Pages

Saturday, April 7, 2018

Hikayat Kedai Kopi - NAK PILIH CALON MANA? | PRU-14


Di satu kedai kopi di hujung kampung, maka tersebut la al kisah.... Al kisah sang buana sedang beceloteh hal Pilihanraya Malaysia yang ke-14. Selepas pembubaran parlimen... Maka rancaknya rakyat marhaen jadikan topik nak lepak lama-lama di kedai kopi... 

A: Ko sokong yg mana? 

B: Aku sokong orang, bukan parti.
A: Kalau parti cakduncak pilih calon rajin dan beriman, ko pangkah cakduncak ke? Tak pilih parti dumpissdum? 

B: ya.
A: Mana boleh macam tu.. Pilih la parti.. Parti yg memerintah negara nanti. Pilih calon gitu, kalau calon ko parti kalah, xde guna. 

B: Kalau mcm tu, parti menang tu tak jalankan kerja yg baik dari awal la.
A: Hah? 

B: Setiap gerak kerja sudah pasti ada strategi, ada pemilihan calon internal. Kalau awal-awal parti tu pilih calon malas, kerja bermusim, tak beriman, maknanya awal-awal dah salah gerak kerjanya. Kenapa aku nak pilih satu parti yang dah tak boleh bezakan calon bermutu dengan calon goyang kaki tunggu duit masuk je?
A: Ok, katelah calon yg ko pilih tu, parti dia tak menang. Semua tak jadi bro! 

B: Biar dia menang di DUN, atau PARLIMEN, tp partinya kalah pun takpe. Sebab dia yg akan mewakili kawasan kita, mewakili SUARA KITA di mesyuarat DUN, mesyuarat PARLIMEN. Dia yg memperjuangkan hak kita di sini. Kita nak tengok dia bekerja, bukan tunggu suap je.
A: No money no talk bro

B: Itu yg salah. Calon tu sepatutnya bukan harap duit bro. Dia dipilih oleh kita, maknanya dia memegang MANDAT dari kita. Dia perlu berusaha untuk memberikan sebaik mungkin kepada kita. Dia hanyalah WAKIL RAKYAT. bukan wakil pemungut hasil.
A: Pelik betul la ko nie

B: Apa yg pelik, itu teras demokrasi. Yang peliknya ko. Demokrasi adalah satu sistem yg memberikan KUASA kepada RAKYAT utk memilih. Dan kita mestilah pilih yang betul-betul bekerja untuk kebajikan kita.
A: Jadi nak pilih sape? 

B: Pilih calon yg berwibawa. Parti mana pun menang, kalau calon gred A yg masuk ke dalam kabinet, maka A la kerja dia. Kalau pilih yang kaki suap, kaki dangdut, kaki gaduh, kaki sembang, makan kaki la ko kena penyepak dia secara tak sedar. Nak tunggu lima tahun lagi, lama bro. Ubah mindset kita, pilih yg sanggup bekerja untuk RAKYAT.
A: macam mana nak tau? 

B: Kalau jenis nak PRU baru turun padang, tak payah pilih la. Kalau jenis nak dapatkan bantuan, kena bagi pengeras, tak payah la. Kalau jenis sombong ajak rumah minum kopi kat kedai tepi jalan pun tak nak, low class katanya, tak payah la. Pilih yang beriman dan beramal soleh bagi yg islam. Pilih yg komited bekerja dan humble bagi non muslim.
A: Mana ada yg betul-betul beriman sekarang bro jadi calon... 

B: Kalau takde, ADAKAN. Kalau tak wujud juga, cari yg rajin bekerja, integriti yg tinggi, dan tak banyak songeh. Orangnya humble, tak rasa RAJA sangat bila dah jadi YB.
A: Ermmm.... 


B: Yg membuat keputusan dalam kabinet, dalam dewan, bukan parti, tapi individu dalam dewan tu. Memang ada kaitan 2/3 keputusan ada kebergantungan rapat dengan parti majoriti, tapi sekurang-kurangnya, keputusan yg dibuat tidaklah bodoh dan tak masuk akal. Idea yang dilontarkan bernas dan diterima pakai, jika calon itu bijak, bertoleransi, berintegriti, ikhlas bekerja untuk RAKYAT. Bila semua idea bernas je dlm dewan, kita pun dapat kesenangan. Kalau idea yg caca marba sahaja dlm dewan, kita yg sakit hati. Sapa suruh pilih? Done sembang kopi ala orang eropah.

P/S: Share jika setuju... Komen jika ada idea lain.. :)