Pages

Tuesday, January 25, 2011

Contest Cintai Alam Sekitar


Aku dah lame nak join contest ni...tapi AKU LUPER yang aku tak join lagi!... Huhuhu. Contest ni anjuran dari Ammar.. Jadi sape-sape nak join...klk la SINI.

Si Ammar nak aku senaraikan langkah-langkah untuk menangani pencemaran alam sekitar.. So, ini ler senarainyer.....

  • Perbanyakkan kempen kesedaran yang disertakan sekali dengan kesan-kesan buruk pencemaran terhadap seluruh kehidupan. Mungkin boleh dinamakan "Satu sampah, Satu musibah".
  • Bayaran cagaran sebanyak RM10 perlu dibuat berserta borang list barang yang dibawa kepada pelancong yang ingin ke tempat hutan simpan atau peranginan seperti sungai dan jeram kerana dengan cara ini, pihak pelawat tidak akan membuang sampah merata-rata kerana ingin dapat kembali duit tersebut.
  • Kamera litar tertutup harus diletakkan di kawasan yang selalu dijadikan tempat pembuangan sampah secara haram supaya pesalah dapat ditangkap dan dijadikan contoh teladan bagi semua pihak.
  • Akta perundangan perlu ditingkatkan seperti ditambah jumlah denda berserta hukuman sebatan rotan [mungkin mengikut jumlah sampah yang dibuang] supaya orang ramai takut untuk membuang sampah merata-rata di kawasan tersebut.
  • Kesedaran pentingnya menjaga alam sekitar dipupuk sejak dari kecil lagi dengan menggalakkan anak-anak mengikuti program amal...bukannya program hiburan.
  • Kajian menyeluruh pihak akademi [perlukan sokongan geran dari kerajaan] untuk mencipta bahan yang dapat menggantikan plastik dan tin-tin kepada bahan yang mudah diurai oleh tanah.
  • Tambahkan kesedaran berkenaan kitaran alam semulajadi... dimana apa yang kita buat kepada alam sekitar akan tercalit ke badan kita sendiri...pihak media massa penting dalam hal ni.
Itu je la kot dari Pembawa Wacana ni..... dan ini la gambar yang aku nak letak di contest ni...gambar ni mase aku panjat Broga Hill... memang cantik dan viewnyer memang menenangkan jiwa.

4 comments:

Silalah komen, jika mahu share entri ini,dipersilakan..Janji letak backlink yer... Terima kasih kerana sudi membaca entri ini..:)