Pages

Tuesday, February 22, 2011

Inilah NasibKu...

Aku baru menghabiskan rangka ayam yang dibeli di pasar malam tadi.... Pergh...meratah dengan lahapnya bersama insan tersayang.. hahaha. Ni baru romantik... makan di bawah lampu pendaflour dituruti dengan bunyi kiukan kipas yang dipasang speed 1 jer.... he he.

Tengah-tengah layan lagu dalam komputer ni....tetibe aku teringat akan satu lagu. Lagu ni takde pun dalam song list dalam komputer aku....tapi tetibe je aku teringatkan lagu ni. Mungkin sebab dulu-dulu aku selalu dengar lagu ni kot... Lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan NICO. Ni ler liriknya...

Aku NICO nak cerita
Cerita rappers muda di kota
Umur muda mau bercinta
Sampai hidupnya porak poranda
Siang Malam Menangis Memekak
Sampai mata dah naik bengkak
Macam orang hilang isteri anak
Menyusahkan ibu dan bapa

Malasnya ke sekolah

Gurubesar sudah naik marah
Kini menambahkan masalah
Sudah ingat nak lari rumah

Minta duit naik beli buku

Kononnya nak baik dengan guru
Orang tuanya tak tak tak tahu
Yang anaknya kaki penipu

Chorus : Mengapa kamu mengapa jadi begitu

Inilah nasibku
Mengapa kamu mengapa jadi begitu
Inilah nasibku

Mula Ingat Nak Seronok

Dah lama terasa kekok
Sebab dah pandai beli rokok
Sampai perangai tak dapat sorok

Hari-hari makin gelisah

Sebab terjebak dengan dadah
Sehingga dirinya membawa padah
Sampai mak bapa dah naik susah

Makan minum tak menentu

Tiada siapa yang ambil tahu
Hidup macam batang kayu
Hanya diam duduk memmembisu

Dengan berkat doa selalu

Hanya tuhan yang yang tahu
Agar aku dapat restu
Untuk mulakan hidup yang baru

Repeat : Chorus (2x)


Tong ngaling (2x) Tong mengaman (2x)


yo....

Cerita ini bukan tipu
Cerita ini pernah berlaku
Ini nasihat aku bagi tahu
Agar kamu tahu satu persatu

Oh inilah kisah kehidupan

Janganlah kita sia sia siakan
Cerita ini jadikan teladan
Ini hanyalah satu peringatan

Zaman rappers tengah naik time ni...Ada KRU....ada NICO...ada 4U2C.. ada KOOL... sumernyer group jenis macam kat Korea sekarang. Maknenyer kite lagi cepat menyerap budaya luar la kan.... sekarang zaman indie band... ermm.... aku harap pasni zaman tiru Maher Zain atau Samir yusuf la pulak...he he he. 

1 comment:

  1. lme xdgr lgu ny....
    ny yg nk dgr smbil nyanyi blik ny sementara de lirik...hihi

    ReplyDelete

Silalah komen, jika mahu share entri ini,dipersilakan..Janji letak backlink yer... Terima kasih kerana sudi membaca entri ini..:)