Pages

Wednesday, July 24, 2013

Kerajaan Selangor Umum Bonus 2013 Hari Raya Sebulan Gaji untuk Kakitangan Awam di negerinya

MalaysiaKini

Kerajaan Selangor telah mengumumkan pemberian bonus 2013 sebanyak sebulan gaji untuk kakitangan awam di Selangor.. Berita yang bertarikh 23 Julai 2013 ini disiarkan dalam MalaysiaKini. Pemberian bonus ini dapatlah menampung kerunsingan para kakitangan awam menjelang Hari Raya Aidilfitri 2013 ini...

Mengikut Menteri Besar Selangor lagi, kalau kerajaan pusat memberikan bonus raya 2013 ini sebanyak sebulan setengah gaji, maka kerajaan Selangor akan menambah setengah bulan gaji bonus lagi kepada para penjawat awam.... Durian runtuh la jawabnya.... Aminn ..he he

Mengikut desas-desus yang dikhabarkan sebelum ini pasal BONUS RAYA 2013 (link), kerajaan pusat cuma dikhabarkan akan memberikan saguhati RM500 sahaja seperti yang dilaporkan sebelum ini...Tapi itu cuma desas-desus....Tunggu sahaja pengumuman rasmi. Jika betul.. maka penjawat awam di Selangor sahaja yang akan mendapat bonus sebulan gaji.. 

Alhamdulillah... dapat jugak bonus.... semoga dibelanjakan sewajarnya demi kebahagiaan kita semua.. Kepada penjawat awam negeri lain... tunggu la berita dari kerajaan negeri masing-masing dan dari kerajaan pusat... Mungkin ada mungkin takde... Mungkin dari langkah yang diambil kerajaan Selangor ini, dapat memberi sedikit semangat untuk kerajaan pusat memikirkan semula tentang pemberian bonus raya 2013 ini... 

P/S: Kerajaan Selangor dapat bagi sebulan gaji bonus, takkan kerajaan pusat bagi sikit kan... takkan kalah dengan kerajaan negeri kan... he he he.

2 comments:

  1. Rezeki di bulan Ramadhan bagi mereka yang terima bonus tu.. ;)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..:-)

    ReplyDelete

Silalah komen, jika mahu share entri ini,dipersilakan..Janji letak backlink yer... Terima kasih kerana sudi membaca entri ini..:)