Pages

Friday, September 21, 2012

Innocence Of Muslim, Betulkah Tindakan Kita?


Sape kat sini tak tahu akan perihal cerita Innocence Of Muslim..memang korang jenis tak ambik tahu pasal sensitiviti agama..... Topik nie adalah topik paling hangat dan disebabkan cerita nie...Banyak dah berlaku rentetan peristiwa sehingga sekarang sampai habis huru-hara jadinya di seluruh dunia Islam.....

Apakah cerita yang disampaikan Innocence Of Muslim nie? Dikatakan cerita nie menjatuhkan martabat dan maruah Nabi Muhammad s.a.w kerana menggambarkan Nabi seorang yang buruk perangainya... Sememangnya ini adalah satu perkara yang tak boleh dibiarkan begitu sahaja....WAJIB DITENTANG! 

Tapi........ Kenapa perlu dibuat macam nie? 



Dan macam nie?


Dan lagi........



Kenapa?

Memang la kita perlu halang perkara-perkara macam nie.... Tapi ADAKAH BETUL CARA INI? Menampakkan keganasan sana sini... Ekstrem giler kita nie... Betul ke begini caranya? Kita petik dari Surah Al-Imran ayat 86...

"Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu, dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab terdahulu daripada kamu dan orang-orang musyrik ; banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa, maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat"

Dalam ayat nie....dah diceritakan sememangnya akan ada tuduhan dan fitnah yang melampau dari pihak mereka yang nak tengok kita sakit hati.... Dah diceritakan 1400 tahun yang lalu.... Dan salah satu contohnya...yang berlaku sekarang....Adakah cara macam gambar tu adalah cara orang yang bersabar dan bertaqwa? 

Kalau begini la kan.... senang je la depa nak huru-harakan kita...dengan bermodalkan dua tiga ratus dolar pun dah jadi....Buat satu video menghina Nabi... upload dalam Youtube... Pastu tunggu masa dan lihat jela... Demonstrasi sana-sini....bom berani mati sana-sini... Senang nyer kita diperalatkan....

Apa gunanya pemimpin Islam jika perkara nie mereka tak dapat setelkan.... Kita sebagai rakyat biasa sepatutnya menyerahkan ketidakpuasan hati nie...melalui pemimpin...Inilah salah satu peranan pemimpin... Rakyat sememangnya dah marah.... So...pemimpin negara....yang sepatutnya mencerminkan pandangan rakyatnya.... tampil la ke depan... bersidang dengan pemimpin Islam yang lain...dengan kesepakatan semua pihak.... menyaman, mendenda, menyuruh mereka yang terlibat melakukan permohonan maaf secara terbuka dan menghentikan siaran secepat mungkin... baru nampak kita bersatu.... Ni tak....makin berpecah ada la...

Adakah Islam nie GANAS? Tidak.... Sama sekali tidak... Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian dan kemakmuran sejagat.... Jadi jika ada perkara macam nie... Semua umat Islam harus bijak mengendalikan emosi marahnya dengan berpandukan ajaran ISLAM tu sendiri.... 

Kalau.......Kalau pemimpin tu sendiri takut nak berdepan dengan depa? Adakah itu sebabnya kita nak berdemonstrasi sampai memecahkan cermin dan membakar kereta? Pun tidak sama sekali... Lantik seorang pemimpin lain yang lebih berani dan menegakkan Islam... Lakukan secara ilmiah dan bijak... Barulah pemimpin dunia lain nampak....Dunia Islam tidak mudah diperkotak-katikkan....

P/S: Cuba bayangkan, apa yang akan Rasulullah s.a.w akan buat jika beliau masih ada sekarang.... Mungkin perkara begini akan ditukar menjadi satu titik tolak kemasukan penganut agama lain ke dalam agama Islam secara besar-besaran disebabkan tindakan bijak beliau menangani masalah ini.... Fikirkan...

6 comments:

  1. banyak kan selawat ke atas baginda Rasulullah SAW

    ReplyDelete
  2. setuju sgt.. selagi kita di dunia, selagi itulah ada cacian dan hinaan.. so, sbg org Islam, harus belajar bersabar dan tidak mudah melatah.

    ReplyDelete
  3. setuju sgt.. selagi kita di dunia, selagi itulah ada cacian dan hinaan.. so, sbg org Islam, harus belajar bersabar dan tidak mudah melatah.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Maksud Surah al- Maidah (5):8)

    # Walaupun berada di pihak yang benar, kita tetap perlu beradab. Kebenaran tidak harus mematikan akhlak!

    ReplyDelete
  6. Namun, kita tidak boleh hanya duduk diam dan berkata mengenai orang lain. Apakah yang akan kita jawab di akhirat kelak apabila di tanya berkenaan ini oleh Allah?

    Jika pada zaman Rasulullah dan zaman khalifah, semestinya orang yang menghina agama Islam akan diperang habis-habisan.

    Apa yang saya dapat lakukan ialah berdoa agar orang yang menghina nabi Muhammad mendapat balasan yang buruk daripaa Allah. Kedua, membina kekuatan Islam itu sendiri dalam diri saya.

    Dan yang pasti, saya boikot barangan yahudi seperti McDonald, Starbuck, Nestle dan pelbagai lagi. Itulah antara usaha kecil yang mampu saya buat sekarang.

    ReplyDelete

Silalah komen, jika mahu share entri ini,dipersilakan..Janji letak backlink yer... Terima kasih kerana sudi membaca entri ini..:)