan PENYEMPURNAAN PENYUSUAN... hendaklah menyusu selama DUA TAHUN ! Aaaahaaa..... Satu tumbukan KNOCK OUT di situ bagi golongan yang tak sukakan susu ibu....:)

Sebenarnya kan.... SUSU TERBAIK untuk anak-anak kita ialah SUSU IBU.... Memang tiada tandingannya....Korang belilah susu cap apa pun....Susu cap junjung ke....cap ayam ker... harga sampai beratus-ratus ringgit sekotak pun...tetap takleh nak lawan kehebatan susu ibu... Sebab apa? Sebab susu ibu itu adalah susu yang sememangnya dicipta khas untuk anak itu... Penciptanya sapa? Allah s.w.t.... Bukannya dibuat di Penang atau di Sabak Bernam..... 

Setahu aku....untuk minggu-minggu awal kelahiran... Masa anak tu baru dilahirkan...masa tu lah paling penting... Sebab susu ibu masa tu bukan sahaja menghilangkan lapar dan dahaga si anak...tapi juga dibekalkan sistem imun khas untuk anak itu... Di mana takkan wujud di mana-mana susu buatan dalam kotak tu.... Anak yang minum susu ibu nie susah nak dapat penyakit.... Sebab imun depa tinggi... Sape tak nak kan anak yang sihat sejahtera kan....Ke ada yang tak nak kat sini.....

Ia juga berkaitan MENGERATKAN HUBUNGAN SI ANAK DAN SI IBU.... Sebab susu ibu bukan sahaja menyalurkan susu....Tapi EMOSI juga disalurkan.... Sebab tu ada pantang larang pasal mencari ibu susuan... Jangan dicarinya ibu susuan itu dari golongan penzina dan pelacur... Sebab susu ibu nie memainkan peranan dalam pembentukan emosi dan tingkah laku si anak itu... Jadi bagaimana pulak kalau sejak dari kecil lagi dah diberi susu lembu?? Adakah susu yang diproses dari lembu atau soya itu lebih baik dari susu yang diproses dalam badan ibu anak tu sendiri... Satu lagi pukulan KNOCK OUT di situ... dah dua kali tumbang... Mau bangun lagi? he he he...

Pernah dengar penyakit kolik ? Bagi yang tak tahu....boleh pi SINI (LINK) sat....Pasal kesihatan anak korang jugak.... Dengan susu ibu juga....mengurangkan risiko terkena kolik nie.... Kekuningan juga satu masalah biasa ketika awal kelahiran... Susu ibu juga dapat mengurangkan terkena risiko kekuningan yang teruk kepada bayi tersebut..... Korang boleh cuba rujuk kepada DOKTOR PAKAR pasal nie kalau tak percaya..... Jangan tanya kat nurse-nurse paranoid kat susu ibu pulak....

Ada jugak aku terdengar pasal salah satu tanda-tanda kecil kiamat.... Yang si ibu-ibu tidak lagi menyusukan anak-anaknya dengan susu badan.... Kalau ikut pemahaman aku.....Depa dah kurang nak bagi susu ibu berbanding susu formula yang berlambak di pasaran sekarang..... Lebih percayakan iklan dan maklumat di kotak berbanding maklumat dari Quran.... haih.... Zaman makin moden...tapi fikiran semakin ke belakang...

Ini kesimpulannya kelebihan bagi susu ibu
Aku tau la sikit sebanyak kenapa ada segelintir yang tak suka kepada susu ibu nie.... Ada yang bagi alasan sebab keje....takde masa.... ada yang bagi alasan susu tak keluar.... Padahal kalau si ibu tu dah set dalam kepala awal-awal nak bagi susu badan kat anaknya.....AUTOMATIK SUSU BADAN AKAN KELUAR...Cuma awal-awal tu sakit la sikit dekat puting tu... Lepas tu ok jer...

Sebab UTAMA ramai yang tak nak bagi susu ibu.... sebab faktor pengaruh BARAT... Faktor KECANTIKAN.... Dikatakan bagi susu badan... Aset badan dah tak cantik.... You are useless when you are not pretty anymore... Itu yang ditanam dalam minda depa..... Padahal korang lagi USELESS kalau berfikiran macam tu.... Kalau sebab keje... kan sekarang ada breast pump? Hendak seribu daya....TAK NAK SERIBU DALIH.....

Selain manfaat kat si anak....ada banyak manfaat jugak untuk si ibu kalau bagi susu badan....Ni aku listkan...
  • DIET terbaik... bagi sesape yang nak kurus lepas bersalin...sila bagi susu badan sekerap mungkin... Korang akan kurus....Insya Allah...
  • PENGECUTAN RAHIM LEBIH CEPAT SECARA NORMAL.... Ini aku dengar masa doktor nasihatkan wife aku dulu... Nak kecutkan rahim cepat...bagi breastfeeding...
  • MENGELAKKAN kanser payudara.... Nie aku dengar-dengar je...boleh cuba rujuk doktor berdekatan....
  • PIL PERANCANG KEHAMILAN YANG TERBAIK..... Sebab kalau korang amalkan bagi susu badan.... nak datang period pertama memang lambat... Allah dah buat elok dah... Tapi kalau korang berhenti je bagi susu badan....memang cepatla dapat anak lain...:)
  • MENAMBAHKAN KASIH SAYANG TERHADAP ANAK.... ye la...susu badan nie kene banyak sabar... Setiap kali bagi menyusu...korang peluk dan belai si anak tu... Lagi elok kalau masa tu korang nasihatkan anak tu... Si anak dapat mesej korang bukan saja dari telinga....tapi dari hati ke hati...

Haa.... itu ler sedikit sebanyak yang aku tahu...sebagai hanya seorang SUAMI kepada si ibu....cuba nak bagitau kat korang.... Kepada si ibu yang ada info lebih...boleh tambah informasi berguna di ruangan komen.... Dengan kecetekan ilmu nie... Apa salahnya ibu-ibu menambahkannya...ye dak? Lepas tu sebar-sebarkan supaya lebih ramai yang sedar akan kelebihan bagi susu badan nie.... Sama-sama besarkan generasi baru dengan cara terbaik...:)

P/S: Peranan suami pun memainkan banyak faktor dalam menjayakan pemberian susu ibu... Betul tak ibu-ibu sekalian...:)

Thursday, August 9, 2012

Nie Baru Imam Muda | Video Imam Kecil

Mulakan dengan ucapan salam.... Assalamualaikum para pembaca sekalian... Hari nie aku nak membebel pasal imam muda pulak... Bukan imam muda yang kat dalam Astro OASIS tu.... Tapi imam muda yang macam nie haa.... Cer tengok dulu video tu...


MasyaAllah.... baik.....apa yang aku nak sampaikan? Adakah nak bagitau yang nak jadi imam...kene baca sesedap nie ke? Atau nak jadi imam...kene pakai baju putih macam budak tu ker? Atau nak bagitau yang nak jadi imam kene budak-budak? 

Sebab ada yang salah faham.... ada yang cakap nie tanda-tanda akhir zaman....pentingkan kesedapan bacaan semata-mata.... Bukan tu maksud aku..... Lagipun dalam video nie...kita tak boleh nak memberi pengadilan yang betul pasal sape yang lebih berhak nak jadi imam.... Sebab kita tak tau keadaan di tempatnya... Korang tau kan syarat-syarat nak jadi imam? Macam mana hierarki susunannya sape yang lebih berhak nak jadi imam..... Korang tau kan? Mesti la tau kan.... Lagi-lagi yang komen pasal tanda-tanda akhir zaman tu....he he he....

Aku post video tu bukan nak citer pasal sape lagi berhak nak jadi imam.....Cuma aku terpesona dengan budak kecil tu.... Bacaannya bukan stakat sedap jer...Tapi betul bacaannya.... nahu dan tajwidnya lebih hebat dari sesetengah dari kita yang dah akil baligh nie.... Tak malu ke?

Maksud aku sebenarnya.... nak bagitau kat korang...DIDIKLAH ANAK-ANAK KITA BERTADARRUS SEJAK DARI KECIL LAGI..... Biar depa nie dah boleh baca Quran dah.... Kalau tak sehebat budak nie pun takpe....Budak nie dah siap hafal surah surah besar...Kita kalau boleh suruh anak kecil kita hafal surah-surah kecik pun dah ok dah.... Yang penting bacaannya betul dan fasih.. 

Ada yang cakap.... "Kesian kat budak tu...kecik-kecik dah kene hafal Quran....kecik-kecik time die main la..." Ada jugak yang cakap, "Mesti hidup budak tu penuh dengan kebosanan"... Atau "Kecik-kecik bagi tengok kartun la...bila besar baru suruh pi kelas fardhu ain..." Itu ler sesetengah pandangan masyarakat kita... Sangat jauh menyimpang... Kecik-kecik dah ajar sukakan hiburan...kan? :)

Segala-galanya bermula dari kecik... Kalau ye pun mak ayah dia tu agak sengkek ilmu agamanya.... Bagi la budak-budak tu tengok rancangan yang ke arah keagamaan sikit...terapkan nilai-nilai kesucian agama sejak dari kecil... terapkan minat.... Jangan menghalang.... Biar anak kita tu lebih baik dari kita.... Jangan disebabkan kita nie yang dah jahil....Nak jugak anak jadi jahil cam kita....

Bagi yang dah ada ilmu agama.... Jangan syok sendiri jer... Terapkan juga kat anak-anak... Jangan jadi alim sorang-sorang.... Iman bukannya boleh diwarisi.... Kene didik dan diajar sejak dari kecil lagi... Barulah generasi baru yang akan memimpin negara nie tidak sengkek ilmu agamanya......Kita mulakan dari rumah sendiri....Sama-sama kita ikhtiarkan caranya..... SHARE la kepada kawan-kawan...semoga semuanya ingin berubah ke arah yang lebih baik....:)

P/S: Nak ajar anak..bapak dan mak kena belajar dulu...Ye dak...hehe

Sunday, August 5, 2012

Shila Amzah Bertudung | Biodata Shila Amzah


Semenjak dua tiga menjak nie kan.....ramai pulak aku terdengar yang artis wanita kat Malaysia menukar imej depa dengan bertudung.... Yang terbaru aku duk dengar sok sek sok sek.... si Shila Amzah... Kalau korang nak tengok camner imej bertudung yang dikatakan tu....Nie haa...


Oleh kerana si Shila Amzah nie dikhabarkan ingin mneukar imejnya kepada imej bertudung.... Maka aku sediakan la sedikit sebanyak biodata Shila Amzah....

BIODATA SHILA AMZAH

Nama Sebenar: Nur Shahila Binti Amir Amzah (ND Lala)

Nama Komersial: Shila Amzah

Tarikh Lahir: 13 Ogos 1990

Umur: 22 Tahun pada Tahun 2012

Asal: Kuala Lumpur, Malaysia

Alat Muzik Diminati : Gitar & Key Board

Youtube Account:   Shilalas  

Pencapaian: Naib Juara One In A Million (OAIM) musim ke-2

Album: Sha-hila (EMI, 2005), Ost 5 Jingga (EMI, 2008), Bebaskanlah (Monkey Bone, 2009), 3 Suara (bergandingan dengan Ning Baizura dan Jaclyn Victor-2011)

Blog Kesukaan : Wacanaku (syok sendiri sikit...hehe)


Wokeh......benar ke tak dia sekarang akan bertudung.... aku tak tahu....Tapi bagi aku... hanya satu je ucapan aku kalau benar la Shila Amzah nie sudah bertudung.......

ALHAMDULILLAH....SEMOGA HIDUP SHILA PENUH DENGAN KEBERKATAN..AMINN

Aku buat entri nie pun sebagai satu doa khas untuk Shila kalau-kalaulah dia baru terdetik nak bertudung.... Mana la tau kan... Kalau tak benar pun citer nie....Kot-kot lepas baca entri nie dia bertudung... Pergh.. Memang tak sia-sia aku bukak blog nie.....:)

P/S: Memberi galakan untuk perubahan positif amatlah digalakkan dalam Islam...

Friday, August 3, 2012

Sia-sia Lah Puasa Anda Jika..


Sempena bulan puasa nie.... kita disarankan agar pesan berpesan.... Nasihat menasihati.... Supaya sumernye mendapat keberkatan.... Aku tau ramai yang berpuasa... Tak makan dari subuh sampai la maghrib.... Tapi aku pernah dengar orang mengajar pasal puasa yang sia-sia.... Ramai di kalangan dari kita nie....Berpuasa tapi sia-sia....puasa yang kosong.... Camner ek? 

Berpuasa tapi tak solat - Nie kes berat.... Ibarat korang buat rumah... tapi tak pacak tiang... Rumah tanpa tiang.... Atau pun korang nak pegi ke KL nak naik LRT.... Tapi train LRT tu takde! Haa....macam tu la... Puasa nie memang sangat sia-sia...

Berpuasa tapi tak jaga mulut - Perut dah kosong dah nie....tapi mulut pulak penuh dengan gosip dan umpat mengumpat..... Orang tu macam tu macam nie.... Orang nie macam tu macam nie.... Yang orang tengah bercakap tu camner pulak? Tampal mulut.... istighfar bebanyak....

Berpuasa tapi tak jaga mata - Mata tu duk lilau-lilau tengok aurat.... "Eh...mana ada! Aku puasa la!"... Puasa la sangat..... Tak semestinya tengok aurat orang kat bazar....atau kat shopping mall... atau dekat parking lot... Dekat televisyen tu haaa.....dekat komputer tu haaa... dekat henset tu haaa.... Sila la ikhlas berpuasa... :)

Berpuasa tapi tak jaga telinga - Mata dah tutup dengan kain hitam dah... mulut dah ditempel selotape dah nie.... telinga pulak duk dengar lagu-lagu hiburan yang melalaikan..... Lagi teruk kalau duk dengar lagu yang ada lirik mencarut tu... Lagu raya nak masukkan jugak tak? he he...Tepuk dada tanya iman....Kurangkan la... sempurnakan puasa dulu....

Berpuasa tapi tak jaga hati - Anggota luar nie dah sempurna ditutup ngan kain dah nie...dah macam hantu bungkus dah sebab nak jaga punya pasal.....Tapi hati pulak duk dengki sana....dengki sini.... hati pulak duk mengumpat sana...mengumpat sini.... hati pulak duk marah sana marah sini..... Nie pun termasuk puasa yang sia-sia....

Secara kesimpulannya.... puasa bukan dimaksudkan berlapar dahaga je..... Puasa nie adalah menjaga segenap segi... Dari mata ke hati... Waah...dah macam cinta pulak kan....dari mata turun ke hati.... Dan sememangnya macam tu pun....Sebab kalau sempurna puasa kita...maknanya kita ke arah menyempurnakan CINTA KEPADA ALLAH... Ye dak? :)

Sama-sama la perbaiki.... Yang paling penting....SOLAT JANGAN TINGGAL..... Segala amalan tidak dikira jika korang meninggalkan solat... Sempurnakan solat dulu... Maka baru ibadat lain menuju ke arah kesempurnaan....memang takkan sempurna....tapi kita cuba yang terbaik.... Ni tidak... baru bertatih dah tepuk dada kata sudah cuba yang terbaik.... Sudah rasa cukup dengan hanya merangkak... Tapi bila urusan dunia... Berlari laju pun rasa tak cukup.... Sehinggakan terbang pun masih belum puas... Masih sangat jauh lagi.... Masih mentah lagi sebenarnya kita nie....

Isikan mulut kita dengan istighfar, tahlil, tasbih dan tahmid..... Isikan mata kita melihat ayat-ayat suci... Isikan telinga kita dengan alunan ayat-ayat suci.... suburkan hati dengan perkara-perkara yang suci... Itu baru BERPUASA..... dan lebih baik jika perkara yang dilakukan di bulan puasa nie diteruskan sehingga ke akhir hayat...

P/S: Sekarang aku sedang mengisi kebaikan dijari jemari dengan menaip entri pesanan macam nie... Korang pun boleh join jugak....dengan menge "SHARE" kan kepada kawan-kawan.....:D

Thursday, August 2, 2012

Bersin Pun Dapat Pahala Dalam Islam !


Aaaa....aaaa......aaaaaaachuuuummmm!!! Pernahkah korang bersin? Soalan yang boleh dicopkan agak kebangangan kan...ha ha ha.. Off course la semua orang pernah bersin dalam hidupnya... Tapi korang tau tak yang bersin tu boleh memberi pahala percuma kepada rakan-rakan di sebelah dan jugak si pembersin? Haaa.... Ni yang nak habaq mai nie.....

Sebelum diteruskan...nak bagitau....Ini bukan entri konspirasi...ha ha ha... Kena bagitau awal-awal sebab sekarang ramai tengah mood pasal tu... Kalau sape yang minat...boleh baca di entri aku yang INI (Link) pasal Sukan Olimpik di London dan yang NIE (Link) pasal kaitan segitiga dengan Illuminati... Entri yang nie takde kena mengena! Bukan semua benda tu ada kaitan dengan Illuminati...he he he.. Yang nie cuma nak bagitau kat korang....bersin pun boleh dijadikan pahala kalau korang ikut cara Islam sebenar... Senang giler dapat pahala kan...bersin pun dapat pahala jugak!

Sebelum tu nak tanya.....kalau kawan sebelah bersin...apa korang buat? Kipas laju-laju tak nak bau bersin datang? Atau terus tutup idung tak nak berjangkit kuman yang disemburkan tu? Atau terus lari jauh-jauh? He he he... Yang mana perkara pertama korang akan buat kalau rakan di sebelah bersin? Yang mana perkara memula sekali korang buat kalau korang sendiri bersin? Cakap,"excuse me" je ker.... Atau ambek kain sapu tangan pi sumbat dalam hidung dalam-dalam sebab hidung gatal...he he

Perkara pertama yang sepatutnya diamalkan ialah.... Bagi orang yang bersin....Terus ucap ALHAMDULILLAH..... Bersyukur yang kuman tu dikeluarkan dari badan.... Bagi yang duk sebelah... Perlu menjawab kembali ucapan tu...menandakan korang pun turut sama bersyukur.... Dan si pembersin tu menjawab kembali.... Cantiknya cara Islam nie kan..... Sama-sama mendoakan kesejahteraan...bukan mengutuk antara satu sama lain....

Doa bersin
Yang menjawab tu...dekat gambar tu aku rasa khas untuk si lelaki.... Kalau perempuan...dijawabnya "Yarhamkillah".... Maksudnya sama....tapi kalau ikut pesan orang tua aku....lebih baik sebab ikut cara penggunaan bahasa Arab yang betul... 

Senang je kan? Ucap Alhamdulillah...jawab balik dan dijawab balik.....Dah dapat pahala free.... Tapi kenapa ramai yang TAK AMALKAN dan ramai yang TAK TAHU ? Sebab kita sendiri tak suka atau tak mengambil berat akan cara kehidupan dalam Islam...Lebih suka cara orang barat...padahal cara Islam itu lah yang terbaik...

Dalam amalan bersin nie...Dah nampak apa yang cuba diterapkan dalam Islam.... iaitu SALING BERDOA UNTUK KESEJAHTERAAN SEMUA... BUKANNYA SALING MENGEJI DAN MENGUTUK... Diharapkan selepas korang baca entri dari blog tak seberapa nie...korang amalkan doa bersin nie.... Kita cuba perbaiki dari sekecil-kecil perbuatan yang mudah nie kepada sebesar-besar amalan ibadat.... Semoga hidup kita diberkati Allah....:)

P/S: Apa lagi...amalkan la..Senang je pun nie...

Wednesday, August 1, 2012

Segitiga Bukan Lambang Illuminati


Hadoi.... nak kata bengap kang... ada jugak yang marah aku nanti.... Tapi kelakar pulak bila tengok troll bebudak nie yang samakan illuminati dengan segitiga.... Sampai ketupat dan underwear disamakannya.....ha ha ha... Nampak sangat pemahaman depa nie sekadar gambar-gambar dan bukannya dari sudut sejarah sebenar.....Entri nie khas untuk pengenalan siapakah Illuminati dan Freemason bagi yang langsung tak tahu...Santai jer untuk korang...:)

Ini ketupat..bukan illuminati..:D
Untuk pengetahuan semua....segitiga sememangnya BUKAN LAMBANG ILLUMINATI.... Lagi-lagi kalau segitiga siap cantik jer... Perlu paham dari mana konsep segitiga dalam Illuminati tu.... Sebenarnya segitiga tu melambangkan hierarki pemimpin depa.... Peringkat keahlian depa... Kalau tak silap...ada 13 level... Kalau susah nak faham....cuba ingat gizi pemakanan seimbang.....Haaa...macam tu ler contoh bagaimana segiitga dalam Illuminati tu terbentuk... Korang tau tak kenapa dipanggil ILLUMINATI? Lagi mau sindir...sendiri tarak tau...haiya...


Ok...Jadi kenapa selalu dikaitkan bentuk segitiga dengan Illuminati ? Sebenarnya yang dikaitkan bukan segitiga semata-mata.... Tapi segitiga yang mempunyai unsur ONE EYE di atasnya.... Kalau nak lebih detail... segitiga yang bersusun tiga belas lapis..dan diatasnya ada simbol ONE EYE... Yang menunjukkan pemerintah depa yang tertinggi ialah THE ONE EYE..... Dan dalam konsep pemahaman dalam Islam ..ONE EYE nie ialah....DAJJAL..

Ituler secara ringkasnya.... Jadi kalau segitiga semata-mata tu....memang takde kaitan.... Kalau nak cakap pasal Illuminati dan Freemason nie.....perlu paham dulu dari mana asal-usul... Bukan main rembat jer... Bagi sesape yang nak tahu....Mulakan pembacaan anda dari sudut sejarah (Komfem ramai yang tak minat)... Lepas baca baru boleh nak tuduh atau komen... Kalau malas baca sejarah...SILA DUK DIAM.. PI BELAJAQ QURAN! Nak mula dari mana? Ops....ops....Sebelum tu... aku nak citer pasa agenda depa...

Apa agenda utama depa? Kenapa ramai yang cuba menyelesaikan misteri-misteri depa nie... Apa yang penting sangat sampai ramai orang Melayu (ISLAM) cuba nak tahu pasal nie?? Kenapa sampai ada yang paranoid sangat? Kenapa sampai ada yang mengaitkan dengan Sukan Olimpik di London tu ?? (Benar ke tidak, wallahuallam)

Agenda depa nie nak bunuh orang ramai ke macam terrorist yang depa cipta tu? Nak keliling api je ke macam dalam movie tu? Atau nak menghuru-harakan dunia ker? Tau ke tak? Sindir dan komen tu macam tau je kan.... he he he.... Ok... ni dari apa yang aku tau la kan...Agenda depa PALING UTAMA ialah memegang teraju pemerintahan DUNIA...di bawah satu kerajaan yang sama yang dinamakan NEW WORLD ORDER... Dengan memusnahkan AGAMA dalam diri setiap manusia di dunia nie dan menyemai AJARAN SAYANGKAN DUNIA.... Menghapuskan konsep hidup selepas mati...dan menanam dalam minda kita yang hidup di dunia adalah segala-galanya.... DUNIA adalah SYURGA bagi yang enjoy gila bagai tu...Dan NERAKA bagi yang tinggalkan kemewahan dan keenjoyan tu....
Depa sanggup buat apa saja untuk capai matlamat tu.... Termasuk MEMBUNUH dan MENCABUL...Ada faham tak? Ok....berbalik kepada PENGENALAN siapakah Illuminati dan Freemason nie....dan apa kaitan dengan simbol-simbol yang selalu digunakan tu....

Mulakan dari sejarah Perang Salib... The Knight Templars.. Sejarah kerajaan Babylon.... Sejarah kerajaan purba Mesir.... Sejarah Firaun...Sejarah Nabi Musa a.s.... Sejarah Sultan Muhammad Al-Fateh... .... Sejarah Nabi Sulaiman a.s.... Sejarah Harut dan Marut... Sejarah kerajaan lama Inggeris dan Perancis.... Dan bermacam jenis sejarah lagi.... Malas? Takde mase? Awal-awal korang dah kalah dalam perjuangan... Ibarat MATI KATAK...Tak sempat tahu sape musuh...dah kena tembak...:)

Ok..... lepas tu korang boleh juga baca pasal sistem kabbalah... Apa itu sistem kabbalah.. (Bukan Kaabah...bukan kabilah...) Kemudian pergi kepada Baphomet... Siapa Baphomet? Kenapa ia adalah watak penting dalam Illuminati.... Kalau rajin...cuba selidik Tuhan purba Mesir... Amun-Ra...Baca...baca....dan baca.... Baru korang faham kenapa dan mengapa golongan yang korang duk tuduh PARANOID dan SARCASM tu percaya akan wujudnya Illuminati dan Freemason nie.... Dari situ jugak...korang akan perasan yang banyak cerita sejarah yang sudah diselewengkan kebenarannya... Contoh terdekat... Asal-usul manusia... Ada korang dengar dari National Geographic asal-usul manusia dari Nabi Adam dan Hawa?? KOMFEM takde punyer....he he...



Nak bukti lagi... Baca dan selidik pula pasal hasil peninggalan kota-kota lama termasuk kaum Mayan.. kaum Aztec... kerajaan China di bawah pemerintahan Shih Huang Ti... kerajaan-kerajaan lain yang monumennya hampir lebih kurang sama.... Kenapa dan mengapa..Sedangkan depa takde internet....depa kan takde wireless nak bertukar-tukar gambar atau blue print design... Cuba selidik sendiri simbol-simbol ketuhanan depa semua... Apa yang sama dan apa yang tak sama.... 

Bila korang dah baca...selidik...dan kaji sendiri....Kalau korang nak jugak cakap orang yang percayakan kewujudan Illuminati dan Freemason nie PARANOID atau SARCASM....Silakan... Sebab aku takut korang yang terlebih takut dan gerun nanti... Sebab korang akan faham...yang AGAMA sahaja DINDING terbaik nak lawan depa... Bagi sesape yang ABAIKAN AGAMA...SEMEMANGNYA KORANG AKAN TAKUT SAMPAI TERKENCING BILA BACA SEMUA NIE....he he

Aku dah lalui proses mengkaji dan membaca pasal nie... Dulu aku pun tak percaya semua benda nie....Tapi bila kita baca...kita bandingkan dengan perkembangan dunia nie.... Kita selidik secara ilmiah dan mengkaji dengan penuh teliti.... Sememangnya apa yang dijumpai akan mengiyakan kewujudan mereka....Dan menguatkan iman kita untuk beribadat lebih dari biasa...

Semua perkara ada rahsianya tersendiri.... Kadang-kadang korang rasa macam ada benda tak kena dalam kehidupan kita nie.... Kenapa ada kuasa VETO dalam PBB... kenapa ISRAEL asyik lepas jer walaupun buat salah.... Macam mana ISRAEL boleh wujud? macam mana sistem duit kertas nie wujud... Sape yang mulakan konsep DUIT KERTAS nie... BANK mana paling berkuasa di dunia nie... Kenapa boleh turun naik nilai matawang... Kenapa Arab dicop ganas dan terrorist dalam media asing di luar negara... Kenapa watak dalam citer atau movie selalu mengagungkan ZION jika digunakan...Kenapa Amerika dan British sanggup bersumpah melindungi Israel dari segala ancaman.... Tak ke pelik tu? Contohnya...Indonesia dan Filipina sanggup melawan sape saje sampai mati jika Malaysia diserang...Nampak?

Bila korang dah start terbuka pintu hati nak tau akan kebenaran... Korang akan start rasa yang.... ada sesuatu yang tidak diberitahu sebenar-benarnya.... Ada rahsianya... ada sesuatu yang mengawal dan cuba membentuk acuan untuk kita ikuti... Cuba menghasilkan semua manusia ke arah yang sama di dalam arus yang disebut globalisasi....

Dari perspektif agama pula... Semua jenis agama wahyu semakin hilang.... ISLAM semakin hilang... Amalan dan pegangan agama yang suci semakin dipinggirkan.....  Tak payah tengok kat luar... tengok je dekat ngan korang....jiran tetangga... sahabat handai korang.... masyarakat sekampung... keadaan di negeri masing-masing.... Apa yang lebih disayangi...apa yang sudah dan sedang terjadi...Cuba renung dan fikirkan.... dan tanya la diri sendiri... SETAKAT MANA ISLAM DALAM DIRI KITA....Sudah kalah ke kita dengan agenda depa tu?

Mereka paranoid kerana mereka sedar yang iman di dada masih belum cukup kental untuk melawan depa... Sekurang-kurangnya mereka SEDAR....yang mereka masih banyak kekurangan.... Ada juga paranoid lebih tapi langsung tak tau apa yang dia paranoid kan...ha ha ha... Tapi lebih kesian dan bodoh....jika ada di kalangan kita yang tak paranoid...sampai tak takut langsung buat dosa... sampai hanyut dibuai kehidupan penuh KESYAITANAN (Tak solat, tak puasa, minum arak, berjudi, berzina, dan lain-lain) Sampai sembah SETAN pun tak mengapa... Janji dapat makan.... Alangkah ruginya bagi orang-orang yang tak beriman....

P/S: Bukan semua perkara boleh difikirkan dengan akal logik..Perlukan bimbingan agama..barulah tidak tersesat kehidupan kita