Pages

Wednesday, May 25, 2011

Gila Seks Punya Pasal | Budak Hampir Jadi Mangsa

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun nyaris menjadi mangsa rogol selepas diculik lebih satu jam oleh seorang lelaki dari kawasan sekolahnya berhampiran Jalan Semarak, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, suspek dipercayai gila seks menculik mangsa dengan tujuan merogolnya, namun mangsa terselamat apabila penjenayah terbabit melarikan diri selepas menyedari beberapa orang awam melalui kawasan semak tempat dia melarikan kanak-kanak berkenaan.

Sumber polis memberitahu, sebelum kejadian mangsa dilaporkan keluar dari kelasnya untuk ke tandas sebelum disapa suspek yang berada di luar pagar sekolah berkenaan.

“Apabila mangsa menghampiri suspek, lelaki dipercayai berusia 30-an itu segera memegang tangan mangsa dengan kuat. Dia melilit badan mangsa menggunakan kain pelekat sebelum mengangkat mangsa keluar melepasi pagar sekolah.


“Ketika itu, mangsa menjerit ketakutan, namun tidak didengari sesiapa. Suspek kemudian meletakkan mangsa di atas motosikalnya dan membawa kanak-kanak itu ke satu kawasan semak di Jalan Semarak, kira-kira dua kilometer dari sekolah,” katanya.

Sumber : Harian Metro

7 comments:

  1. Salam...makin mencabar untuk pergi dan balik sekolah skunk ni yer...ish3

    ReplyDelete
  2. dunia da makin teruk.. da makin rapuh iman manusia

    ReplyDelete
  3. apew nak jadi la dgn manusia zaman sekarang..buat sesuatu tak fikir..=="

    ReplyDelete
  4. bahaya2, berani diorang tangkap kawan2 Budak Botak, adeiii... =.='

    Entry terbaru -> Senarai Facebook Korang Boleh Share / Ping Entry Blog Korang... (",)

    ReplyDelete
  5. Apa sekolah takde pakcik guard ke? Keerrr pakcik guard tgh makan nasik lemak kat kantin????

    Entri Hot!F.O.M.O Apa maksud nya??

    ReplyDelete
  6. issshh.. bahaya betul zaman sekarang ni kan.. ~_~

    ReplyDelete
  7. xguna nyer pervert..ni jalan semarak dekat KL ker??kawasan sekolah sy dulu nih..isk..isk...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

Silalah komen, jika mahu share entri ini,dipersilakan..Janji letak backlink yer... Terima kasih kerana sudi membaca entri ini..:)