Pages

Thursday, September 15, 2011

Sasaran 2013 - Kereta Elektrik Dari Proton

Proton mensasarkan pengeluaran kenderaan elektrik pada tahun 2013 nanti.... Buat masa ini... 8  kenderaan elektrik Proton sudah sedia untuk dipandu uji.... Ini bukan cerita dongeng....ini cerita benar.... baru dilaporkan secara rasmi di Buletin Utama, TV3...

Proton nampaknya dah membuka lembaran baru lagi dengan kenderaan elektrik nie.... Ye la.... sekarang kan minyak dah mahal... Sah akan naik lagi nanti....tunggu masa jer... Nak harapkan harga turun... ermm....jangan mimpi ler.. Jarang sesangat barang yang naik harga akan turun harga balik.... 

Dengan adanya kereta berkuasa elektrik keluaran tempatan nie... Maka save la dari segi minyak.. Tapi harga kereta tu pulak yang mahal nyer.... Aku tak pasti berapa harga kereta yang ditetapkan....tapi memang komfem akan naik harga... Harap-harap harga kenderaan Proton tu takde la melebihi harga kereta Honda atau Toyota... Sebab sah-sah depa pilih kereta keluaran Jepun tu lagi kalau harga lebih kurang sama...

Apa-apa pun...usaha memajukan kenderaan tempatan patut dipuji... Semoga uji pandu kereta elektrik tempatan tu berjalan dengan lancar dan memuaskan semua pihak... Aku tunggu je la... Kalau harganya berpatutan....aku beli la nanti... Sekarang kumpul duit dulu... tak nak loan banyak-banyak...he he he

P/S: Kalau ada kereta berkuasa enjin angin kan bagus... makin laju makin save...he he

4 comments:

  1. Menarik juga sy dngr kereta ni...yg kuasa angin tu 2020 haha! :D

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum PW

    kalau kuasa agin
    macam kapal layar pulak...he he

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. best2..pasni cas keter mcm cas hp. hahaha

    ReplyDelete
  4. kereta tu ada kat bawah ofis ni tgh caj :D

    ReplyDelete

Silalah komen, jika mahu share entri ini,dipersilakan..Janji letak backlink yer... Terima kasih kerana sudi membaca entri ini..:)