Di satu kedai kopi di hujung kampung, maka tersebut la
al kisah.... Al kisah sang buana sedang beceloteh hal Pilihanraya
Malaysia yang ke-14. Selepas pembubaran parlimen... Maka
rancaknya rakyat marhaen jadikan topik nak lepak lama-lama di kedai
kopi...
A: Ko sokong yg mana?
B: Aku sokong orang, bukan parti.
A: Kalau parti cakduncak pilih calon rajin
dan beriman, ko pangkah cakduncak ke? Tak pilih parti dumpissdum?
B: ya.
A: Mana boleh macam tu.. Pilih la parti..
Parti yg memerintah negara nanti. Pilih calon gitu, kalau calon ko parti kalah,
xde guna.
B: Kalau mcm tu, parti menang tu tak
jalankan kerja yg baik dari awal la.
A: Hah?
B: Setiap gerak kerja sudah pasti ada
strategi, ada pemilihan calon internal. Kalau awal-awal parti tu pilih calon
malas, kerja bermusim, tak beriman, maknanya awal-awal dah salah gerak
kerjanya. Kenapa aku nak pilih satu parti yang dah tak boleh bezakan calon
bermutu dengan calon goyang kaki tunggu duit masuk je?
A: Ok, katelah calon yg ko pilih tu, parti
dia tak menang. Semua tak jadi bro!
B: Biar dia menang di DUN, atau PARLIMEN,
tp partinya kalah pun takpe. Sebab dia yg akan mewakili kawasan kita, mewakili
SUARA KITA di mesyuarat DUN, mesyuarat PARLIMEN. Dia yg memperjuangkan hak kita
di sini. Kita nak tengok dia bekerja, bukan tunggu suap je.
A: No money no talk bro
B: Itu yg salah. Calon tu sepatutnya bukan
harap duit bro. Dia dipilih oleh kita, maknanya dia memegang MANDAT dari kita.
Dia perlu berusaha untuk memberikan sebaik mungkin kepada kita. Dia hanyalah
WAKIL RAKYAT. bukan wakil pemungut hasil.
A: Pelik betul la ko nie
B: Apa yg pelik, itu teras demokrasi. Yang
peliknya ko. Demokrasi adalah satu sistem yg memberikan KUASA kepada RAKYAT utk
memilih. Dan kita mestilah pilih yang betul-betul bekerja untuk kebajikan kita.
A: Jadi nak pilih sape?
B: Pilih calon yg berwibawa. Parti mana pun
menang, kalau calon gred A yg masuk ke dalam kabinet, maka A la kerja dia.
Kalau pilih yang kaki suap, kaki dangdut, kaki gaduh, kaki sembang, makan kaki
la ko kena penyepak dia secara tak sedar. Nak tunggu lima tahun lagi, lama bro.
Ubah mindset kita, pilih yg sanggup bekerja untuk RAKYAT.
A: macam mana nak tau?
B: Kalau jenis nak PRU baru turun padang,
tak payah pilih la. Kalau jenis nak dapatkan bantuan, kena bagi pengeras, tak
payah la. Kalau jenis sombong ajak rumah minum kopi kat kedai tepi jalan pun
tak nak, low class katanya, tak payah la. Pilih yang beriman dan beramal soleh
bagi yg islam. Pilih yg komited bekerja dan humble bagi non muslim.
A: Mana ada yg betul-betul beriman sekarang
bro jadi calon...
B: Kalau takde, ADAKAN. Kalau tak wujud
juga, cari yg rajin bekerja, integriti yg tinggi, dan tak banyak songeh.
Orangnya humble, tak rasa RAJA sangat bila dah jadi YB.
A: Ermmm....
B: Yg membuat keputusan dalam kabinet, dalam dewan,
bukan parti, tapi individu dalam dewan tu. Memang ada kaitan 2/3 keputusan ada
kebergantungan rapat dengan parti majoriti, tapi sekurang-kurangnya, keputusan
yg dibuat tidaklah bodoh dan tak masuk akal. Idea yang dilontarkan bernas dan
diterima pakai, jika calon itu bijak, bertoleransi, berintegriti, ikhlas
bekerja untuk RAKYAT. Bila semua idea bernas je dlm dewan, kita pun dapat
kesenangan. Kalau idea yg caca marba sahaja dlm dewan, kita yg sakit hati. Sapa
suruh pilih? Done sembang kopi ala orang eropah.
P/S:
Share jika setuju... Komen jika ada idea lain.. :)
No comments:
Post a Comment
Silalah komen, jika mahu share entri ini,dipersilakan..Janji letak backlink yer... Terima kasih kerana sudi membaca entri ini..:)