Apa itu budu? He he he.... Sudah pasti kalau korang dari kawasan pantai timur... Aku rasa dengan bersemangatnye nak jawab kan..... Tapi itu dulu-dulu je kot.... bebudak zaman sekarang nie even yang duk kat pantai timur pun tak suka makan budu! Sebab depa anggap budu nie cuma seribu satu penambah selera makan yang takde apa-apa khasiat dan manfaatnya..... Salah tu brooo....
Sebelum aku nak bagitau khasiat budu nie.... Aku nak ler dulu bagitau yang apa itu budu.... budu nie sebenarnya macam kicap je.... macam cencaluk.... Cuma...yang berbezanya....budu nie dihasilkan dari ikan... Ada yang buat guna ikan bilis.... ada jugak guna ikan-ikan yang lain.... Kicap dari kacang soya....Cencaluk dari udang... Korang tau tak nie? Kalau tak tau.... Boleh tambah ilmu lagi dengan baca entri nie....Haaa...kan dah ada manfaat....Dari duk lepak lepak takde keje...Dari duk chatting saje-saje kat facebook...he he he...
Cara nak buat budu nie.....kalau ikut cara tradisional memang ler lama.... Sebab caranya....rendam ikan-ikan dalam tempayan dengan garam dan sedikit air.... kemudian biar lama-lama.... Gitu jer.... Sama macam kicap la kan... rendam kacang soya tu lama-lama dalam satu bekas besar....sampai jadi kicap... sama je proses dier... Cuma yang nie....daripada ikan... Ada jugak cara lain...Tapi yang tu aku tak pasti... Boleh rujuk kepada yang pakar...>>>>>Enchek Google..he he he
Khasiat budu nie pulak.... banyaaaaaaak... Sekarang nie...budu mendapat perhatian dari pakar-pakar makanan dari luar negara.... Antaranya terdiri dari Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, dan Jerman.
Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan,... mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser... PERGH!! Ameek Kaww.... Ada lagi....ada lagi...
Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.... Terkejut??? Nanti dulu sedara sedari sekalian... Ada lagi nih....
Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit birit...penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi......Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh.
Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.
Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).
Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin).
Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.
Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.
Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas....Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.... Huh.... Panjang kan? Tapi ada lagi nih.... hehehe...
Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.
Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain. Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.
Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan.
Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.
Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.
Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research... Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan.
BANYAK GILER ZAT BUDU!!!! Sape cakap budu nie makanan KUNO....Sape cakap budu nie takde zat.... Budu nie dah macam PIL MULTIVITAMIN dah nie.... bukan setakat pil vitamin... dah macam ubat serbaguna dah... Aku bile baca artikel nie.... Aku rasa BANGGA beb...Sebab aku suka makan nasi dengan budu! hehehe he....
Sumber: Wikipedia
P/S: Jangan korang hirup budu..buat macam kuah tomyam dah ler.....Tu melampau..hahaha
Assalamualaikum PW
ReplyDeletebanyak khasiat budu yer..
nak beli le lepas ni....he he
I like budu...
ReplyDeletesaay org johor,mmh jakunlah makan budu.dulu2 ingat lagi officemate mak org kelantan.mak pun beli.cara dia nak suami dan anak2 nya makan..
ReplyDeletemak buat ikan bakar,masak sayur masak air,ada ikan masin...dan terbaek ada kuah kicap special punya.kami pun makanlah sedap betul...
dah habis je makan,mak tya sedap tak.kami pun katalah sedap...lain betul kuah kicap cili padi mak buat ni...tgk resipi mana?mak kata itulah BUDU hehhehehe....
budu mmg layan.sedap gila.mamakn nngan nasi putih pon masyuk
ReplyDeletebudu....
ReplyDeletesedap wehhhh
taruh limau nipis...perghhhh
fav dniii!
ReplyDeletenyammmehh.... tapi kalau cicah budu time jari luka.. memang nanges abis laa.. budu tu kan masin. hehe.. tapi rela je... asal dapat ngap budu.. perghh kecur air luir pulak memalam buta ni. sok nak masak singgan ikan lah.
makan nasi ngan budu mmg best..tambah hirisan bwg skt,perah limau,cili api...menjilat jari laa...hahahaa
ReplyDeleteTerima kasih sharingnya, semoga terus berkembang ilmunya :)
ReplyDelete