Terkebil-kebil mata aku bila terbaca di keratan surat khabar mengatakan bahawa Hari Jutaan Belia selama seminggu nie dipenuhi pengisian ROHANI..... Aku pun dengan rajinnya tengok la dia punya timeline dari hari pertama hingga penghujung nya...... Kat mana pengisian ROHANI nyer??
Aku tak faham sebenarnya kenapa Hari Jutaan Belia yang sepatutnya boleh dijadikan platform membentuk anak muda ke arah jalan yang lurus nie.....dijadikan platform ke arah kemaksiatan...... Maaf cakap... tapi memang itu la yang berlaku... Sape tak nampak..... memang korang ada masalah menterjemah sesuatu situasi secara ikhlas dan penuh iman.....
Aku pernah pegi tahun lepas.... tahun nie tak pegi...sebab dah tau dah macam mane hari jutaan belia nie.... Tahun lepas.... aku pernah kutuk pasal tempat konsert dibuat.... dekat dengan masjid besi Putrajaya tu.... Tahun nie pun aku rasa tempat yang sama kot.... Tapi tahun nie dengar citer diajaknya K-Pop perempuan pulak..... Tahun lepas group lelaki..... So....isu maksiat makin ketara la der!
Ermmm.....aku ingat dulu-dulu sekurang-kurangnya ada jugak la etika pemakaian untuk artis luar datang Malaysia nie....Kena tutup-tutup sikit... Jangan dedah sangat.... Tapi sekarang nie memang takde ek? Kalau ikutkan gambar-gambar yang di postkan dalam Facebook tu....menyeksa jiwa beb!!
Kenapa jadi macam nie? Setiap malam diisi dengan konsert nyanyian... Itu je ke belia MESTI BUAT untuk mengisi masa lapangnya?? Dari duk mengomen jer...aku bagi la cadangan Hari Belia pada tahun depan.... Perlu dibuat macam nie baru ada pengisian ROHANI..... Betul-betul pengisian ROHANI punyer....
Malam Hari Pertama - Pertunjukan Budaya Semua Kaum...- Budaya aset bangsa...jangan ditinggalkan sampai identiti bangsa dah kabur macam sekarang!
Malam Hari Kedua - Forum Perdana Santai Membincangkan Isu Semasa Berlandaskan Hadith dan Sunnah - Mengajak belia berfikir dan mengenal hadith-hadith
Malam hari Ketiga - Konsert artis tempatan - Lagu yang dinyanyikan perlu ada mesej membina, membangkitkan semangat sayang agama dan negara. [AURAT DIJAGA dan Lelaki dan Perempuan dipisahkan semasa menghadiri konsert kecuali berkeluarga]
Malam Hari Keempat - Solat Hajat dan Ceramah dari Ustaz yang paling popular dan best - Ustaz Azhar ke....Ustaz Don ker.... tak kisah la sape-sape - Belajar agama sambil berhibur dengan celoteh santai penceramah....
Malam Hari Kelima - Pertandingan Tilawah Belia dan diselitkan nyanyian memuji Tuhan - Menunjukkan keindahan bacaan ayat-ayat suci...gemakan di seluruh Putrajaya....
Malam Hari Keenam - Persembahan bebas ( komedi ker... diselitkan nyanyian nasyid, sajak, syair, zapin, dan lain-lain) - Hiburan ringan untuk semua golongan
Malam Terakhir - Konsert dari Maher Zain, artis-artis nasyid luar negara - Nampak international sikit...huhu
Haaaa........ Mana elok tentatif cadangan aku nie dengan tentatif yang ada sekarang...... Yang acara sukan dan lasak tu dah bagus dah..... Tapi Hari Jutaan Belia nie sangat kurang pengisian pemahaman agamanya..... Bukan belia tak suka pasal agama..... Tapi tidak ada galakan dari kita sebagai pihak yang bertanggungjawab menyebarkan benda-benda baik nie...... Aku rasa lagi ramai yang datang kot....Pagi dan petang acara sukan dan riadah... Diselitkan dengan krew-krew CUBAAN menguji kesabaran pengunjung.... Malam pulak pengisian rohani....MANTAP DER!!
Booth-booth jualan tetap banyak..... Disediakan khemah-khemah khas untuk solat.... Disediakan jugak booth khas untuk bayaran zakat....pakej haji dan umrah... dan lain-lain..... Dialunkan bacaan quran sekali-sekala sekadar memberi peringatan kat anak-anak muda yang datang berkapel supaya tidak datang niat nak berdua-duaan di tempat gelap..... Amacam?
Generasi muda perlu dijaga... Kerana merekalah yang akan membentuk negara kita nie untuk masa akan datang.... Kalau mereka nie buta agama... Maka buta la bakal pemimpin negara pasal agama.... Nak ker negara kita jadi negara liberal macam negara barat tu? Tepuk dada tanya iman masing-masing..... Kalau betul sayangkan negara.... Jadikan negara kita nie TRULY ISLAMIC!! Bukan TRULY ASIA semata-mata....
P/S: Sebar-sebarkan sampai ke telinga penganjur Hari Belia tu.... Semoga Hari Belia tahun depan lebih manfaatnya......Aminn
Terbaik! Memang setujulah kalau hari jutaan belia buat pengisian macam nie. Mintak copy yer
ReplyDelete@Haniefateen : Silakan....:)
ReplyDeletebest best best! :D
ReplyDelete:)
ReplyDeleteTerbaik ! Hantar terus dkt pihak atasan. Biar dy tahu apa yg belia sebenar inginkan.
ReplyDeleteTerbaik ! Hantar terus dkt pihak atasan. Biar dy tahu apa yg belia sebenar inginkan.
ReplyDeletekalau tak ada konsert diorang takut tak ada orang nak datang.. artis tu kalau dapat pakai spender dengan bra lagi bagus.. lagi banyak tarikannya..heh..
ReplyDelete