Friday, January 24, 2014

FAKTA WacanaKu: Tsunami Muslim Di Seluruh Dunia

Mungkin ramai yang sudah tahu akan berita nie... berkenaan tsunami populasi muslim di seluruh dunia... Yes... ini FAKTA...bukan auta... Sememangnya orang islam semakin ramai dan berkembang di seluruh dunia.... Bukti kecil-kecilan boleh dilihat di Malaysia sendiri... Semakin ramai saudara baru yang memeluk agama Islam secara sukarela.... Semakin ramai artis mendapat hidayah mengikut ajaran sebenar Islam.... Semakin ramai golongan muda semakin sedar akan keindahan Islam....

Dan ini bukti secara video... populasi orang Islam semakin berkembang di seluruh pelusuk dunia terutama di Eropah dan Amerika... Saksikan.. Tapi sebelum tu.... ada sesuatu yang agak pelik...kekadang aku pelik jugak dengan orang kita... yes jumlah muslim memang semakin ramai... yes populasi muslim tak dinafikan semakin berkembang.... Aku kat UK sekarang pun boleh tengok sendiri orang Islam memang ramai kat sini... Senang beb...

Senang nak cari makanan halal... Senang nak cari masjid... Kiranya nampak jelas bukti kehadiran Islam di UK nie sememangnya nampak ketara...Sampai dah ada dijual di Tesco UK, ayam halal dan daging lembu halal.... Komuniti Islam dah semakin kuat dan kukuh di sini... 

Tapi yang peliknya.... dekat Malaysia... ramai yang berhijrah ke arah Islam... tapi ramai jugak yang cuba berhijrah ke arah keluar dari ajaran Islam... Mengapa yer? Di mana salahnya? Sambil tengok video tu.... sambil-sambil la fikir balik di mana silapnya... Kitakah? Pemimpin kah? Atau siapa yang patut bertanggungjawab akan hal tu.... Dan yang lebih penting... kat mana level kita sebagai orang Islam... Kalau level Candy Crush diambil contoh... di mana level iman kita... Level 5 ? Level 35? Atau Level 300? :)


P/S: SHARE kan.. insya Allah korang dah cuba membantu menyebarkan benda yang baik...

Wednesday, January 22, 2014

Hikayat Kedai Kopi - Cium Kemaluan Isteri, Tidak Berbau Syurga [18sx]


Bersambung al-kisah hikayat kedai kopi dengan satu kisah ceramah di satu masjid sebuah kampung.... Maka diceritakan la si ustad itu berkenaan sesape yang mencium kemaluan isteri atau suami... maka dia tidak akan berbau syurga.... Maka ramailah yang berbisik-bisik seperti tidak bersetuju dan gundah gulana..... Tapi takut hendak bertanya sebab takut diejek... Maka terbawa-bawa lah al-kisah cium kemaluan isteri ke kedai kopi.....Kebetulan lepas bagi ceramah si ustad singgah la sekejap ke kedai kopi nak pekena Tongkat Ali Cafe....

Lepas Ustad dah order air kopinya... dan duduk sambil membelek-belek surat khabar free.... Datangla seorang anak muda berjanggut ala kambing jantan bernama Harun... 

Harun: Assalamualaikum ustad... boleh saya duduk sebelah ustad? Ke ada empunya?

Ustad: Waalaikumussalam..... Boleh ajer.... silalah duduk... jangan malu-malu... Ehh...orderla kopi ke pape ke.... Tapi bayar sendiri yer..he he..

Harun: Takpe ustad.... saya cuma nak bertanya nie ustad.... pasal ceramah tadi... Ada kemusykilan la ustad...

Ustad: Ermm... ada ape yer... boleh boleh... silalah bertanya... short dan simple yer...

Harun: Hamboi... he he... gini ustad.... pasal cium kemaluan isteri tak berbau syurga.... Kenapa ye ustad? Saya pernah dengar ada seorang ustad tu cakap, cium kemaluan isteri tu takpe.... harus... sebab suami isteri boleh jer...jangan orang lain sudah ler selain suami isteri... Kenapa boleh sampai tak berbau syurga pulak ustad? Berdosa besar ke? Haah? Jawab ustad...jawab!

Ustad: Shhhhhh..... kuat bebeno suaranya.... slow la sikit... tau la tak puas hati... he he....

Harun: Oh... terover... sorry Ustad... takde la... sebab nie first time saya dengar ceramah cakap gitu...Masa kursus kahwin takde pulak bagitau tak boleh...

Ustad: Rilek.....rilek brader brader rilek... [sambil nyanyi lagu Rilek brader] Ermm...... panjang nak citer nie...

Harun: Pendekkan... Short and simple..

Ustad: Balas nampak..... Hmm...Tak sabo-sabo.... 

Harun: Ye la..... saya musykil nie ustad.... musykil...

Ustad: Macam nie..... ustad tak cakap pun tak boleh.... tak cakap pun berdosa..... tapi ustad cuma cakap cium kemaluan isteri tu tak bau syurga....

Harun: Tak berbau syurga tu maknanya tak masuk syurga la kan?? Berdosa la tu..... Ustad... saya dah pening dah nie...

Ustad: Hek eleh awak nie.... beriya sangat nie kenape? selalu buat ek... he he... Gini..... memang la cium kemaluan tak bau syurga.... masa cium tu bau ape? Cuba cakap?

Harun: Errr....ermmm.....err.....ooOOOOOoooooo..... heh...heh..... 

Ustad: Faham? [sambil hirup kopi]

Harun: Fahaaaam ustad... thehehe..... Asal tak cakap awai-awai..... Boleh salah faham nie..Aiyoo..

Ustad: Dah masa ceramah takde pulak yang tanya... ingat faham... pelik jugak tadi... asal semua senyap... lawak tak sampai ke haper... Rupanya salah faham... Haduh...

Satu kedai kopi gelakkan Harun.... Padahal kebanyakan dalam kedai tu semuanya salah faham jugak! Nasib baik ada Harun....hihihi

P/S: Tak faham, silalah bertanya.. jangan malu-malu...

Troll Kangkung dan Jepun | Apa Cittaaaa!!

Orang Jepun pun makan kangkung jugak kan? :p

Pergh.... sehari dua nie banyak je troll pasal kangkung dan troll jepun dekat wall Facebook aku... Yang belah sana troll kangkung.... Yang belah sini troll pasal Jepun.... Penuh wall beb! Ada yang buat aku tergelak jugak... ada yang annoying sebab melebih-lebih troll dia.... Tapi kan...yang ironic nyer... dua-dua golongan nie... sama aja!

Takde beza beb... Yang troll kangkung dan yang troll jepun... sama aja... Sumer nak cari salah masing-masing nak menganjing bagi puas hati masing-masing..... Dah macam anjing dengan kucing je dua-dua.... Carik alasan nak menghangatkan suasana.... he he.... Dah macam adik beradik masa kecik-kecik... sikit-sikit gaduh... salah sikit je nak gaduh... tapi last-last berbaik jugak kan?

Harap macam tu la dua-dua golongan nie.... Troll kangkung sebab alasan tak logik compare pasal harga turun.... Troll jepun sebab sorang tu tak dapat masuk Jepun.... Sekarang gah la duk troll sana sini.... tapi jangan bila ada orang hina Islam.... hina Malaysia...dua-dua duk senyap duk sembunyi dalam selimut....masing-masing angkat kaki...wall FB sonyap tak berani nak jadi warrior dah.... kecut perut sebab takut terganggu periuk nasik..

Kekadang suka tengok depa duk meriuhkan suasana... tapi kekadang jangan la sampai terlebih sampai menganjing memalukan depa.... Islam takde suruh kita aibkan sape-sape walaupun orang tu salah kan? Cuba bayangkan korang yang dimalukan macam tu... apa rasa korang? Indahnya Islam kan... awal-awal dah larang demi kebaikan bersama... So... troll in nice.. errr....cam mano tuh? =)

Dua-dua macai sama jer aku tengok.... sibuk nak troll.... sibuk nak cari salah.... jumpa jer kesalahan... sekecik terjatuh sebutir nasik atas meja sekalipun... dah nak dibesarkan cakap itu satu pembaziran! (over!..) Sebab best kan nak troll orang nie.. Best sakat orang nie... Macam childish je kan.... kebudak-budakan... Sebab tu ada timbul nama "macai".....Sebab lebihkan guna emosi dari kewarasan otak fikiran kurniaan Ilahi... Sorry kalo terkasor... Tapi itu yang benar ye nggak....? :)

Beraninya aku nak carik gaduh dengan dua-dua golongan macai..... ehhh...jangan salah faham.... nie cuma luahan seorang blogger jer.... Tak terkenal pon.... cuma kalau boleh... lebih baik kita memandang semua isu tuu secara matang.... yang mana salah kita cuba ingatkan....yang mana betul kita pelajari.... troll pun troll juge....tak salah selagi jangan over sangat... tapi pandangla juga isu tu dengan minda yang terbuka.... di mana kurangnya...di mana tak kenanya... dan apa yang patut kita buat....

Aku nampak satu jer.... segelintir pandang isu tu sekadar isu remeh... sekadar setitik dakwat hitam je atas kain putih... one point of distraction of other issues... BIG issues...Really really reeeeaaaally big issues.... Ermm.. nie golongan yang berfikir..  ada segolongan pandang benda tu benda besar... satu peluang nak menonjolkan nama untuk plan masa depan seterusnya... Batu loncatan nak tonjolkan "superhero"...Ini golongan licik.. Ada memerhatikan isu itu dari jauh.... menunggu apa yang bakal berlaku...menunggu peluang untuk mencelah... One moment for a massive opportunity to sneak in... Ini golongan "blackmail"... 

Ada yang bergaduh mulut, bergaduh di FB... panas mata dan telinga sebab mengutuk member macai... Pertahankan sampai ke lubang kubur bila golongannya dikutuk... Walhal tak tau pun perkara sebenar punca mana datangnya cerita asal... sibuk duk percaya khabaran berita angin yang direka-reka dan diputar belit media massa... Ini golongan hangguk hangguk geleng geleng... Wowowowo.... ini bahaya beb... Kesian kat depa nie... Kena masuk tempat pemulihan nie... Selagi ada golongan nie... selagi tu negara tak maju... well.... tu pandangan aku la kan...

Apa yang pasti..... kita kena hati-hati... dengar...baca...perhati... dan belajar... atur langkah membina masa depan... segala jenis kangkung dan jepun dijadikan teladan dan tauladan... Sekarang masa depa... Nanti akan tiba masa kita sebagai anak muda ganti depa nie.... Segala yang salah, jangan diulang..segala yang benar, hendaklah diteruskan... Learn from their mistakes...  Itu yang sepatutnya kita lakukan.... Bukannya sekadar nak menang sorak dengan troll masing-masing.... kampung kita makin tergadai... Peace yo! :)

P/S: Sedap ooo makan kangkung masak kicap.. Cuba tanya orang Jepun kalo tak caye...:D

Monday, January 6, 2014

Penjelasan Isu Bughah Oleh Mufti Perak | Auta Dan Fakta Bila Dimanipulasi


Bila fakta dimanipulasi oleh golongan yang pandai memanipulasikan cerita.... yang fakta pun jadi auta.. yang auta dijadikan fakta... haih... kesian pulak bila difikirkan balik... kenapa tak jujur jer menyampaikan satu-satu kenyataan oleh pihak yang ditanya? Kenapa perlu ditapis-tapis mengikut selera sendiri? Yang benar dijadikan agenda, yang isu dihilangkan dengan isu lain.. mana nak cari kebenaran... Ikuti laporan terbaru dari Mufti Perak berkenaan isu bughah yang telah menjadi mangsa golongan yang suka memanipulasikan berita dan laporan mengikut kepala sendiri.... 

BANGI, 6 Jan – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini mengeluarkan satu kenyataan rasmi sebagai penjelasan berhubung kenyataannya dalam isu bughah.

Dalam satu kenyataan sebanyak enam muka surat itu, Tan Sri Harussani menjelaskan bahawa beliau tidak bersetuju jika demonstrasi dijadikan sebagai cara terbaik untuk menggerakkan kerajaan yang lalai.

Jelasnya, beliau tidak rela dengan apa yang berlaku di Mesir di mana kerajaan yang sah digulingkan secara kekerasan berpunca daripada demonstrasi yang menyebabkan ribuan nyawa terkorban.
Beliau juga risau sekiranya demonstrasi ini menjadi tindakan biasa dan jalan pintas terhadap sebarang ketidakpuasan hati segelintir rakyat. Maka, keamanan dan kestabilan ekonomi, politik dan masyarakat tidak akan berlaku.
 
Selain itu, beliau juga menyalahkan pihak media yang menemuramah beliau kerana tidak menyiarkan sepenuhnya kenyataan beliau dalam isu-isu yang berkaitan semasa sesi temuramah tersebut.
Atas sebab kerisauan yang amat tinggi, beliau menzahirkannya dengan mungulangi ketetapan para ulama yang menggambarkan betapa usaha menjatuhkan kerajaan yang sah secara kekerasan itu sangat bahaya kepada kesatuan ummah bahawa golongan bughat ini boleh diperangi setelah diajak berdamai seperti direkodkan dalam pelbagai kitab termasuk al fatawa al kubra karangan Ibn Taimiyyah.
 
Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

KENYATAAN RASMI S.S. MUFTI KERAJAAN NEGERI PERAK BERKAITAN ISU “ BUGHAH ” DAN “ HALAL DARAH
Merujuk kepada laporan akhbar Berita Harian dan portal Malaysiakini bertarikh 2 Januari 2014 yang menyatakan di halaman utama bahawa Perhimpunan Haram Di Dataran Merdeka “Penderhaka”, peserta perhimpunan sebagai “Bughah” iaitu penderhaka terhadap pemerintah adil. Sementara di halaman 10 akhbar Berita Harian ditulis pernyataan “sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari Hukum Syarak dihalalkan golongan bughah”. Akhbar Sinar Harian bertarikh 5 Januari 2014 di halaman utama dan kedua juga sarat dengan pandangan saya berkenaan isu “Bughah” dan demonstrasi.

Kenyataan-kenyataan tersebut telah diterbitkan menerusi media arus perdana dan dikatakan menjadi polemic dan kecelaruan kepada masyarakat. Pada dasarnya, ianya adalah kenyataan daripada saya apabila ditemubual oleh wartawan akhbar Berita Harian dan Sinar Harian namun, kenyataan panjang saya kepada Berita Harian berhubung perkara tersebut dipendekkan malah difokuskan hanya kepada isu demonstrasi “ TURUN” sahaja. Sedangkan terdapat isu lain termasuk penganjuran Konsert di Ambang Tahun Baru “ditiadakan” sebagai bahan berita.

Diizinkan Allah saya dapat menatap isu dan berita perihal demonstrasi setiap kali ianya dianjurkan oleh pelbagai pihak di Malaysia. Setiap kali penganjuran demonstrasi dilaksanakan, maka saya akan dihubungi untuk memberi ulasan terhadapnya. Apa yang menggusarkan saya ialah apabila berlakunya demonstrasi dalam skala yang besar di negara ini maka, majoriti para pesertanya adalah orang Melayu yang beragama Islam. Maka, secara jelasnya akan berlaku pertembungan antara dua pihak yang mana kedua-duanya merupakan warga Muslim. Jika berlaku pertembungan tersebut sudah tentu ia akan menghasilkan kemudaratan ke atas pihak-pihak, di samping akan menguntungkan mereka yang berkepentingan dan yang menangguk di air yang keruh.

Nasihat dan peringatan
Oleh yang demikian, selagi diberi amanah saya tidak akan berputus asa untuk menegur dan mendamaikan kedua-dua kumpulan yang merupakan saudara-saudara saya. Sudah tentu ayat al Quran surah Al Hujurat ayat 9 menjadi panduan yang bermaksud :
“…Dan jika dua puak dari orang-orang beriman berselisihan, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya bersifat melampau (zalim), maka lawanlah puak yang melampau (zalim) itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah diantara keduanya dengan adil (menurut hokum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil…” .

Sebab penurunan ayat ini dengan satu riwayat daripadanya ialah perbalahan yang ditimbulkan oleh Abdullah bin Ubai yang menyemarakkan perbalahan dengan mengatakan bahawa kencing himar Rasulullah ketika Baginda SAW menziarahi Sa’ad bin Ubadah telah menyakiti beliau.
Dalam riwayat yang lain pula merekodkan perbalahan itu berlaku sesama golongan ansar.( tafsir Ibn Juza)

Saya berpandangan bahawa syarat “syaukah” yang sering dikaitkan dengan bughah masih dijadikan perbahasan seperti yang terkandung dalam kitab-kitab feqh contohnya kitab nihayatul Muhtaj.
Dalam kes Abu Bakar al Siddiq memerangi orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat juga memberi gambaran kepada kita bahawa tindakan memerangi mereka juga diambil walaupun golongan ini tidak mempunyai senjata namun ia didokong oleh sekumpulan manusia yang mempunyai bilangan ramai dan munasabah mencetuskan suasana tidak aman kepada pemerintahan.

Pembentukan negara kita berasaskan sistem demokrasi berparlimen. Rakyat diberi hak untuk menentukan pemimpin yang mereka kehendaki berdasarkan sistem pilihanraya. Oleh itu, adalah tidak wajar sama sekali rakyat dihasut untuk mencari mekanisme yang lain bagi menyatakan ketidakpuasan hati kerana negara ini mempunyai instrumen yang diakui untuk menyampai hasrat rakyat seperti parlimen, Dewan Negara, Dewan Undangan Negeri ataupun mahkamah. Tanpa menafikan hak rakyat untuk berhimpun secara aman sepertimana yang dilaungkan namun, rantaian demonstrasi yang telah berlaku mencatatkan sebaliknya. Telah timbul kebimbangan kepada rakyat di sekitarnya kerana kemudaratan lebih terhasil daripada manfaat.

Larangan memberontak
Saya menekuni hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
Sesungguhnya akan timbul selepas aku sifat pentingkan diri ( daripada pemimpin-pemimpin kamu) dan perkara-perkara yang kamu ingkar ”. Sahabat bertanya , “ Wahai Rasulullah ! Apakah yang engkau perintahkan kepada kami? Jawab Baginda SAW “ Kamu hendaklah menunaikan hak yang diwajibkan ke atas kamu dan mintalah hak kamu daripada Allah ”.

Imam Al Nawawi menyatakan bahawa terdapat dorongan di dalam hadis ini untuk dengar dan taat sekalipun pemerintah adalah zalim. Sebagai rakyat, seseorang itu perlu memberikan hak pemimpin iaitu ketaatan dan tidak memberontak, bahkan dia perlu merendahkan diri kepada Allah dalam usaha menghapuskan kemudaratan pemimpin, menolak kejahatannya dan berusaha untuk membaikinya. Ini bertepatan dengan saranan Nabi Nabi SAW bahawa cara teguran terbaik adalah secara bersemuka.
“Seafdhal-afdhal jihad ialah memperkatakan kebenaran di hadapan pemimpin yang zalim.(HR Abu Daud)

Antara adab penting yang wajib diambil kira dalam menasihati pemimpin ialah memberi nasihat secara sembunyi, bukan secara terang-terangan berdasarkan hadith:
“Sesiapa yang ingin menasihati pemerintah berkenaan sesuatu urusan maka janganlah dizahirkan secara terang-terangan tetapi hendaklah meminpin tangannya ke tempat yang sunyi sekiranya dia menerima nasihat maka niatnya telah tercapai tetapi sekiranya ia enggan menerima nasihat maka sesungguhnya orang yang memberi nasihat telahpun melaksanakan tugasnya.”(HR Imam Ahmad)
Imam Ibnu Hajar Al Asqolani merakamkan dalam kitab Fathul Bari bahawa “ para Fuqaha telah sepakat atas kewajiban untuk mentaati pemimpin yang berkuasa dan untuk berjihad bersamanya. Ketaatan kepadanya lebih baik daripada memberontak kerana dapat mengelak daripada tercetusnya pertumpahan darah dan memberi ketenangan kepada orang ramai ”.

Belum pun ditinjau dari sudut istilah syara’, perkataan bagha dari sudut bahasa sudah pun membawa maksud kerosakan, melampaui batas, hasad dan kezaliman. (Maqayis lughah, Mukhtar al Sihah dan lisan al arab). Laporan Berita Harian hanya melaporkan pandangan saya tentang kerisauan saya tentang kesan bagha para penunjuk perasaan walhal saya juga membuat teguran yang sama kepada perbuatan bagha penganjur pesta maksiat sempena sambutan awal tahun.

Jika dikatakan demonstrasi adalah cara terbaik untuk menggerakkan kerajaan yang lalai, maka saya fikir itu bukanlah cara yang bersesuaian kerana saya tidak rela dengan apa yang berlaku di Mesir di mana kerajaan yang sah digulingkan secara kekerasan berpunca daripada demonstrasi yang menyebabkan ribuan nyawa terkorban. Apa yang merisaukan saya adalah sekiranya demonstrasi ini menjadi tindakan biasa dan jalan pintas terhadap sebarang ketidakpuasan hati segelintir rakyat. Maka, keamanan dan kestabilan ekonomi, politik dan masyarakat tidak akan berlaku. Seperti dimaklumi, mekanisme menurunkan kerajaan secara aman telah disediakan secara terhormat dan demokratik serta telah terbukti mampu dibuat secara aman damai. Buktinya ialah terbahaginya negeri-negeri di Malaysia ini di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Kerisauan saya ini saya zahirkan dengan mengulangi ketetapan para ulama yang menggambarkan betapa usaha menjatuhkan kerajaan yang sah secara kekerasan itu sangat bahaya kepada kesatuan ummah bahawa golongan bughat ini boleh diperangi setelah diajak berdamai seperti direkodkan dalam pelbagai kitab termasuk al fatawa al kubra karangan Ibn Taimiyyah.Semoga tanah air kita terselamat dari golongan ini dan menyelamatkan kita semua.
 
Saya menyeru semua umat Islam berhati-hati dari terjebak menjadi ‘ayam laga’ kepada pihak-pihak yang berkepentingan melalui perkakas-perkakas media dan sebagainya kerana mereka sangat irihati jika umat Islam bersatu dan bersepakat. Ingatlah pesanan dan ancaman Rasulullah SAW :
Jika datang kepada kamu sekumpulan manusia dengan seorang pemimpin yang bertujuan untuk merobek kekuatan kamu dan memecahbelahkan Jemaah kamu maka bunuhlah ia. (Hadith Riwayat Muslim)

Hadith ini sebagai peringatan serius Nabi SAW agar dikekalkan penyatuan ummah dan segala usaha memecahbelah umat patut ditangani secara tegas dan tuntas.

Kesimpulannya, sekiranya berlaku percanggahan pandangan terhadap isu ini , ianya merupakan pemahaman dan penilitian saya terhadap isu dan kaitannya dengan reality semasa di negara ini. Saya tiada niat lain kecuali mencari redha Allah dan melihat perpaduan umat Islam terus terpelihara khususnya dalam menghadapi cabaran-cabaran semasa.

The End

Okeh... dari laporan nie...nampak la kenyataan Mufti Perak dimanipulasikan.... kesimpulan sebenarnya... cuma tidak elok berdemonstrasi secara membabi buta.. elok diberi nasihat secara sembunyi kepada pemerintah... jika tidak didengari, terpaksa ikut dulu buat seketika..bila dah tiba masa rakyat berkuasa (PRU yang seterusnya), maka gunalah kuasa memilih itu sewajarnya... Faham? Jangan mudah lupa sudah la yer...Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah juga kan... :)

Boleh dibuat memorandum dan surat bantahan... demo secara aman takpe..cuma takut ada segolongan cuba menjadi batu api dalam selimut je.. Dibaling batu, disorok tangan, dituding ke arah sipulan yang tak tau pape...u know wat i mean..