Friday, September 28, 2012

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia | Senarai Kedai Kad 1Siswa


Untung jugak dengan adanya kad diskaun siswa 1Malaysia nie....Aku ingatkan sikit je kegunaan dia...rupa-rupanya banyak tempat yang boleh digunakannya.... Aku baru dapat kad nie Rabu lepas...dan terus merasmikannya semalam di KFC...ha ha ha

Untuk pengetahuan korang....Kad diskaun siswa atau lebih dikenali kad 1siswa nie hanya untuk pelajar-pelajar IPT sepenuh masa....tak kira la siswazah atau ijazah....sumer dapat.... Kalau korang nie student IPT...baik pegi cek dekat IPT masing-masing nama korang tersenarai ke tak.... 

Mula-mula aku ingat hanya untuk kedai makan terpilih dan untuk kedai buku jer.... Tapi rupa-rupanya banyak tempat boleh digunakan selain kedai makanan dan kedai buku! Nie list yang aku dapat simpulkan untuk pengetahuan korang.... Mungkin nanti akan ada penambahan dalam senarai tu...


BUKU / ALAT TULIS

• KOPERASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA BERHAD (2% – 10% off)
• K.L COMMERCIAL BOOK CO. (M) SDN BHD (10% off)
• KMK RESOURCES SDN. BHD. (10% off)
• MPH BOOKSTORES (10% off)
• IMLAQ BOOK CENTRE (10% off)
• BORDERS (10% off)
• RONA (5% – 20% off)
• KIANG TRADING (10% off)
• KOPERASI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA BERHAD (5% – 15% off)
• KOPERASI KEDAI BUKU UNIVERSITI MALAYA BERHAD (3% off)


MAKANAN DAN MINUMAN

• KFC (5% off)
• DAILY FRESH (10%)
• A&W (50% off)
• COFFEE BERRY (20% off)
• THE CHICKEN RICE SHOP (Student Meal at RM9.90nett)
• RESTORAN KENNY CRAB (10% off)
• PANCAKE HOUSE INTERNATIONAL (RM5.++ @ 2pcs classic pancake)
• STATION ONE PRODUCT (5% off)
• GLORIA JEAN’S COFFEES (10% off)
• BANGI KOPITIAM (10% off)
• SWEET CHAT (RM12.90nett meals)
• LEGEND’S CLAYPOT BRIYANI HOUSE (5% off)
• DUBU DUBU SEOUL FOOD (RM16.90nett meals)
• MY JAVA COFFEE (10% off)


KELENGKAPAN SUKAN / PERALATAN / PAKAIAN

• TEXLINE LINO (5% – 10% off)
• PROMINENT MILLION SDN BHD (MIZI SPORTS) (10% off)
• BATA (10% off)
• KOPERASI KELUARGA DATO’ HAJI HASHIM MAMAT KUALA TERENGGANU BERHAD (10% – 45% off)


KLINIK KESIHATAN / OPTOMETRI / CERMIN MATA
 
• QUALITAS HEALTH (10% off)
• FOCUS POINT (20% – 50% off)
• POLIKLINIK AN-NISA’ (20% off)
• MENARA OPTOMETRY (10% – 60% off)


SALUN / PUSAT / PRODUK KECANTIKAN

• FOOT MASTER (30% off)
• PARIS HILL (30% off)
• PROACTIV (5% off)
• CLARA (10% off)
• KOPERASI PUTRI TERBILANG MALAYSIA BERHAD (5% – 20% off)


PENGINAPAN

• ANCASA HOTELS & RESORTS (10% off)
• TUNE HOTELS REGIONAL SERVICES SDN BHD (25% off)
• LEO EXPRESS HOTEL (20% off)
• KOPERASI AL-TAQWA KAMPUNG KISAP LANGKAWI BERHAD (2% – 15% off)
• KOPERASI GURU-GURU MELAYU KEDAH BERHAD (15% off)
• KOPERASI MAJLIS GURU UGAMA MENENGAH BERHAD (5% off)
• KOPERASI MELAYU BERJAWATAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN BERHAD (15% off)
• RAKYAT TRAVEL SDN. BHD. (special rate)
• RAPID KL (50% off)
• MAS (25% off)
• FIREFLY (50% off)


PRODUK IT

• KOPERASI CELCOM BERHAD (2% – 5% off)
• KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR BERHAD (10% off)
• IFAMILY (15% off)


LAIN-LAIN

• BKZ BIKERZ (special rate)
• ROLLER STAR ARENA (10% off)
• DOUBLE SITE (10% – 15% off)
• KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA BERHAD (2% – 5% off)
• KOPERASI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI BALIK PULAU BERHAD (4% off)
• MYDIN (special rate)

P/S: Terima kasih kerana mengurangkan beban seorang student macam aku...:)

Thursday, September 27, 2012

Populasi Babi Di Malaysia Lebih Dari Manusia !!


Mengikut kajian seorang saintis dari Amerika Selatan.... Menunjukkan bahawa bilangan populasi babi-babi  melebihi bilangan manusia yang ada di Malaysia! Mengikut fakta yang dikatakan beliau.... Jumlah bilangan babi di Malaysia kebanyakannya melebihi jumlah yang ada di negara lain....

Spesis babi yang dikira itu dicampur dengan semua jenis spesis yang ada.... Dan spesis Babi di Malaysia selalu meningkat seolah-olah seperti ada berlaku sedikit mutasi..... Inilah sedutan kata-kata dari saintis terkenal itu....

"Jumlah babi di Malaysia sangat banyak, sehinggakan menjangkau bilangan yang melebihi bilangan penduduk... Sepanjang kajian saya... babi boleh dijumpai di mana-mana sahaja.... Sehinggakan ada sesetengah spesis babi di Malaysia nie sudah berlaku proses evolusi yang melampau!"

Bila diajukan soalan yang seterusnya oleh wartawan-wartawan dari Malaysia...

Wartawan: Boleh anda terangkan bagaimana contohnya babi yang sudah berevolusi itu?

Saintis: Begini....semasa saya membuat kajian...tetiba rakan saya menjawab telefon... Kemudian saya terdengar sesuatu yang mengejutkan saya....... "Oi Babi!! Mana ko babi!?" Saya terkejut!! Dia sedang bercakap dengan seekor babi! OMG!!!"

Wartawan: ..............................................(diikuti dengan bunyi cengkerik)

Saintis: Cuba anda bayangkan.... Banyak mana babi-babi di Malaysia nie yang sudah berevolusi.... Saya tanya kepada kawan itu.... Anda sedang bercakap dengan seekor babi? Dia menjawab...."YA!!! Babi betol!".... Can u believe it?"

Wartawan:.................................. (cengkerik lagi)

Saintis: So...saya membuat kesimpulan....populasi babi lebih dari bilangan manusia di Malaysia nie...

Wartawan: ..................... (pengsan....diikuti bunyi cengkerik....)

Kesimpulannya..... Sama macam dekat TV discovery....Semuanya bukan boleh percaya pun... he he he (TETIBE)

P/S: Cerita ini rekaan semata-mata....hehehe Dan jangan menyumpah guna BABI! nanti ada mat saleh salah buat fakta...:D

Monday, September 24, 2012

Dulu Gangnam, Sekarang Demam Adele Sebab Shila Amzah

Gangnam Style...satu style yang sangat popular sekarang... Tapi aku harap gaya nie tak menular sangat di kalangan kita nie.... Cukup la dengan Malaysian style... Sebab Malaysia kan Truly Asia... So...tak yah nak ubah style.... Ini style kita.... kan? Tapi sekarang ada demam baru pulak....demam Adele... Ni gara-gara Shila Amzah memang Asian Wave 2012 la nie...

Untuk pengetahuan yang masih tak tahu....Shila Amzah dah menang pertandingan Asian Wave 2012 yang diadakan di China baru-baru nie.... Dan salah satu lagu yang dipersembahkan semasa pertandingan....ialah lagu yang asalnya dinyanyikan oleh Adele - Set Fire to The Rain...

Sejak Shila Amzah menang...lagu nie dah jadi popular gila-gila kot... Semua persembahan yang aku join mesti ada nyanyi lagu nie.... Radio pun sama...Haih.. Tapi memang best lagu nie... Dan Shila Amzah nyanyi pun best gak.... Dan lagi cantiknya...Shila Amzah buat persembahan dengan bertudung...Memang menunjukkan this is Malaysian Style.. Sape kate artis tutup aurat tak boleh pegi jauh! (Sebab tu aku buat entri nie)...Cer dengar dan tengok....


Kalo nak tau lagu asal....Nie dia.... Lebih kurang la kan....Ke lebih baik? huhu...


Shila Amzah persembahkan lagu nie masa peringkat saringan (kot..tak pasti).... Masa final...dia buat persembahan lagu lain...Dan salah satu lagu yang dipersembahkan adalah dalam bahasa Mandarin...Memang terbaik....

Aku sokong ajer sesape artis yang menunjukkan fesyen sopan dan menunjukkan style Malaysia nie... Kalo yang jenis celop...jenis yang dah takde identiti Malaysia...Sori to say la kan.... Aku tak sokong punyer... Popular ke tak popular.... Gua tak layan... Gua layan yang ada identiti Malaysia je... Kata negara Islam kan... Please show the Islam Way (At least pada fesyen kita)... No celop-celop....No Gangnam... :)

P/S: Semoga lebih ramai artis berjaya bukan saje di dunia...tapi di akhirat..:)

Friday, September 21, 2012

Tiger Balm Neck & Shoulder Rub Review | Terbukti Power!




Lama sudah aku mencari, akhirnya aku menjumpainya juga. Ubat yang dapat melegakan sakit dekat belakang leher dan sakit bahu bila duk mengadap komputer lama-lama nie.. Semua mesti pernah rasa kan ketidakselesaan menghadap lappy bila dah mula rasa sakit-sakit atau sengal di leher atau bahu bila lama sangat kan? Lagi-lagi blogger cam kita nie.. Atau yang bekerja hanya di depan komputer sahaja...Penyelesaiannya, Boleh dicuba Tiger Balm Neck & Shoulder Rub ni...

Aku sudah mencubanya... Dan yang pasti, memang berkesan.  Tapi takde la lepas sapu tu hilang terus sakit tu... Tunggu lama sikit baru ada rasa kesannya...sangat melegakan...Tak perlu pegi rumah urut... Tak perlu ada kes jeles menjeles antara suami isteri dah... Urut je dengan Tiger Balm nie... Hilang la sakit dekat leher tu..Nak lagi cepat hilang...suruh si isteri atau suami yang sapukan...Baru ada kemesraan kan..:)

Tiger Balm Neck & Shoulder Rub nie bukan saje dapat hilangkan kesakitan di leher dan bahu...Kewangiannya boleh tahan... Bau lavender... Korang tahu kan lavender nie adalah pewangi yang boleh menenangkan jiwa kita... Sangat tepat pilihan wangiannya... Sambil dapat melegakan kesakitan otot leher dan bahu, dapat juga sedikit ketenangan dengan wangian nie... 

Tiger Balm Neck & Shoulder nie ada dua variasi. Satunyer yang diceritakan kat atas, iaitu Tiger Balm Neck dan Shoulder Rub... yang diwangikan dengan pewangi lavender, Satu lagi ialah Tiger Balm Neck & Shoulder Rub Boost.  Yang nie untuk melegakan kesakitan disebabkan ketegangan otot di leher atau di bahu yang lebih berat... 

Yang menariknya, Tiger Balm Neck & Shoulder Rub nie adalah dalam bentuk tiub... 50 gram setiap satu...Macam tiub pencuci muka korang tu... Senang untuk dibawa ke mana-mana dan senang untuk digunapakai di mana sahaja...  Design tiub dia pun boleh tahan smart... tak percaye boleh tengok gambar...:)

Senang untuk dibawa dan digunakan di mana-mana sahaja..
Nice design kan..
Kelebihan-kelebihan lain yang ada pada Tiger Balm neck & shoulder nie ialah, ia tidak berminyak... Kiranya senang tanggal bila basuh dengan air dan tidak melekit.. Formula terbaru yang meresap lebih cepat ke dalam kulit dan cepat melegakan kesakitan di tempat yang khusus seperti leher dan bahu... Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut, boleh ke website rasmi Tiger Balm di SINI

Contoh produk Tiger Balm di Watson
Belum cuba belum tahu kan.. Aku dah mencubanya...Dan memang puas hati..Aku nie dah la jenis aktif bersukan... Tambah pulak aktif berblog...Dua-dua aktiviti yang boleh menyebabkan sakit-sakit otot terutamanya di bahagian leher dan bahu. Aku dah jumpa penawarnya...Baik korang cuba... Tak mahal mana pun... Harganya lebih kurang RM15.90 je... Sememangnya Tiger Balm Neck & Shoulder Rub sangat berkesan...

P/S: Ini adalah sticky post...

Innocence Of Muslim, Betulkah Tindakan Kita?


Sape kat sini tak tahu akan perihal cerita Innocence Of Muslim..memang korang jenis tak ambik tahu pasal sensitiviti agama..... Topik nie adalah topik paling hangat dan disebabkan cerita nie...Banyak dah berlaku rentetan peristiwa sehingga sekarang sampai habis huru-hara jadinya di seluruh dunia Islam.....

Apakah cerita yang disampaikan Innocence Of Muslim nie? Dikatakan cerita nie menjatuhkan martabat dan maruah Nabi Muhammad s.a.w kerana menggambarkan Nabi seorang yang buruk perangainya... Sememangnya ini adalah satu perkara yang tak boleh dibiarkan begitu sahaja....WAJIB DITENTANG! 

Tapi........ Kenapa perlu dibuat macam nie? 



Dan macam nie?


Dan lagi........



Kenapa?

Memang la kita perlu halang perkara-perkara macam nie.... Tapi ADAKAH BETUL CARA INI? Menampakkan keganasan sana sini... Ekstrem giler kita nie... Betul ke begini caranya? Kita petik dari Surah Al-Imran ayat 86...

"Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu, dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab terdahulu daripada kamu dan orang-orang musyrik ; banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa, maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat"

Dalam ayat nie....dah diceritakan sememangnya akan ada tuduhan dan fitnah yang melampau dari pihak mereka yang nak tengok kita sakit hati.... Dah diceritakan 1400 tahun yang lalu.... Dan salah satu contohnya...yang berlaku sekarang....Adakah cara macam gambar tu adalah cara orang yang bersabar dan bertaqwa? 

Kalau begini la kan.... senang je la depa nak huru-harakan kita...dengan bermodalkan dua tiga ratus dolar pun dah jadi....Buat satu video menghina Nabi... upload dalam Youtube... Pastu tunggu masa dan lihat jela... Demonstrasi sana-sini....bom berani mati sana-sini... Senang nyer kita diperalatkan....

Apa gunanya pemimpin Islam jika perkara nie mereka tak dapat setelkan.... Kita sebagai rakyat biasa sepatutnya menyerahkan ketidakpuasan hati nie...melalui pemimpin...Inilah salah satu peranan pemimpin... Rakyat sememangnya dah marah.... So...pemimpin negara....yang sepatutnya mencerminkan pandangan rakyatnya.... tampil la ke depan... bersidang dengan pemimpin Islam yang lain...dengan kesepakatan semua pihak.... menyaman, mendenda, menyuruh mereka yang terlibat melakukan permohonan maaf secara terbuka dan menghentikan siaran secepat mungkin... baru nampak kita bersatu.... Ni tak....makin berpecah ada la...

Adakah Islam nie GANAS? Tidak.... Sama sekali tidak... Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian dan kemakmuran sejagat.... Jadi jika ada perkara macam nie... Semua umat Islam harus bijak mengendalikan emosi marahnya dengan berpandukan ajaran ISLAM tu sendiri.... 

Kalau.......Kalau pemimpin tu sendiri takut nak berdepan dengan depa? Adakah itu sebabnya kita nak berdemonstrasi sampai memecahkan cermin dan membakar kereta? Pun tidak sama sekali... Lantik seorang pemimpin lain yang lebih berani dan menegakkan Islam... Lakukan secara ilmiah dan bijak... Barulah pemimpin dunia lain nampak....Dunia Islam tidak mudah diperkotak-katikkan....

P/S: Cuba bayangkan, apa yang akan Rasulullah s.a.w akan buat jika beliau masih ada sekarang.... Mungkin perkara begini akan ditukar menjadi satu titik tolak kemasukan penganut agama lain ke dalam agama Islam secara besar-besaran disebabkan tindakan bijak beliau menangani masalah ini.... Fikirkan...

Wednesday, September 19, 2012

Prinsip dan Tunjang Kehidupan Sebenar Yang Dah Lama Kita Tinggalkan


Dengan mengambil beberapa minit aku sedang merehatkan diri dari melihat beribu-ribu nombor dalam Excel...Ada baiknya aku menaip entri dalam blog dari duk melepak di kaki lima... Ala...bukan pasal benda berat pun....cuma berkenaan prinsip kehidupan atau tunjang sebenar kehidupan yang dah lama manusia moden tinggalkan.....

Ramai duk kata...kalau korang lapar, makan...kalau korang dahaga...minum... kalau korang mengantuk....tidur... kalau nak berjaga malam...pekena la tongkat ali...he he... Tapi...benda nie sebenarnya takde kepastian dan kemestian.... Haaaa....sudah.... ape ke benda la pulak Bro Wacana nak merapik dan merepek nie...kan?

Betul la.... Prinsip kehidupan yang sebenar ialah.... Tiada apa pun yang terjadi tu...akan semestinya terjadi....Dan tiada jaminan benda tu akan terjadi kalau tidak diizinkan ia terjadi.... Itulah konsep prinsip kehidupan sebenar.... Konsep Ketuhanan.....:)

Doktor tidak boleh menyembuh pesakit.... Doktor cuma boleh ikhtiar untuk mengubati seseorang itu dengan kudrat dan ilmu yang telah diberikan kepadanya oleh sesuatu... Apa...ingat lahir je mamat atau minah tu..terus jadi doktor ek? Mane ade.....kene masuk sekolah dulu...masuk U dulu... belajaq 5 hingga 6 tahun...baru dapat keje jadi doktor...Ilmu tu datang dari mana?

Yes....ilmu tu cikgu-cikgu kita yang ajar....Tapi cikgu tu dapat dari mana ilmu tu.... Mestila dari cikgu depa pulak kan.... cikgu depa? Dapat dari mana? Jadilah cikgu-cikgi kepada cikgu-cikgi sekalian sehingga la ke zaman Nabi Adam.... Nabi Adam sape ajar? Malaikat.....Malaikat pulak sape ajar? Tepuk dada tanya iman....

Tu le contoh paling senang..... Segala apa yang kita lakukan nie....Takkan jadi jika tidak mendapat keizinan dari ALLAH Subhanahu wataala.... Kita kena berpegang teguh pada yang nie je dulu.... baru lah dapat elak dari syirik-syirik kecil yang akan mengganggu gugat hati sanubari kita yang rapuh nie..... 

Korang berpegang teguh pada prinsip kehidupan yang nie jer.... Insya Allah takde la yang nak jadi gay....takde la yang nak jadi lesbian...takde la yang nak buat maksiat... takde la yang nak BERZINA... takde la yang nak buang bayi sesuka hati.... Sebab apa?

Sebab korang akan rasa yang korang cuma menumpang sahaja di bumi Allah nie... Menumpang kasih...menumpang simpati...menumpang tempat untuk menjalani apa yang disuruh-Nya dan menambahkan amal ibadah sebanyak-banyaknya.... Sebab nanti korang semua nak masuk syurga.... Bagi yang tak nak masuk.... dipersilakan masuk ke neraka... Allah dah bagi PILIHAN kepada korang... 

Sama la macam tutup aurat.... solat ke tak...puasa ke tak.... bersyukur ke tak.... Semuanya Allah bagi pilihan... Kalau korang cerdik dan pandai... Mestilah memilih jalan ke syurga kan? geng-geng yang tak cerdik dan bengap sahaja akan memilih jalan ke neraka... 

Tanya balik diri kita.... Masih ingatkah prinsip kehidupan dan tunjang asal kenapa kita di dunia nie.... Adakah kerana duit? Adakah kerana pangkat? Adakah kerana nak rumah dan kereta besar sahaja? Atau kerana ia hanya satu tempat untuk kita memilih jalan mana yang kita nak lalui selepas nie? jalan syurga ke.....jalan neraka.... Korang pilih la sendiri... Aku dah pilih... Korang bila lagi...;)

P/S: Ringan ke berat entri nie ek....Aku rasa ringan je kan.... he he..

Friday, September 7, 2012

Spiderman Bersilat

Boleh ke korang bayangkan macam mana spiderman bersilat? Tak payah nak bayang pun takpe...sebab memang spiderman pandai bersilat....Tak percaye tengok nie...he he he...


Thursday, September 6, 2012

Kepentingan Dan Rahsia Garam


Garam nie banyak rahsianya.... Sejak dari mula-mula manusia menapak di muka bumi nie....garam sudah lama wujud.... Sebijak mana pun manusia....rahsia garam pun masih belum diterokai sepenuhnya.... Banyak sebenarnya kepentingan dan rahsia di sebalik kehalusan garam nie....

Antara rahsia yang telah berjaya dicungkil ialah......sesungguhnya garam itu masin...he he he... Ok...ok....serius....serius.... Rasulullah s.a.w mengamalkan pengambilan secubit garam sebelum dan selepas makan....Jangan la banyak sangat... Secubit jer...sekadar rasa masin-masin sikit je.... Dah dibuktikan para pengkaji sains... ia dapat menambahkan keberkesanan perut menghadam makanan dan menghindar dari penyerapan racun.....

Dari Anas bin Malik, Nabi kita bersabda, "Penghulu segala lauk pauk ialah garam."

Garam juga banyak digunakan sebagai ubat alternatif bagi menyembuhkan beberapa penyakit seperti gout dan sebagainya.... Bahagian yang terkena gout itu ditimbus dalam pasir pantai selama 1 jam - 2 jam...Kemudian mandilah air laut... Dipercayai boleh menghilangkan penyakit gout itu.... Jika berjauhan dari pantai... gorengkan segenggam garam kasar sampai kekuningan...pastu tuamkan segenggam garam tadi dengan dibaluti secebis kain...

Bagi yang senang mabuk kalau naik kereta ker....bot ker... kapal terbang ker.... Caranya dengan meminum madu dengan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan.... Nak tahu berkesan ke tak....cuba la dulu.... Dari duk makan ubat penahan mabuk tu kan... Ada kesan negatif jangka masa panjang.....

Garam juga digunakan bagi mengubati penyakit cirit-birit.... Caranya senang jer... masukkan secubit garam dalam air suam....kacau dan minum... Jangan diletaknyer garam tu banyak sangat.... Darah tinggi korang nanti.... hu hu hu....

Garam juga digunakan bagi mengurangkan kesakitan sakit gigi atau ulser mulut... Caranya.....larutkan sedikit garam dalam air suam...kemudian kumur dengan air garam tu... yang nie aku pernah cuba.... Menjadi jugak la kadang-kadang.... 

Mengelakkan dari daging mentah busuk juga boleh guna garam.... Bagi sesape yang nak mengembara dalam hutan ker....mana-mana ker yang menggunakan masa yang lama....dan korang teringin nak bawa bekal daging... Boleh guna cara nie... Perapkan daging mentah dengan garam yang dicampur dengan serbuk kunyit tanpa dibasuh.... Sebab air boleh mempercepatkan pembusukan daging mentah.... Pastu letak dalam bekas tertutup... Insya Allah daging tu tak busuk...:)

Banyak lagi kegunaan dan rahsia garam nie... Sesungguhnya garam adalah perkara yang wajib digunakan dalam apa jua masakan.... Tiada garam... tiadalah rasa... Ceewah...dah macam Master Chef dah nie....ha ha ha... Tapi ingat yer... Garam-garam yang dinyatakan di atas seeloknya garam bukit... Atau garam yang dibuat sendiri.... Atau garam kasar...Sebab garam halus yang dalam paket di kedai tu sememangnya tak elok... Terlampau banyak bendasing (bahan kimia) yang dah dicampur..... Kalau betul-betul nak jaga kesihatan... gunalah garam bukit...Atau garam kasar...

Haaaa.....itu baru sikit... Banyak lagi rahsia garam nie... garam juga dipercayai salah satu medium perantara dengan alam ghaib... Kalau korang selalu tengok atau pernah guna khidmat ustaz-ustaz halau jin...mesti depa mintak garam..... Sebenarnya ada kisah di sebaliknya.... Aku pun tak berapa arif pasal tu... sesape yang tahu boleh tambah di ruangan komen...

Garam jugak boleh dijadikan senjata... Kalau dah terdesak sangat kan.... Boleh dibaling ke arah mata dan kesannya sama macam korang baling pasir.... Kot-kot la masa duk kat dapur....pencuri masuk kan... Dah takde benda sangat nak dibaling...baling la garam tu.... Kalau ada batu lesung...lebih baik dibalingnya batu lesung... Hambik ko...ha ha

Okeh....kalau aku listkan sumer jenis rahsia dan kepentingan garam nie....Tak habis entri aku nie... Sememangnya banyak dan tak terjangkau maksudnya.... Itulah keindahan ciptaan Allah... baru bincang pasal garam jer... Pun dah tak tercapai minda kita nak cungkil kesemuanya..... Itu baru bicang yang dah tahu...yang masih kekal rahsia.... Sesungguhnya amat kerdil kita nie disisi Allah....

P/S: Bagi yang dah ada penyakit...ikut la saranan doktor dalam pengambilan garam dalam makanan....:)



Wednesday, September 5, 2012

Cara-cara Atau Tips Mendidik Anak Dengan Betul


Anak kita adalah permata dalam sebuah keluarga.... Sememangnya anak adalah sesuatu yang sangat tidak ternilai harganya jika nak banding dengan duit atau semua perkara yang lain.... Semua pasangan yang berkahwin inginkan anak.... Tapi ramai yang tidak mendidik anak itu dengan cara yang betul.... Inilah sedikit sebanyak cara-cara atau tips untuk mendidik anak dengan sebetulnya mengikut kaedah Islam....

Rasulullah s.a.w telah menggariskan empat tahap dalam pendidikan anak-anak mengikut faktor umur dan masa.... Tahap pertama ialah ketika anak itu masih kecil...anak yang baru lahir... Hendaklah dibanyakkan bergurau senda dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang... Jika nak yang lebih elok... Banyakkan selawat dan bertahmid, bertahlil, bertakbir dan sebagainya dengan anak-anak itu... Biasakan diri mereka dengan kalimah-kalimah suci...Bukannya hiburan-hiburan terkini....Kekalkan kesucian anak kita semaksimum mungkin....

Pada tahap kedua, iaitu anak di sekitar umur 7 tahun hingga baligh (lingkungan 14 tahun)....Hendaklah dididik dengan arahan, disiplin dan tanggungjawab.... Kena lebih tegas berkenaan disiplin dalam semua perkara.... tutur bicara...adap sopan... solat dan sebagainya.... Ramai yang tertinggal bab solat dalam lingkungan umur nie... Anggap anak tu masih kecil... Sedangkan masa nie lah dimestikan mengajar bab solat dan ilmu-ilmu kedisplinan yang lain....Ingat...dalam Islam..dibolehkan merotan anak jika anak itu tak nak solat selepas umur 10 tahun dengan cara yang betul....

Pada tahap ketiga, iaitu pada umur 15 tahun hingga 21 tahun.... hendaklah dididik dengan cara lebih matang dan berbincang.... lebih kepada berkawan...bertukar pendapat dan menghormati pendapatnya selagi tidak melampaui batas dalam syariah.... Banyakkan berbincang dan memberi pendapat dengan cara yang lebih matang kepada anak-anak.... Sebab mereka sudah masuk ke tahap mendewasakan diri dari budak mentah kepada budak yang sudah ada kehidupannya yang tersendiri.... Tapi masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari ibu bapa.... Fikiran depa masih belum betul-betul matang dalam hal-hal yang memerlukan pengalaman dan yang lebih kompleks...

Pada tahap keempat, iaitu 21 tahun ke atas.... ibu bapa hanya berperanan sebagai penasihat sahaja.... Berikan mereka kebebasan memilih selagi tidak bertentangan dengan agama dan merosakkan kehidupan mereka... Sepatutnya anak-anak pada masa nie...sudah tahu yang mana buruk dan yang mana baik berlandaskan agama... Itupun jika anak-anak itu sudah melalui semua peringkat didikan dengan berkesan dan teratur... 

Jika ada tertinggal satu tahap pendidikan yang sepatutnya.... Mungkin anak-anak itu tidak matang atau tidak dapat berdikari dengan sebetulnya apabila sudah mencecah 21 tahun... Perlu ingat...segala didikan perlulah selari dengan tuntutan agama.... Tinggi melangit ilmu dunia...kalau rendah ilmu agamanya....Pun takkan jadi... Mungkin benda nie takkan dirasai ketika senang dan bahagia.... Tapi apabila timbul saja krisis atau masalah walaupun sedikit...Baru korang tahu betapa pentingnya ilmu agama.....

Jika inginkan kebahagiaan sehingga masuk ke usia tua... Jangan tinggalkan ilmu agama.. Didiklah anak kita tentang ilmu agama dan dunia dengan sama rata... Pada zaman kini....Bagi aku...Ilmu agama lebih penting dari ilmu keduniaan...Kerana cabaran dan dugaan persekitaran untuk anak-anak kita jauh lebih mencabar... Hiburan semakin berleluasa... Budaya kuning senang merebak ibarat air yang dicurah.... Negativiti menyelubungi seluruh dunia melebihi positiviti.... Hanya ilmu agama yang dapat selamatkan anak-anak kita...

Sesal kemudian tak berguna.... Itu jer ungkapan sesuai yang boleh dinyatakan di sini.... Sendiri buat...sendiri tanggung... Anak kita adalah permata yang perlu digilap dan dijaga dengan rapi.... Kalau tak dijaga... buruk padahnya.... Dan kena juga ingat.... jaga anak tak sama jaga haiwan peliharaan... Setakat bermain dan beri makan saja tak cukup... Perlukan bimbingan rohani dan jasmani....spiritual dan fizikal... barulah anak-anak itu kekal sebagai manusia yang boleh dipanggil khalifah di muka bumi nie.... Pesanan untuk aku juga... Insya Allah....;)

P/S: INGAT: Apa yang mak ayah dia buat...Itu ler yang ditirunya... Sopan kita...sopan la anak kita... Baik tutur bicara kita...baiklah mereka...Insya Allah..


Tuesday, September 4, 2012

Fenomena Gangnam Style Sudah Dirancang?


Siapa yang tak tau pasal Gangnam Style? Sememangnya korang masih terselamat dengan fenomena yang tah apa-apa itu....he he... Tapi hakikatnya ramai yang sudah tahu dan kenal apa itu Gangnam Style... Termasuk aku! ha ha ha...

Aku dapat tahu pun dari member dan dari surat khabar Utusan (kalau tak silap).... Dikatakan lagunya menjadi satu fenomena baru di seluruh dunia....dan tempiasnya terkena kat negara kita nie...Malaysia... Kalau nak tahu....taip je dekat Youtube....memang berlambak orang duk buat video parody pasal gangnam Style nie.....

Apa itu gangnam? Aku dengar citer.... Satu nama tempat di Korea ajer... Sama macam Kampung Baru atau Putrajaya je kot.... Tapi kenapa ada Gangnam Style? Lantak pi ler kan.... Ada aku kesah? ha ha ha...

Tariannya pun dah tersangat popular sampai kat tempat keje aku pun semuanya tahu pasal Gangnam style.... Haih.... Ingatkan yang muda-muda je ambik tahu.... Yang dah lama-lama pun ambik tahu jugak pasal Gangnam Style nie.... Hebat......hebat.... Sesungguhnya era globalisasi nie sangat cepat perkembangannya.... Dan terdengar berita terbaru pasal gangnam Style nie.... Fenomenanya sememangnya sudah dirancang pihak tertentu? betul ker?

Dikatakan pihak Youtube dan pihak media massa peringkat antarabangsa merancang untuk mempopularkan Gangnam Style nie sehabis-habisnya.....kenapa? betul ker berita angin yang disebarkan melalui internet yang tidak berdasarkan angin semata-mata nie? 

Aku tak tahu.....Cuma kot-kot la ada pembaca yang tahu kan...aku cuma bagi persoalan jer... Kalau betul la kan.... Maknanya mesti ada sebab musabab kenapa dipopularkan kan.... Tapi ramai yang dah terpengaruh dengan gaya tarian ala menunggang kuda tu... Lagunya memang ramai yang suka.... Tariannya juga ramai yang dah suka.... Sampaikan video aslinya dah cecah hampir 90juta viewers dah! (sehingga entri nie di post).... Nampak kan populariti dia tu....

Yes...lagu dier agak bes....yes tariannya unik.... Tapi bila terdengar berita nie....Aku pun turut sama terfikir... Apa bezanya dengan yang lain kan... Sehinggakan menjadi satu fenomena baru dalam industri hiburan.... Mungkin ada benarnya....Mesti ada sebab dan faktor yang lain selain keunikan lagu dan tariannya...kan? Tak mustahil mungkin nanti ada guna Gangnam style dalam LAWAK...dalam majlis anugerah muzik....atau apa-apa event yang lain.... Kan? :)

P/S: Gangnam pun gangnam juga...Jangan sampai melampau dah ler...

FACEBOOK Adalah Agenda Yahudi ?


Ramai yang pernah dengar pasal nie kan?... Facebook adalah salah satu agenda yahudi... Persoalannya...Betul atau tidak? Atau lebih tepat ditanya....Untuk apa sebenarnya facebook ini dicipta.... Haaa.... Baik korang start Google sekarang...he he... Atau baca je entri weng aku nie sebagai permulaan... 

Baik..... aku dah pernah citer dulu pasal BAHAYA FACEBOOK nie kalau disalah gunakan.... Korang boleh klik la kat hyperlink tu kalau nak baca entri aku yang dulu pasal facebook nie... Tapi dalam entri nie aku cuma nak citer dengan lebih jelas dan terang berkenaan facebook nie.....

Betul ke facebook nie agenda yahudi? Jawapan aku.... YA dan TIDAK.... bukan atau.... tapi aku guna "dan".... Maknanya BERGANTUNG PADA CARA KORANG MENGGUNAKAN FACEBOOK tu..... Sebab dari satu sudut....ada bagusnya Facebook nie.... Cuma yang tak bagusnya lebih banyak.. Dan tahap kesedaran penggunanya juga sangat tipis..... 

Kenapa aku cakap gitu.... Sebab ramai pengguna facebook tidak sedar... Yang Facebook nie....adalah satu kawasan umum......tempat umum di mana semua orang boleh baca dan tengok.... Lebih-lebih lagi yang tak pandai nak guna advance setting tu.... Orang kat Afrika pun boleh baca status korang kalau depa nak.... Yang di privatekan tu pun ada orang boleh tengok.... Inikan pula yang tak private... So...apa pro n cons dia?

Untuk selamat dan kekal selamat.... Gunakan Facebook nie sama seperti korang behave di tempat awam.... Yang sepatutnya DIRAHSIAKAN...DIKEKALKAN KERAHSIAAN ITU... Jangan sume nak citer.... Sesungguhnya rahsia itu sebaik-baiknya dikekalkan kerahsiaannya daripada diheboh-hebohkan.... Caranya senang jer.... Berpandukan kepada agama masing-masing.... Sebab agama adalah dinding kita dari terjerumus ke lembah KEHINAAN....

Contohnya....Untuk Muslim.... Kalau kat luar korang DIWAJIBKAN MENUTUP AURAT..... Dalam Facebook pun korang sepatutnya meletakkan gambar yang MENUTUP AURAT... Kalau bahasa sepatutnya bersopan-santun.... Dalam facebook pun SEMSETINYA bersopan-santun..... Citer rumahtangga... sepatutnya hanya suami isteri je yang tau masalah depa.... Dalam facebook pun sepatutnya macam tu.... Tidak diceritakan kepada sapa-sapa.... Even kepada kawan rapat juga kalau boleh jangan diberitahu.... Seboleh-bolehnya selesaikan mengikut cara yang dah disarankan dalam Islam....Nampak tak aku guna "selesaikan" dalam term permasalahan tu? Ada faham?

Apa yang bezanya....Facebook nie adalah perhubungan di alam maya.... alam yang tidak wujud di depan mata.... Tapi konsepnya tetap sama.... Orang lain sedang memerhatikan kita... HATERs dan LIKERs... kawan ataupun lawan... Sumernyer menanti perkembangan semasa kita...bad or good.... So....tanya iman masing-masing..... dan please be wise and be smart.....Insya Allah....Akaun Facebook korang akan dberkati....:)

Masalahnya.....ramai yang sukakan perhatian...Sukakan LIKERs...... Suka bila status dibalas.... Suka bila muncul jenis yang mengapi-apikan keadaan....Lagi-lagi kalau diletaknya status tu berunsur yang dilarang dalam Islam.... Dilarang dengan ajaran agama masing-masing..... Sebab apa? Sebab nak perhatian kan.... Tapi bila ada masalah... Atau masalah tu dah makin teruk jadinyer....Adakah si LIKERs itu yang akan tolong? adakah si pengomen itu yang akan tolong? NO.... Depa cuma kaki busybody jer.... Bukan Kaki tolong! 

Yang lebih teruk....ada yang sememangnya menantikan berita buruk atau berita tak baik itu.....Dan akan cuba memanipulasikan keadaan supaya menguntungkan depa dan merugikan kita sendiri.....Apa....Ingat sumer FRIEND LIST tu semuanya kawan ker? Nope..... so please beware.... Jangan berprasangka buruk...Tapi berhati-hati la dalam mengawal sesuatu situasi dalam facebook....Belajar tinggi-tinggi takkan benda remeh cam nie pun tak leh fikir kan? Itu ler orang dulu-dulu duk pesan... dunia dan akhirat jangan dipisahkan.... Ilmu dunia dan ilmu agama perlu sama-sama tinggi....

Kawan atau......haters?
Bila berlaku pecah belah....porak peranda.... gaduh-gaduh.....caci mencaci.... Kutuk-mengutuk.... Maka.... Korang dah tergolong dalam kategori YA tadi.... Itu la agenda Yahudi.... Dunia tanpa sempadan.... Dunia penuh dengan kebebasan....dunia penuh dengan kacau bilau...Kacau bilau bukan dari segi huru-hara dan perang.....Tapi kacau bilau akan hati dan nurani... tidak ada konsep kerahsiaan peribadi.... konsep menjaga maruah diri dan keluarga.....Jadi siapa yang bengap dan siapa yang hebat dalam hal nie? Yahudi tu ke atau kita sendiri? :)

So..... apa kata kalau korang menggunakan Facebook sebagai satu medan pesan-berpesan......nasihat-menasihati.....medan berdakwah... dan satu cara untuk mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.... Dengan bahasa yang sesuai....cara yang sopan.... imej yang penuh berintegriti... penuh berwawasan..... Dan menunjukkan kematangan.... Maka kita dah tergolong dalam kategori NO tadi.... Bebas dari belenggu dasar PECAH dan PERINTAH....Automatik bebas dari agenda depa.... Siapa yang lebih cerdik dalam hal nie?

Elakkan kontroversi..... tingkatkan prestasi....pernah dengar kan? Bagus ayat tu.... Dan ayat nie sangat sesuai untuk kegunaan korang di Facebook.... Tingkatkan prestasi korang dengan facebook.... Tingkatkan ilmu di dada dengan facebook.....tingkatkan ilmu agama korang dengan facebook.... tingkatkan semua yang baik-baik di facebook.....Didik la diri supaya berdisiplin....berhemah tinggi...dan berakal suci dengan facebook....... elakkan dari segala jenis kontroversi..... Insya Allah... Kalau semua mampu buat macam nie kat facebook..... Mark Zuckerberg akan TUTUP laman facebook nie......MISSION : FAILED !! 

P/S: Jagalah adab dan tatasusila di Facebook SAMA seperti di alam realiti...Jadilah pengguna yang bijak..:)
Ping your blog