Ada satu perkhabaran mengatakan bahawa Masjid Al-Aqsa di Palestin sudah jatuh ke tangan pihak rejim zionis Israel... Berita nie sudah terpampang di muka surat pertama di surat khabar Sinar harian (link).... Persoalan saya sekarang...sejauh mana benarnya berita nie??
Sebab.... Satu tanda kedatangan Dajjal ialah rampasan kuasa tentera kafir di Palestin dan Masjid Al-Aqsa ditakluki puak kafirun nie... Dan terbinanya kuil mereka di situ... Adakah benar kita sekarang di zaman era kemunculan Dajjal Laknatullah?
Takut beb... sebab zaman anak-anak dajjal nie pun dah banyak dugaan dan cabaran... Inikan lagi boss besar depa dah nak keluar... Dikatakan Si Dajjal nie akan mengambil masa selama 40 hari sahaja untuk mengelilingi dunia nie, menyebarkan ajarannya yang sesat dan laknat itu... Ramai yang berbalik menyokongnya, golongan yang menentang akan dibunuh dan diseksa... Kebenaran menjadi suatu cerita dongeng sahaja dan kejahilan akan diangkat menjadi satu legenda....
Ditunjukkan nya nanti syurga dan neraka di tangan kiri dan kanannya.... Kalau ikut fikiran moden... mungkin syurga tu ditunjukkan kesenangan jika ikut dia (sedangkan jalan yang dibawa ke arah neraka Allah) ...kesengsaraan jika menentangnya (jalan kebenaran Islam ke syurga Allah)....
Kita kekadang terlupa... kita risaukan keadaan di negara sendiri jer... Sedangkan muslimin di mana-mana pun sebenarnya adalah saudara kita...saudara seagama... Kita patut mengambil berat dan menolong depa...Bukannya dengar cerita mereka dan tak buat apa-apa macam tengok movie kat wayang jer...
Krisis di Mesir...Krisi di Syria... Krisis di Palestin... Krisis di Myanmar.. Krisis di Utara benua Afrika..Apa umat islam di negara kita buat? Buat konsert? Buat cerita gosip pasal artis? Masih lagi menyuruh anak-anak menyanyi terlompat-lompat mengejar nama dan glemer? Menuduh orang yang berdiri di jalan Allah itu seorang yang kolot dan bongok? Salahkan pejuang Islam di sana kerana dianggap ekstremis agama? Kita sekarang nie... mendengar rintihan..kesengsaraan rakan seagama di sana..melihat sendiri keadaan kawan-kawan seagama kita di sana...Tapi tak de rasa apa-apa? Zombi sungguh jiwa kita.... Mungkin iniler zombi-zombi yang sudah wujud di Malaysia... Hati kering.. Jiwa miskin dari sifat-sifat baik yang bersuluhkan nur-nur ilahi... Di mana kita berdiri? Bumi ciptaan sendiri?
Harap berita Masjid Al-Aqsa dirampas tu tak betul... Kerana kalau ianya betul... Kita secara sahih sudah berada di zaman Dajjal Laknatullah... Dan ia sememangnya waktu zaman yang pedih dan sengsara bagi umat Islam yang masih belum dicemari kekacauan jiwa akibat kerakusan mengejar duniawi yang melampau ini... Cukup-cukuplah duk bermacai-macai menuduh dan menuding jari yang kebanyakannya semua tak betul! HellooOOOOooooooo.....Dajjal is coming! Bersediakah kita?
Ada satu link berkenaan khabar ini.... - LINK BERITA
P/S: Sesungguhnya kedatangan Dajjal itu pasti, dan ia akan membawa satu penyakit jiwa... BENCIKAN ISLAM
No comments:
Post a Comment
Silalah komen, jika mahu share entri ini,dipersilakan..Janji letak backlink yer... Terima kasih kerana sudi membaca entri ini..:)