Pages

Tuesday, July 31, 2012

Olimpik 2012 Di London | Ritual Besar-besaran Menyambut Dajjal ?

Zion ??
Kepada sesape yang memang folo akan teori konspirasi Dajjal nie....aku rasa benda nie korang sumer dah tau dah.... Tapi aku terlintas nak buat entri jugak khas untuk kepada sesape yang masih belum tau lagi pasal nie.... Teori yang mengaitkan sukan olimpik 2012 di London nie adalah salah satu ritual besar-besaran geng-geng penyembah Lucifer atau nama senangnya IBLIS....dan dikaitkan juga satu ritual khas menyambut kepulangan Dajjal ke tanah yang dijanjikan iaitu kawasan Palestin yang dihuni puak Israel tu...

Aku tak kata 100% betul...aku tak pun kata benda nie benar sebenar-benarnya.... Tapi aku percaya akan kemunculan Dajjal....Fitnah Dajjal....dan kisah-kisah Dajjal... Secara ringkasnya.... Dajjal dikatakan telah bebas sejak kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. lagi... Telah menyebarkan pengaruhnya ke seluruh dunia dalam masa 40hari jer.. Tapi si Laknatullah nie akan menonjolkan dirinya pada suatu masa di mana akan berlaku huru-hara yang dahsyat dan dia akan menjadi "Penyelamat" kepada dunia tu... wallahuallam...

Ok... sebelum aku nak berborak panjang kat sini...ada baiknya kalau korang tengok video nie dulu.... Video yang mengaitkan Sukan Olimpik 2012 di London nie dengan ritual geng-geng Dajjal - Illuminati dan Freemason.... Percaya tak percaya....tengok jer dulu.... Agak lama...tapi sabarla yer... Tengok bola pun boleh lelamer...pi shopping pun boleh jer lelamer...BERGOSIP berjam-jam pun takper... So setakat mane la sangat sejam lebih tu...:)


Ok....dah tengok? Sape kat sini tengok opening depa? Opening Sukan Olimpik 2012 di London tu... ada yang menarik perhatian tak? Ada baby besar...ada manusia yang pegang tongkat yang tinggi...(Dikaitkan Nabi Musa a.s)...ada pokok besar tak masa opening tu..(dikaitkan pokok Gharqad, satu-satunya pokok yang menyebelahi geng Dajjal nanti)... Apa lagi yang menarik.... Cuba ingat balik....betul ke tak... Soalan aku....APA KAITAN DENGAN OLIMPIK?? APA KAITAN DENGAN SUKAN? Wondering.............

Sebelum aku membebel lagi panjang...ada baiknya aku citer la sikit apa yang aku tau pasal gerakan Freemason dan Illuminati nie.... Ritual depa nie selalunya dilakukan dalam masa kitaran 11 tahun... Sebab depa nie asalnya ada kaitan dengan kitaran matahari (Tuhan Mesir- Amun-Ra, kalau dilihat...simbol Tuhan Mesir adalah "One-Eye")... Setiap 11 tahun...akan ada pertumpahan darah sebagai acara sambutan menyembah berhala depa (Dalam konteks depa - sembah Setan).. Cuba ingat balik peristiwa lepas...paling senang....9/11... Berlaku pada tahun bila? Dan SUDAH PASTI dah kan 9/11 tu adalah kerje orang dalam... Dari situ ler timbul War Of Terror... Peperangan yang menyalahkan umat Islam...

11 tahun dari tahun berlakunya peristiwa tu....adalah tahun 2012... Maka ramai pengkaji menjangkakan akan ada satu peristiwa besar berlaku dalam tahun nie.... Ok.... Sekarang tengok pasal sejarah pula... kitaran tahun kaum Maya berakhir pada tahun 2012... ramai yang kata KIAMAT... Tapi bagi pengkaji berdasarkan Quran dan sunnah tak kata macam tu....Depa cakap lebih kepada akan berlaku kitaran kehidupan yang baru...iaitu seperti zaman Nabi Nuh a.s.... berlakunya titik tolak perubahan besar di dunia nie.... Tapi tak diberitahu malapetaka atau ape ke benda.... Adakah mungkin berlaku satu peristiwa macam tu di London tahun nie?

Ok...tengok pula kalendar Cina..... Tahun 2012 adalah dalam tahun naga.....iaitu tahun yang sememangnya dipercayai akan berlaku peristiwa besar... betul ke tak ye kaum-kaum Cina sekalian? Lagi ape lagi yer.... ada lagi....ada lagi.....Kajian monumen candi (Betul ke candi??) Borobudur pun sama.....menjurus ke arah tahun 2012.... Pelik? Memang pelik... sebab setiap sejarah ada kisahnya.... ada lagi ke? Ada......Kajian Surah Ar-Rahman.....menjurus kepada tahun 1433H iaitu tahun nie juga...... Dan dikatakan akan ada 33 peristiwa besar akan berlaku bermula dari 1433H itu..... Mengarut? Cuba cek di Google sat....tengok sendiri.... Ada lagi ker? Percaya atau tak....ada lagi wei....

Mengikut hadis Nabi...akan ada satu suara yang akan mengejutkan datang dari langit pada pertengahan bulan Ramadhan.....cer tengok..

Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari rumahnya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah “, karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.

Ok....kejap...Pada malam 15 Ramadhan tahun nie.... jatuh pada hari Jumaat! Ada kene-mengena ker? Atau semata-mata kebetulan? Aku bagi persoalan jer...percaya tak percaya terserah kat pembaca yer....Ini cuma pendapat yang dhaif tapi sekadar untuk berkongsi.... Jika dilihat dari hadis tu...dikatakan pertengahan bulan Ramadhan...Tak de dicakapkan tepat 15 Ramadhan... Minggu minggu seterusnya... atau beberapa hari seterusnya... Tapi yang penting..dikatakan jatuh pada malam Jumaat...

MAHU PERCAYA ATAU TIDAK? Bagi aku.... tak salah jika kita sediakan perlindungan awal takut-takut benda nie betul-betul terjadi..... Kuatkan amal...hafallah 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi.... Dan bersujud lah kepada Allah meminta perlindungan.... Sesungguhnya iman dan amal akan melindungi diri kita dari terjebak dan termasuk ke dalam golongan Dajjal tu... Bertaubat la kalau banyak buat silap...tak rugi pun kan.... Kalau ditakdirkan mati pun....Berharapla kita mati dengan bekalan yang cukup...Kalau rasa tak cukup...PEGI LER CUKUPKAN! Kalau tak jadi peristiwa nie pun tak rugi... Dah ada penambahbaikan dalam diri.....Kan?
Kalau takut sangat...tak payah tengok langsung Closing ceremony Olimpik 2012 tu.... Sebab ada jugak yang cakap..... Daripada ritual tu...akan dibacakan jampi serapah atau sihir kepada semua penduduk dunia yang mendengarnya supaya taat dan patuh kepada Dajjal....Tak kira dari kaca TV atau secara langsung... Jadi....jalan selamat....Off kan TV...pi buat ibadat! Kalau malas....pi tidur....Wallahuallam....

Dalam kerisauan takut berlaku bencana atau satu event yang besar yang akan mengejutkan dunia.... Ada mungkinnya tidak ada apa-apa yang berlaku.... Cuma yang berlaku cuma ritual sahaja... Ritual menyambut kepulangan raja depa....Dajjal. Apa yang perlu kita buat... Yakin la dengan Quran dan hadis.... 

Aku takde la taksub sampai percaya buta-buta pasal benda nie....Sebab semua yang terjadi hanya dari izin-Nya....tapi aku yakin yang Dajjal akan muncul suatu hari nanti (Atau sudah muncul?)..... Sebab tengok je la sekeliling korang.... Muslim sekarang dibunuh sana-sini...Di Rohingya...Di Syria...Di Mesir...Di Palestin.... Apa kita buat? Setakat menderma je mampu....Lepas menderma...kembali buat maksiat dan dosa... Terkinja-kinja di konsert Justin Bibir dan K-Pop...Kita tengok pulak dalam negara kita....Berapa kerat je Muslim sejati.... Kebanyakan sanggup tinggal agama demi sesuap nasik... Sanggup mempertahankan maksiat dan hiburan berbanding kesucian agama... Tepuk la dada masing-masing....

Sememangnya sistem kabbalah atau sistem pemyembahan Syaitan nie sudah lama berlaku di dunia golongan elit.... Golongan yang memegang tunjang kekayaan dunia nie...Yang nie memang tak boleh disangkal...Yang tak percaya pasal nie cuma orang-orang yang TAK TAHU SEJARAH sahaja....Cuma benar atau tidak Olimpik tu adalah salah satu ritual depa....Itu memang takde kepastian...tunggu je la sampai masanya tiba... Kalau lepas tarikh tu takde paper...maknanya sangkaan beberapa pengkaji tu tidak benar la kan.... Tapi....Golongan Freemason dan Illuminati nie MEMANG WUJUD...

P/S: Kuatkan "RUMAH" korang.... Teguhkan TIANG agama....Mantapkan DINDING agama kita... Sempurnakan BUMBUNG diri kita....InsyaAllah... Selamatlah kita...kalau mati pun... biarlah mati dalam penuh keimanan....


Sunday, July 29, 2012

Perkembangan Terkini Isu Rohingya | Muslim Holocaust


Beberapa hari lepas, ibu bapa muslim Rohingya melepaskan bayi-bayi dengan bot mengharapkan anak mereka selamat setelah sememangnya tak ada cara lain untuk menyelamatkan anak-anak ini memandangkan mereka sendiri akan terbunuh dalam masa terdekat.

Pembunuhan kian rancak dijalankan untuk memastikan etnik muslim Rohingya yang dahulunya dalam lingkungan 6 juta orang kini tinggal hanya dalam lingkungan 800 ribu orang, habis lenyap dari bumi Myanmar. Tua, dewasa, kanak-kanak bayi...tak kira la lelaki atau perempuan semuanya dibunuh. Dijangkakan sudah dalam lingkungan seribu lebih perempuan DIROGOL sampai mati, ada yang disembelih, kanak-kanak diikat tangan dan dibuang dalam sungai, bayi turut dibunuh...Manakala mayat mereka dibiarkan sahaja digigit dan dimakan anjing-anjing liar. 

Terdapat kira-kira dua ribu dari kalangan mereka berada di sempadan Myanmar Bangladesh berteduh di bawah pokok-pokok untuk menunggu peluang ke Bangladesh... Namun pihak Bangladesh sudah bersiap sedia dengan tentera di sempadan untuk menembak mana-mana di kalangan mereka yang cuba melarikan diri ke negara tersebut.

Perjumpaan wakil ABIM Malaysia dengan sami tertinggi di Angkor untuk berbincang isu umat islam Rohingya dan menghentikan pembunuhan atas dasar kemanusiaan telah dibuat tapi kesannya hanya sikit sahaja kepositifannya....Sami ini meminta untuk berbincang dahulu antara mereka dan tindakan hanya akan dibuat dalam bulan Oktober 2012. 

Satu flotile ke Myanmar akan diadakan dalam masa terdekat untuk membawa seluruh NGO dari seluruh dunia melalui perairan India....Cadangan untuk membawa isu Rohingya ke Parlimen Malaysia telah DITOLAK speaker parlimen atas sebab tak relevan dan tak penting....Manakala kerajaan Malaysia sendiri masih belum ada lagi mengeluarkan bantahan rasmi atas kekejaman ini....

Isu ini adalah isu paling besar disaat ini lebih daripada isu yang berlaku di kalangan umat islam di Syria, Palestin, selatan Thailand dan seluruhnya memandangkan mereka tidak ada pembelaan langsung dari dunia... Rayuan agar isu ini diperbesarkan supaya umat islam di Rohingya dapat diselamatkan dan SEBARKAN pada semua sehabis cara....semampu yang boleh... Hanya cara ini kita dapat membantu mereka....

(SUMBER: Cikgu Azmi yang berhubung langsung dengan rakannya di Rohingya menggunakan telefon secara sembunyi memandangkan alat komunikasi tidak dibenarkan di Rohingya)

Jika kamu rasa diri kamu itu seorang MUSLIM, sebarkan dan doakanlah mereka...Aku tak kata sumber nie 100% benar...tapi sememangnya umat Islam di Rohingya dibunuh dengan kejam dalam masa korang sedang asyik dengan keindahan DUNIA nie.... Apa salahnya memberi sedikit masa yang ada dari 24jam dari kurniaan Allah untuk menyebarkan isu Rohingya nie....

P/S: Aku dapat info ini dari mesej seorang rakan yang cintakan agama melebihi segalanya...Semoga ramai lagi sepertinya...Aminn

Saturday, July 28, 2012

Teknologi Alien (UFO) Sudah Terbukti Memang Wujud !!

Sape kat sini selalu update pasal berita UFO atau nama sebenarnya Unidentified Flight Object ?? Haaa.....kalau korang selalu tengok di National Geographic atau saluran discovery...mesti depa kaitkan dengan Alien kan.... Creatures from outer space..... Makhluk asing dari planet lain.... Sume tu BOHONG je tu....

Tapi teknologi piring terbang tu memang wujud.... Kalau korang nak tau pasal teknologi UFO nie.... memang dah lama dikaji oleh pihak Nazi dan pihak lain termasuk Amerika dan Israel... Korang boleh search di Google perkataan "Coanda Effect".... Ni ler contoh videonya....


Dan ada satu lagi yang lebih menarik.... Dinamakan "Quantum Levitation"... Haaa......yang nie mungkin teknologi yang dikatakan UFO tu.... Dan video nie adalah hasil eksperimen di Universiti Tel-Aviv, Israel...


Ok.....dah takjub?? Itula ilmu Allah tak pernah habis.... Kita nie banyak benda lagi yang tak tau... Dan teknologi nie dikatakan sememangnya sudah diguna pakai oleh pihak tentera Israel dan Amerika....Wallahuallam.... 

So.....wujud ke Alien? wujud ke makhluk asing? Jawapan aku...YA !! Tapi kita kenali depa nie sebagai JIN. Makhluk dimensi lain yang hidup bersama kita... Sememangnya tak dinafikan depa ni mempunyai teknologi yang jauh lebih hebat berbanding teknologi manusia.... Dan mungkin teknologi yang aku citer kat atas tu cuma basic je bagi depa.... 

P/S: Jangan leka dan hanyut sangat dengan hiburan...timba la ilmu

Friday, July 27, 2012

Muslim Dibunuh Sana Sini | Zaman Dajjal Semakin Terserlah


Sedar tak sedar.... sambil masyarakat Islam di Malaysia sedang asyik mencari-cari baju raya (walaupun baru je start puasa)....Sedang leka tidur lena lepas subuh dan waktu tengah hari.... Sedang asyik tengok TV rancangan hiburan sana sini.....Sedang rancak berborak pasal politik situ sini.... Di waktu yang sama....ramai umat Islam di dunia sedang dibunuh dan dipijak......Bukan sahaja di Palestin....Tapi di Syria...Dan yang paling dekat dengan kita....di Rohingya, Myanmar !!

Aku pelik.....kenapa pihak media massa negara kita tak hebahkan perkara nie?? Ramai yang tak tau... yang tau nyer..... Sukan Olimpik sedang berlangsung di London... EURO 2012 baru habis.... Rancangan hiburan... Persembahan konsert sana sini.... Gosip para artis.......berita-berita angin pasal ahli politik..... Tapi kenapa tidak atau sedikit sahaja diberitahu pasal umat Islam di Rohingya, Myanmar ?? 

Untuk pengetahuan semua yang duk baca blog nie yang hanya duk di level selipar jepun je nie kalau nak banding dengan media massa kita tu..... Muslim di Rohingya sedang menderita.....sedang melarikan diri dari pembunuhan beramai-ramai.... ada yang lari ke Bangladesh...... ada jugak yang cuba lari ke negara lain.... Ada jugak hidup secara sembunyi di hutan-hutan...gua-gua... mana-mana sahaja asalkan boleh menyelamatkan diri dari rejim askar Myanmar... Semata-mata nak teruskan kehidupan!

Ramai yang dah mati....ditembak secara membabi buta tanpa mengira melawan atau melarikan diri.... Ada yang ditembak masa sembahyang... ada yang dipukul sampai lumat... hancur muka dan seluruh tulangnya.... ada yang dibakar hidup-hidup.... ada yang dirogol... diseksa...dijadikan hamba abdi sebelum dibunuh.... 

Mana perginya umat Islam negara lain? Ke sebab yang mati tu orang Myanmar, tak nak ambek kisah?? Bukan orang Myanmar yang mati tu....MUSLIM !! Sedara seagama kita !! Tapi kenapa tak rase apa-apa? Sebab kebanyakan dari kita nie dah dirasuk dengan minda si laknat Dajjal.... Hah? Apa kaitan? Memang ada kaitan!! Sebab Dajjal ajar korang sayangkan bangsa...sayangkan negara...sayangkan harta..sayangkan parti....sayangkan hiburan...SAYANGKAN DUNIA... mana perginya agama? Sedangkan sayangkan agama yang lebih utama....

Muslim di Rohingya banyak yang dah mati..... dah melebihi 10 000 orang secara kasar..... Masjid-masjid banyak yang dah dibakar... rumah-rumah mereka juga turut dibakar.... Apa tindakan dari kita? Hanya mengangguk dan jawab, "Oh....I See....(OIC)"... Cam tu je ker?? Mana habis yang kononnya nak membela Islam tu....mana perginya aktivis-aktivis yang kononnya memperjuangkan Islam tu.... Mana perginya media massa yang selalu mencanangkan "Selalu memberikan berita benar dan isu semasa" tu?? Bukan ke nie isu semasa dan berita yang benar??

Niat aku buat entri nie satu jer... supaya kita sedar yang di Rohingya, Myanmar....sedang berlaku pergolakan yang amat teruk melibatkan muslim... Cuba fikirkan.... Kita di sini masih mampu bersahur dan berbuka di rumah dengan tenang dan aman.... Bagaimana mereka di Rohingya meyambut bulan Ramadhan ni? Sempat ke mereka bersahur? Ada makanan ker untuk mereka berbuka puasa? Atau........ terpaksa berlapar dahaga berhari-hari ?

Bukan sahaja di Myanmar....di Syria pun turut bergolak.... Mungkin di sana banyak media yang memberi berita...Mungkin sebab ada pelajar Malaysia yang duk kat sana.... Tapi perlu ke mengira bulu sendiri macam tu baru nak bagi berita? Bukan ke muslim tu juga satu keutamaan juga? Adakah kita sudah tidak sensitif lagi? Adakah kita tidak menganggap golongan muslim di negara lain sebagai saudara? Di mana level penghayatan agama kita ? Setakat di peringkat bangsa je ker? Atau di peringkat parti-parti politik.....atau di peringkat diri sendiri sahaja?? Atau.......... sebelum nie cuma berlakon sahaja untuk mendapatkan publisiti? Tepuk dada tanya iman....

Ada orang kata.... zaman Dajjal ialah zaman di mana umat Islam didera dan dibunuh sesuka hati tanpa diusik sesape pun..... Nah..... Bukan ke mereka sedang dibunuh tanpa liputan dan tanpa belas kasihan? Sama juga di Syria...sama juga yang pernah berlaku di negara-negara lain termasuk jiran kita, Thailand. Bukan ke tu dah menunjukkan kita sekarang berada di zaman Dajjal Laknatullah? Mungkin ada yang kata, kat Malaysia aman jer... kita ok jer..... Yupp....memang ok...tapi kita pun dah diserang! Secara dalaman sememangnya kita sendiri sedang nazak!!  Atau lebih tepat.....KITA LEBIH NAZAK BERBANDING YANG LAIN!!

Berapa ramai umat Islam di negara Malaysia nie tak tutup aurat? Berapa ramai umat Islam di negara kita nie berzina? Berapa ramai yang minum arak dan main judi? Berapa ramai yang selalu tinggal solat dengan sengaja? Berapa ramai yang memang TAK SUKA dilaksanakan hukum HUDUD? Berapa ramai yang buta Quran dan hadis? Tak cukup lagi jawapan aku nie?

Contoh yang paling dekat.... bagi yang mengaku dirinya beriman....cuba tanya diri sendiri.... berapa kuat kah iman di dada masing-masing? Adakah sehebat para sahabat Nabi? Adakah sehebat sahabat kepada sahabat Nabi? Adakah sehebat sahabat kepada sahabat kepada sahabat Nabi? TIDAK.....kebanyakan iman geng-geng kita nie hanya seciput je dari depa..... Kalau SALAH apa yang aku bagitau nie.. Sudah tentu lepas korang tau umat Islam di Rohingya dibunuh macam nie....Serta merta kita semua pergi BERJIHAD di sana.... Tanpa nak pikir pasal kerja...pasal duit...pasal passport...pasal hidup susah...dan segala macam ALASAN yang cuba diada-adakan... Dan nak tunjuknya iman kita lebih teruk dari itu....Korang langsung tak nak ambek tau pasal mereka!! Ibarat orang sedang rogol dan bunuh adik kita sendiri....Korang cuma tengok sambil makan pop corn....Pastu cuma cakap, "KESIAN......".  ITU LER TARAF IMAN KITA!! TARAF HAMPIR GILA!

Untuk dapatkan info lebih pasal pembunuhan di Rohingya....boleh cuba Google kan...taip ler Myanmar Rohingya Holocaust....atau ethnic cleansing at Rohingya.... banyak maklumat berkenaan mereka... Please..... Sempena bulan Ramadhan nie....sama-sama la pakat berubah... Mengubah konsep pemahaman "SAUDARA" dalam minda masing-masing.... Yang disyorkan Islam bukan saudara sebangsa....saudara sealiran politik....atau saudara senegeri..... Tapi SAUDARA SEAGAMA.... Bukan setakat 1Malaysia.... Tapi konsep satu yang lebih kukuh dan mantap...SATU TUHAN.....Hulur-hulurkan la bantuan kepada mereka di sana.... Gunakan apa yang korang ada.....Pengaruh..... Harta.... Jawatan...dan sebagainya untuk mereka... Aku cuma ada blog buruk nie jer..... So dengan blog nie aku berjuang...diiringi dengan doa selepas terawih dan witir.... Sesungguhnya aku mengaku...iman di dada masih belum cukup mantap untuk didabik-dabikkan.....

P/S: Sesungguhnya kita semua sedang "DIROGOL" dan "DIANJING-ANJINGKAN" puak-puak Dajjal tanpa disedari.... Malu la wei!

Monday, July 23, 2012

Bila Ramadhan je Ramai Yang Konon Jadi Baik !!



Sebelum aku nak berceloteh santai kat korang nie...elok ler kalau diberi pembuka kata dulu sempena bulan Ramadhan yang mulia nie.... Selamat menyambut bulan Ramadhan yer bagi yang berpuasa.... bagi yang tak puasa tu... Sila la berpuasa masa masih hidup nie... kang tak sempat nak bertobat kang....naya la korang...:)

Haa.... nie selalu aku dengar bila duk borak-borak kosong.... Bila Ramadhan jer....ada la yang kononnya jadi baik.... Bila start jer bulan puasa nie...ada la yang berlakon jadi baik.... Ermmm..... bulan puasa pun nak mengumpat kan.... haih.... Ni ler antara tanggapan manusia kepada depa tu dan apa pulak komen aku.... Jom pakat baca dan pikir......
  1. Bila start pose... baruuuuu nak baca Quran... Sebelum nie dibiarnyer Quran tu berhabuk atas meja! Komen aku : Biar ler.....sekurang-kurangnya ada jugak dibacanya setahun sekali... Kan bagus tu...Lagipun dia memuliakan bulan Ramadhan nie...tak macam kome yang mengomen tu... Baca Quran pun idak... Mengumpat lagi! Mane la tau kan bacaannya dalam sebulan tu lebih baik dari bacaan korang... Sebab IKHLAS...bukan nak menunjuk tunggu orang puji! Hambek ko...haha
  2. Bila start pose jer....Baruuuu nak pi masjid....tu pun smayang terawih jer.. Pegi ler hari-hari ! Komen aku: Bagus la tu.....sekurang-kurangnya dia pi jugak masjid tu... Yang duk mengomen nie kebanyakannya mesti langsung tak pi masjid... Bukan stakat tak pi masjid... terawih langsung tak buat kan..... Banyak cakap ajo... Ibarat kata orang tua....peghabihkan bogheh di dapur ajo.... Kata dulang paku serpih! Hah....sambung ler...
  3. Bila start pose.... ramai la start buat status (dalam Facebook atau Twitter) yang baik-baik... yang sebelum nie mencarut je keje !! Komen aku:  Haaa.....bagus le tuu... sekurang-kurangnya sebulan dalam Ramadhan nie dia belajar tak mencarut.... Biar ler dia bagi status cenggitu....Kita pakat-pakat la berdoa supaya berkekalan kebaikkan yang ditonjolkan tu....Aminnnn..... Dan at least, ada jugak status berunsur nasihat dalam wall FB/Twitter dia tu... Ada jugak manfaat dia duk berconggok depan pc lama-lama....
  4. Bila start pose jer.... Ramai ler blogger yang buat entri baik-baik... Menyampah ! Komen aku: Elok sangat la tu.... sempena bulan yang mulia nie...biarla pakat reramai nasihat menasihati.... Sekurang-kurangnya yang menulis tu pun dapat belajar jugak...Dan yang lagi penting....entri dalam blog tu melekat sampai blog tu sendiri mati... Kan elok tu...saham untuk akhirat tu... Dapat tampung dosa-dosa yang lepas sikit....
  5. Bila start pose jer... Baruuu nak tukar gambar profil (FB dan Twitter) baik-baik.... Bertudunglah.. Ape lah... Hipokrit!! Komen aku: Ape pulak hipokrit....takde istilah hipokrit dalam perubahan ke arah yang baik... Doakan semoga kekal gambar tu... Lagi baik kalau tersemat di hatinya untuk kekalkan imej baik tu.... Dari duk mengumpat, baik pakat-pakat berdoa bagi kekal... Sama-sama dapat manfaat.... Sekurang-kurangnya...dia pandai jugak hormat bulan puasa nie... Takde la macam sesetengah tu... upload gambar pegang-pegang pakwe/makwe lagi...pastu berbangga....Weng punyer orang!
  6. Bila start je pose...berlambak buah kurma kat kedai..Semua nak makan kurma..Sebelum tu pandang pun tak! Komen aku : elok la tu bagi penjual kurma....ada jugak time untung besar depa...Biarla depa makan kurma tu..dalam sebulan nie je pun takpe...hal depa.. Lagipun kurma nie banyak zat dan manfaat nyer....sunnah Rasulullah lagi... Baik makan kurma dari duk makan junk food (cekedis) atau jeruk-jeruk buah tu... buat seksa badan sendiri jer.. Sesungguhnya makan kurma lebih baik dari merokok! (tetibe...haha)
Tu ler sedikit sebanyak tanggapan yang selalu aku dengar bila start je pose..... Aduuh... Sila la berfikiran positif.... Sebab segala benda yang baik-baik nie...patut diberikan galakan dan dorongan... Bagi yang baru nak berhijrah atau berubah ke arah Islamik...inilah masanya...Masa yang paling sesuai... yang baru nak start bertudung....Yang mana baru nak bertudung secara TETAP (kan ramai yang ON OFF ikut suka hati)...Yang baru nak start belajar Quran...Yang baru nak mendalami agama....Ni lah masanya.... Sebab bulan Ramadhan nie bulan yang diberkati Allah...Segala pintu-pintu syurga dibuka dan segala pintu-pintu neraka ditutup.... Syaitan pun dibelenggu....Cuma diri sendiri jer...Mau berubah ke idak.. Tepuk dada tanya hati masing-masing.... 

P/S: Sokong lah....bantulah jika ingin berubah ke arah kebaikan, dan larang lah...nasihatilah kepada yang ingin berubah ke arah kejahatan.... 

Sunday, July 8, 2012

Sedar Tak Sedar, Ramai yang Dah Ikut Cara Setan


Dalam kehidupan kita sekarang nie....ramai yang berbangga dengan apa yang orang lain bangga..... Berbangga tapi tak tau sebab musabab....meniru gaya orang sekadar meniru tanpa usul periksa akan kenapa dan mengapa.... Sedar tak sedar....ramai yang dah ikut cara Syaitan atau nama ringkasnya....SETAN!

Bukan nak mengata...bukan nak mengeji....tapi sekadar peringatan kepada aku sendiri dan jugak kat korang sumer yang selalu alpa dan lalai dengan kemewahan dan keasyikan dunia yang tak berapa realiti nie.... Penuh dengan tipu daya dan fitnah segala benda... Kali nie bukan nak cakap pasal benda besar sebesar bangunan KLCC tu....tapi benda kecik je.....sepadan dengan diri aku nie yang kerdil je di bumi Allah nie....pasal MAKAN...

Aku tengok sekarang nie.... Ramai yang berbangga dapat makan cara orang barat... lagi-lagi makan western food....guna pisau dan garpu... Dan kalau korang perasan... Makan guna pisau dan garpu nie diajar makan dengan tangan KIRI.... Sedangkan sunah Nabi adalah makan dengan tangan kanan.... Ramai yang sanggup jadi pembela kepada cara makan orang barat nie....Mengatakan yang itu cuma sunnah.... Benda tak wajib... Kenapa nak bising... 


Bukan nak bising...tapi segala sunnah Nabi ada maknanya.... dan segala apa yang dibuat oleh Nabi tu...ada maknanya.... Mengapa perlu bangga dengan cara bukan sunnah tu?? Lagipun makan dengan tangan kiri adalah menyerupai cara makan SETAN-SETAN... Maknanya korang sekarang meniru gaya SETAN makan! Nak bangga ker?? 

Aku ambik petikan hadis yang sememangnya jarang korang baca.... Duk asyik baca pasal gosip artis jer kan... Hadis memang TAK PERNAH BACA pun kan..... 

"Apabila kamu hendak makan, hendaklah kamu makan dengan tangan kanan, dan apabila hendak minum, minumlah dengan tangan kanan, kerana syaitan makan dengan tangan kiri dan minum dengan tangan kiri." SAHIH MUSLIM

Untuk mengetahui lebih lagi pasal kelebihan makan dengan tangan kanan nie.... Korang boleh ke link ini...


Kepada yang suka ikut cara Barat tu..... sila cuba kurangkan la yer... sememangnya cara Barat kebanyakannya tidak membawa sebarang kebaikan pun....baik dari segi cara makan.... cara pakaian.... cara sosial....semuanya menjurus ke arah cara SETAN..... Dan untuk pengetahuan korang jugak...makan dengan tangan pun sunnah... Lebih baik berbanding dengan sudu atau garpu...


Mungkin ada yang kata cara Barat tu....ada jugak yang baik.... Yes....aku tak nafikan ada yang baik.... Tapi yang baik tu SEMUANYA SELARI DENGAN CARA ISLAM..... Perlu ingat....TIDAK ADA SATU PUN CARA ISLAM SEBENAR MENJURUS KE ARAH YANG TIDAK BAIK.... Kalau ada muslim yang jahat tu.... Tu sebab dia sendiri...bukan ajaran Islam yang mengajar dia buat jahat..... So....Please belajar dan amalkan apa yang disuruh Islam..... 

Cara makan dalam Islam nie.... selain dengan tangan dan tangan kanan.... Elok dimulai dengan buah-buahan... bukan pencuci mulut... Makan dengan kuantiti sedikit....iaitu berhenti sebelum kenyang...  Makan sampai habis dulu baru minum air... pastikan makanan dikunyah sebaiknya baru ditelan.... Dan yang paling penting dan paling banyak yang TERLUPA..... baca BISMILLAH sebelum makan...dan baca ALHAMDULILLAH selepas makan..... Ada korang amalkan sumer nie?? Cuba tanya pakar doktor pemakanan.... Adakah sumer nie selari dengan cara pemakanan yang sihat yang disarankan jabatan kesihatan?

Sangat rugi kalau korang dah dilahirkan dalam agama Islam....tapi tak amalkan....tak praktikkan dalam kehidupan seharian....Korang dah diberi kelebihan dilahirkan dalam agama ISLAM...Kenapa sia-siakan peluang itu??? Ibarat kata.....

Kebanyakan orang Islam sekarang, Ibarat dihidangkan minuman kegemaran ketika dahaga di hadapannya, Diminumnya air longkang yang kotor di belakang... Malah berbangga dengan perbuatan itu...

P/S: Sesungguhnya beruntunglah bagi orang-orang yang beriman....dan amat rugi bagi orang yang tidak beriman... Quran dah bagitau awal-awal dah...:)

Wednesday, July 4, 2012

Ubat Putus Cinta


Dari kecik sampai la besor.... Ade je kisah-kisah percintaan kan....Kalau bukan kita sendiri...kawan-kawan yang alami....Kalau bukan kawan-kawan....kawan kepada kawan yang alami.... Banyak ler kisah nyer... Tapi yang paling hot bila dah PUTUS CINTA... Ada la kisah sampingan disebabkan putus cintan-mintan tu....

Adakalanya sampai berlarutan bertahun-tahun kesannya.... ada juga sehari dua jer...leaps tu dah ok... huhuhu... Tapi yang jenis bertahun nie yang risau nie.... Ada sampai ke jalan yang merosakkan...Hidup penuh dengan pemberontakan semata-mata nak puaskan hati yang tengah berkecamuk tu... Kononnya nak lepaskan kesedihan putus cinta yang lalu tu...

Ada jugak yang ambek jalan singkat......Putus je cinta... nak putuskan nyawa sekali! Nak terjun bangunan.... Bangunan pulak empat tingkat jer.... Jatuh pun tak tentu mati... Anggap diri tu dah tak berguna sebab dah putus cinta... Dah takde yang berkenan... Macam la diri tu hodoh sangat atau useless sangat sampai terpikir macam tu....

Nak tau ubat putus cinta yang sebenar-benarnya? Haaa..... Ni ler ubatnya.....
  • Sebagai asasnya, bila dah putus cinta.... Korang jangan ingat korang dah putus hubungan keluarga juga... Mak...ayah....abang....adik....kakak......sumernye ada menyokong korang... Bagi pelukan dan mengadu la kat depa akan kesedihan korang.... takde wujud anak bapak atau anak mak dalam situasi tu... Tu sumer propaganda orang dengki dan berniat jahat jer... Utamakan kasih sayang keluarga... Kalau terbuat kesilapan pun...depa tetap maafkan...Sayangilah mereka dalam gembira atau sedih... Lagi-lagi mak dan ayah...
  • Ok....Korang jugak ada kawan-kawan terdekat.... jangan menyendiri.... berkawan la dan bergembira la dengan gurauan dan aktiviti sosial yang tidak melampau... Kekadang dengan sokongan moral depa nie pun...dapat menaikkan kembali mood korang....
  • Nie penting dan jarang sekali diamalkan.... Yes korang dah putus cinta... Tapi kena ingat....ada satu hubungan cinta yang takkan putus... CINTAKAN TUHAN.... Kalau dah rasa nak mengadu sangat... mengadu la kepada Allah s.w.t..... Buat solat sunat...dan berdoa la...mengadu la... Menangis la depan Tuhan...Pasti lepas korang mengadu dengan ikhlas gitu....Korang akan rasa aman....
  • Baca Quran atau dengar alunan ayat Al-quran..... Itupun menenangkan hati... Kalau rasa susah hati sangat.... hayati la ayat Quran....sesungguhnya ubat segala ubat hati ialah ayat-ayat Quran....
Yang dua last tu selalu ditinggalkan.... Padahal yang dua last tu ler yang paling mujarab... Sesungguhnya Allah mengasihi setiap hamba-Nya di muka bumi nie.... Korang buat dosa bergunung-gunung pun... Allah tetap memaafkan kalau korang ikhlas bertaubat... Allah Maha Pengampun lagi Maha Mendengar.... Kekadang yang putus tu untuk kebaikan jugak....Cuma kita je tak sedar... kan? Be positive yer....:)

P/S: Mungkin cinta yang terputus tu cinta terlarang... Cinta yang penuh keimanan bakal menanti... Cuma korang yang kena usaha mencari...Bila dah dapat...kekalkan...:)