Pages

Sunday, October 18, 2020

Trip Kami Ke Bukit Merah Laketown Resort | Water Park di Malaysia


Siapa pernah pergi ke Bukit Merah Laketown Resort? Bagi yang belum pernah sampai ke situ, boleh la start plan nak ke sana. Memang seronok! Dengan syarat korang suka main air la. He he..

Peta Bukit Merah Laketown Resort

Dekat Bukit Merah Laketown Resort, ada bermacam aktiviti korang boleh buat. Bukan sekadar nak main air je, aktiviti lasak pun ada, aktiviti santai, sightseeing, dan bermacam-macam lagi. 


Tapi kalai korang hantu main air macam aku, memang akan luangkan masa sehari di water park dia. Seronok dan sangat luas. 


Aku pergi dua hari satu malam kat sana. Bergerak pagi dari Selangor, sampai di Bukit Merah dalam pukul 3.00 ptg sebab kebetulan masa tu hujan lebat, terpaksa bawa kereta dengan berhati-hati. Kiranya hari pertama tu sekadar check-in hotel, lepas tu jalan-jalan kawasan sekitar je. 


Snap sana snap sini gambar... nak join aktiviti, hujan lebat. Terpaksa la tangguh aktiviti lain demi kesihatan anak-anak. Tapi tujuan kami sampai ke Bukit Merah pun sebab nak main water park dia je sebenarnya. So, memang tak kisah la kan.


Hari kedua tu, pagi-pagi lagi dah siap-siap nak pergi mandi. Water park start buka dalam pukul 10.00 pagi. So dari pukul 10.30 pagi lebih kurang, kitorang main dekat water park sampai hampir pukul 6.00 petang! 


Dalam tu jangan risau, ada surau, ada kedai makan.. So, memang lepak dalam tu je. Anak-anak memang puas la main air duk dalam tu. Ada gazebo untuk rehat kalau rasa dah kecut duk lama sangat dalam air. 





Untuk water park pun aku tak sempat nak cover habis.. Sebab kena main yang sesuai bersama anak-anak. Yang ekstrem tak sempat nak explore. Nak tengok aktiviti korang masa dekat waterpark Bukit Merah tu? Meh tengok video youtube kami ni. 


Kalau rasa video tu OK, boleh la tekan subscribe Channel Youtube kami yer... Amatur lagi.. hehe

Sunday, October 4, 2020

IV MIST - Produk Melegakan Resdung | Produk Herba Semulajadi


Anda ada masalah resdung dan masih lagi mengalaminya? Dah bermacam ubat dan pil ditelan tapi masih lagi tak menjadi? Malah ada kesan sampingan terhadap kesihatan badan? Anda boleh cuba IV Mist - Minyak nano aromatik untuk melegakan resdung anda.

 

Hanya perlu sembur dan sapu di tempat berkenaan, minyak nano aromatik IV Mist akan menyerap dan terus memberi kesan melegakan resdung anda. Bukan sekadar untuk resdung, tetapi berkesan juga untuk masalah hidung tersumbat, hidung gatal, dan segala masalah berkaitan saluran pernafasan.

 


Bukan itu sahaja, IV Mist baik juga untuk mengurangkan kesan lenguh di badan, gatal di kulit, kesan gigitan serangga, luka kecil, dan bermacam lagi kegunaan. Sesuai untuk seisi keluarga.

 


Minyak nano aromatik IV Mist mengandungi 10 herba semulajadi yang mengandungi khasiat yang tersendiri. Minyak ini sangat sesuai digunakan untuk para ibu mengandung kerana kandungannya yang tidak merbahaya dan tidak mempunyai bahan kimia. 

Minyak IV Mist jugak tidak melekit dan baunya sangat harum dan beraroma, sesuai bagi menghilangkan pening bagi ibu mengandung dan sesiapa sahaja. Hanya dengan satu botol, dapat memanfaatkan pelbagai kegunaan untuk keluarga dan diri anda juga.


Boleh menghubungi stokis ini untuk mendapatkan IV Mist. Yang jauh boleh pos, yang dekat boleh COD. Boleh hubungi:


Call/Whatsapp: 011-1697 4697 


Bagi yang berminat nak menjana pendapatan sampingan juga masih dialu-alukan. Lebih baik menjual minyak IV Mist yang baik untuk kesihatan masyarakat berbanding yang lain..kan? Menjana pendapatan sambil membantu masyarakat...






Monday, June 1, 2020

Cara Alternatif Merawat Resdung | Sakit Kepala | Bersin Berterusan


Masalah Resdung sangat sinonim dengan masyarakat kita. Apa itu resdung dan bagaimana nak kurangkan masalah resdung? Nama lain bagi penyakit ini ialah penyakit alahan hidung. Kalau hidung selalu gatal, selalu bersin, dan kadang kala boleh mendatangkan penyakit jerawat di muka. Itu antara simptom bagi sesiapa yang mengalami penyakit resdung. Bagaimana nak merawat resdung?

Kaedah paling senang adalah berpantang dari segi makan minum. Orang-orang tua selalu pesan elakkan makanan ada belacan, seafood, dan makanan yang mempunyai banyak bahan pengawet. Macam susah nak elak makanan macam ni kan? Dah macam kena elak semua jenis makanan yang sedap dan berselera. 

Satu lagi kaedah untuk kita ikhtiar mengatasi masalah resdung ini, dengan menggunakan IV Mist. Produk bumiputera ini sudah bertahan di pasaran selama hampir 6 tahun dan masih berterusan. Penggunaan IV Mist sudah banyak testimoni dan terbukti berjaya mengurangkan kesan masalah resdung kepada pengguna.

Bukan itu sahaja, IV Mist juga dapat mengurangkan kebanyakan masalah yang berpunca dari resdung seperti sakit kepala, dan bersin yang berterusan. Ada juga yang menggunakan IV Mist untuk menghilangkan rasa pening kerana IV Mist ni baunya seperti minyak angin. Antara testimoni pengguna selepas menggunakan IV Mist:





Kandungan pelbagai herba di dalam IV Mist mampu dijadikan cara alternatif untuk mengatasi masalah resdung dan yang berkaitan untuk anda dan keluarga anda. Bagi yang berminat untuk cuba menggunakan IV Mist ini, boleh hubungi di nombor tertera:

011-1697 4697 (Hassan)

Sebotol harganya RM28. Boleh di hantar ke mana-mana. Jika mahu COD, untuk kawasan di Bangi, Kajang, Semenyih. Sembur-sembur segar... Ya. Itulah tag line kami. Bila dah cuba, pasti anda puas hati.  


Jangan risau. Produk bermutu sahaja boleh kekal lama di pasaran. Ramai pengguna IV Mist yang sudah membeli, pasti akan membeli lagi kerana puas hati memakainya. Anda bila lagi? Order di nombor tertera sekarang. Kita sama-sama ikhtiar kurangkan kesan resdung anda.