Aku mendapat berita yang semua pengambilan dan pengisian jawatan dibekukan dan semua jawatan kosong di semua Kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri dimansuhkan. Aku dapat berita ini dari salinan surat di facebook kawan aku...
Surat yang bertarikh 20 Mei 2011 itu juga menyatakan juger bahawa jawatan-jawatan pada gred kenaikan pangkat atau jawatan yang sedang dalam proses lantikan oleh Pihak Berkuasa Melantik adalah dikecualikan. Keputusan ini adalah selaras dengan langkah kerajaan untuk merasionalisasi dan mewujudkan perkhidmatan awam yang kejat (Lean Civil Service)
Keputusan ini dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Sektor Awam (JKK-MPGSA) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 6 Mei 2011. Keputusan pemansuhan jawatan kosong ini akan berkuatkuasa pada 1 Jun 2011.
Maka, kepada yang memohon untuk bekerja di sektor awam.....Terpaksa lah hold dulu..... Kalau ikutkan keputusan ini..... segala pengambilan akan dibekukan mungkin sehingga pembubaran kabinet kot..... Aku tak pasti keputusan ini ada kaitan jugak atau tak dengan pengambilan staf kontrak.... Sekadar berkongsi maklumat....:)
owh cmtu ye. nk pru dah kot, he3...
ReplyDeleteEntry terbaru -> Senarai Facebook Korang Boleh Share / Ping Entry Blog Korang... (",)
macam tu pulak.. huHHhhh~
ReplyDelete