Pertandingan Tilawah Peringkat Antarabangsa telah pun berakhir... Untuk edisi tahun ini, kemenangan berpihak kepada Qari dari Indonesia, tempat kedua jatuh kepada Qari dari Iran... Dan ketiga dari Malaysia, negara tuan rumah... Qariah pula jatuh kepada wakil dari Morocco... Tahniah diucapkan kepada pemenang...
Alunan ayat suci Al-Quran dari mereka sememangnya merdu dan menarik... Sambil duk layan alunan bacaan dari Johan Qari dari Indonesia tu... Aku terfikir... Mengapa pertandingan tilawah nie asyik kita je jadi tuan rumah? Mengapa tak dibuat seperti pertandingan yang lain... Ada sistem penggiliran tuan rumah secara undian? Banyak advantage nyer ooo kalau boleh buat gitu.... Aku listkan satu-satu ok... Nie dari pendapat aku la... Sambil duk layan alunan ayat suci tu.. Nie la yang aku terfikir..
Anjuran yang lebih berprestij
Bila dibuat anjuran secara giliran... Tahun nie kat Malaysia... Tahun depan kat Morocco.. Tahun seterusnya kat Indonesia... Sudah pasti setiap negara yang menganjurkan tu tak mahu kalah kehebatan anjurannya... Dari situ... akan ada peningkatan mutu pertandingan dan persiapan... Dari situ jugak.. Prestij pertandingan akan meningkat secara tak langsung.... Ambil contoh....Sukan Olimpik pada asalnya sukan anjuran negara Greece je.. Kemudian
atlit negara lain join tapi still bawah anjuran Greece kuno tu... Tapi
tengok sekarang... Semua negara berebut nak jadi tuan rumah... Sebab
apa? Sebab prestij.. tarikan manusia seluruh dunia.. Tengok pertandingan-pertandingan lain... yang mana tinggi prestij nya komfem akan ada anjuran giliran... Kenapa Tilawah Al-Quran tak dibuat macam tu? Sudah berpuas hatikah sekadar tepuk dada sendiri tapi orang luar tak tahu pun wujudnya pertandingan tilawah nie?
Menambah Pengalaman Qari dan Qariah
Bila dibuat pertandingan secara giliran... Qari dan Qariah jugak yang untung... Dapat laaaa menambah pengalaman berada di negara orang lain.. Kiranya reward secara tak langsung la nie kan... Bukan semua Qari dan Qariah mampu nak berjalan ke negara asing guna duit sendiri... So... Apa salahnya mereka dapat menimba sedikit pengalaman berharga di negara asing sempena wakil negara masing-masing dalam pertandingan tilawah kan... menimba pengalaman dari pelbagai segi.. kebudayaan..seni warisan.. adab-adab dan lain-lain...luaslah pemandangan dan kotak fikiran.. Secara tak langsung..menambahkan kematangan...Termasuk audien-audien sekali... Yang sana dapat belajar cara yang sini... yang sini belajar cara yang sana... yang sinun (dari rumah tengok TV) pun duk perhati dan belajar juga... kan menarik tu...
Sebagai Langkah Publisiti
Ok.... kenapa sukan bola popular? Kenapa bab nyanyi nie popular giler sampai artis-artis jadi idola remaja sekarang? Kenapa ada wujudnya pertandingan Malaysian Idol..Masterchef...dan Shout ape tah yang menari tu? Ini sebab media duk "UP" kan depa depan mata remaja-remaja... Apa salahnya kita UP kan Pertandingan Tilawah nie supaya lebih grand? Bila prestij pertandingan ditingkatkan... Publisiti diperbanyakkan... Tak mustahil anak-anak muda terdetik nak jadi seperti Qari tu...Qariah nie... Jadikan ibadat membaca Al-Quran satu ibadat yang menarik dan mengujakan di mata remaja-remaja! Tinggikan taraf dan popularkan Qari dan Qariah nie biar remaja-remaja nie kenal dan tertarik dengan mereka... tak mustahil mereka akan jadi seperti artis-artis K-Pop sekarang... Maksudnya.. populariti mereka melebihi artis nyanyian nie.. Kan lebih baik? Aku nampak dengan pertandingan tilawah nie... Boleh dijadikan satu batu loncatan nak meramaikan anak muda supaya lebih kenal dan minat...juga menghayati lebih berkenaan kehebatan ayat suci Al-Quran.... Sambil menyelam sambil minum air... Berdakwah sambil mempopularkan...Tak salah kan?
Merapatkan Ukhwah Islam Seluruh Dunia
Ok....ambil contoh Sukan lagi... Sukan boleh merapatkan hubungan persaudaraan....Negara-negara bersaing untuk merebut kemenangan dengan melalui pertandingan... Mengapa tidak dengan pertandingan tilawah? Bila kita berjaya UP kan prestij dia... Berjaya menarik ramai audien sebab prestij pertandingan dan popularitinya... Dari situ jugak sebenarnya secara tak langsung membentuk hubungan persaudaraan antara negara-negara yang bertanding... Keharmonian dapat dicapai dengan menghayati ayat-ayat suci yang dipertandingkan....
Itu ler yang aku terfikir masa duk dengar bacaan Qari dari Indonesia tu hingga akhir... Seems macam over the moon sikit kan pemikiran tu... Tapi kan... bila kita tengok dan perhati orang-orang yang berjaya nie... Mereka semua berfikiran yang sangat besar.. target hidupnya besar... Apa salahnya kita cuba besarkan target kita nak menyebarkan sinar Islam di dunia nie kan? Target dunia nak besar aja... Tapi mengapa tidak untuk ISLAM? Kan? Asalkan ada persetujuan yang kukuh semua negara yang bertanding...rasanya tujuan yang aku fikirkan kat atas tu boleh dicapai dengan mudah.... It is not impossible to do... Kan?
Kekadang terfikir jugak.. Kita selalu duk salahkan anak-anak remaja tinggalkan bab agama... depa anggap aktiviti baca Quran dan dengar lagu nasyid suatu yang boring dan tak macho...Bukan high class yang boleh dibangga-banggakn dengan kengkawan... Tapi aku rasa kita jugak ada take part dalam kegagalan mendidik depa nie... Mengapa kita tak cuba menanam dalam diri anak-anak muda yang aktiviti keagamaan nie suatu yang hebat dan macho jika disertai? Kita asyik salahkan perubahan dunia... Tapi mengapa kita tak ambil langkah cuba mengatasi dengan lebih berkesan dan kreatif? Biarlah langkah tu sebanyak segelas air yang cuba memadam api kebakaran sebukit besarnya... Tapi kita tetap berusaha kan...Mungkin itu baby step kita nak mulakan langkah yang lebih berkesan di kemudian hari...siapa tahu... Take action is better then do nothing.... Kan?
Aku nie sape kan... Setakat fikir je la.. nak buat tadak kuasa... Kalau aku nie dilantik jadi Perdana Menteri ke hape ker... boleh la aku cuba usulkan.. Nak buat camna...aku nie blogger biasa je.. huhuhu... Well.... apa pendapat korang? kalau korang rasa idea nie ok... Boleh la sebarkan..kot-kot la sampai ke tangan orang yang ada kuasa nak ubah...hehehe.. tak setuju takpa... Lumrah manusia mesti ada yang menentang dan menyokong kan... ;)
P/S: Menantikan ISLAM kembali bersinar di dunia... Harapan dengan secebis idea dari blog nie, dapat menyemarakkan api kebangkitan ISLAM.. Insya Allah..
No comments:
Post a Comment
Silalah komen, jika mahu share entri ini,dipersilakan..Janji letak backlink yer... Terima kasih kerana sudi membaca entri ini..:)