Dah lama aku duk tengok budak-budak zaman sekarang ni mengabaikan adab berbicara..... diorang dah tak takde sikap hormat menghormati dalam tutur bicara..... bila ditanya...cakap pandai hormat dia tu hormat dia ni.... Tapi dalam percakapan....haprak....takde...
Ni aku tulis sekadar nasihat kepada budak-budak zaman sekarang..... Ada adab-adab tata susila dalam percakapan....nak marah sekuat mana pun.....tolong jaga itonasi suara dan nada. Tengok tempat pulak.... kalau dalam mesyuarat...gunalah nada berbincang.... perlu ingat... cara korang bercakap pun melambangkan kematangan diri. Contohila adab-adab berbicara nenek moyang kita.... jangan duk tiru adab orang putih jer.
Aku terdengar akan sesetengah budak sekarang dah tak pandai menjaga adab berbicara..... kadang-kadang dengan ketua kita pun nak bertengking.... agak-agak la kan.... Walaupun si ketua tu umurnya sama dengan korang...atau pun si ketua tu kawan korang.... dalam urusan rasmi...perlu kene ingat yang dia tu ketua... Jadi segala perbicaraan atau percakapan kenelah berbeza dengan percakapan secara tak formal. Rujuk segala masalah kene ikut saluran organisasi..bukan pakai hentam jer....
Sikap profesionalisme ni kene pupuk sejak dari kecik... kalau awal-awal dah naik kepala.... bila dah keje nanti....macam tu jugak la jadinyer.... Kalau si ketua tu perlu dipanggil "Encik".... maka panggil lah.... Apa salahnya kita merendah diri sikit kerana dia tu ketua kita.... lain la kalau si ketua tu kurang ajar atau kurang waras.... he he he.
Kadang-kadang aku tengok si budak tu marah-marah sebab dia kata ketua dia ni bersikap bossy... atau tak mesra..... atau tak suka sebab segala keputusan si ketua ni berlainan pendapat dengan dia..... Perlu diingat.... dia tu ketua... kalau struktur organisasi tidak diikut... maka hancur ler sesuatu organisasi..... Sama ler macam negara.... Ikut jela.... asalkan tak melanggar hukum-hakam agama... Sama juger dengan orang tua kita kan... Kebanyakan nasihat orang tua ni lebih baik walaupun korang tak suka..... Nasihatnya datang dari pengalaman dan pemerhatian.... maka ada betulnya. Korang jangan la nak ikutkan kehendak hati jer.....betul kan?
Aku tak tuju sape-sape...cuma nak berkongsi dengan blogger..... Kematangan diri boleh dinilai dari cara kita membendung emosi dan tutur bicara...... Jika perkara itu boleh dibincang...maka ajak la berbincang. Tak perlu nak bermasam muka dan bercakap kasar kan...... Nampak sangat la kurang matang kat situ..... Betul ke tak? :)
Perlu hormat orang yang lagi tua dari kita...dan jugak lagi tinggi kedudukannya dalam organisasi berbanding kita. Hormat tak semestinya nak yes boss je sumer perkara..... tapi kalau ada yang tak kena...sila gunakan cara yang tak menjatuhkan maruah dia. kalau ada orang buat kat kita macam tu rasa macam maner? Sakit tak hati tu? Paham la kan..... selalunya terkene kat diri sendiri baru nak sedar kan....
P/S: Bukan aku yer..... sekadar pemerhatian aku terhadap remaja-remaja sekarang....:)
saya akui ramai remaja skrg bersikap mcm tu. errmm.. tak boleh nak salahkan sape2. remaja sndiri kne sedar. sye pun mseh remaja.
ReplyDeletedunia dah tenat dan di akhir zaman,.. zaman jahiliyah kembali lagi,. kini tunggu penyelamat ummah untuk memberikan sinarnya kembali
ReplyDelete