Aku bukak emel keje aku yang dah bersarang...tup tup..terjumpa seloka ni... Aku rase dari berdebu di dalam pc, baik aku kongsi dengan korang sume agar dapat la jugak secebis pahala... :D Gelak-gelak juger....tapi iman tetap di dada. Oleh kerana esok cuti Thaipusam, maka aku sebarkan seloka ini supaya korang mendapat manfaat termasuk aku sendiri..:) Jom kite bace-bace melapangkan dada... Berwajah ceria... senyum sentiasa... he he he.
Aku bagi nama Seloka Wanita Berjaya sebab aritu Bro Ben tanya pasal perpepsi aku berkenaan wanita berjaya..... sesape yang boleh ikut ciri-ciri ini..bagi aku, anda seorang wanita berjaya..:D ;D. Jom kita bace same-same.... Bace bismillah dulu tau..he he.
Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.
Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.
Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.
Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.
Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.
Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.
Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.
Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.
Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.
Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.
Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.
Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.
Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati..
Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.
Selokaku ini bukanlah jahat,
Hanya saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali untuk akhawat.
Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.
Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan isteri.
Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat seluruh badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh tauladan.
Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh sekarang mulai.
Dah habis bace.......rase macam nak sebarkan?....boleh jer... memang dialu-alukan. Backlink kat aku balik la tapi....hihi. Aku memang galakkan entri ni disebarkan.... kita ubah mentaliti masyarakat kita yang selalu tak nak jage tepi kain orang tu kepada saling menasihati....Ok tak keseriusan aku nih? Hah? Tak sesuai? Ok...ok....entri ni je serius.. pasni balik kepada yang asal...huhu *PEACE* ^_^v
seloka yg best. sy nak copy boleh?
ReplyDeleteowh...sgt menarik.. :)
ReplyDelete@Puterinuraqiliah: Boleh... reference je kat sini balik...:)
ReplyDelete@khayla fadwah: yesss.....:D
nice~!
ReplyDeletesindiran berunsur peringatan,sgt sesuai.
sy baca dlm nada berpantun pulak. hehe :)
salam
ReplyDeletecomelnya baby tu pakai tudung :D
ziarah rakan yang saya follow :D