Boikot! Oi Boikot! Dah lama aku tak nampak poster-poster memboikot produk atau barangan yang ada kaitan dengan Israel... Dan sekarang timbul lagi kehangatan tu....sebabnya.... Israel melancarkan operasi "Pillar of Defence" yang laknat tu.... Pada Awal Muharram....depa menyerang lagi Palestin dan sempadan Syria atas alasan mempertahankan negaranya.... Cett!
Orang belah nie baling batu je kot... Yang ko siap ada teknologi paling canggih di muka bumi nie pun takut ke? Sangat tak logik alasan negara Israel tu... Kalau ada yang percaya....memang bangang tahap gaban! Aku malas nak mengulas pasal serangan nie... Aku secara rasmi memang mengutuk keras serangan tak bertali perut nie....dan aku dah kata dah...Obama menang pun tarak guna punya...
Tapi aku juga tersenyum sinis jugak la dekat masyarakat kita nie... Sebab dah start naik balik dah poster-poster memboikot barangan yang ada kaitan dengan Israel nie di laman-laman sosial.... Dah mula semua jadi baik dan mengeshare poster boikot nie.... Memang betul-betul HANGAT-HANGAT TAIK AYAM la....
Tunggu la sebulan dua lagi....si memboikot tu pun pegi makan kat Starbuck jugak! Yang memboikot tu pun makan McD jugak! Semuanya hangat-hangat taik ayam kampung je! Alasan....sebab SEDAP! sebab nampak mewah dan menarik untuk belanja kapel masing-masing....Sebab awek dan pakwe masing-masing suka! Tak konsisten betol perjuangan tu....Tu baru memboikot....bukan suh pegi berperang lagi! kalau berperang...rasanya dah lama cabut lari kot....Tak pun sanggup tinggal kapel tu terkontang-kanting kene bunuh!
Sedih beb.... tengok depa duk papah anak-anak kecil yang rentung kene bom.... Cuba bayangkan yang depa papah tu ada pertalian ngan kita....apa rasa?? APA RASA?? Bagi yang takde anak atau membujang tu...mungkin korang tak faham apa yang aku cuba bagitau nie.... Yang kene serang tu Palestin... Cuba bayang kalau itu Malaysia...Cuba bayang yang kene bom tu kampung kita....Rumah kita! Apa rasa?? Boleh nak fikir secara rasional?? Sabaq dulu... kita duk bawah pokok beringin sat...tenangkan diri.... Kita call Israel sat kenapa depa bom rumah kita... Kot-kot la depa bergurau ka apa ka.... BOLEH???
Ada jugak yang dah mula cakap yang pergolakan di sana sebab salah Palestin tu sendiri.... Nie ibarat nak bercakap pasal telur...tapi yang dia tahu tu sekadar telur yang digoreng! Bukan telur asal! Faham dak maksud aku? Cuba bercakap atas dasar informasi yang sudah di"goreng" pihak media dan musuh Islam.... Sedangkan informasi sebenar...hanya segelintir sahaja yang tahu...itu pun hidup dihujung tanduk menunggu bedilan tentera musuh Islam...
Aku cuma nak sampaikan.... kalau sekadar semangat sebab trend semasa.....tak payah la....Itu menunjuk-nunjuk namanya..... Bukan datang dari iman dan takwa kita... bukan lahir dari perasaan sahabat seagama... Itu maknanya korang masih belum betul-betul menghayati pengertian Islam yang sebenar..... Tengok luaran dah tahu... tengok cara hidup dah tahu...tengok cara bercakap pun dah tahu... Walaupun Malaysia nie negara yang mengisyhtiharkan islam adalah agama rasmi.... Tapi kita jauh dari apa yang dilaung-laungkan.... Inilah realiti.... No offense!
P/S: Zionis Israel anggap manusia lain selain kaum Yahudi nie pencacai beb... Penjilat taik depa jer... Itulah kebenaran di dunia Palestin...
Setelah hampir setahun cuba boikot Mcd, haritu saya terbeli gak mcd sbb mengidam... rasa serba salah sgt... huk3..
ReplyDeletedoakan yang terbaik untuk saudara seislam kita di gaza
ReplyDeleteAssalmu'alaikum
ReplyDeletealhamdulillah
segala kupasan yg tuan berikan tntg isu ini memang hebat sy rasakan...sebagai hamba Allah yg kerdil lagi hina sememangnya sy merasakan begitu sukar juga untuk melaksanakan sesuatu yg telah menjadi kebiasaan seperti pemakanan kita ''mcd''
dan saya fahami suara hati tuan, sedang saya sndr tiap kali berdoa dan menangis , meratapi apa yg berlaku terhadap saudara kita disana dan lebih menyedihkan seperti disini tidak pernah mengetahui khabar disana.
ye saya turut merasa apabila sy cuba memujuk di fb kepada rakan-rakan untuk takbir dan do'a bersama untuk mereka pejuang agama, namun seperti mereka tiada perasaan tntg apa yg berlaku, astagfirullahal'azim, sesungguhnya itu lebih menyedihkan saya,
semoga Allah membuka mata hati umat ISLAM seluruh dunia, sahabat-sahabat kita jua In Shaa Allah, mudah-mudahan...
dan kepada pejuang ISLAM di Palestin, Allah akan membantu mu, tabahlah....AllahuAkbar
BOIKOT FILEM HOLLYWOOD PULAK!!! Sebarkan pada seluruh umat Islam!!! ---> http://www.sinema.my/yahudi-di-hollywood/
ReplyDeletebukannya apa..dari kecik dah kena ajar mkn mende ni..memang lah terbiasa..pandaikan yahudi ?
ReplyDelete