Pages

Thursday, May 12, 2011

Daulat Tuanku Ditukar kepada Allahuakbar..

Pembaharuan yang dibuat oleh Sultan Kelantan yang baru.... Sultan Kelantan yang ke-29, Sultan Muhammad V.  Ini bukan gosip.....ini dipetik dari wawancara khas kepada para wartawan media cetak dan media elektroni. Wawancara khas itu telah berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baru pada Rabu, 4 Mei 2011 pada lebih kurang jam 5.30 petang dalam suasana penuh protokol tetapi tetap mesra.

Wawancara itu juga diadakan bersempena dengan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) minggu hadapan. Banyak benda yang menyebabkan aku respek dengan Sultan Muhammad ke-V ni..... 

Antara yang aku suka dan respek ialah baginda Sultan sentiasa memulakan bicara dengan terlebih dahulu melafazkan Bismillahirrahmanirrahim dan Asalamualaikum kepada pertanyaan wartawan muslim dan salam sejahtera kepada wartawan bukan Islam. Sepanjang wawancara itu yang berlangsung selama lebih 45 minit, baginda hanya membahasanya dirinya sebagai ‘saya’ bukannya ‘beta’ sebagaimana lazim digunakan di dalam istana.

Apabila menjawab pertanyaan wartawan..... baginda Sultan ada bagitau tentang seruan “Daulat Tuanku” yang lazim digunakan sebelum ini akan ditukar kepada seruan “Allahu Akhbar”. Pada pandangan baginda Sultan, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. "Itulah yang terbaik untuk rakyat saya". Itu lah jawapan baginda Sultan....perasan tak penggunaan "saya" tu?

Aku kagum dengan cara baginda Sultan... tidak bermegah-megah dengan kuasa yang diterima... tidak mengikut sangat akan protokol-protokol yang menyusahkan....hanya diberi penekanan... tentang agama yang satu iaitu Islam.... Bersederhana dalam kehidupan.... :)

Semoga panjang umur....dan menjadi Sultan yang betul-betul menjadi pemimpin dunia dan akhirat... Kembalikan zaman kegemilangan Islam dahulu kala seperti di zaman Nabi dulu.....:) 

8 comments:

  1. saya setuju.memang baginda seorang yang mesra rakyat dan sangat bersederhana dalam kehidupannya.

    ReplyDelete
  2. setuju sangat..moga kerajaan bawah pimpinan baginda akan lebih aman makmur..hehe :)

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. bleh turun ke Kelantan tgk betapa mesranya dia dgn rakyat...

    Entry terbaru -> Grapevine - Cara Baru Pengiklanan Di Nuffnang & Churpchurp... (",)

    ReplyDelete
  4. agak luar biasa tindakannya, apabila mengubah apa yang dah jadi adat turun menurun tok nenek...moralnya "biasakan yang betul...dan perbetulkan yang biasa"...walaupun kadang2 pahit menjadi yang pertama...syabas.semoga ada yg kedua dan seterusnya.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..
    sangat respect dgn sultan kelantan skrg ni..
    begitulah yg spttnya, apa-apapun keadaan, agama tu yg didahulukan..keredhaan Allah diutamakan..

    ReplyDelete
  6. aku LIKE semua komen kat atas ni.. ;)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum. Alhamdulillah. :)

    ReplyDelete

Silalah komen, jika mahu share entri ini,dipersilakan..Janji letak backlink yer... Terima kasih kerana sudi membaca entri ini..:)