Tahukah anda bahawa di Malaysia, kita ada satu lagi musim iaitu musim jerebu? Yup.. Jerebu dah macam musim di Malaysia. Setiap tahun pasti ada datang musim jerebu akibat dari pembakaran hutan terbuka di negara jiran. Jerebu sangat merbahaya untuk kesihatan. Tahu tak kenapa? Jom kita selongkar apa yang ada dalam kandungan jerebu.
Jerebu ini juga dipanggil kabut asap di negara jiran. Dalam jerebu, ada habuk, debu, asap dan lain-lain zarah yang mencemarkan udara. Dengan lebih tepat, antara kandungan dalan asap jerebu ialah gas sulfur dioksida, karbon monoksida dan lain-lain. Zarah-zarah halus ini bertindak balas dengan udara dengan hasil tindak balas kimia kompleks menghasilkan titisan asid sulfurik. Titisan asid sulfurik inilah yang menghalang pandangan seakan kabus di udara. Tindak balas ini ditambah lagi dengan kehadiran cahaya matahari, dan tahap kelembapan udara (relative humidity).
Kesemua faktor menentukan tahap pengurangan pandangan kita, jadi ukuran semakin tebal seakan kabus, semakin kuat jerebu adalah tidak 100% tepat atas kebergantungan semua faktor tadi. tetapi, untuk ukuran mudah bagi kita orang biasa, ia boleh diguna pakai.
Jerebu boleh meliputi sehingga beribu-ribu kilometer jauhnya dari sumber asal datangnya asap jerebu tersebut kerana saiz zarahnya yang lebih kecil berbanding zarah asap kenderaan atau asap kilang yang lebih besar saiznya. Saiz zarah jerebu diukur lebih kurang 2.5 mikron manakala zarah asap kenderaan atau kilang hanyalah 10 mikron.
Bahayanya jerebu kerana zarahnya yang lebih kecil boleh diresapi oleh sistem pernafasan manusia, sekaligus membahayakan paru-paru dan kesihatan badan kita. Berbeza dengan asap kenderaan dan kilang, oleh kerana saiz zarahnya yang lebih besar, ia tidak mudah diserap ke dalam sistem pernafasan, selalunya berjaya dihalang oleh sistem perlindungan badan kita bermula dengan tapisan di hidung (bulu hidung).
Sebab itulah, semasa jerebu, kita dinasihatkan supaya memakai topeng udara yang boleh menapis udara dengan baik. Kepada mereka yang ada penyakit asma, dinasihatkan memaki topeng sentiasa jika berada di luar rumah kerana kecenderungan untuk mendapat asma adalah tinggi akibat dari zarah kecil yang ada pada jerebu itu.
Elakkan aktiviti luar semasa musim jerebu, dan banyakkan minum air kosong supaya membantu tubuh badan mengeluarkan zarah tercemar yang memasuki badan kita. Banyakkan makan makanan yang berkhasiat bagi membantu sistem imunisasi badan melawan kehadiran zarah bendasing dan jika sakit berlarutan, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan sewajarnya.
No comments:
Post a Comment
Silalah komen, jika mahu share entri ini,dipersilakan..Janji letak backlink yer... Terima kasih kerana sudi membaca entri ini..:)