Pages

Sunday, December 22, 2013

Empat Fakta Sejarah Melayu Yang Jarang Orang Tahu


Sebenarnya ramai yang tak tahu pasal sejarah melayu yang sebenar... Ramai yang suka cakap pasal sejarah melayu...Cedok dari buku KBSM ajaran sekolah rendah dan menengah.. Rasa macam dah betul gile dah diri tu dengan ilmu secubit garam... Haiyo... Nie nak bagi sikit fakta yang memfaktabkan diri yang suka memperlekehkan dan memperkotak-katikkan melayu nie.... Baca dan faham... 

Agama Islam
Ramai duk kata yang melayu dan Islam tidak boleh dipisahkan... Ermm... tu sebab korang dah lahir dalam agama Islam.... Sedangkan sejarah asal melayu menunjukkan melayu nie bukannya sejak lahir dalam agama Islam... Mengikut sejarah asal melayu, agama yang dianuti sebelum Islam adalah hindu dan buddha... Melayu nie kaum yang agak tua... Sebelum kedatangan Islam lagi dah ada kaum melayu... So... selepas melayu mendengar akan kedatangan agama Islam... Maka empayar melayu ketika itu iaitu Srivijaya menghantar surat kepada kerajaan Islam sezamannya iaitu Empayar Umayyah, atau lebih tepat kepada Saidina Umar Abdul Aziz... Maka berlakulah proses kemasukan agama Islam secara beramai-ramai kerana pemimpin tertinggi secara sukarela masuk Islam diikuti dengan seluruh rakyat jelata.....

Institusi Raja-raja melayu
Institusi raja-raja melayu adalah yang tertua di Asia Tenggara yang masih ada kedaulatannya sampai sekarang.... bukan di Thai bukan di Khmer... Tau Khmer tu katne? Lebih kurang kat Kemboja gitu... Ada jugak institusi raja melayu lebih tua iaitu di Burma, Jawa, Laos, dan Vietnam tapi telah pupus... Institusi Raja-raja melayu sangat disegani kawan dan lawan... Dan dipercayai juga, adanya institusi raja-raja melayu ini kerana menyimpan satu rahsia tersirat dan tersurat berkenaan sejarah asal-usul ketuanan melayu.. :)

Selat Melaka
Selat Melaka nie adalah selat paling sibuk di dunia... Selat yang paling direbuti dan diingini kuasa-kuasa besar dunia.. Selari dengan namanya... kesibukan Selat Melaka berada di kemuncak ketika era Kesultanan Melayu Melaka.. Satu persoalan...adakah mampu keamanan Selat Melaka dijaga hanya dengan keris dan tombak? Tembok kayu dan daun nipah? Pastinya itu adalah satu fakta yang terfaktab...ditipu dan dipusing oleh penjajah.... So.... cari balik macam mana sebenarnya kehebatan kesultanan melayu Melaka ketika itu sampaikan empayar di China pun bersahabat dengan kerajaan melayu ketika itu..... :)

Aborogine Malay
Orang Melayu adalah berasal dari induknya iaitu Austronesia/Nusantara.Orang Melayu sehingga ke hari ini tetap mengekalkan bentuk protonya iaitu Orang Asli yang terkelompok dalam Aborigine Malay.

Buat pengetahuan korang..Orang Asli di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu Aslian (terbahagi pula kepada dua iaitu Semang/Negrito dan Senoi) dan Aborigine Malay/Proto-Malay. Aborigine Malay sebagai contoh ialah Orang Laut,Jakun,Seletar,Orang Kuala dan Temuan.

Aborigine Malay berbahasa mirip bahasa Melayu dan terkelompok dalam kelompok Austronesia dan rapat dengan kehidupan orang-orang Melayu (Deutro-Malay) sejak zaman-berzaman. Dalam sejarah...Aborigine Malay selalu mengumpulkan hasil hutan di pedalaman dan diserahkan kepada orang Melayu yang kerap berdagang dan berlayar ke luar negeri.

Kewujudan Aborigine Malay adalah bukti paling 'angker' untuk mengukuhkan orang Melayu sebagai The Undisputed Indigenous yang memusnahkan semua khayalan orang asing yang dengki tidak berkesudahan dengan nikmat yang Allah swt kurniakan kepada hamba-hamba-Nya dari kalangan orang Melayu. Dengan kata lain,Proto Melayu atau Aborigine Malay ini adalah 'bukti hidup' kepada premis orang-orang Melayu sebagai penduduk asal dalam konteks di Malaysia!! 

Fakta ini dipetik dari Srikandi

Sesetengah dari kita nie malu nak mengaku yang kita nie melayu.... Rasa rendah diri bila cakap pasal bangsa dan sejarahnya... Walhal sejarah kita sangatlah tip top dan hebat di mata dunia yang tahu sejarah sebenar.... Bukan juga patut berbangga lebih-lebih sampai sombong bongkak bila berjumpa bangsa lain.... Kita nie hebat... tapi kita juga hebat dalam budi bahasa... lemah lembut dan sopan berbicara..... So...kenapa nak tiru bangsa lain sedangkan kita sejak dari dulu adalah suatu bangsa yang hebat dan dihormati? Mungkin ramai dari kita nie...nama je melayu...tapi perangai dah bukan melayu.... Kan?

P/S: Tak salah belajar sejarah... Sebab sejarah membentuk jatidiri kita.. Jangan lupa belajar agama sekali...:)

Saturday, December 21, 2013

Jualan Car Boot Di UK | Murah dan Meriah

Jualan Car Boot Murah

Sape pernah join pi shopping jualan car boot di UK? Mesti kebanyakan kata beronok-ronok kan boleh shopping murah-murah kat situ? Yaaaa...memang murah beb... Aku first time dibawa geng yang dah lama kat sini...memang tak terjangkau dek akalku la kan... Sebab aku tak penah pegi car boot sale nie... Walaupun kat Malaysia.. pernah dengar-dengar gitu je... he he..

Kat sini...syurga kaki shopping beb! Barangan dia memang banyak sangat.. dari toilet bowl a.k.a mangkuk tandas...sampai la ke kusyen sofa yang empuk lagi baru! Haaa.... mungkin ada yang fikir car boot sale nie jual barang terpakai yang dah buruk lagi takde kelas kan... Sape cakap....barang baru pon ada! Barang terpakai pun ada jer yang baru-baru...siap dalam plastik bertag asal lagi... he he...

Range harga.... ermm... kalau yang baru tu...expect mahal la sikit kan.. tapi kat car boot di UK nie...banyak bawak syiling 1pound je beb.... Baju sejuk 1pound... Baju baby 1pound... toys fisher price pun ada yang 1pound... coffee maker machine pun dapat 1pound beb kalau ada rezeki! Haaa... sape yang tak gile... gile membeli...he he he...

Sofa baru bai..

Buku ada... barang dapur ada..

Baju-baju.. vakum pun ada..hihi

Siap ada tempat parking.. ramai kot yang datang..

Ni kawasan dalam sikit.. besar kot tempat dia..

Ni dekat pintu masuk...

Sememangnya kat sini tak pelik dapat barang baru dalam 1pound je weh.... sebab aku rasa trend sini kot macam tu.... Rumah depa kecik-kecik jer.. nak save letrik dan heating gas punyer pasal... pastu  barang rumah mesti nak tukar baru bila tiba nak raya.. Christmas la.... So... depa nie sanggup jual je beb murah-murah.... Tu kire ok la tu... member aku dapat sofa dan rak tv yang elok lagi....Free beb! Kalau kite la kan...guna sampai lenjan la kan... hu hu..

Nie la orang kata... people's trash can be another people's needs... Haaa...lebih kurang ler tu.. Orang lain tak nak...tapi ada je orang nak barang tu... Maka wujud la carboot sale... Best ooo... Orang macam aku nie datang car boot...memang ibarat bulan jatuh ke riba la... Ye la.. elaun belajar berapa jer kan... Datang ke UK tak bawak ape-ape... masuk rumah sewa baru mesti banyak kena beli kan... Nak beli baru semua...botak la kepale beb... he he... Shopping je ler kat car boot... asal ade je dulu... hee..

Dah la murah...boleh nego lagi... kekadang harga barang dah 1pound dah... tapi lepas nego punyer nego..dapat tiga barang 1pound! Muahahahaha... bangga gila kalau dapat macam tu... Saving yang melampau-lampau... Boleh la simpan sikit elaun untuk plan seterusnya.... jenjalan across UK ker... pegi Europe ke.. hihi.. dapat simpan 1pound pun bermakna woo untuk masa depan... Survival kot kat sini.. :p

P/S: Tengah plan nak jenjalan London... Harap-harap dapat la kan..huhu

Friday, December 20, 2013

Perbandingan Ekonomi Perbelanjaan Di UK dan Malaysia

Semua kita dah tahu..Kenaikan segala jenis harga dan perbelanjaan semenjak dua tiga menjak nie... Gula naik lagi.. Minyak naik lagi.. Tol naik lagi.. Tariff bil pun naik.. Ramai yang dah terasa dengan kenaikan tu.. nampak sikit je kan.. tapi bila campor semua perbelanjaan tu.. cekik darah jugak... 

Yang terasa...biasalah..golongan sederhana la kan... yang dapat gaji 10000 sebulan tu memanglah tak terasa... tapi ramai ke golongan bergaji besar di Malaysia? Sape keje menganalisis peratusan majoriti gaji rakyat di Malaysia? Sila tampil dan berikan fakta tu.. Kalau ikutkan spekulasi..majoriti penduduk di Malaysia nie cuma bergaji lingkungan rm3000 sebulan kan?

Ok... Ada orang cakap..Rakyat Malaysia nie dah senang... setakat naik sikit-sikit tu pekedehal... Dan sesetengahnya pulak duk bandingkan dengan negara-negara miskin.. nak tunjuk kadar kebuluran kita nie masih kurang... kadar keikatan perutan kita nie masih di kadar yang tak membimbangkan orang-orang yang bergaji besar nie... Yang duk banding dengan negara mundur buat apa??? Nak ke kita kembali ke zaman kemunduran? Bila nak maju ke depan kalau asyik duk bandingkan dengan orang di belakang? Kan?

Ok..ada jugak banding dengan negara maju..UK contohnya... tapi duk convert harga ikut mata wang.. cakap sana walaupun murah di mata, tapi mahal di hati.. ye la.. 1pound tu sama dengan rm5.00 lebih kita... kira tetap mahal la kan walaupun singgit UK... Ermmm... logik separuh je.. sebab yang diconvert nya harga barangan SAHAJA.. gaji? haaaa....nampak permainan di situ..

Baik... cara nak bandingkan nie kenela betul... kalau banding sesuka hati...takkan jadinya... contohnya nak bandingkan epal dengan pisang... nak bandingkan kereta dengan bas... takkan sama! So..dalam ilmu sains kajian tempatan yang betul... setiap perbandingan kenelah dengan nilai yang betul...unit yang sama... dalam dunia penyelidikan ... selalu digunakan satu perbandingan yang diberi nama "non-dimensionless" atau ertikata ibundanya.. pemalar yang tadak unit...

Untuk perbandingan ekonomi antara UK dengan Malaysia nie... eloklah dibandingkan dengan kadar belanja per kadar pendapatan... baru sama... faham tak adik kakak cik abang cikebum cikebum sekalian? Bila dah di per kan dua unit yang sama...maka unit matawang itu terhapus...maka jadilah satu pemalar non-dimensionless... baru orang kata compared apple to apple...

Ok...contohnya pendapatan seseorang di UK sebanyak 1500pound... ni gaji orang-orang taraf kerani nih.. pound dgn RM same je bab gaji kerani..1500 jugak angka dia..yang beza sini dlm pound kat Malaysia negara yang aman dan sejahtera tu dalam RM...nampak sikit je kan... ok.. belanja di UK ni.. 50pound tu dah penuh troli di pasaraya beb... komfem penuh troli.. aku dulu macam tak percaye jugak.. hah... bila tuan badan sendiri duk sini... memang penuh! dengan ada bawang,gula,minyak masak, ayam, daging, ikan, sayur, butter,roti,semua lah... cukup dengan 50pound.. ok..tolak sewa rumah dalam 600pound.. bil-bil dalam 100sebulan..(ni pun dah kira membazir dah tu) .. kira-kira belanja bulanan dalam 1300 sebulan... nie pun dah mewah giler-giler la bab makan di UK.... tak perlu ikat perut langsung... makan penuh meja hari-hari.. penjimatan berkadar 10% je kot... so... kadar non-dimensionless dia.. 1300/1500 = ?? Hah..kire sendirik...

Di Malaysia... Gaji kerani katelah RM1700... lebihkan sikit... cuba tolak belanja... bil-bil brape? belanja dapur brape? blanje sewa rumah brape? agak-agak total brape? aku bagila estimation... dalam..... 1300??? Hihi... mesti ramai cakap ... SIKITNYA!!!!! Ke lebih ikut kiraan tuan empunya badan... haaa.... kat situ baru tahu belanja kita mahal atau pun tidak...

Nak tahu mahal ke tidak... kalau kiraan tu korang dapat lebih kecil dari kosong...maka korang takde la masalah sangat... kalau kiraan tu menunjukkan hampir sangat dengan kosong atau lebih...contohnya dapat 1.4... maknanya kadar belanja melebihi kadar pendapatan... maka YOU ARE IN MONEY TROUBLE... Dekat UK serius duit 1500pound tu dah cukup... siap ada kete..umah sewa..belanja makan tak payah nak ikat perut.. dah kira happy living dah.. kalau gaji lebih dari tu.. memang lagi bes la... Sebab apa? sebab kadar belanja per kadar pendapatan depa sangatlah rendah... Memang la dari segi matawang depa ni mahal kalau ditukarkan ke RM.. tapi harga barangan depa jauh lebih murah berbanding harga barangan kita kalau dibandingkan dengan pendapatan purata penduduk di Malaysia... faham?

Kalau betul la nak samakan matawang... sebab ada jenis yang tak puas hati dan tak faham-faham cakap nak compare kenelah guna tukaran wang kan... ok baik... gaji purata di UK 1500 dah boleh survive..gaji kerani... so.. kalau betul nak convert.. sila bagi gaji kerani di Malaysia sebanyak 1500 x RM5.00++ bersamaan RM8000+- kita!!! tu kalau convert secara terus... so.. ada ker kerani di Malaysia mencecah RM8000 sebulan? nampak dah?

Sebab tu lah dikatakan mahal... harga barangan tidak selari dengan pendapatn kebanyakan... bukan nak membantah membabi buta tuli pekak dan bisu..tapi kesian la kat warga marhaen nie... Golongan kaya takpe.. sebab depa dah banyak duit... golongan marhaen yang baru nak membukak tapak kehidupan? Yang baru nak berumahtangga.. yang datang bekerja bermula dengan sekangkang kera sebab family kat kampung takde duit? Yang berhutang dengan PTPTN.. yang baru nak beli kete dan rumah?? Silalah renung dan tolonglah mereka...

Barangan yang naik kebanyakannya majoriti yang guna... miskin dan kaya semua nak guna.. kalau yang naik tu barangan orang kaya only...aku ok jer... sebab tak kacau perbelanjaan orang miskin nie... contohnya naikkan harga kereta mewah.. naikkan arak yang haram tu... naikkan harga tiket konsert antarabangsa yang menjurus kemaksiatan tu... naikkan harga sewa hotel 6 bintang... haaa...barula tak kacau golongan marhaen...ni naik gula...minyak...letrik...lepas ni GST pulak... kenapa marhaen yang kena?? Kalau yer pon nak dinaikkan...dah tak boleh dielakkan lagi..kalau tak naik boleh hancur MALAYSIA nie.. sampai tahap dah TAKDE JALAN LAIN nak selamatkan MALAYSIA nie..Aku cadangkan dibuat satu kaedah membantu mereka yang berpendapatan sederhana nie... bantuan menyeluruh supaya yang terasa kenaikan cuma golongan kaya melampau tu haa..... contohnya dibuat kad diskaun khas untuk golongan berpendapatan rm2000-rm3000 ke bawah.. contoh je ni ok...contoh... kan ok jugak... kad diskaun tu boleh kurangkan harga tol atau dikecualikan tol... kad tu boleh mengurangkan harga minyak.. semacam kad subsidi khas bagi golongan yang tak berkemampuan... tu baru rakyat didahulukan... Diberikan win-win situation punye kaedah nak selamatkan ekonomi..bukannya sebab nak jaga periuk nasik sendiri...golongan yang sederhana nie yang tanggung derita..

Ataupun menaikkan gaji mereka yang berpendapatan rendah nie... yang dah cecah berpuluh ribu sebulan tak perlu naik pun takpe..dikurangkan jugak adalah lebih baik... ye la.. CEO sampai hampir cecah seratus ribu.. gila aper... gaji RM40000 tu pun dah kira melampau banyak...  kurangkan jurang kemiskinan... biar semua senang..bukannya menindas.. Apa kata gaji cuma dalam range rm3500-rm20000 je semua jenis kerja... kecikkan jurang... tengok apa kata mereka yang kaya-kaya... Amokan serigaja jadian terus barangkali..he he.. Persoalan yang timbul...mana kata-kata rakyat didahulukan yang dicanang-canang?

Aku bukannya nak komplen suka-suka... tapi dari pemerhatian dan hujah.. aku pun seorang rakyat biasa... sokong bukan ikut bendera parti.. cuma berdiri sebagai rakyat biasa, seorang yang berfikir kalau boleh ke arah nak jadi  seorang muslim yang sejati...bukan nak hina...bukan nak caci.. tapi ternampak la jugak kesan buruk dengan cara kenaikan sekarang... Kenapa geng yang tak berduit nie jugak yang jadi mangsa? Ramai-ramai duk dalam parlimen...yang kononnya sanggup berhujan panas sekali dengan rakyat..sanggup mencemarkan kaki masuk gali longkang sekali dengan rakyat.. hanya boleh bagi solution naikkan barangan senang-senang macm tu jer?? Hmm.. something to ponder about.. Something tak betul la kan... 

Yes segala benda kene dapat persetujuan 2 per 3 dalam Parlimen baru boleh buat... bantah pun kene seramai tu baru valid bantahan... so.. maknanya 2 per 3 dalam parlimen setuju kenaikan? Sape yang setuju dan sape yang tak setuju...? Please guys... please.. cuba fikirkan dari akar umbi... bukan secetek harga naik jer.. tapi di mana punca sebenar berlaku perkara macam nie... sila letak tepi pasal parti sat.. duduk bincang...fikirkan sama-sama.. dan cari penyelesaian..yes sekarang masih aman (aman kan?) ..takkan nak tunggu mayat bergelimpangan baru nak sedar? sudah terhantuk baru terngadah??  Harap jelas di hati..bukan di mata.. sebab mata senang ditipu.

P/S: Aku rasa..pepatah menang sorak kampung tergadai sangatla tepat untuk negara kita yang tercinta... OOohh...Malaysia masih aman... :)

Thursday, December 19, 2013

Berlawak Sambil Menimba Ilmu | Cara Dakwah Kepada Belia

Dari Google..

Sebenarnya kan....susah nak ajak golongan muda-mudi nie berkumpul dalam satu majlis ilmu agama.... Seriously....susah sangat... Sebab golongan belia nie teramat banyak cabang hiburan masa lapang dia sampaikan hidupnya terlampau busy dah...takde mase atau slot dah dalam jadual kehidupan seharian dia nak diselitkan majlis ilmu agama nie.... Kenapa? Mengapa? Bagaimana cara nak menarik balik minat belia nak belajar agama? Sebab tu timbul satu cara iaitu.... berlawak atau diselitkan unsur jenaka dalam menimba ilmu.... Menyelitkan sedikit unsur hiburan dalam berdakwah...

Mungkin ada yang cakap... mana boleh!!! Nak belajar ilmu agama mana boleh gelak-gelak...kena serius! Merendahkan martabat masjid katenyer... Cara salah...Khurafat!! (Fuiyyo... agak-agak la kan nak over pon..) Kena baca kitab sepatah demi sepatah tanpa ada sedikit pun humor.... Serius.. Ajar ilmu agama kene serius... Terbersin pon tak boleh!! Amboi... Timbul satu soklan ringkas...Salahkah?? Atau ada yang kata macam tu sebab dia tu sendiri tak pandai nak berlawak sambil memberikan ilmu yang bermanfaat?? Dengan erti kata...jeles?? Jeles tengok orang lain berjaya hangpa tak seberjaya macam tu?? Dengan kata lain.. kome tu sendiri tak reti nak berlawak sambil memberikan ilmu...kan? Cemburu buta...he he...

Hmmm...Kalau betullah cara tanpa selitkan sedikit hiburan dalam menyampaikan ilmu agama adalah cara yang korang yakini betul dan tepat dengan arus belia sekarang..... Silalah buat... korang try la buat cara tu... aku rasa komfem tak sampai sebaris pun datang dengar bebelan kome tu... Yang ada pun golongan berumur yang memang dah takde khoje kat umah... Golongan yang dah tak ambil port dah bab-bab duniawi nih.... Harapkan belia datang.. Hmmm... Cakap la sorang-sorang... Last-last tinggal kome dengan tiang masjid jer... Haa....

Kalau bebudak tu memang minat ilmu agama takpe... masalahnya dari seratus belia zaman sekarang... sorang je minat... 99 lagi? Minat K-Pop... Minat Rock.... Minat Zizan.. Minat shopping... Minat bola... Minat berfacebook.. Kan? Jadi... Macam mana nak menarik yang 99 tu supaya tertarik nak dengar biarlah sikit pun...tentang ilmu agama nih?? Atau...sudah cukup sekadar nak mengajor seorang dari seratus tu sampai lebam?? Takde unsur nak meramaikan jemaah ker? Takde usaha nak cuba convert kan yang 99 tu ker? Haaaa.... itu yang nak dibincangkan dan diusahakan nie...

Bagi aku... cara berdakwah sambil berjenaka ni adalah salah satu cara berdakwah sambil berhibur... hiburan yang ringan sambil tak nak bagi mata mengantuk...berdengkur tidur tak dengar apa-apa... Selain tu jugak... cara nie memang terbukti berjaya menarik lebih ramai golongan belia mendekati agama pada zaman sekarang nie....Sebab remaja a.k.a belia nie sukakan HIBURAN!

Ambek contoh... hiburan jenaka sekarang sangat popular...Sangat ramai peminatnya.. Maharaja Lawak... tu ler satu contoh rancangan hiburan bercirikan lawak jenaka yang sangat diminati ramai tak kira tua dan muda... Lawak Ke Der... Super Spontan... Semua tu ada elemen hiburan berjenaka....hiburan ringan yang boleh membuatkan orang bergumbira kejap...lari dari kesibukan keje di ofis..stress belajor..stress jem...dan segala jenis stress meres lagi... memang lumrah manusia .... sukakan hiburan... so...berdakwah sambil berjenaka adalah salah satu strategi yang sangat tepat dan berkesan!

Cuba tengok perubahan yang dibawa Ustaz Azhar Idrus... Tengok betapa ramai belia yang sekarang sanggup datang ke majlis ilmu bila dengar nama beliau... Tengok Ustaz Abdullah Khairi... Tengok Ustaz Kazim Elias.... Tengok Ustaz Bollywood.... Semuanya berjaya menarik golongan belia mendengar ceramah agama dengan cara berlawak dan berjenaka masing-masing.... Alhamdulillah.. Semakin ramai yang sedar dan berfikir betapa pentingnya ilmu agama dan semakin ramai yang amek tahu pasal agama.... Bukti cara dakwah nie adalah yang paling berjaya setakat nie kepada golongan belia yang sebenarnya amat dahagakan kesucian beragama nih!! Cuma sebelum nie.... belia anggap belajar ilmu agama nie suatu yang sangat boring...sangat tak best...dan sangat mengkremkan punggung masing-masing... Sekarang....learn with so much fun! Penuh keterujaan...Kan.....

Tapi kan..... adaaa jugak sesetengah golongan nie kata tak boleh... tak sesuai... tak patut gelak-gelak dalam masjid.. adohai... Pastu siap kutuk-kutuk ustaz-ustaz.. siap maki hamun lagi... Duk sibuk kata jangan fanatik...jangan percaya... Pastu sebar berita buruk yang entah betul ke tak.. Fitnah tak fitnah dah tak kesah...asalkan sampai hajat nak jatuhkan maruah depa.. Oi sedara sedari cikebum cikebum sekalian... Dari duk kutuk mereka yang banyak menyebarkan ilmu yang baik nie... Baik duk kutuk mereka-mereka yang sebarkan kebebasan bersosial yang melampau tu haaa.. Baik sindir golongan yang mempersendakan agama secara terang-terangan tu haaa... Sape? Sape? Ditujukan kat sape nie?

Artis kah? Menteri kah? Ahli politik kah? Blogger kah? Sape yang aku sedang tujukan nih? Ada unsur politik kah? ada unsur merendahkan martabat melayu kah? Ada unsur fata morgana kah? Fotosintesis kah? Foto kinetik kah? Atau... Fotografi kah? Sebenarnya soklan-soklan tu ditujukan kepada............ KITA SEMUA... DIRI SENDIRI! Ramai dari kita nie aurat sendiri tak jaga...tapi sibuk nak kutuk orang lain.... Ramai dari kita nie kutuk ustaz-ustaz tu... tapi sendiri bukannya tahu pun pasal agama... solat pun tak berapa betul... baca al-fatihah pun tak berapa nak kena... ada hati nak kutuk depa tu... Ramai dari kita suka sembang macam segala isi dunia nie dia tahu... Walhal nak suruh huraikan makna tersirat di sebalik syahadah pun tak mampu... Sibuk memperdajjalkan mereka yang cuba menyebarkan kebaikan... Padahal diri sendiri hampir sama buruk macam si Dajjal...

So..... shut your mouth.... istighfar bebanyak... dan pi dengaq apa ustaz tu kate.... belajar dan timba lah ilmu banyak-banyak... hormat depa tu macam hormat cikgu-cikgu....hormat orang tua.. bukannya kerana tinggi pangkat dan darjat baru nak hormat... Hormat kerana ilmu...bukan kerana harta dan pangkat... Belajar lah sambil beronok-ronok mendengar celoteh mereka... Jangan carik alasan duk kutuk.. Jangan jadi cam shetonirrojim.... Pi dengaq.. pi ketawa... balik rumah penuh ilmu di dada... Ada rugi? Tarak! Dapat pahala lagi..Buang yang keruh... ambil yang.... jernih... Pandai! =)

P/S: Ustaz..Mu Tunggu Aku Datang Masjid Pi Dengaq Ceramah Hang!! :)

Tuesday, December 17, 2013

Selagi Aku Masih Mampu Berdiri [Motivasi Diri]


Kekadang kita rasa kita dah tewas...kita dah kalah...kita dah tak mampu lagi nak melawan dugaan dan rintangan seorang diri.... Cabaran demi cabaran datang bagaikan ombak laut di pantai... Terasa diri ini bagaikan dipukul dan dihentam bertubi-tubi... Sakit bukan kepalang...Luka penuh dibadan ..Tidak mampu lagi disembunyikan...Masih mampukah aku berdiri?? ....

Ituler contoh satu luahan hati mengikut gaya novelis artistik akustik yang mistik lagi bistik....he he... Penuh jiwang di situ... sorry..not in this belog wokeh... Belog ni sempoi je ayat dia... tapi nak citer benda yang sama... Pernah tak korang mengalami sindrom hampir putus asa? Sindrom rasa down giler lah...Bukan sindrom down yer... Itu bukak kamus lain... Sindrom di mana kita rasa hampir putus haid..oh...silap lagi...putus asa yer..maafkan saya.... Putus harapan.... dengan kata lain... I'M GIVE UP?

Well....dengan bangganya aku nak ceritakan kisah seorang marhaen yang hampir putus asa tapi dengan tetibanya dia kembali berjaya dalam kehidupannya.... Well.. masih banyak kene tempuhi.. tapi stakat nie... dia mampu mengalahkan keputus asa an itu dengan jayanya...alhamdulillah... Ok...sila baca dengan sabar dan penuh penghayatan yer... cerita benar nie... Cerita seorang yang hampir putus asa dalam perjuangannya dalam pengajian Kung fu Master nyer.......

Bermula al-kisah marhaen nie...dengan penuh azamnya dia menyambung pengajian Kung fu Master nya secara full-time... aliran pencak seni yang bernama.... hahahahihihihihuhuhu (wallahualam... dirahsiakan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan). Maka bermula lah perjuangannya yang kebiasaannya memakan masa selama dua tahun... Memendekkan cerita... bermula tahun pertama pengajian...takde masalah... Ok ajer.. belajar jurus tu...jurus nie... lipat sana..lipat sini..golek sinun..golek sinan... Tapi bila masuk tahun kedua...timbul satu persatu masalahnya...

Bermula dengan masalah tempat belajarnya terbakar.. lepas tu ketiadaan duit nak bayar yuran belajar... diejek sebab dia nie di copkan bengap dan lambat pick up...... sifunya pulak tak pedulikan hal dia..lantak pi hang la nak berjaya ke tak...asalkan sifu dapat duit sumbat perut lapor ..hilangkan dahaga tekak..buncitkan perut sampai boroi...... maka ketensenan dia makin ketara apabila satu schoolnya tidak mampu menolongnya... Maka terpaksa la si marhaen ni berdiri sekangkang kera.. sekangkang kangkung tang trang tong tang bersendirian tadak orang amek tahu... keciwa campor lonely beb... bertahun-tahun memendam rasa..stress makin bercambah macam cendawan tumbuh lepas hujan beb... kalo simpan lama-lama boleh jadi gila beb..ooOooOOoo gila.... haa...kan dah gila tu...


Maka itu ler perkara yang terpaksa dihadapi si marhaen nie... Tapi cinta kepada ilmu kung fu punya pasal... stress dan tensen dihadapi dengan penuh sabar... Maka diusaha kan lagilah dengan satu tujuan... nak grad je dari skolah kung fu nie... tapi stress dan putus asa punyer sindrom dh makin berselaput kat dalam hati si marhaen... Dah mula bertanya kat diri sendiri... Apa yang aku buat?? Apa pekdahnya belajor kung fu ni?? Buang masa tol!! Baik balik jual ais kacang..dapat jugak duit kan macam citer Rock oOo Rimba Bara tu...Haa..tu la soklan shetonirrojim yang dah start keluar bila keputus asaan makin banyak tertimbul dalam sanubari jiwa si marhaen...

Diusahakan jugak kerana ingat mak ayah..hantaq jauh-jauh ..guna duit tabung hantar si marhaen ni belajor kung fu.. dalam keterpaksaan nie.. di try jugak sikit demi sikit... tapi tetap tak pass jugak.. ape ke bengap diri nie??? tu ler soklan terdetik di hati si marhaen...Si marhaen sudah mula menunjukkan sifat berputus asa... Tapi hati masih mampu bertahan dari buat keje bodoh seperti menggantung diri, mencekik tulang ayam, melolong tengah-tengah malam, atau membasuh gigi guna berus jamban (gila)...Masih mengeluh nasib diri kepada Allah yang Maha Mendengar..."Ya Allah..bantulah daku...bantulah daku.."

Dalam hati si marhaen berperang menanggung seksa sakit hati tu...Maka secara tak perasannya berbulan-bulan membawa hati yang lagha tu tanpa progress dalam pengajiannya... Kekadang terfikir jugak dalam benak si marhaen..."Tak grad dah aku nie...takpelah..mungkin setakat nie jer rezeki aku.."

Hampir setahun si marhaen cuma hanyut dalam peperangan jiwanya... melawan kata hati dari berputus asa... Dicuba jugak dengan sedaya upaya mempelajari seni beladiri yang diminatinya nie..tapi apakan daya.. halangan tu lebih besar  berdiri di depannya... Mungkin berkat kuasa doa dan tawakkal... berkat doa mak ayah lat kampung nun jauh di sana... berkat masih cekal dan sabar melawan ujian dan dugaan..berlaku perubahan angin dalam sekolah itu... sifunya berpindah dan si marhaen pun terpaksa belajar sendiri!! Lagi la pening... Ni ubah angin makin teruk nie... aaaargh!! Dalam keadaan pening yang melampau...tetiba teringat pesanan ayahnya... "Bila stuck, buntu dalam memikirkan sesuatu...kosongkan minda..tenangkan jiwa.. ingat Allah.. hanya Dia Maha Berkuasa atas sesuatu..."

Maka ditenangkan dirinya ...bertafakur sejenak di bawah aliran air terjun... sambil mendengar kicauan burung cot cet cot cet.. Woi..bising la! ha ha.. tetiba....desiran daun ditiup angin.. segala bunyi-bunyian alam menenangkan hatinya yang berkecamuk serabut gila tu... Dilihatnya air mengalir... daun kering berpusar ditiup angin... melihat arnab melompat-lompat mencari makanan...ikan berenang-renang bersama-sama.... tenang...sungguh tenang....

Dengan jiwa yang lebih tenang...si marhaen baru dapat berfikir secara waras... apa punca sebenar si marhaen ni tak lulus lulus? Basic semua dah diajar sifunya yang dulu...cuma bergantung pada diri sendiri sahaja untuk menghabiskan apa yang diajarnya... so.. apa masalahnya?? Di mana kurangnya aku?? Timbul soklan cepumas si marhaen kepada diri sendiri....

Dengan pertolongan Allah, Si marhaen mendapat petunjuk dan semangat baru dari dua sebab...sokongan moral keluarga serta kawannya... dan dari sepotong ayat dari sebuah buku yang tak dibeli pon...tapi sekadar dibaca secara tak langsung ketika jenjalan pi shopping! Yes... itulah titik tolak terbuka pintu hati si marhaen meneruskan perjuangannya... Si marhaen berubah kerana hanya sepotong ayat dari buku motivasi yang dia sendiri tak hingat tajuk nya apa! Cantik sungguh cara pertolongan Allah...Kata-kata dari buku itu... lebih kurang begini le kot..

"Apakah masalah paling besar bagi orang yang gagal? Masalah paling besar mereka yang gagal ialah... DIRI MEREKA SENDIRI.. Selalu anggap masalah itu bukan berpunca dari diri.. salah si sipulan..salah keadaan..salah sinun..malah salahkan diri sendiri!! Orang berjaya tiada masalah.. Kerana mereka mendefinisikan masalah sebagai cabaran... Tiada lagi menuding jari kepada sesape... Kerana cabaran hanya boleh diatasi dengan hanya semudah membuat tindakan secara praktikal dan tersusun dengan kebergantungannya hanya kepada diri kita sendiri.. RANCANG..USAHA..DAN TERUS USAHA DENGAN YAKIN DAN AZAM YANG TINGGI..... It's all depend to YOU!! Be confident dan maju ke depan.. biaq la slow macam kura-kura.. biaq pi apa orang kata.. biaq pi sumer tu.. Believe in yourself!!"

Haa...dengan ditokok tambah secupak dua gantang... macam tu ler lebih kurang ayat dalam buku tu... hihi..Bermula hari itu...Si marhaen seperti orang baru... berlatih tidak kenal jemu..tak kenal penat lelah siang dan malam.. bila jatuh bangkit lagi..bila rebah terus berdiri...bila tergelincir..bangun kembali! Usaha...usaha...dan terus berusaha... Kawan ejek...PEDULIKAN! dikata lembap dan bengap ... PEDULIKAN! None in the history lahir-lahir je boleh berkung fu.. Bruce Lee dulu penah kene belasah sebelum popular... Newton penah dicop gila sebelum orang kenal kecerdikan dia.. even orang arab dulu cemuh dan caci Rasulullah s.a.w sebelum mengakui sifat peribadi yang tiada cacat cela dalam diri Rasulullah kita..Tetapkan fokus ..fokus...dan terus fokus... selagi kudrat masih ada.. akan diguna sampai lebam.. sampai ajal.. Learn from history..and make our life be a history in future...

Maka suatu hari.. ada pertandingan kung fu antara rakan-rakan seperjuangan... siapa dapat top 10..baru kira lulus... Jikalau sebelum ni aku asyik kalah 1st round...2nd round...kali ni akan aku usaha yang terbaik dengan azam baru...yakin pada diri!..kata si marhaen..

 Dan siapa sangka...si marhaen bukan saje dapat top 10...malah dia dapat johan pertandingan tanpa luka sikit pon... berkat usaha berterusan..dan doa bertawakkal... semua rakan terkejut... sebengap-bengap si marhaen pon... kalau yakin pada diri seyakin-yakinnya... dia mampu! Bila ditanya wartawan... macam mana dia boleh berjaya? Dijawab... "Terima kasih sifu... terima kasih rakan-rakan.. tanpa ada mereka...saya tidak berdiri di sini.. ".. Ditanya lagi, kenapa lama sangat nak sampai ke tahap ni?... Si marhaen jawab, "Ini adalah jalan terbaik Allah bagi untuk diriku.. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya... dan aku bersyukur dengan ketentuan dari-Nya. Alhamdulillah"... Sesungguhnya sifat rendah diri dan bersyukur adalah lebih baik...

Alhamdulillah... Aku nak cerita kat sini.. selagi kita ada kudrat...selagi kita masih mampu berdiri...selagi hayat dikandung badan...kita jangan berputus asa.... Usaha sampai lebam! Usaha sampai ke lubang cacing... Sebab kekadang kita tak tahu di mana penghujungnya..di mana batasan dia... Selagi kita ada harapan..selagi tu lah kita maju ke depan...

Dalam citer nie...titik tolak perubahan bukan sebab sifu dia tak pandai.. bukan sebab sekolah tu tak pandai....bukan sebab baca ayat dalam buku... tapi kita sendiri... Kalau kita mampu ubah diri kita..kita mampu buat apa sahaja yang kita mahu.. Yakin pada diri.. usaha dan tawakkal dengan penuh istiqamah... jangan sekali-kali tergelincir dari landasan ajaran agama...Insya Allah kita mampu lakukan...

Satu lagi dari cerita nie...bukan semua jalan penuh liku..bukan semua jalan yang kita tempuh tu senang dan simple... kekadang akan ada susahnya...kekadang akan ada senangnya... tapi itu semua ada hikmahnya... ada baiknya untuk kita mendatang... Si marhaen pernah bagitau aku... susah senang...jalan berliku dalam pembelajarannya mengejar seni kung fu tu..hampir 2 kali ganda masanya nak sampai ke tahap tu berbanding orang lain..adalah pengajaran dan pengalaman paling bermakna dalam hidupnya... banyak kebaikkannya dan banyak sungguh manfaatnya...

Siapa sangka... jalan berliku itulah jalan terbaik buat dirinya....mematangkan dirinya dan menjadikan dirinya seorang yang lebih baik..bukan sahaj dalam seni kung fu..tapi juga kehidupan sebagai seorang hamba Allah di muka bumi... kejayaan dari kesusahan lebih manis dan dihargai...Selagi kita masih belum sampai ke penghujung...selagi itulah usaha dan tawakkal diteruskan... Selagi aku masih mampu berdiri....:)

P/S: Learn from history..and make our life be the best history in future...original dari Bro Wacana..:)
Cerita diolah untuk kesesuaian semua... hehehe

Monday, December 16, 2013

Lumrah Malaysia, Kitaran dan Putaran Roda Kehidupan Yang Sama

Sekarang ramai duk sibuk pasal kenaikan serba serbi barang di Malaysia.... Gula naik.. Minyak naik... letrik naik.... pastu tol pulak naik.... Yang tak naik-naik cuma gaji sendiri jer... Kalau serbuk penaik yang naik takpe la...tu lumrah dia sejak azali.... ni semua benda yang sepatutnya dijanjikan sebaliknya naik... Tu ramai yang bising tu...

Sebelum PRU takde la pulak kan letak dalam manifesto... JIkalau korang mengundi kami....kami akan menaikkan tol...menaikkan harga gula...menaikkan minyak... kan senang.... nie tak.. masa nak pancing undi... boleh la pulak bagi itu bagi ini... yang nak tarik balik takde pulak nak bagi tau kan?

Mungkin ada yang kata...Bodoh la dia nie...memang la tak bagitau...kalau tak sape nak undi??? Haaaa....tau pon... Maknanya sape yang tertipu? depa ke kita? Pastu boleh pulak bagi alasan caca marba... gula naik...tak payah makan gula... tol naik... guna jalan biasa tak payah guna jalan yang ada tol... Habis...Highway yang sampai tiga empat lane tu nak bagi sape yang lalu?? Hantu jalan? Adoi.... 

Tapi kan.... lumrah kat Malaysia nie memang macam tu pon .. dari sejak aku dah pandai sikit-sikit dan faham akan erti politik nie.... aku nampak trend dia sama jer.... Macam sekarang... semua duk geram dan benci sebab semua benda naik... Tunggu la 5 tahun lagi.. dekat-dekat nak PRU lagi... Semua benda nie dah dilupa dah... Komfem! Pastu yang ingat...perkara sementara masa dekat-dekat PRU tu... bagi tu...bagi nie... bonus banyak la... saman ditarik la.... Ada la drama kebaikan di sebalik keburukan tu...

Lepas PRU... macam hari nie balik la jawabnya...itu naik...ini naik... pastu marah-marah lagi... lepas 5 tahun lagi.... diulang perkara yang sama... Macam drama sebabak-sebabak je kan... Yang macai pejal lagi kering tu tak payah nak cakap la... Sokong tetap sokong... kene tindas la banyak mana pun...

Aku cuma sekadar bagi rumusan je nie... Bak kata Shuib.... "Pening arrrrr!!" Memang pening... sekarang ramai la duk benci... tapi lepas 5 tahun...tunggu la... semua duk puji balik... padahal yang diambil seguni...dibagi sekampit.... Komon la guys.... Matang la sikit memerhatikan keadaan... Jangan mata kita ditutup dengan parti jer... Please pandang dari pandangan helang..bukan pandangan si katak dalam tempurung... 

Kalau betul depa duk canang rakyat didahulukan...buktikan! Tu jer... aku cuma nak tengok dasar politik kita bersih dan tulus jer.... Bukannya nak sedut sampai kering darah semua rakyat jelata... Aku tau setiap parti politik ada agenda masing-masing...Ada baik buruk... tapi sekarang yang mana lagi banyak buruknya?? Sangat rindukan cara Islam yang sebenar... Memalukan ajer sekarang nie... dicanag sebuah negara Islam...tapi banyak yang tak bercirikan Islam...Masjid je besar... Iman? Wallahualam...

Friday, December 13, 2013

Five Little Monkeys Gaya Si Comel..Hihi

Sekali lagi aku rakam gelagat anak aku si Izz Walee Mahdi meniru aksi lagu-lagu peberetnya.... Kali nie lagu Five Little Monkeys pulak... Umur masa nie : 22 bulan....



Part paling bes...bila part jatuh tu... Comel je tengok si comel buat jatuh...hehehe... Sekarang tunggu je aksi-aksi dia nak meniru... release tensen duk mengadap jurnal nih...hihi...

Tuesday, December 10, 2013

The Wheels On The Bus versi Izz Walee Mahdi

Sedar tak sedar dah masuk sebulan aku duk di Uk nie... Kejap je rasa... Maknanya dah sebulan kitorang duk bergelumang membiasakan diri dengan cuaca sejuk kat sini... hu hu.. Tapi yg paling cepat membiasakan diri aku rasa anak aku... dah siap hafal gaya lagu The Wheels On The Bus!!!

Aku sempat la rakam telatah anak aku nie haa... sambil tolong nyanyi sekali nak bagi sound effect real punyer.. he he.. Maaf ler kalo suara tak berapa besh.... he he 



Haritu sempat jugak cuba lagu dikir barat...buat gaya awok-awok tu... si kecik ni ikut jugak!! Tunggu la Izz....nak kasi rekod jugak kalo ada rejeki...hi hi hi...Pastu kasi tengok bila dah besar...mesti tak mengaku punyer..keh keh..

P/S: Esok tu terus pi sekolah (pre-school) dekat sini...muka excited giler sebab cikgu bantai nyanyi lagu ni jugak..ha ha...Izz...Izz...