Pages

Friday, February 18, 2011

Isu Salam

Assalamualaikum semua.... sihat tak semua hari ni? Aku hari ni kurang sihat sikit... badan rasa penat je nih.. HAri ni nak kene setelkan pasal futsal open pulak...Persediaan terakhir untuk esok dan lusa. Sapa-sapa yang berkelapangan tu...sudi-sudilah datang ke Kolej 10, UPM.

Hari ni..aku terbaca pasal isu salam.... isu ni isu lama jugak la kan.... sebab dulu dah ada isu ni... sebab ramai yang guna perkataan "AKUM" dalam sms diorang. Maka timbullah isu ni.... Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘. Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan "Assalamualaikum".

Lepas tu timbul lagi isu salam...sebab ramai yang guna perkataan "Salam" pulak.... sebab maksudnya tak sama dengan perkataan "Assalamualaikum" yang sebenar.... Aku pun tak pasti sebab aku belajar bahasa arab sampai form 3 jer... :D Jadi, nak dipendekkan cerita...aku bagi petikan ayat dari kitab Al-Quran kita ni...



Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH... Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain. Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan! Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

 
Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”. Ok....mulai dari saat ni....aku rasa dah boleh dah stat mempraktikkan bagi salam kat rakan-rakan.. even bila nak masuk rumah yang kosong takde orang pun kene bagi salam... Itu salah satu cara nak mengusir makhluk halus di rumah tersebut selepas lama tidak berpenghuni.. Pastu bacalah Al-Fatihah ke...ayat kursi ke... dengan niat sedekah untuk rumah dan pelindung diri..:D

Sama-sama kita amalkan... amalkan la bagi Assalamualaikum...itu juger cara nak dapatkan secubis pahala secara mudah...tak bayar bayar lebih...hahahaa.

6 comments:

  1. Ziee mmg tak guna prktaan Akum dlm sms..

    Selalu mmg akan taip Assallamualaikum..lebih baik kan.. T__T


    Assallamualaikum :)

    ReplyDelete
  2. dh start tukar dah..thanx share...=) mohon share di fb sy ye..sng nk wt rujukn lau org gne..boleh??

    ReplyDelete
  3. baru tau perkataan salam tu pun maksudnya lain. haish. kene tukar ni. thanks 4 the info.

    As Salam

    ReplyDelete
  4. da ta guna da pkataan akum dan salam...=)

    ReplyDelete

Silalah komen, jika mahu share entri ini,dipersilakan..Janji letak backlink yer... Terima kasih kerana sudi membaca entri ini..:)