Pages

Friday, October 16, 2015

Peperangan Di Syria: Satu Permulaan Untuk Perang Dunia Ketiga?

Sesiapa yang ikut perkembangan peperangan di Syria, mesti akan terasa peristiwa peperangan itu sesuatu yang agak pelik dan janggal. Bukan sekadar peperangan antara Syiah dan Sunni, bukan sekadar peperangan antara tentera Basyar Al-Assad dengan ISIS, Kurds dan FSA... tetapi melibatkan beberapa pihak luar juga... 

Sebelum diulas lebih lanjut, ingin aku nak jelaskan di sini... Bahawa Syria adalah satu tempat, satu negara yang sangat penting dalam al kisah akhir zaman dalam masyarakat Islam. Jika kalian berminat akan peristiwa akhir zaman, sememangnya tidak asing lagi dengan penceritaan peperangan yang akan menyusul di Syria nanti. Jadi, satu petanda jelas untuk peristiwa yang sedang berlaku di Syria sekarang. Bagi pendapat aku, peperangan yang sedang berlaku di Syria ini adalah satu titik tolak jelas, di mana ianya adalah titik tolak permulaan untuk peristiwa perang dunia ketiga nanti. 

Bukan diminta, tapi ianya akan berlaku. Sebab banyak hadis-hadis nabi menceritakan akan hal peperangan akhir zaman nie... Ini bukan Al-Malhabah..ini bukan armageddon lagi... ini adalah peperangan sebelum Al-Malhabah

Mengikut sumber berita sebelum ini, Basyar Al-Assad adalah pemimpin kejam yang membunuh ramai umat Islam di Syria. Dikatakan dia adalah replika yahudi yang inginkan penghapusan umat Islam. Tetapi mengikut sumber dari BBC, Basyar Al-Assad juga dibenci Israel. Kenapa? Kenapa Israel membenci Al-Assad? Bukan ke Al-Assad sangat kejam terhadap orang Islam? Adakah ada sesuatu yang kita tidak tahu di sebalik cerita media massa?

Sebab itu, Amerika, sekutu kuat Israel, menyokong pihak pemberontak iaitu ISIS. ISIS memang mendapat sumber senjata dari Amerika. ISIS bergabung tenaga dengan pihak Free Syrian Army (FSA) melawan tentera Al-Assad. FSA disokong oleh pihak Arab Saudi, Qatar dan Turki. Tujuan FSA adalah jelas, ingin memerdekakan Syria dari tangan puak kejam Basyar Al-Assad. ISIS? Dikatakan mempunyai tujuan yang sama tetapi agak samar dari beberapa cerita, yang mengatakan golongan ISIS ini golongan yang "buta Quran".. Mengamalkan ajaran sesat, kiblat tah ke mana.. Adakah mereka ini boneka Amerika semata-mata untuk menjatuhkan Basyar Al-Assad? Mengapa?

Sekarang datang campur tangan dari pihak Russia. Dikatakan dari media massa, adalah kerana mereka adalah sekutu kuat Al-Assad dan senjata Al-Assad dibeli dari pihak Russia. Maka secara logik akal media massa, Rusia cuba membantu kerana sumber ekonominya. 

Dari sudut yang lebih luas, Syria adalah satu negara yang sangat strategik tempatnya di peta dunia. Syria sangat dekat dengan kedudukan negara Israel... dan dekat dengan Laut Caspian dan Laut Hitam, iaitu pengkalan tentera laut terdekat Rusia. Ingat isu Cramea? Juga berada di Laut Hitam. Jadi, campur tangan Russia juga lebih kepada isu strategik ketenteraan, kerana Russia tidak mahu Syria jatuh ke tangan ISIS, atau lebih tepat, jatuh ke tangan Amerika

Jika diperhatikan dari sudut yang lebih luas, negara jiran Syria sekarang, siapakah yang telah berkuasa... jika diamati, kesemua negara sekeliling, telah dikuasai oleh pihak Syiah, pihak yang kuat menyokong pihak Amerika, termasuk Iran, walaupun dalam konteks Syria, Iran dikatakan menyokong Al-Assad kerana mereka cuba membantu Al-Assad membanteras terrorism. Pihak China dan Korea Utara juga akan masuk campur untuk membantu pihak Rusia dalam isu Syria. Pihak Amerika cuba menggunakan NATO dalam isu ini dan jika diberi kelulusan dalam mesyuarat mereka, sudah pasti banyak lagi negara yang akan terlibat di Syria nanti.

Ada dua kelompok besar dalam isu di Syria, (1) Pihak Amerika iaitu Israel, Arab Saudi, Qatar, Turki, Iran, ISIS (2) Pihak Russia, China, Korea Utara dan Al-Assad. Yang memeningkan lagi, puak Syiah sekitar negara arab itu seperti Yaman dan Iran tidak menyokong FSA dan ISIS kerana mereka memerangi puak Syiah di Syria. Mereka menyokong Al-Assad tetapi mereka juga sekutu kuat Amerika, bukan Russia.

Nampak tak keserabutan isu peperangan di Syria? Bukan sekadar FSA, ISIS dan beberapa kumpulan lain yang menentang Al-Assad, tetapi ada isu yang lebih parah dan dalam di sebalik peperangan ini. Ok, kenapa aku asingkan FSA dalam dua kelompok di atas? Kerana aku rasa FSA sememangnya cuba memerdekakan Syria, tentera yang aku rasa boleh dipanggil Mujahidin sejati. Tetapi jelas mereka tidak sebulu dengan mana-mana kuasa dunia... Lebih parah, jika ditakdirkan pihak penentang ini menang dalam peperangan.. Bagaimana mereka ingin bersatu bersama kelompok yang lain seperti ISIS dan Kurds? Jika isu tauhid digunakan, pastikah ISIS dan Kurds menyokong FSA? Atau... akan ada boneka dari Amerika yang akan dinaikkan sebagai pemimpin negara, seperti negara-negara arab yang lain?

Yang memeningkan lagi, pihak media mendakwa (dakwaan dari Washington, pihak Amerika), bahawa serangan terbaru pihak Rusia ditujukan kepada pihak FSA dan Kurds (ditafsirkan dalam berita sebagai puak pemberontak a.k.a rebel), bukan ISIS, untuk menyelamatkan Al-Assad. 

Persoalannya ialah, betulkah dakwaan itu? Adakah Amerika cuba menggunakan senjata medianya untuk menghasut umat Islam untuk menyokong mereka dan membenci pihak musuhnya iaitu Russia? Adakah dengan sentimen membenci Al-Assad dan menyokong ISIS, adalah salah satu agenda untuk menjadikan Syria sebagai salah sebuah negara yang mendengar segala arahan dari Amerika lagi seperti yang telah berlaku di Mesir, Lybia, Lubnan, Afghanistan,Iraq dan beberapa negara arab lagi? Adakah plan untuk menjadikan semua negara arab di sekeliling Israel menjadi penyembah setia mereka dahulu sebelum diisytihar Israel sebagai kuasa dunia baru akan tercapai?

Di pihak manakah Russia? Adakah di pihak Islam, adakah di pihak menentang Amerika dan Islam, atau di pihak yang berasingan sekadar merebut siapakah juara dunia dalam merebut kuasa dunia? Siapa yang betul-betul benar dalam peperangan ini? Dan jika Al-Assad tumbang, adakah Syria menjadi negara Islam yang benar? Atau menjadi tali barut Amerika seperti Afghanistan sekarang? Kalau ada umat Islam ingin menolong, di pihak manakah patut disokong? Pihak Amerika atau Russia? Atau sekadar menolong rakyatnya sahaja?

Apa pun yang berlaku, yang jelas, umat Islam Syria telah ramai yang terkorban. Isu pelarian terbesar telah berlaku...rakyat Syria tidak tahan lagi dengan peperangan demi peperangan yang berlaku dalam negara mereka. Bandar menjadi tandus, runtuh ditembak bedilan peluru. Tidak ada tempat untuk dihuni lagi...menjadi padang jarak padang terkukur. Mereka tersepit dengan "Game of War" dari dua kuasa dunia ini akibat dari pergolakan dalaman negara mereka sendiri.

Sama-sama bincangkan.... Isu Syria ini bukan setakat akan berlaku di Syria sahaja, tetapi isu ini akan merebak ke seluruh dunia...jika ianya benar ia adalah permulaan untuk perang dunia ketiga. Perang hanya berlaku jika dua gergasi bertemu... Ianya takkan berlaku antara arnab dengan singa, ianya hanya berlaku antara singa dan dubuk-dubuk. Umat Islam sekarang ramai, tapi lemah dan 'tidur'.. Hanyut dengan 'fitnah-fitnah' pengikut Dajjal. Semoga kita memilih untuk berada di pihak yang benar.

Monday, July 13, 2015

Kes Gaduh Low Yat - Bangsa Mana Yang Baik, Mana Yang Buruk

Sumber gambar - Google

Gaduh di Low Yat, siapa yang betul siapa yang salah.. Siapa yang kene pukul siapa yang pukul... Semua duk viral video itu ini...duk viral sape salah sape kena aniaya... Aiyoyo.... Apa sudah jadi? Kenapa mau gaduh? Hah? 

Aku bukan nak komen....Cuma saje nak aktifkan sikit blog yang dah bersarang nie... aku sekarang duk jauh... no komen sape yang betul sape salah... setakat dengar dari fb, dari berita TV... takde jaminan berita itu betul... Kebolehpercayaan dari sumber berita dah macam kurang sejak dua tiga menjak nie... 

Cuma sedih bila baca komen kanak-kanak riang di fb... Cakap bangsa ku baik bangsa mu buruk... Bangsa nie elok, bangsa nie tak elok.... Salah bai.... salah... sangat salah... Kes tu kes terpencil.. Kalau dari yang aku tau (Yang aku rasa betul la).. Kes nie kes kene tipu, pastu kene aniaya sebab penjual tu tipu (tak kira la melayu ke cina, ini kes penjual dan pembeli).. Bila tak puas hati sebab kene aniaya, bawak geng,jadilah gaduh. Macam kes-kes gaduh di sekolah dulu-dulu... Itu je... Bawak nego sikit, polis handle.. setel. Dah. Selesai. 

Tapi yang duk cakap melayu kene tipu dengan cina sampai masuk isu perkauman...Please stop. Melayu ada baik dan ada buruk... Cina pun sama... Baik buruk seseorang bukan berdasarkan kaum... Kalau betul si penjual tu menipu... Salah la dia.. Bukan kaum dia yang disalahkan... Nak kata penjual melayu baik-baik...tak jugak. Ada jugak yang menipu..Bukan setakat menipu...cuba jatuhkan kawan-kawan yang berniaga lagi...Guna bomoh la apelah... So, jangan kaum yang disalahkan.

Bagi aku, melayu dan cina ada kelebihan masing-masing... Kerajinan dan kesatuan memang cina lagi bagus.. Diorang bersatu...kita nak naik sorang-sorang... Diorang menipu...kita pun apa kurangnya.. Ada yang tak menipu..sama jugak dengan mereka. So? Jangan sebab benda boleh diviralkan...semua gatal tangan nak share sana sini... Pastu letak status.. "Bangsa ko bla bla bla...bangsaku bla bla bla"

Cuba kita putarkan cerita ini dan tukar watak yang menipu dan yang kene tipu tu... ape jadik? Yang menipu peniaga melayu...dan yang kene tipu tu orang cina.... Ape jadik? 

Malaysia kuat sebab kesatuan bangsa. Bersatunya kaum, bersatunya bangsa, itulah titik tolak Malaysia digeruni negara lain. Yang salah tetap salah, yang benar tetap benar. Cuma mintak tolong kaki viral sosial media, jangan sebab nak UV trafik, setiap kes nak dimanipulasi. Jangan sebab tangan kita, negara makin rosak sengsara. Cukuplah dengan masalah korupsi sana sini.. Cukuplah berita putar belit TV..cukuplah berita berat sebelah surat khabar... Jangan pulak kaki viral sosial media masuk ke lubang yang sama... Sumber mana lagi yang dipercaya? 

Jangan ditambah lagi masalah perpecahan kaum. Negara bergolak, orang asing senyum lebar... Negara tak aman, orang asing ketawa.. Negara kita huru hara, orang asing bertepuk tangan... Malaysia ada banyak sumber galian, jangan ingat negara asing tak cuba mengeksploitasi keadaan demi keuntungan mereka. Negara asing sedang memandang, Silap langkah kita kembali dijajah. Jangan sebab tangan kita sendiri, negara jatuh bak zaman Melaka dulu. Isu perkauman bukan benda kecik... Jangan dibuat main. 

P/S: Bukan UV yang dkejar, sekadar buah fikiran untuk direnungkan

Friday, February 13, 2015

Jangan Percaya Taksub dan Tahyul !! | Kisah Arwah Tok Guru Nik Aziz Ditanam

Perginya seorang tokoh ulamak dan politik di Kelantan khususnya...dan di Malaysia amnya... sangat memberi kesan ke atas setiap warga Kelantan dan muslimin di Malaysia... Seorang ahli politik yang sangat rendah diri dan tidak tunduk dengan permintaan kaum musyrikin... Walaupun banyak cabaran yang dihadapi, tetapi tetap dengan pendiriannya...cuba untuk kembalikan sinar Islam di muka bumi Kelantan dan Malaysia amnya.....

Kisah arwah Tok Guru disembahyangkan dan dikuburkan banyak dikongsi di laman sosial... Ada yang percaya dan ada yang tak percaya... ada yang cakap ada awan yang mengiringi... ada yang cakap burung-burung datang hinggap di kawasan rumah arwah Tok Guru... Ada yang mengatakan ada awan "Allah" terbentuk di perkarangan rumah arwah Tok Guru.... dan banyak lagi..

Maka timbul perdebatan antara dua kaum... kaum yang percaya dan tak percaya.... Yang percaya berkata.."Inilah ulamak yang disanjung"... Yang tak percaya pulak cakap.."Jangan percaya tahyul mahyul nie! Jangan taksub!".... Dan aku pulak kata.... "Yang korang nak berdebat benda nie, memang tak dek keje ek???"

Ada jugak yang duk korek cerita-cerita lama berkenaan gosip arwah Tok Guru dengan ahli politik yang lain.... Cerita yang kononnya keburukan dan ketidak adilan arwah ketika menjadi seorang Menteri besar... Terdetik dalam hati aku, " Kalau yang meninggal tu ahli keluarga korang, nak ke orang duk jaja cerita buruk (tah benar ke tak) pasal ahli keluarga korang ketika hari-hari terkahir nya??"

Pelik sungguh manusia sekarang.... Suka bercerita...suka berborak... suka berkongsi... tapi suka berkongsi benda yang negatif dan tak elok... Pasal gosip-gosip liar... pasal hari pengkebumian arwah Tok Guru... yang elok dijadikan teladan dan pedoman...yang tak elok patut didiamkan... Islam sendiri mengajar kita... Jangan buka aib orang (Kalau betul pun ada hal buruknya!!).. Kalau benda tu salah, jadi fitnah... menjawab la korang di akhirat nanti.. (Tu pun kalo korang percaya hari akhirat! Dah duk citer sana sini macam tak takut je kan)

Pasal awan duk ikut... pasal awan berbentuk kalimah "Allah".... biar cerita menjadi cerita... Boleh tanya orang yang ada di tempat kejadian tu sendiri... Betul ke tak betul... Kalau betul... Jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk mencontohi kehidupan arwah Tok Guru...jadikan sebagai motivasi diri untuk berubah menjadi orang yang soleh di muka bumi nie...Cuba memperbanyakkan amalan dari memperbanyakkan kejahilan... Menjadi daei yang cuba mengembalikan sinar Islam dengan berdakwah kebaikan Islam....

Kalau benda tu hanya cerita liar, biarkan ia menjadi buah mulut si pencerita...masuk telinga kanan keluar telinga kiri.... Nasihatkan baik-baik...bukan dikutuk..Mungkin niat sang pencerita cuma untuk mengsensasikan cerita supaya rakyat Malaysia membaca kisah kebaikan kehidupan arwah Tok Guru... Tapi matlamat tidak menghalalkan cara.. Harus kita awasi...

Pokok pangkalnya... arwah Tok Guru patut kita contohi.... hanya orang yang rapat dengan beliau akan tahu jauh langit dengan bumi kehidupan arwah Tok Guru nak dibandingkan dengan ahli politik yang lain.... Harta kekayaan ditolak tepi, perjuangan Islam itu pasti... Hanya orang yang cuba merapatkan diri dengan Islam sahaja dapat merasa kesedihan hilangnya seorang Murobbi... hilangnya seorang ulamak yang dari awal kehidupannya, cuba menyedarkan masyarakat sekitarnya akan kehidupan cara Nabi... Itulah sunnah yang patut diikuti...

Tanyalah orang yang bekerja di pejabat beliau... Tanyalah pelajar kuliah beliau...tanyalah jiran beliau.. Tanyalah sesiapa yang rapat dengan beliau... Pasti tidak ada satu pun cerita buruk yang akan keluar dari mulut sipulan itu..... Hanya kisah kebaikan dan teladan yang patut kita contohi untuk kita kembali ke jalan yang benar...

Satu persoalan kepada yang suka mengutuk,mengeji, menghina, dan memperlekehkan arwah Tok Guru..... Setakat mana iman korang? Setakat mana amal ibadat korang? Setakat mana amal kebaikan korang? Setakat mana tahap kesabaran korang? Kalau setakat nak pakai baju jubah masuk ofis rasa malu, jangan nak banyak bunyi.... Kalau setakat pergi meeting tertinggal solat, baik tak yah nak sembang...Kalau setakat solat 5 waktu pun on off on off.. baik duk diam je... Kalau tahajjud langsung tak buat atau kadang-kadang je ketika terrrrrr bangun tidur...baik duk diam... Kalau setakat jalan jem dah menyumpah...baik jangan komen apa apa... Kalau setakat buat baik sebesar guli, terus nak bangga diri, baik duk senyap senyap...Kalau setakat hari-hari duk dengar lagu, dengar mengaji Quran tak sampai sejam sehari..baik duk diam.... Kalau mulut tu jenis celupar suka mengutuk dan bukak aib orang... BAIK DUK DIAM

Aku bukan taksub kepada arwah Tok Guru... aku cuma nak kata.... siapa diri kita nak banding dengan arwah Tok Guru...siapa diri kita nak kutuk dan bukak gosip kat beliau... Dulu dulu, kita nie banyak buat benda baik ke? Sekarang kita ada buat amal ibadat sebanyak arwah ke? Bila kita mati nanti, seramai orang tu ke nak berselawat dan bertahlil atas kematian kita? Allahurobbi.... Keciknya iman dan amal ibadat kita nak dibandingkan dengan para ulamak.... Keciknya kita nak dibandingkan pejuang-pejuang Islam yang lain.... Tak malu ke kita yang sangat kerdil nie tapi banyak pulak mulut kita nak komen itu ini?? 

Biarlah mereka bercerita....banyak faktornya... Sedih...pilu... terasa kehilangan seorang ulamak.... Banyak faktornya.... biarlah ia menjadi cerita yang baik-baik.... Perginya arwah Tok Guru bukan tangan kosong...banyak hasil yang telah ditinggalkan untuk memakmurkan negeri Kelantan khususnya dalam keagamaan... Cuti 90 hari... cuti hari Jumaat (kedai pun tutup di hari Jumaat).... Pasar malam tutup sekejap untuk solat maghrib....Kalau tak silap atas cadangan beliau.. Beliau meninggalkan kita dengan jasa yang banyak..... KITA?? Apa jasa kita memakmurkan Islam di muka bumi milik Allah nie???

Adakah kita nak mati dengan sambil menyanyi KPOP? adakah kita nak mati ketika aurat terbukak? Adakah kita nak mati dengan keadaan RASUAH? Adakah kita nak mati dengan penuh kaya tapi amal ibadat langsung takde? Adakah kita nak mati dengan keadaan berdosa? Hentilah cakap-cakap kosong...dan sama-sama kita menyambung perjuangan arwah Tok Guru... Naikkan Islam kembali di Kelantan, Malaysia dan kalau boleh biarlah sinar Islam di dunia dimulai dari Asia Tenggara ini...


Video di atas adalah satu dokumentari khas yang dibuat semasa arwah Tok Guru menjadi Mneteri Besar di Kelantan... Hayatilah kehidupan arwah ketika kesibukannya menjadi orang paling berkuasa di negeri Kelantan.... Cuba bandingkan dengan diri kita...Yang selebihnya boleh dilihat di dalam Youtube.... 

Al-fatihah untuk arwah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat...

Thursday, February 12, 2015

Tok Guru Nik Aziz Meninggal Dunia | Nukilan Diri untuk Tok Guru

Tok Guru Nik Aziz telah meninggal dunia pada malam Jumaat (12/2/2015) pada pukul 9.45 malam di kediaman beliau... Sama-sama lah kita memberi sedekah Al fatihah kepada allahyarham... Semoga ditempatkan dalam golongan ahli syurga, Insya Allah.....

Sedikit nukilan untuk dikongsi...

Baik budi baik pekerti
Seorang insan yang dihormati
Bukan pangkat dan harta dimiliki
Sekadar rumah kampung untuk didiami

Setiap pagi pergi mengajar
Kuliah subuh untuk diteladani
Berduyun pemuda ingin belajar
Niat menyambung perjuangan Ilahi

Mentadbir negeri sebagai menteri
Meninggi diri tidak sesekali
Segala arahan jujur di dalam hati
Berkat Allah sahaja yang dicari

Dikutuk dihina rakyat sendiri
Kerna dengar media sana sini
Datang jumpa silakan diri
Berkunjung ke rumah baru puas hati

Fitnah disebar bertalu talu
Dikata wahabi dikata sesat
Sedangkan yang berbunyi ilmu cuma di dagu
Asyik berhibur dengan hiburan barat

Uzur Tok Guru tanda berundur
Dari dunia politik haru biru
Negara maju sosial mundur
Sedih Tok Guru hanya Allah yang tahu

Pergi Tok Guru mengadap Ilahi
Hilangnya seorang pejuang Islam
Pengikut dajjal terus berparti
Cahaya Islam kembali suram

Sedih bukan kerna kerabat
Sedih hati hilangnya tak berganti
Kembali dikau hanya berjasad
Semangat Tok Guru tetap di hati


Solat zakat Quran dan haji
Penghayatan Islam semakin dijauhi
Ayuh sahabat cekalkan hati
Sambung perjuangan Tok Guru dihormati


Betulkan niat betulkan perjuangan
Harta dan pangkat godaan syaitan
Bersatu muslimin bersatulah Islam
Muafakat ikhlas tanpa ganjaran

Kitab sejarah dibuka bersamaLaksamana bangun bersama Bendahara
Tiba masanya gendang bergema
Biar pemuda meneraju bahtera

Al-fatihah buat allahyarham Tok Guru Nik Aziz...

Friday, January 2, 2015

Azam Tahun Baru Seorang Suami | Azam Aku

Setiap tahun baru, biasanya akan ada la azam tahun baru kan... Walaupun aku pernah buat entri pasal azam baru sepatutnya bermula dengan bulan Ramadhan di entri ini --> Bulan Puasa, Bulan Perubahan Diri Tapi mesti ramai yang suka ikut trend nak tanam azam baru di tahun baru kan.... So aku pun ada wish jugak... Azam baru sebagai seorang suami... Tapi azam nie bermula dari bulan puasa tahun lepas lagi... Carry forward je.. Harap tercapai la hajat aku nie.... Aminn

Azam Tahun Baru 2015 aku ialah:

Imamkan solat selalu Baca doa untuk isteri, ibubapa dan ibubapa mertua, salam cium dahi Mintak maaf sebelum tidur atas segala nafkah yg terkurang setiap hari ...
Tolong masukkan baju kotor sendiri dan anak2 dlm bakul / washing machine
Tolong basuh pinggan mangkuk

Tolong mandikan anak-anak / mandi sama dgn anak-anak
Tolong pakaikan baju anak sikat rambut anak-anak

Tolong ajar anak mengaji.. Muqaddam penting untuk kenalkan Tuhan kepada anak..
Tolong teman anak-anak bermain-main.. sekali sekala pergi playground pun jadi la..
Pimpin tangan isteri shopping walaupun hanya barang dapur atau beli barang kat pasar.. Kalau tak tolak stroller anak la..heee

Tolong jemur kain dan basuh kain
Tolong picit kaki isteri dan tangan dia sebelum tidur dan cakap "thank you" ... "I love you".. tapi aku ni pemalu.. Cakap dalam hati je...he he


Hormat ibubapa isteri
Cuba jadi kawan baik dgn bapak mertua
Jangan biadab dengan orang tua atau sesiapapun
Jangan ganas dan darah panas.. Ada keturunan pahlawan nie susah sikit... Semoga dipermudahkan..

Tegas dalam buat keputusan
Meminta maaf bila buat salah dan mengaku kesilapan
 

Tak nak boros ... pikirlah masa depan
Tapi tak nak kedekut

 

Tolong isteri lipat selimut dan kemas cadar kadang-kadang bila isteri tak sihat
Sabar bila isteri membebel
Tak nak kutuk masakan isteri..makan jer.. pengorbanan isteri tu..Berkat
Sokong hobi isteri (Tanam pokok, shopping.... errr.... ermm.. boleh lah..he he)
Tolong vacum karpet..

Cuba beli hadiah kat isteri tiap-tiap bulan..sejambak bunga pun jadi la..
Nak jadi suka bersedekah..sikit-sikit lama-lama jadi bukit
Nak suka bantu orang susah... Bantu setakat termampu


Nak cuba hafal Quran... Perbetulkan bacaan... Anak-anak kan selalu dengar dari kita dulu.. Tak nak jadi macam ketam ajar anaknya berjalan..


Nak jadikan amalan sunnah amalan harian.. 
Tak nak mengumpat..

Extra: Nak habiskan tahun kedua pengajian PhD dengan jayanya....Aminn

Tu la azam aku... azam sorang suami... Tahun 2014 rasa macam banyak sangat kekurangan... Harap Allah permudahkan tahun 2015 untuk aku perbetulkan kesilapan dan kekurangan... bantulah hamba-Nya ini untuk jadi yang lebih baik untuk agama dan bangsa... Tunjukkanlah hamba-Mu ke jalan yang Engkau redhai... Saja tulis di blog... memo untuk aku juga... perkongsian untuk rakan-rakan... :)