Pada tahun 2018, bulan Februari, ditularkan dengan majlis pelancaran tudung di kelab malam Zouk. Ok, baca baik-baik, perlancaran TUDUNG di KELAB MALAM ZOUK. Ini menunjukkan hakikat usahawan makin berani dalam marketing produk walaupun semasa perlancaran.
BERANI? Ya. KERAS HATI? Ya, betul. BERJAYA? Dari definisi marketing, YA, berjaya. Maka bersorak gegar gempitalah pengikut usahawan yang sealiran tadi. Mengira duit dalam akaun kecing-kecing sebab dah berjaya memviralkan penjualan tudung hanya dengan perlancaran sahaja.
Wow.... hebat kan? Ya, hebat. Jika dia bukan muslim. Kalau seorang muslim, dia sangat jahil.
Berani kan? Ya. Berani. Tapi dia menelanjangkan diri dia sendiri.
Keras hati? Ya. Memang keras hati. Membuka aib keimanan rohani, menampakkan kegelapan di dalam hati.
Berjaya? Ya. Berjaya menularkan produk terbarunya. Tapi GAGAL dalam persepsi BERBISNES MENGIKUT SUNNAH.
Ok, kupasan ini tidak akan viral. Please... jangan menaruh harapan. Aku sudah masak dengan perangai orang kita. Apa perangai orang kita? perangai orang kita, PERKARA BAIK JANGAN DITULAR, PERKARA BURUK WAAAAJIB DITULAR.
Kita tengok satu-satu... tudung. Tudung jenis apa yang dilancarkan tu? Tudung kepala wanita yang menutup aurat rambut di kepala seorang wanita. Bukan tudung botol arak, atau tudung saji makanan di bar. Tapi tudung yang diinovasikan hasil dari seruan agama, menutup aurat.
Di mana dilancarkan? Di sebuah kelab malam bernama Zouk. Bukan kelab rukun tetangga, bukan kelab usahawanita berjaya, bukan juga kelab ustazah paling viral... Tapi kelab malam yang memang dicipta untuk menjadi geng syaitan yang direjam, tempat hidangan air kencing syaitan, tempat maksiat yang diHARAMkan bagi seluruh muslim, menjejakkan kaki ke dalamnya.
Kenapa sepatutnya tak boleh jejak pun dalam tu? Sebab ia melibatkan segala aktiviti arak, tempat maksiat, tempat segala benih kejahilan dan kejahatan terhasil. Sila jauhkan diri. Jangan terikut-ikut dengan MARKETING ZOUK itu.
Persoalan dari sudut rakan seagama buat anda. Kenapa pilih di sana? Jika hati kita sendiri berpaut pada agama, nak sebut kelab tu pun malas. Tapi kenapa terdetik nak dibuat di sana? Adakah kerana dibutakan dengan kaedah BAD INFLUENCE MARKETING, yang selalu memberikan hasil yang lumayan? Atau sudah terbiasa ke sana? Opss.....
Dari dulu sampai sekarang aku selalu duk tekankan. TUDUNG BUKAN SEKADAR FESYEN, TAPI SERUAN AGAMA. Sama macam yang lain-lain, kenapa makan daging yang disembelih... kerana seruan agama. Kenapa agama menyeru makan daging yang disembelih sahaja? Saintis sudah bersetuju daging yang disembelih lebih bersih untuk dimakan.
Bab tudung? Tutup aurat? Ia bukan fesyen semata-mata fesyen... Tapi seruan agama. Pengikut agama yang baik, dia mengikut seruan dalam segenap segi. Bukannya ikut separuh-separuh. Disebabkan tudung menjadi trending, nak ikut pakai tudung, tapi bab menjauhi tempat yang dilarang, menjaga adab sopan seorang wanita...
Islam bukan membelakangkan golongan wanita, tetapi MEMULIAKAN. Kalau sipulan tu nak lancarkan produk ubat gegat di kelab malam tu, ok, aku tak kisah. Sekarang nie dia lancarkan satu produk yang sinonim dengan seruan agama Islam, di tempat yang dilarang oleh Islam.
Sayang seribu kali sayang, dari tidak bertudung, sudah bertudung. Alhamdulillah. Lepas tu menjadi usahawan tudung... Alhamdulillah. Makin ramai yang bertudung, menjadikan dirinya sebagai inspirasi. Aku harap ini cuma satu kesilapan dari kegelapan hati buat seketika sahaja. Semoga dikembalikan hidayah dan cahaya nur iman di dalam hatinya.
Allahu... Benarkah?
ReplyDeleteNak berniaga biarlah betul-betul ikut sunnah. Tudung kan untuk wanita beragama Islam menutup aurat.. Bukannya bahan jenaka.