Semua tahu kan minyak petrol di Malaysia nie naik harga lagi bermula 3 September 2013 sebanyak 20 sen.. Sebelum nie minyak RON95 berharga RM1.90 dah jadi RM2.10 seliter... Nampak sikit je 20 sen tu...tapi impak kepada golongan sederhana sangatlah tinggi... Sebab apa? Sebab kesan dan akibat dari kenaikan harga minyak RON95 tu akan memberi kesan dominos kepada perkara yang lain....
Perkara yang mungkin berlaku pabila minyak naik harga nie.... Kenaikan harga barang runcit... memang ler kalau dikira logiknyer tak la kan...sebab pemborong dan peruncit guna lori untuk penghantaran...which is depa nie tak guna minyak petrol RON95 pon....depa guna diesel... Tapi itulah hakikatnya... Mesti akan ada kenaikan harga barangan runcit....
Satu lagi yang bakal berlaku nie.... Kenaikan harga barangan ayam, daging, dan ikan... Tunggu dan lihat je ler... Sekarang nie pun dah jauh beza harganya kalau nak dibandingkan setahun lepas.... Sebelum minyak naik harga aritu pun dah naik harga ayam... Tunggu la lagi dua tiga minggu atau dua tiga bulan lagi... mesti ada kenaikan harga....
Tambang teksi dan bas pun turut naik! Percaya atau tak.... perkara nie pun dah dikhabarkan telah dalam proses nak naik harga tambang.... Pelik kan... kebanyakan teksi kat Lembah Klang nie guna NGV kot.... Kenapa sebab minyak petrol RON95 naik, depa naikkan tambang? Strategi pemasaran? Bas pun sama.... bas guna diesel.... Tapi dah dengar-dengar dah cerita tambang bas dah naik..... Kenyataan dan realiti kehidupan....
Satu lagi perkara yang turut naik bila minyak naik harga ialah.....Ramai yang akan NAIK ANGIN!! Marah la wei.... dah la duit dalam poket nie dah tercungap-cungap je nak uruskan kewangan semasa.... Kene pula re-bajet sebab minyak naik harga... Ye la...orang yang bergaji besar mungkin tak terasa kan...tak faham apa yang dialami golongan kebanyakan nie.... Siap boleh bagi reason... Kenaikan minyak takde kesan sebab depa guna motor..tak terasa sangat... Nie reason yang sangat hampeh dan sangat kecik skop pemikirannya.. Dah terkantoi di situ level pemikiran depa yang sangat jelas berada di bawah tempurung dan mementingkan diri sendiri semata-mata.... Cakap 1Malaysia... Sila berfikir atas dasar 1Malaysia la kan...
Sebab apa minyak naik harga? Banyak bahan bacaan dalam internet... Yang mana betul yang mana salah... wallahuallam... Semua boleh kelentong mengikut daya kreativiti masing-masing... Aku pun dah tak tahu yang mana betul yang mana salah.... Semua reason ada sebab musababnya...dan sebab-sebab dan hujah yang diberi semuanya nampak logik dan seakan-akan benar... So.... nak tak nak.... terima tak terima... Kita nie terpaksa terima je la! Walau apa pun kebenaran di sebalik kenaikan harga minyak tu... Kesannya tetap sama... Minyak dah naik...kita nie powerless nak ubahnyer sekarang.... Nak tak nak...Kita yang akan merasa.....
So...apa yang kita perlu buat sekarang... Pecahkan stesen minyak? Mengamuk bagai dan mencarut dalam Facebook dan Twitter? Mengutuk macai-macai yang sememangnya cuma tahu sesuatu isu yang timbul tu sekadar hujung iceberg sahaja? Memboikot penggunaan minyak (sementara waktu) lepas tu guna seperti biasa bila kemarahan dah reda? Apa tindakan kita??
Semuanya tu sementara jer... melakukan tindakan ketika marah... lepas dah reda...ramai yang akan lupa... Itu SILAP kita... Apa yang kita perlu buat...Terima segala apa yang berlaku... Dan INGAT...Ingat segala janji yang ditabur... Ingat segala tindakan yang dihulur...Dan tambahkan ilmu...tambahkan pengetahuan tentang isu semasa dengan banyakkan bahan bacaan yang pelbagai... Analisis dan INGAT (jangan lupa) segala apa yang berlaku bermula dari sekarang sehingga kita ada power balik nak bertindak... nak mencorakkan perjalanan negara kita (Pilihan raya).... Jika segala perubahan...segala transformasi yang berlaku sepanjang tempoh tu...korang setuju....so kekalkan jelah.....jika tak setuju...banyak kemudaratan....Beranikan diri... korang cuba ubah...fikir dari sekarang... Ini negara kita... Sayangilah ia seperti mana kita sayangi diri kita.. Yang penting...INGAT SEGALA APA YANG BERLAKU bermula dari sekarang... Aku tahu rakyat Malaysia nie sudah BIJAK... Gunakan kebijakan itu ke jalan yang benar..
Negara nie lah nanti akan jadi tempat di mana anak-anak kita akan membesar nanti... Bagaimana kita nak membentuk persekitaran yang selamat dan bahagia kepada anak-anak kita nanti.... Cuba renungkan dan fikirkan... Kita kan negara merdeka... ada kebebasan... Gunakan sepenuhnya....Jangan bertindak mengikut emosi... bertindaklah secara matang... Don't be a macai (mana-mana pun sama) anymore... be a Malaysian.. Kitakan 1Malaysia..
P/S: Kebebasan memilih di tangan kita... Terima, fikirkan, dan bertindak secara matang...
Kadang kala sbgi pentadbir kewangan di rumah ni LM x reti bak jimat tang mana dah. Mmg semua barang naik mendadak la pasni. Nak suruh kerap puasa sunat? Hurmm
ReplyDelete