Pages

Thursday, September 22, 2011

Engkau Tuu Dah Liat Nak Solat.... Ada Hati Nak Suruh Aku?

Bagaimana nak ajak GF/BF bersolat kalau ko sendiri yang liat nak solat....Pergh.... macam nie la status Mr. Muscleman a.k.a Bro Ben dekat dier punyer FB tadi.... Aku tertarik sebabnyer benda ni dah lama aku nak kupas.... tapi oleh kerana medium kapasiti otak aku ni dah dipenuhi dengan pembelajaran master dan kerja... Maka terlupa la jugak.... 

Ada betul dan benarnyer status tuu... Bro Ben dah kupas dengan panjang lebar di entrinyer di SINI... Aku sokong... dan aku nak menambah sikit pasal KENAPA RAMAI YANG TAK SOLAT... Sebelum aku pegi lebih lanjut.... Satu jer soalan yang aku nak bagi kat hang pa semua.... Kenapa perlu bersolat? Sila jawab tanpa apa-apa rujukan...dua saat dari sekarang.... Boleh tak? Ada jawapan tak yang keluar dari otak pemikiran hang pa semua?

Mungkin ada yang jawab... KEWAJIPAN DALAM AGAMA.... Mungkin ada yang jawab... SOLAT TU TIANG AGAMA.... Ada yang mungkin jawab... SEBAB ALLAH SURUH... Apa jawapan hang pa? Dalam blog nie dah banyak dah citer pasal SOLAT... Kebaikan dan hubungan solat dengan ilmu alam.... Kepentingan solat untuk kesihatan badan..... Godek-godek la dalam blog aku nie... Cuma yang menjadi masalahnya... Kenapa ramai lagi yang tak nak solat?

Punca utama.... bagi aku la kan... BERPUNCA DARI RUMAH ANDA SENDIRI... Segala-galanya bermula sejak dari kecil lagi... Si bapak dan mak nyer sendiri tak MEMAKSA anaknya bersolat.... Kononnya.... si anak ada kebebasan memilih cara hidupnya.... Waklu! Ni la orang kata.... Salah didikan agama... Kononnya hak asasi manusia dirajakan melebihi kehendak agama... SALAH GILER!

Lagi satu... mak bapak sendiri pun TAK BERSOLAT!! Ni lagi parah nie.... Macam mana nak didik anak bersolat ek? Aku bagi beberapa persoalan ikhlas... Dan aku nak si pembaca yang TAK SOLAT tu... sila jawab dengan ikhlas dalam hati masing-masing......

"HIDUP KORANG AMAN DAMAI TAK?"

"WALAUPUN BERHARTA, RASA CUKUP TAK DENGAN APA YANG ADA?"

"HATI KORANG TENTERAM TAK?"

Tu jer.... kalau korang rasa jawapan korang tu ke arah yang tak berapa elok..... Aku rasa.... Punca utamanya.... SEBAB KORANG TAK SOLAT. Tu jer.... Sila la belajar bermula hari nie.... dan cuba lah jadikan amalan wajib setiap hari..... Korang akan dapat kebahagiaan dan keberkatan DI DUNIA dan di akhirat nie.....Insya Allah.......

P/S: Kaya, miskin, gembira, sedih, semuanya UJIAN dari Allah..... :)

6 comments:

  1. mak bapak perlu didik dr kecik amalan solat kt anak2 mereka.. kt skolah pulak, ckgu men oeranan asahkan lagi mereka dan lengkapkan pengajaran tntg solat pd mereka...

    sesungguhnya solat itu menghalang seseorang daripada melakukan kemungkaran...

    knp ramai yg tk tutup aurat? knp ramai yg bngga buat dosa?.. semuanya bermula pada solat..sempurnakah solat mereka?..

    ReplyDelete
  2. solat kan tiang agama..wajib kita tunai tak kira tempat dan waktu

    ReplyDelete
  3. solatlah anda sebelum anda disolatkan

    ReplyDelete

Silalah komen, jika mahu share entri ini,dipersilakan..Janji letak backlink yer... Terima kasih kerana sudi membaca entri ini..:)