Pages

Monday, May 9, 2011

Kisah Sedih Pasangan Bahagia Siri 1

Hari ini aku akan tonjolkan satu cerita pendek yang agak panjang.... harap sabar membacanya....dan menyukainya.... semoga korang mendapat penghayatan dan pengajaran dari kisah rekaan aku ni.....:) 

KISAH SEDIH PASANGAN BAHAGIA - SIRI 1
Kisah seorang gadis.... sangat di manja dan dibelai oleh mak bapak nyer.... nak ape pun...sume dapat.... kiranya bahagia la kan..... Apa yang dibuat...sumer nak pujian...tak puji....merajuk. Dalam alam universiti pun sama..... sangat senang dan tak pernah merasai susah.... Selalu berduit.... dan selalu berteman.... tak pernah duk sorang..... Masuk alam bekerja....pun sama....sentiasa mendapat kehidupan yang diidam-idamkan perempuan lain..... Semuanya dapat.... Kekasih -kekasih lama semuanya berduit dan kaya raya.... Cuma jodoh tidak kesampaian... Sampai la ke alam perkahwinan..... Mendapat jodoh dengan seorang lelaki biasa..... Tak bernama....tak berharta.....tak de keistimewaan apa-apa...Tapi cinta menyatukan mereka....memang latar belakang mereka sangat berbeza....

Kisah si lelaki...  Selalu berdikari....sebab apa yang dimahukan...semuanya kene ikhtiar sendiri.... Nak itu ini....sumer kena ikhtiar...kiranya dah biase susah la.... masuk ke alam universiti....pun sama.... bermula dengan kepayahan....tetapi akhirnya dapat pertolongan biasiswa PTPTN.... Tetapi masih menjalani kehidupan sederhana.... langsung tak bermewah-mewah dalam kehidupan... Masuk ke alam bekerja....Masih mengamalkan kehidupan sederhana.... Semuanya ala-ala kadar..... Sekadar hidup ceria dan gembira... akhirnya dijodohkan dengan pempuan cantik tadi.... 

Di alam perkahwinan....mereka bahagia pada permulaan.... dua-dua berjanji akan buat yang terbaik untuk pasangan masing-masing....dan mereka kotakan janji... Si perempuan cuba belajar berdikari.... Si lelaki cuba menemani si isteri... Lovely kapel...lovely lovers... Sangat bahagia dan sangat rapat..... tetapi dalam saat-saat kebahagiaan itu...Terselit derita dalam diri masing-masing....Si perempuan rasa susah nak ubah cara hidupnya... Dari kecik sampai besar...sudah biasa dengan dimanja...sekarang cubaan nak berdikari dirasakan sangat susah dan berat..... Si lelaki masih cuba menyesuaikan diri...tetapi oleh sebab sudah biase dengan kesusahan hidup..masih dapat bertahan...

Percikan api keretakan sudah timbul.... Apabila si isteri mula membangkitkan soal-soal remeh.... Si lelaki cuba bersabar....bersabar....dan bersabar....kadang-kadang berlaku perbalahan kecil....tetapi kembali normal.... Keadaan berkekalan selama bertahun-tahun.... masih tidak dikurniakan anak...Si lelaki agak kecewa.... si perempuan dalam tanda tanya....tidak pasti akan hal itu...kerana yang difikirkan hanyalah pasal dirinya sahaja....

Akhirnya si isteri dah tak tahan dengan kehidupan berdikari.... maka apa-apa kesalahan kecik.....habis digunakan untuk cari perbalahan....si suami mula pening dan bingung.... Bingung sebab si isteri dah mula bangkit dari pergolakan jiwanya.....kehidupan yang berbeza dari kebiasaan tak dapat diterima seadanya..... Dikatanya si lelaki sudah tidak seperti awal perkenalan...walhal si isteri yang sudah tidak tahan dengan kehidupan serba janggal dari kebiasaannya....

Maka berlaku satu kes....kecik...tetapi dianggap besar oleh si isteri.... Si lelaki ada menasihatkan kawannya di facebook dengan buat satu status....tetapi si isteri merasakan si lelaki sengaja tujukan kepadanya....walhal langsung tidak terniat. Si isteri cuma memendam.... tetapi dalam hati....retak menanti belah. Si lelaki tidak tahu menahu....kerana niatnya untuk memberi nasihat kepada orang lain telah disalah anggap oleh si isteri.... Si isteri memujuk si suami supaya menghantarnya ke rumah kakaknya...Atas alasan...rindukan anak sedaranya....Si suami pun menghantarnya dengan penuh rasa curiga....Kerana keputusan hendak ke rumah kakaknya dibuat secara spontan.... Si lelaki mula mengesyaki...... Tetapi segala soalan yang dituju dijawab si isteri dengan tenang dan senyuman.... 

Apabila sudah berjauhan....si lelaki masih terasa pelik....kerana si isteri hanya menjawab panggilan telefonnya dengan dingin.... cakap sepatah terus letak..... Maka si lelaki mula merasa geram dan bingung.... Di tanya sekali lagi dengan diajukan soalan yang lebih direct dan tidak berlapik....si isteri pun menjawab.... dari situ....perbalahan pun timbul.... dan berterusan sehingga berhari-hari...

Si lelaki masih tertanya-tanya.... adakah status tu sangat besar impaknya? Sedangkan tidak terniat ditujukan kepada si isteri..... Si isteri menuduh si lelaki ni tidak menghargai apa yang telah dibuatnya..... Si lelaki bertambah pening dan pelik....Kerana si lelaki sangat menghargai apa yang dibuat si isteri... malah sanggup membantu jika si isteri meminta....Kenapa boleh jadi macam ni?

Si lelaki terkenang akan kehidupan yang telah dilalui bersama si isteri.... segala suka duka....si suami ingat seadanya.... Si lelaki ingat akan kisah gelak ketawa mereka bersama ketika di dapur... Si lelaki sanggup menolong si isteri walaupun si lelaki ada masalah dengan kerjanya.... Segala masalah kerjanya tidak dihiraukan...isteri lebih penting... Si lelaki juga teringat kenangan mereka membuat berbagai masakan bersama.... Tanpa bantuan si lelaki....si isteri memang tak akan duduk di dapur..... Si lelaki terkenang gelak ketawa si isteri....terkenang muncung mulut isteri.....terkenang sifat manja si isteri...

Si lelaki terkenang akan kenangan mereka menonton tv bersama....terkenang berjalan-jalan bersama....terkenang bergurau senda di rumah.... Segala memori dikenang....termasuk la kenangan yang kurang manis.... tetapi bagi si lelaki...itulah asam garam perkahwinan...Berlenang air mata si lelaki mengenangkan nasibnya.... Setiap sujud di solatnya diminta akan hubungan mereka kembali terjalin.....kembali kukuh...kembali bahagia..... Setiap sujud si lelaki.... bertemankan air mata.....setiap sujud si lelaki.....penuh dengan kesedihan dan kekecewaan... Kenapa si isteri berubah dalam sekelip mata....Kenapa isu yang kecil dibesar-besarkan sehingga berhari-hari... Sangat perit ujian Tuhan ini.... Sangat pedih jiwa si lelaki menahan sebak...

Si lelaki termenung keseorangan....timbul persoalan dalam diri.... adakah si isteri mengingatinya seperti dia....adakah si isteri sengaja mencari isu hendak berpisah.... adakah si isteri sudah terkena buatan orang.... Segala persoalan timbul di dalam benaknya.... Si lelaki masih cuba menghubungi si isteri....tapi si isteri tidak mengendahkan panggilan si lelaki... Si isteri berpesan kepada si lelaki semasa mereka bergaduh dulu... "Mungkin inilah kesudahannya...." . Apakah makna si isteri ini.....Adakah si isteri sudah tidak mahu hidup bersama lagi?

Si lelaki masih mengharap...... kerana si isteri itulah satu-satunya wanita yang disayangi...Dan dia tidak akan ceraikan si isteri walau apa pun terjadi..... Si lelaki sayang kat si isteri....oleh kerana sayang....si lelaki cuba tidak terlalu manjakan si isterinya.... Dengan harapan si isterinya berubah menjadi yang lebih baik... segala urusan si lelaki galakkan si isteri buat sendiri...Tapi segala pertolongan masih dibuat oleh si lelaki... kerana si lelaki memahami akan si isterinya memerlukan pertolongan dan sokongan darinya...

Tetapi tanggapan si lelaki silap... Si isteri menganggap perbuatannya itu sebagai satu penghinaan dan menyakiti hatinya..... Mungkin sifat manjanya itu sudah sebati dalam hidupnya.... Tidak boleh dimarahi....tidak boleh ditentang....dan tidak boleh disuruh apa-apa..... Si lelaki serba salah.... semakin bingung memikirkan kehidupan realiti yang susah nak dijangka ini....

Si suami dah tak tau nak buat apa... adakah nak mengalah tapi memburukkan isterinya sendiri...atau nak berkeras tetapi mungkin akan menghancurkan hubungan mereka... Si suami dalam dilema.... Si isteri... berseronok di rumah kakaknya kerana dah dapat belaian manja dan perhatian kembali.... Sifat manja si isteri dan terlalu mengharapkan pujian dan belaian orang lain telah merosakkan hubungan mereka...Sedangkan si suami berniat baik ingin melihat si isteri boleh berdikari dan berdiri dengan kaki sendiri jikalau  berlaku apa-apa kesusahan..... Niat yang baik disangka buruk oleh si isteri...

 BERSAMBUNG

Cerita ini akan bersambung.... mungkin esok....mungkin lusa.... harap bersabar yer.... sapu air mata tu dulu.....:) Sesape rasa nak buat movie....silakan...Akan disambung bila aku ada idea...hihihi

3 comments:

Silalah komen, jika mahu share entri ini,dipersilakan..Janji letak backlink yer... Terima kasih kerana sudi membaca entri ini..:)