Justeru, hendaklah kita sentiasa sedar dan menyatakan rasa bersyukur kepada-Nya di atas segala nikmat hidup yang dianugerahkan. Sifat menunjukkan rasa bersyukur bukan saja satu amalan seperti mengucapkan rasa berterima kasih sesama manusia, sebaliknya perbuatan yang berkaitan tanda bersyukur juga menjadi bukti tanda keimanan seseorang. Orang beriman sentiasa sedar siapakah dirinya dan tujuan asal diciptakan Allah. Apa yang dinikmati dan dimiliki di dunia ini adalah milik Allah yang dipinjamkan sementara sahaja.
Maka, besarnya kekuasaan Allah dan nikmat diberikan kepada manusia. Sesungguhnya kehidupan ini serba lengkap dan sempurna. Manusia tidak mampu menghitung apa yang dinikimati kerana tidak ada satu pun melainkan ia adalah hiasan kurniaan Allah.
Sifat sabar amat dituntut dalam Islam. Banyak kebaikan diperoleh oleh mereka yang bersabar. Sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan amaln hamba-Nya yang bersabar dengan diganjar kebaikan di dunia dan akhirat.
Nafsu manusia mudah tertarik kepada perbuatan mendatangkan kepuasan sementara. Bisikan syaitan menyebabkan nafsu cenderung melakukan perbuatan yang ditegah. Individu yang tidak melakukan perbuatan itu terasa rugi, sedangkan orang lain menikmatinya dengan rasa puas.
Justeru, sifat sabar penting untuk menghalang diri turut terbabit dalam perbuatan yang mendatangkan keburukan itu. Kesabaran dalam kategori ini ada manifestasi kepada tanda bertakwa, yakini takut melakukan perbuatan yang ditegah.
Musibah antara cara Allah menguji kesabaran hamba-Nya. Firman Allah bermaksud: "Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan berita gembira kepada orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah, ayat 155)
Dipetik dari Kitab 40 Hadis Akhlak Mulia..
No comments:
Post a Comment
Silalah komen, jika mahu share entri ini,dipersilakan..Janji letak backlink yer... Terima kasih kerana sudi membaca entri ini..:)