Pages

Friday, November 9, 2012

PANAS!! Rompakan Menyamar Sebagai Polis!


Kepada yang masih tak tahu....makin banyak sekarang rompakan yang modus operandinya.... menyamar sebagai anggota polis... Walaupun jarang berita kes rompakan macam nie disiarkan di berita atau akhbar mungkin kerana media massa sekarang sibuk pasal cerita politik... Tapi benda nie sememangnya banyak berlaku di sekeliling kita.....

Baru-baru nie di KTM komuter... Diceritakan bahawa suspek berpakaian lengkap dengan vest polis, berwalkie-talkie, menahan seorang penunggang motosikal...memadamkan enjinnya dan merompak mangsa.. Masalah nie..... Pertama... polis tahan memang kita akan berhenti kan...takkan nak langgar pulak... Nanti ade pulak kes langgar lari nanti.... Jadi macam mana nak cam yang mamat tu polis ke tak?

Ok... sebelum apa-apa hal berlaku.... Pastikan yang suspek tu polis ke tak... Bila disuruh berhenti... korang berhak mintak kad kuasa anggota polis... Penting nih... Sebelum depa cek korang punye I/C..road tax dan sebagainya...mintak kad kuasa depa dulu.... Kalau ada...maknanya betul la tu anggota polis... kalau takde...banyak dalih... korang boleh tinggalkan si suspek tu dengan hormat dan bersopan... Jangan risau...perkara nie termaktub dalam akta undang-undang negara kita...


Pada kad kuasa polis tu...ada butiran tersendiri yang perlu korang ingat....
  • MERAH - Pegawai polis yang digantung tugasnya... Dia tidak kuasa nak tahan korang..boleh beredar je dari situ
  • BIRU - Berpangkat Inspektor dan ke atas [OK]
  • KUNING - Berpangkat lebih rendah dari Inspektor [OK]
  • PUTIH - Polis simpanan [OK]
Ini petikan dari BORNEO POST:
Petikan Borneo Post:
“Orang ramai berhak meminta pengenalan diri (kad kuasa) mana-mana pegawai dan anggota polis, malah anda juga berhak sentuh dan minta untuk meneliti kad kuasa tersebut. (Untuk Mengelak Penyamaran Yang Akan Merosakkan Imej PDRM Dan Membahayakan Keselamatan)

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Roslan Bek Ahmad, Posted By Borneo Post, On September 20th 2012.
Ada orang tanya...macam mana nak cam kad palsu dengan tulen? Ermmm..... Susah jugak tu nak menjawabnya sebab aku pun tak pernah tengok kad tulen macam mana.... So..kepada yang ada maklumat pasal macam mana nak cam kad tulen dengan kad palsu....Harap dapat komen di ruangan komen cara-cara nak tahu tu.....
 
Jagalah keselamatan kita dan jaga jugak nama baik PDRM kita... Ada jugak kawan cakap...si polis pun mintak sogokan jugak... Tapi aku takde bukti nak bagitau betul ke tak.... Kalau la betul...bahaya la kan... Orang yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan negara...sanggup buat macam tu...habis la rosak dan hancur negara kita.... Harap PDRM kita telus dan tekun... Korang la harapan dan hero negara...Jagalah kredibiliti PDRM yang gah dan terbilang itu.....

2 comments:

  1. oleh itu berhati semasa memandu... apabila ditahan polis minta polis tu tunjukkan kad kuasa.

    ReplyDelete
  2. Kad kuasa tulen ada logo PDRM hologram di tengah.

    ReplyDelete

Silalah komen, jika mahu share entri ini,dipersilakan..Janji letak backlink yer... Terima kasih kerana sudi membaca entri ini..:)