Pages

Friday, December 30, 2011

Drama Pilihan : Tanah Kubur


Sekarang semua duk sembang pasal ending citer Tentang Dhia kan? Kesedihan ending bila dua-dua mati.... Citer tu memang bes... Tapi tak berapa setuju dengan waktu siaran... pukul 7.00 malam.... Haih... Citer Tentang Dhia tu molek ditayangkan pukul 9.00 kan? Barulah semua dapat tengok.... Pukul 7.00 tu ramai Pakcik makcik nak pi surau.... anak-anak muda nak balik mandi sebelum solat maghrib... kan? he he he...Tapi aku bukannya nak citer pasal Tentang Dhia.... Drama pilihan aku ialah Tanah Kubur...

Tentang Dhia memang takleh nak banding dengan drama Tanah Kubur nie.... Sebab drama Dhia tu bersambung-sambung...Tanah Kubur tak...Setiap episod tak bersambung..... Cuma aku memilih Tanah Kubur sebagai drama pilihan kerana maksud yang cuba disampaikan jauh lebih bermakna dan membina...

Sape yang baca nie suka tengok Tanah Kubur? Maknanya korang memanfaatkan kelebihan ada TV di rumah sebaiknya.... Ops....tidak lupa juga Astro... Sebab Tanah Kubur nie hanya di saluran 106 Astro OASIS..... 

Citer dia penuh dengan kisah kematian.... Setiap yang hidup pasti akan mati kan.... Tapi dalam citer nie penuh dengan kisah pengajaran kepada sesape yang lalai dalam hidupnya sebelum mati.... Hukuman dari Tuhan sebelum diseksa di alam kubur... 

Antara episod yang sangat kena dengan masyarakat kita ialah.... makcik yang guna pelaris nak bagi makanan kedainya laku...Pempuan DEDAH AURAT.... lelaki makan rasuah hasil dari projek-projek yang ditandatanganinya... dan lain-lain.... Sape yang ada Astro tu....patut sangat la tengok citer nie.... Memang terbaik.... 

Aku cuma terkilan....kenapa rancangan macam nie tak ditayangkan di saluran umum.... TV3 ker... TV1 ke... 8TV ker.... Baru la semua masyarakat kita dapat tengok.... Kenapa perlu hanya di Astro OASIS? Rugi la citer bes macam nie tak dapat ditonton semua golongan.... Tengok citer Tentang Dhia tu....  gelombang drama dah tersebar dekat orang-orang kampung yang takde Astro tu... Kan elok kalau gelombang drama dekat semua kawasan sebab citer macam Tanah Kubur nie ni pulak..:)

Ok lah... aku nak layan citer Tanah Kubur nie lagi.... Semoga yang buat benda syirik dan yang berkaitan dalam citer nie akan menyesal dan bertaubat lepas tengok citer nie.... Pakat-pakat la cegah kemungkaran sebelum bala datang... Korang boleh tengok salah satu episod Tanah Kubur di sini....


P/S: Special entri setiap Jumaat.... PreciousWord for My Jumaat

5 comments:

  1. serius ai suka siri ni.. menarik.. banyak pengajaran bagi setiap episod yang ditayangkan.. anak-anak pun turut tengok (dari dorang buang masa tengok kartun)..

    ReplyDelete
  2. sy suka tengok tanah kubur kat astro oasis...smlm tgk yg lana nordin dgn aida khalida..pakai seksi2 meksi tu...eyyy takut!

    ReplyDelete
  3. tanah kubur terbaik sbb bagi panduan berguna buat penonton...

    ReplyDelete
  4. setakat ni belum berkesempatan tengok
    lagi. kalau da masa, nak tengok ! :)

    ReplyDelete

Silalah komen, jika mahu share entri ini,dipersilakan..Janji letak backlink yer... Terima kasih kerana sudi membaca entri ini..:)