Pages

Thursday, May 26, 2011

Ilmuwan Islam? Ada Ker?

Pelajar-pelajar di seluruh dunia termasuk negara Malaysia selalu dihidang dengan nama-nama ilmuwan barat seperti Isaac Newton(1642 - 1727), Stephen Hawking, dan ramai lagi. Aku dulu pun di zaman sekolah... selalu diberitahu nama-nama seperti itu. Setiap nama-nama yang disebut ada sejarah hidupnya. Rancangan dokumentari dunia seperti National Geographic dan History Channel selalu menayangkan sejarah hidup ilmuwan-ilmuwan ini. Sehinggakan kebanyakan penduduk dunia mengagung-agungkan ilmuwan barat ini. Banyak kisah tentang mereka sehinggakan ramai tidak terfikir, dari mana mereka dapat ilmu itu? Siapa yang mendidik mereka? Dari mana mereka dapat bahan bacaan untuk mereka belajar semua itu?

Sekarang aku masuk ke topik sebenar. Cuba korang sebutkan hanya 5 ilmuwan-ilmuwan islam dan bidang mereka masing-masing yang telah menjadi perintis dalam perkembangan ilmu di dunia. Aku rasa ramai yang terkial-kial mencari jawapan tersebut. 

Sebenarnya, kebanyakan ilmuwan islam inilah yang menjadi cikgu dan pembimbing kebanyakan ilmuwan barat. Buku-buku mereka diterjemah dan dikaji oleh dunia barat sehinggakan penduduk dunia sekarang kebanyakan menganggap dunia barat lah yang mula-mula meneroka alam ilmu pengetahuan yang serba luas ini. Sedangkan sudah lama dunia islam meneroka alam ini dengan mengkaji kitab Al-Quran dan Sunnah Nabi. Kita tidak kaji sejarah sebenar. Jika dikaji secara mendalam, kita akan dapat kenal pasti bahawa banyak sejarah-sejarah yang kita tahu sekarang jauh terpesong dari yang sebenar.

Sebagai umat islam, kita disarankan untuk mengkaji sejarah, bukan percaya bulat-bulat apa orang barat kata. Macam sekarang, dunia barat tidak pernah mengagung-agungkan ilmuwan islam. Amat jarang kita lihat mereka mengupas cerita dari A sampai Z berkenaan ilmuwan islam.

Cuma, akhir-akhir ini, ada segelintir pihak yang telah sedar tentang hal ini. Mereka mengkaji kitab-kitab ilmu dunia islam yang telah lama cuba disorokkan ramai pihak dan menyedari bahawa kebanyakan ilmu yang ada sekarang sebenarnya sudah dikaji ilmuwan islam dulu. Tapi yang menyedihkan, bukan orang islam yang cuba menyelongkar kebenaran itu, tetapi orang barat juga. Ke mana kita?? Masih lalai dan malas sehinggakan sudah ramai yang berani mempersoalkan tentang agama sendiri. Sampai ada yang sanggup tukar jantina....sampai ada yang dah tak rase segan bersekedudukan dengan boypren atau girlfren... 

Ermm.....ni yang aku rasa nak buat Wacana lagi nih... Wacana pasal tokoh ilmuwan islam yang korang minat.... Ataupun Wacana Satu Ilmuwan Satu Blogger....Tapi aku takut sikit je nak join sebab kebanyakan tak kenal pun depa nih.... macam mane ek.... List ilmuwan Islam aku dah bagi kat SINI. Hmmm.....

1 comment:

  1. bnyk sgt ilmuan islam.. diorng ni la pengasas ilmu logik dan mantik klasik dan moden.. :D

    ReplyDelete

Silalah komen, jika mahu share entri ini,dipersilakan..Janji letak backlink yer... Terima kasih kerana sudi membaca entri ini..:)