Pages

Sunday, January 23, 2011

TAHUKAH KORANG - Cerita Menarik Pasal Piramid


Piramid....mesti korang tau kan apa itu piramid... Tak tau? Betil-betul tak tahu? Erm.. piramid ni adalah sinonim dengan sebuha negara di benua Afrika yang dipanggil negara Mesir (Egypt). Dikatakan pemerintah Mesir zaman dulu telah membina Piramid untuk raja-rajanya yang digelar Firaun. Tapi selain itu..ada banyak cerite berkenaan piramid ni. betul atau tidak...Wallahuallam.

1) Piramid bukan setakat di Mesir
Ini aku rase ramai yang dah tau... piramid ni satu binaan purba yang amat popular..(zaman sekarang..menara tinggi-tinggi kot) Iye la kan..korang pegi satu negare..tengok bangunan cantik..mesti nak buat lebih kurang same kan...cetusan idea bile berjalan-jalan ke negeri orang la katakan.. Macam tu la piramid ni pun...ada di benua Amerika Selatan..(Kerajaan Mayan...Aztec...dll), ada di China....ada Afrika....even di Kepulauan Nusantara! Yang ni akan dikupas kejap lagi..tungguuuuUUUuu..


2) Piramid adalah binaan paling stabil
Rumor ni memang logik.. sebab kebanyakan monumen purba yang masih utuh berdiri adalah yang berbentuk piramid. Dan logik jugak la ia jadi pilihan masyarakat mase tu untuk membina bangunan berbentuk piramid. Lagipun zaman dulu mungkin tidak ade masalah kepadatan penduduk yang amat sangat macam sekarang...sume kene jimat ruang...sebab tu piramid menjadi pilihan...



3) Susunan 3 Piramid terbesar di Mesir selari dengan bintang Orion
Ini memang memeningkan kepale para pengkaji. Macam mane orang purba dapat membina bangunan yang amat besar ni selari dengan kedudukan bintnag Orion atau lebih tepat Orion Belt. ala...3 bintang yang sebaris tu... Mereka pening sebab menganggap masyarakat purba tidak sehebat masyarakat sekarang. Bagi aku la kan.... masyarakat dulu lagi canggih....sebab dapat bina bangunan besar...teknologi mesra alam...dan tidak merosakkan alam sekitar.


4) Piramid penunjuk arah kiblat terbesar
Ni ada kaitan dengan bintang Orion.. Orang Islam dulu belayar banyak berpandukan bintang di langit. Dan bintang Orion ni jugak ade kaitan dengan arah kiblat. Dengan itu, piramid-piramid ni adalh penunjuk arah kiblat jugak. Senang beb....tengok je susunan piramid, dah tau nak solat ke arah maner...Jangan sembah piramid dah ler....:)


5) Teknologi asal binaan Piramid
Ni baru lagi....sebab hasil dari kajian, binaan piramid lebih tua dari kerajaan Mesir itu sendiri tapi ditutup dan dipadamkan atas dasar ingin menjaga kehebatan name si firaun tu. Ada ura-ura (bukan uri-uri ek) mengatakan bahawa teknologi asal piramid datang dari sebuah kerajaan yang diperintah oleh Raja Perahu...(Macam biase dengar bukan perkataan perahu tu). Kerajaan itu terletak di Kepulauan Melayu! Mengarut? Tak logik? nak tau...pegi SINI. Pegi la bace2 di blog tu... dapat la ilmu hasil kajian sebenar..



6) Di Piramid ada Kapal dan Helikopter
Haa...ni jangan ingat ade sebiji helikopter dalam tu pulak...ni dekat tulisan simbol dier... yang ni pun menjadi tande tanye para pengkaji...macam mane ade simbol yang menyerupai helikopter, kapal laut, kapal terbang dan lain-lain di dinding piramid. Adakah masyarakat dulu memang ade teknologi ni? Bukan itu sahaje...para pengkaji sudah cuba membuat eksperimen pada satu patung berbentuk seakan burung...ingin tau adakah ia boleh terbang jika dibuat skala besar seperti kapal terbang kita. hasilnya memang mengejutkan....ia boleh terbang!! Adakah masyarakat dulu sudah boleh terbang seperti kita?


7)Piramid ada teknologi perangkap yang rumit
Bagi sesape yang selalu tengok crite Indiana Jones... Tomb Rider...korang mesti selalu tengok yang depa ni banyak kene perangkap samar kan. Ini sebenarnya diambil dari realiti. Memang ade perangkap-perangkap seperti ini... Dan memang ramai yang mati semate-mate nak merungkai sejarah lame..(atau mencari harte karun..huhu)

8) Piramid juga ada di Tanah Melayu?
Yang ni paling gempak la kot. Dengar crite kita juga ada piramid di dasar laut. Entah kenape ia tidak disebarkan dan tidak ada cubaan untuk mengkaji. tak tahu ini betul atau tidak...tetapi dikatakan piramid itu adalah yang tertua antara semua piramid di muka bumi...dan dipercayai dibuat daripada emas!! Erm...sekali fikir memang tak logik... tapi bile fikir banyak kali...tanah melayu ni memang terkenal dengan name Suwarnabumi atau maksudnya "Tanah-tanah Emas".

Dan yang lagi pelik...tanah kita ni memang disanjung oleh orang luar.. Si Claudius Ptolemy, seorang pakar kaji geologi, astronomi dan astrologi Greek menggelar tanah kita sebagai Golden of Chersonese. Dan kita jugak ada legenda yang mengatakan kita ada segunung emas dan jambatan emas..(Legenda Puteri Gunung Ledang). Malah dikatakan zaman Nabi Sulaiman r.a, kawasan kepulauan nusantara ni adalah lombong emasnya ! Mustahil? Kaji la dulu.... sedangkan batu terapung pun tak logik jika difikirkan akal..sedangkan ia memang wujud.

Aksesori di leher dan pinggang menyerupai kepunyaan orang Melayu


9) Piramid termuda terletak di Malaysia!!
Hah! Sudah......dah makin pelik dan ganjil nih......biar betul si Pembawa Wacana nih...hehehe. Ni tak tahu paling muda ke tak kan..tapi memang ade...kat Sunway...siap jadi tempat shopping mopping lagi.....hehehe~~ Saje jer merelease kan dahi-dahi yang tengah berkerut tu....:D :D

10) Piramid takde kene mengena dengan Piranha!
Okeh..aku dah stat mengarut..hahahaha. Tapi 1 sampai 8 tu ada dalil-dalilnya.. berminat? carila...hehehe.

5 comments:

  1. PW
    lepas baca ni baru tau.. tq..
    Jemput ke ALL IN ONE

    ReplyDelete
  2. huhu 9 dan 10 tu...xnak tambah lagi ke 11 ke??hehe

    nice info :)

    ReplyDelete
  3. tak sangka rupanya byk info pasal piramid.
    tq singgah blog sy..sila dtg lagi:)

    ReplyDelete

Silalah komen, jika mahu share entri ini,dipersilakan..Janji letak backlink yer... Terima kasih kerana sudi membaca entri ini..:)