Pages

Monday, February 28, 2011

Sedutan di Rumah Amal Kasih Bestari

Sekarang aku berpeluang nak bercerita berkenaan program yang Kolej aku anjurkan aritu... Disebabkan gambar sudah ada....maka aku akan berkongsi dengan korang sumer. Pengisian semasa berada di sana sangatla menarik. Kedatangan kami ke Rumah Amal Kasih Bestari disambut dengan sederhana tetapi cukup terkesan di dalam hati. Budak-budak yang comel dan baik menjemput kitorang dan beramah mesra dengan mereka. Cukup terkesan....mengenangkan mereka ketiadaan ayah atau ibu... dan jugak tiada harta.

Bergambar Bersama Sebagai Kenangan..:)
Lepas Bermain Cari gula-gula Dalam Tepung
Melepak Menunggu Aktiviti Dijalankan.. Yang mane satu aku..he he
Main Bedil Botol..Sape la Yang Mengajor nih..haha
Belon air disediakan untuk permainan diorang..
Elele....malu-malu gitu budak-budak ni...
Yang aku paling tersentuh...sesetengah dari mereka tidak tahu apa itu ATOK. Cuba bayangkan..... mereka tidah penah tahu pasal atok mereka... Tidak tahu apa itu atok.....bukan tidak penah berjumpa...tapi tidak tahu langsung apa makna atok dalam kehidupan..... :'(

Tapi alhamdulillah...haritu sangat berpuas hati kerana dapat mengenali mereka.. Semoga budak-budak di sana dapat berjaya di dunia dan di akhirat....:)

3 comments:

Silalah komen, jika mahu share entri ini,dipersilakan..Janji letak backlink yer... Terima kasih kerana sudi membaca entri ini..:)