Pages

Thursday, April 1, 2010

Kehidupan...

Kehidupan...
Penuh onak dan duri,
Hati nan tabah terus diuji,
Menentang cabaran cubaan ilahi,
Kematangan diri kian bersemi,

Arus masa terus berlalu,
Tinggalkan insan yang hanyut dibuai keseronokan duniawi..
Manja dibela, gembira disuap, bangga dipuji,
Lupa diri tinggalkan kewajipan insani,
Sebagai khalifah di muka bumi,

Mewah kehidupan bukan jaminan,
Jurang beza makin menjauhi,
Yang sana ketawa, yang sini merana,
Janji seribu, tertunai cuma satu,
Buat baik dicaci, buat jahat dipuji,
Yang menipu diangkat, yang jujur dipijak,
Sedar tidak sedar...sunyi sepi hilangnya barakah,
Ruang kosong dipenuhi duri-duri,
Bara api menjadi tiang,
Cecair hitam sebagai minuman,
Hanyir...Busuk...
Jadi haruman seluruh ruang,
Pekikan lolongan mengganti muzik,
Ruang apakah ini?
Ruang siapakah ini?
Mahukah teman dengan ruang ini?

Kehidupan...
Yang mana realiti, yang mana fantasi,
Yang mana hakiki...
Terkejar-kejar ke sana ke sini,
Tertinggal yang itu, tertinggal yang ini,
Yang mana penting, yang mana cebisan..
Tunggang terbalik semua tidak peduli,
Yang remeh didahulukan, yang wajib dikemudiankan,
Masih tidak mengerti?..

Masa bergerak lagi...
Tidak berhenti tidak peduli..
Di mana penamatnya...di mana sudahnya...
Angin tetap bertiup.. makin kencang umpama ribut,
Air tetap mengalir.. ditetak dicincang tidak putus,
Matahari makin bersinar... bahang panas kemarau panjang...
Masih tidak teman peduli?


P/S: Hasil nukilan asal penulis blog ini...:)

3 comments:

  1. Erm,,nk bersajak xbpe pandai..sO bce jela..la~la~la~

    ReplyDelete
  2. ok juga sajak zaman sekolah mcm nie... :p

    ReplyDelete
  3. mari kita mematangkan diri... memajukan diri... chaiyok2!!!

    ReplyDelete

Silalah komen, jika mahu share entri ini,dipersilakan..Janji letak backlink yer... Terima kasih kerana sudi membaca entri ini..:)