Pages

Saturday, January 7, 2012

Apa Kelebihan Menyimpan Janggut | Rahsia Kebahagiaan Wanita

Maher zain dan janggutnya..
Wow.... tajuuk.... Rahsia Kebahagiaan Wanita gitu.... kenapa yer? Saje mencari tajuk gempak tanpa makna apa-apa? Mana ader..... Mesti ade walaupun mungkin sikit jer....he he he... Tapi kali nie betul-betul ada makna.... Ada kaitan dengan janggut si lelaki... Kelebihan menyimpan janggut...

Kalau apa yang aku tau.... simpan janggut nie sunnah Rasulullah kan... Jadi digalakkan la kita menyimpan janggut bagi orang Islam... Bukannya simpan misai... Simpan janggut tu... Dulu-dulu masa aku kecik...dengar citer pakcik-pakcik kat kampung... Depa kata malaikat duk bergantung kat setiap helai janggut yang disimpan.... Kalau disimpan banyak...maka banyak la malaikat yang bergayut kat janggut.... Aku pun tilik la kat cermin....nak tengok malaikat! Ha ha ha.... hampeh tol......kene troll ngan pakcik-pakcik.....

Tapi tu citer pakcik-pakcik kedai kopi.... Mungkin ada maksud tersirat... atau ada yang bagitau depa macam tu.... yang tu citer sesaje jer.... Tapi mungkin maksudnya berkias.... Sebab simpan janggut nie memang ada khasiatnya mengikut kajian saintis dunia.....

Macam aku pun ade dia nie...hihihi
Mengikut kajian Massachusetts Institute of Technology di Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body, didapati janggut lelaki boleh menggalakkan penghasilan hormon testosterone dalam badan yang amat diperlukan bagi kaum wanita... Ia akan menstabilkan kitaran haid seorang wanita selain menggalakkan pertumbuhan telur (ovum kalau tak silap dalam bahasa saintis) wanita. Tau tak apa tu hormon testosteron? 

Hormon testosteron nie satu hormon dalam badan... Kekurangan hormon ini boleh menyebabkan penurunan tahap kecekapan sel-sel otak ( cepat marah, gangguan emosi, mood tak menentu dan lain-lain), berisiko tinggi mengalami penyakit kencing manis, osteoporosis dan lain-lain.... Ia juga penting bagi penghasilan anak-anak... Kerana ia juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya....:)

Caranya macam maner? Hanya perlu diusap janggut itu... SENTUHAN... Jadi, kepada pasangan suami isteri yang mungkin ada masalah berkenaan cahaya mata, boleh la mencuba dengan meminta si suami menyimpan janggut dan belailah janggut tu....he he he... TIDAK PERLU BAGI PASANGAN YANG BELUM KAHWIN!

P/S: Sesungguhnya simpan janggut itu sesuatu yang macho! :D

2 comments:

Silalah komen, jika mahu share entri ini,dipersilakan..Janji letak backlink yer... Terima kasih kerana sudi membaca entri ini..:)