Pages

Saturday, April 28, 2012

Bersih 3.0 - Fakta Tak Berapa Bersih


Hari nie, 28 April 2012 telah berlaku satu perhimpunan di Dataran Merdeka... Perhimpunan BERSIH 3.0.. Ramai kot yang hadir berhimpun memakai baju kuning.... Perjuangan mereka adalah untuk membersihkan sistem demokrasi di negara nie.... Tapi ada jugak yang tak berapa nak bersih... Jom tengok fakta bercampur auta nie....

  • Ramai yang berhimpun menyebabkan hampir semua berpeluh sampai membasahkan ketiak masing-masing... Bau masam menyelubungi seluruh Dataran Merdeka..... 
  • Kesesakan lalulintas menyebabkan terkumpulnya gas-gas karbon monoksida yang banyak di satu tempat... Pencemaran alam sekitar la kirernyer...
  • Mungkin ada yang sanggup bangun pagi semata-mata nak berhimpun nie.... Terlupa nak mandi dulu...atau sengaja tak mandi sebab dah tau lepas nie kene mandi jugak.... Hampak sungguh baunyer...he he
  • Dan kerana nak berkumpul awal... mungkin ramai yang tak gosok gigi... Satu lagi amalan tak bersih berlaku....
  • Kalau ada yang merokok... lagi ler... asap rokok berkumpul dengan banyaknya di satu tempat.... boleh lemas beb!
  • Disebabkan nak berkumpul di Dataran Merdeka... ramai yang terlepas peluang di hujung minggu nie mengemas rumah masing-masing yang bersepah tu.... Tak berapa bersih jugak nie....
Itu la fakta bercampur auta yang berlaku disebabkan perhimpunan BERSIH 3.0.... Sesungguhnya gurauan itu satu proses mengubat hati....he he he... Benda serius tak perlu la serius memanjang kan... Lagipun sebersih mana pun cuba dikecapi....takkan menjadi bersih jika kita sendiri yang tak bersih... Cara nak bersihkan diri.... ialah mengikut amalan yang disuruh-Nya dan mengikut sunnah Nabi.... 

P/S: Kalau kat Thailand...baju merah... Di Malaysia...gelombang baju kuning kot..he he he..

4 comments:

  1. pernah pergi perhimpunan bersih ker???hehe :P

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. bersihkanlah diri sebelum anda dibersihkan...hahahahah..XD

    ReplyDelete
  3. bersih yang tak berapa nak bersih^^

    ReplyDelete
  4. serius lawak bro =P..Tak leh la stres memanjang. Tak baik untuk kesihatan. Apa-apa pun pastikan diri kita sentiasa 'BERSIH'

    ReplyDelete

Silalah komen, jika mahu share entri ini,dipersilakan..Janji letak backlink yer... Terima kasih kerana sudi membaca entri ini..:)