Detik pilihanraya umum 2013 makin dekat dah.... Dari hari ke hari..bahang makin terasa... Semua jentera makin sibuk melancarkan manifesto parti masing-masing... Manifesto PR....Manifesto BN... Semuanya comey-comey je...Lebih kurang ajer... Janji dan berjanji.... Mana yang ditepati adalah perkara subjektif kerana itu semua masa depan... Kita bukan Tuhan nak PASTI benda tu akan terjadi... kan....Yang membezakan..yang itu belum pernah pegang teraju...yang satu lagi dah separuh abad pegang teraju...tu jer.. :)
Senang citer macam nie je... Siapa yang berkuasa...dialah ada kuasa nak menggubal sesuatu... Sesape yang ada majoriti 2/3 dekat parlimen... maka senang la dia nak buat apa-apa pun... Kuasa dan wang di tangan dia... Oh..ok...sebelum nak citer pasal penghayatan kisah perjuangan Rasulullah S.A.W... Ada eloknya aku citer sikit pasal sistem pemerintahan negara Malaysia nie...
Nak citernyer.... Kuasa di peringkat negeri terbatas... Hanya boleh membuat dasar yang tertentu sahaja di bawah kuasa kerajaan negeri...Yang selebihnya tertakluk pada kuasa pemerintahan negara... iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara... Segala apa benda yang nak diubah dan digubal...Projek-projek besar.. segala apa yang berkenaan bajet yang besar...perlu dilepasi kedua-dua dewan nie..mendapat persetujuan 2/3... Kalau kat Dewan tu tak lepas...maka tergendalalah perubahan itu... So...kesimpulannya... Sape yang berkuasa di parlimen atau Dewan Rakyat tu... Dialah yang ada kuasa sepenuhnya... Kat negeri cuma boleh ubah dasar atau undang-undang negeri je.. Tu pun ada yang boleh dan tak boleh...Memang terhad dan tersangat la terhad... Sila rujuk pakar undang-undang.. Sesape yang masuk BTN..sila tanya kaw-kaw pasal nie....dan sila faham sebaiknya bagaimana sistem kat Malaysia nie...hehe
Ok...cukup pasal tu... Sebenarnya aku nak citer pasal senario politik di Malaysia sekarang.... Semakin ke arah zaman jahiliyah... sistem kabilah makin menampakkan dirinya.... Kabilah-kabilah arab jahiliyah nampaknya menjadi idol kita sekarang.... Sistem kepartian yang terlampau dan melampau-lampau.... BN nyer... PR nyer.... Kalah ajaran Quran, sunnah dan hadis Rasul kita!
Tak salah nak berparti... kerana tu mencerminkan satu ideologi dan arah pemikiran kita sebagai manusia yang selari dan sama caranya.... Tapi janganlah sampai yang SALAH dikatakan BENAR... Kalau yang BENAR tu..nak mengiyakan nya sampai terkeluar anak tekak pun tak pelah...Ni tak... Yang SALAH pun cuba ditegakkan sampai sanggup menggadaikan akidah ISLAM....Ape ke he?? TIADA SATU PARTI PUN YANG SEMPURNA!! So jangan nak berkeras sangat kalau dah salah! Nie sampai nak bukak pekung di dada musuh masing-masing... Habis cerita nak korek sampai mengaibkan... Itu bukannya cara ISLAM... Itu cara masyarakat jahiliyah sebelum datangnya Nabi Muhammad S.A.W.... Kepada non-muslim... itu bukan cara kami (muslim).. Percayalah!
FITNAH memfitnah antara satu sama lain satu hal... Nie pun cara kabilah-kabilah dulu melaga-lagakan puak-puaknya... Itu jugak yang kita tiru... Mana perginya cara Rasulullah S.A.W. ajar kita?? Takkan sebab politik...ajaran Rasul kita....kita buang dalam tong sampah cam tu je? Politik dan agama dipisahkan ke?? Kepala hotak kau! Politik adalah satu cabang ilmu dalam naungan agama ISLAM...Sila faham dan belajar... ISLAM is everything... Islam nie untuk semua! Bukan untuk meayu...bukan untuk orang cina...bukan untuk orang india... Tapi SEMUA! Disebabkan tak faham....Tu yang kita kat Malaysia nie makin ke arah kebaratan yang melampau...Yang memang sah-sah bercanggah dengan ajaran Islam... Sedangkan ISLAM lebih baik... Kepada non-muslim lagi...FITNAH juga bukan cara kami (Muslim)...Tolonglah percaya!
Ni dari pandangan aku la kan.... Cuba tengok ABPBH semalam.. Anugerah Bintang Popular Berita Harian semalam.... Dalam tu ramai yang melayu... Melayu nie sinonimnya adalah Islam.... Ada sesape nampak ciri-ciri keislaman tak dalam majlis tu?? Ada sesape nampak ciri-ciri menaikkan martabat seorang melayu tak dalam majlis tu? Iyer itu dunia hiburan... Dalam ISLAM melarang berhibur ke?? NO.. Boleh jer... Tapi kenapa terlampau jauh menyimpang dunia hiburan kita? Aku tanya korang nie...Fikir dan hayati balik apa yang cuba disampaikan Rasulullah S.A.W....ada matching tak dengan majlis tu? Itu bukan orang Cina...bukan orang India... Tapi MELAYU oi... Orang ISLAM bai... Mintak maaf cakap la kan... This is a reality in MALAYSIA...
Adakah aku seorang yang berfikir secara kolot? Secara tertutup? Ermm.... tah la kan... Aku cuma berfikir secara apa yang seorang muslim befikir ajer... Kalau itu yang dikatakan kolot molot... comolot (tetiba) Ok...find... Dari jawapan korang, Aku tahu sejauh mana pemikiran korang ke arah Islam... That's the conclusion la kan...Kalau korang rasa benda itu OK... Terpulang.. Aku hanya mampu bersuara macam nie je...Nak ubah tak boleh...Sebab aku seorang takde kuasa nak ubah undang-undang negara! Aku bukannya SEMUA AHLI PARLIMEN!
Ok...batu ukur bukan pada yang tu je... Cuba tengok yang lain-lain.... Konsert-konsert... Majlis-majlis ilmu... Usaha pemantapan iman dan amal... Kita ukur dan bandingkan.... yang mana satu betul-betul mengikut sunnah dan penghayatan Rasulullah S.A.W.... Bidaah kita abaikan... Yang betul-betul ikut sunnah yang kita cuba cari... Setakat manakah penghayatan itu? Cuba kaji dan tafsir secara ilmiah dan penghayatan Rasulullah S.A.W dijadikan sebagai kayu pengukur setiap event dan usaha... TOLONG ABAIKAN BERITA HANGIN... TOLONG ABAIKAN BERITA YANG TAKDE FAKTA DAN BUKTI... ABAIKAN SEGALA FITNAH DAN CACI MAKI.... Analisi secara seorang muslim sejati berdasarkan fakta dan realiti.... Setakat manakah dan sejauh manakah kita dengan penghayatan Rasulullah S.A.W....
Aku takde jawapan dalam persoalan nie...Sebab ia bergantung pada korang sumer... Bagaimana korang berfikir... apa yang korang nak... Adakah kesenangan wang semata-mata? Kesenangan diri sendiri semata-mata? Hidup aman tetapi sosial masyarakat hancur ditelan arus globalisasi? Bergantung pada diri korang... Jika Islam tu kuat dalam diri... Cuba hindarkan bunga-bunga kekafiran dan kemunafikan yang seakan-akan makin menampakkan dirinya... Jika diri sendiri tu sememangnya tak suka Islam...tak suka tutup aurat...tak suka alunan ayat Quran... tak suka hidup terikat dengan agama... So itulah pilihan korang... Sesungguhnya di dunia nie korang diberikan pilihan... Kat akhirat cuma ada syurga dan neraka saje... Dan pilihan akhirat bergantung pada pilihan korang di dunia nie...:)
Untuk Pilihanraya Umum Malaysia ke-13 nie... Aku menyeru kepada semua la... Pilih dan renungkan secara berilmiah dan berfikir jauh ke depan... Fikir pasal anak-anak kita...cucu-cicit kita... Kehidupan mana yang kita nak... Ke arah kemajuan yang tak bermoral dan bergaul bebas...ke kemajuan bermodalkan agama... ke arah kemajuan bermodalkan dunia barat semata-mata... atau ke arah mana? Semua tu terletak di tangan kita....
Kan senang kalau sistem parti nie takde...calon bertanding atas tiket nama sendiri je... nak jadi calon kenelah cukup kriteria sebagai seorang pemimpin...Contohnya solat tak tinggal...sempurna... Bacaannya ok...Hafaz Quran... faham isi kandungan Quran... Seorang yang tinggi ilmunya dalam bidang lain seperti kejuruteraan, kesusasteraan, undang-undang dan lain-lain, seorang yang baik sifatnya.... (Ni baru ulamak moden kan) Kan elok macam tu... Kalau yang non-muslim...sama macam kat atas....tapi mengikut persepsi agama mereka (Nie dipanggil orang alim)... Dalam ramai-ramai yang dah menang nie... mereka sendiri akan pilih sape yang lebih berhak menjadi leader mengikut asas ketinggian ilmu dan ciri-ciri kepimpinan... Nampak macam majlis syura...kan? Sekadar idea yang lapuk ditelan zaman...Nanti ramai yang tak suka idea nie kan... Lagi-lagi kroni penjajah...It is not COLONIALISM WAY!! :)
Jangan taksub dan menggila dengan parti masing-masing... Pilihlah calon yang berwibawa... Yang tak pecah amanah...yang tinggi ilmu agama... YANG BERANI BERSUARA menegakkan kebenaran dan maruah agama.... yang buat kerja (Yang nie ramai fail...ramai yang duduk goyang kaki je dalam dewan).. Yang semestinya cuba membantu menaikkan tahap kemajuan spiritual dan pembangunan di kawasannya... Kemajuan agama dan infrastruktur...INGAT....kedua-duanya sekali...bukan salah satu... Itulah yang disarankan Rasul kita.... Maju dalam pembangunan...perlu selari dengan majunyer agama dalam diri setiap insan di muka bumi...
Apa yang berlaku sekarang? Fikir dan lihat di dunia realiti anda.... Di dunia hiburan...dunia kerja swasta...dunia akademik...dunia bandar...dunia kampung... Sila lihat sendiri dari dunia yang korang duduki....Adakah ia selari dengan ajaran Islam....atau separuh-separuh je ikut....atau langsung tak ikut? Atau korang sendiri yang dah terbabas.... Semuanya bergantung pada korang sendiri... Silalah hayati video trailer nie.... dan kalau dah ada video yang sebenar...silalah tengok dan hayati... Baik share benda macam nie dari duk share video dan gambar fitnah tu....Semoga menjadi pesanan untuk diri aku dan korang semua...
P/S: Calon itu lebih penting dari bendera... Sebab tu aku kata... Alangkah indahnya kalau boleh mengundi tanpa bendera.. kebebasan nak undi tu bergantung 100% pada kewibawaan calon...kan? Tapi dunia nie tak adil...:)
No comments:
Post a Comment
Silalah komen, jika mahu share entri ini,dipersilakan..Janji letak backlink yer... Terima kasih kerana sudi membaca entri ini..:)