Dari jauh aku baca dan dengar berita banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak... Dari masa ke semasa aku baca kisah banjir di Kelantan...Kekadang tu aku call mak ayah di kampung cuba dapatkan berita terbaru berkenaan banjir... Aku nak balik tolong..sah sah memang tak mampu.. Duduk luar negara dengan duit yang ada cuma cukup untuk perbelanjaan survival di sini...
Aku cuba bukak tonton.my... Mana berita banjir nie.. macam tak teruk.... bila bukak facebook dan twitter... boleh lihat dari minit ke minit kisah banjir yang sangat teruk... Bermulanya air naik di Kuala Krai dan Gua Musang di Manik Urai... sehinggalah ke Kota Bharu... Aiikk.... Kenapa media sosial lagi laju dari media massa yang sepatutnya lagi arif dalam bidang penyampaian berita semasa?? Adakah semasa PRU sahaja banyak berita terkini dari saat ke saat? Atau sekadar lakonan di depan kamera sekadar meraih tepukan gemuruh rakyat? Aku jadi bingung...
Air banjir sudah sampai ke tahap atas atap rumah.... tenggelam habis rumah...tenggelam habis kereta di jalanan... Ramai yang terlibat... anak-anak kampung... orang kaya di bandar.. semua terlibat.. Ada yang lari ke bukit...ada yang lari ke atas atap bangunan sekolah... ada yang tak sempat lari.. Berapa kematian? Berapa kerugian? Tidak pasti.... berita dicampur gosip-gosip liar.. si gatal berkongsi cerita palsu tanpa memikirkan kesan dan akibat... Siapa punya angkara? Komunis kah? Israel laknatullah kah? Yahudi nasrani kah? Eh eh... orang Malaysia jugak rupanya empunya kerja... Patut lah Melaka jatuh ke tangan Portugis dahulu kala...
Aku cuba cari lagi di internet berita terbaru keadaan banjir... Tapi yang nampak..perbalahan dua puak tiga suku... Orang duk sibuk dengan banjir... rakan-rakan di kawasan selamat sibuk berkeras hati bertikam lidah menegakkan parti tiga suku masing-masing... Saling menuduh..saling menuding jari... Banyaknya masa mereka saling menuding dikala orang bergelap di puncak bukit menanti bantuan.. Kalaulah mereka yang alami...sempat lagi ke nak menuding sesama sendiri? Parti dijadikan tuhan agaknya... Syirik kah mereka? Jangan ditanya aku yang sebesar zarah sahaja ilmu di dada.. Tanyalah mereka yang pandai itu..
Ada pula sesetengah pihak... masih nak menyambut tahun baru dengan bunga api meriah sakan... Masih ada yang bercuti panjang...masih ada yang bershopping sakan..masih ada yang berhibur sakan... Berparti bergelak ketawa... hal banjir dijadikan isu ketawa... Mana etika? mana sifat kemanusiaan? Mana sifat tanggungjawab tolong menolong sesama manusia? Mana sifat keprihatinan agama dan bangsa yang selalu dilaung-laungkan? Kalau si adik ditimpa bala, si abang patut ke pergi berhibur? Tepuk dada tanya diri.. Jangan asyik minum di kedai kopi berbual kosong tanpa input diri..
Berhari-hari aku update pasal isu banjir... Akhirnya ada jugak terdengar berita misi bantuan.. Alhamdulillah.... Syukur masih ada yang simpati.. Syukur masih ada yang menjadi manusia.. Khalifah di muka bumi...Scroll atas sampai bawah... ternampak pulak isu sekat misi bantuan sukarelawan sebab kepartian... nak cop dulu.. nak tunjuk sape yang bagi dahulu sebelum diagihkan bantuan... Misi angkat bakul sendiri ke nie? Mana lagi penting... mangsa banjir atau politikus abadi? Menunjuk-nunjuk di kala orang menagih bantuan semangkuk nasi... Apa dah jadi nie?? Ini bukan masanya wahai pemimpin-pemimpin pilihan warga marhaen.. Baik si Sultan Kelantan juga turun padang tanpa dikenali... Tanpa selfie...dan tanpa eskot polisi... Sekadar membantu sesama insan bukan kerana nama dan kepentingan peribadi...
Dari tersekat dan disekat... ada juga yang telah terima bantuan... ada pula berperangai rakus membuli sukarelawan.. Bantuan diterima, terus lupa ujian Ilahi? Ada juga berperangai ambil kesempatan diatas kesempitan orang lain... Sumber asas mangsa banjir diniagakan berkali ganda mahalnya.. Makin pelik.. makin risau dengan perkembangan sosial masyarakat Malaysia... Lupa dirikah? Atau tidak kenal diri sendirikah? Ya Rabbi..... Harap sekadar berita sensasi..bukan realiti..
Sekali dengan krisis banjir...satu kapal terbang Airasia hilang dari radar... Tidak sampai sehari, terus dicanang di radio dan TV.. terus misi bantuan dihulur... Sedangkan mangsa banjir... berhari-hari baru dihulur.. Bantuan dihulur bukan dari berpusat..tapi dari individu yang bersimpati... Kenapa? Terus aku terfikir.... Mangsa banjir di pantai timur khususnya di Kelantan ini tak pentingkah? Rakyat Kelantan ini bukan rakyat Malaysia kah? Dalam hierarki Malaysia sistem piramid a.k.a sistem kasta masyarakat melayu terutamanya, di manakah Kelantan? Di bawah sekali kah? Atau langsung tidak ada dalam sistem? Dendam apakah yang terkesumat? Harap ini sekadar luahan emosi amarah aku sahaja..
Di masa artikel blog ini dikarang, banjir semakin surut..tetapi kesan banjir sangat memilukan.. Kesan seolah-olah dilanda tsunami yang dahsyat... Tiada bicara boleh menerangkan... Harapkan insuran, bukan semua orang kampung beli insuran.. Aku faham kerana aku juga orang kampung... Bukan semua syarikat insuran masukkan pakej "Act of God" ini... Hanya mangsa yang tahu akan kesusahan yang telah, sedang, dan bakal dialami... Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul... Yang mana bersenang-senang, silalah menghulurkan bantuan...yana ada wang, hulur-hulurkan lah.. yang ada kudrat, turunlah padang membantu.. yang ada kepakaran, sama-sama menggembleng tenaga dan idea untuk membantu mangsa banjir... Tidak ada ada hijau tidak ada biru... Kita sama-sama manusia yang hidup di muka bumi Tuhan..
Dari krisis banjir terburuk ini...yang disamakan dengan Bah Merah 1967 ini... Aku dapat menyimpulkan satu benda... Rakyat Malaysia sekarang.... sakit... Tenat... Sakit tenat perkembangan sosialnya... Menunggu masa untuk mati.. Sifat yang empat Rasul kita.. seperti langsung tidak tergambar di dalam masyarakat kita... Kita Islam kan? Kita selalu berbangga dengan budaya timur kita kan? Tapi masih wujudkah semua itu? Boleh baca sekali lagi artikel ini dari atas sampai bawah.... Kemudian sama-sama renungkan... Di mana kita sebenarnya? Tak payah disebut syurga atau neraka.. Sekadar bertanya.... Baik kah kita nie? Atau bongkak sombong pekak buta tuli syok sendiri meninggi diri?
Maaf jika ada yang tersentak...ada yang terguris...ada yang terkena...tercalit dan terpinga-pinga.... Sekadar luahan rasa seorang rakyat Kelantan yang berada di luar negara... Sedih pilu bukan kepalang... Perasaan ingin membantu membuak-buak...tapi apakan daya... Perjuangan di negara orang terpaksa diteruskan.. Hanya mampu memanjatkan doa kepada mereka yang terkena musibah... Tabahlah....bersabarlah... Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya... Ujian yang besar dari Allah untuk rakyat pantai timur... Harap diterima dengan penuh keimanan... Semoga kalian tabah menghadapi dugaan ini.... Tetapkanlah bersujud menghadap Ilahi meminta keampunan...semoga kalian bertambah iman... Aminn..
hampir sumer kluarga saya mangsa banjir..takde ape lagi yang tinggal..
ReplyDeleteyer, itula realitinya... media massa tak kuarkan banyak isu pon pasal ni..macam biasa jer pada dorang..
yang sepatutnya diistihar darurat tidak dibuat..bayangkan kesengsaraan yang terpaksa ditanggung oleh mangsa..fizikal, mental.. hopefully sumernya tabah..
ikut hati hari memula banjir dah nak balik tapi kena pikirkan keselamatan diri jugak..hanya mampu tengok dengan juraian airmata..insya'allah, bila banjir dah reda, jalan dah boleh lalu akan terus balik kampung..
Thank you. Sangat tepat mengena. Tapi saya suka juga menggali kebaikan yang tidak tersiar. Ada budi yang masih utuh. Cuma tidak diwartakan secara terbuka. Yang bertelagah, yang jadikan susah bukannya rakyat marhaein. Saya terkilan kerana mereka seharusnya yang membimbing. Namun oleh kerana mereka itu semua nampaknya gagal, maka mujurlah Malaysia kaya dengan rakyat yang bijak dan berhati mulia. Tak perlu tunggu arahan, pusat bantuan di sana sini. Atas dasar kemanusiaan, siapa yang mampu redah saja ke sana. Saya dapat maklumat sohih dan secara langsung kerana rakan2 pejabat semua mengambil cuti dan pulang ke sana. Cuma untuk tahun2 akan datang, segalanya messstiiilah dirancang dengan awal.
ReplyDeletesemoag mangsa2 banjir tabah la ya
ReplyDeleteapabila segala persiapan kita perlengkapkan maka apa yg dirancang difikirkan sempurna, namun kemarau pula datang bergiliran maka perlukah rancangan baru direkacipta?
ReplyDelete