Sebelum nie aku dah janji dengan korang...nak citer berkenaan apa yang aku belajar sepanjang duduk di UK... Selain daripada belajar pasal akademik... sempatla tengok masyarakat sana, suasana kat sana... cuaca... dan lain-lain.... Sebagai permulaan.. nak kongsikan berkenaan sikap kita dan mereka apabila menaiki bas dan keretapi...
Dalam bas dan keretapi, kan ada ruangan khas untuk golongan kurang upaya (OKU), golongan perempuan mengandung, orang tua, golongan yang ada anak tolak guna stroller... kalau keretapi, ada coach khas untuk perempuan kan.... Kalau di UK, golongan muda-mudi di sana, secara TANPA DIMINTA, akan berebut untuk bagi seat untuk golongan khas itu kalau mereka duduk di tempat yang telah dikhaskan itu... Jika tempat itu dah penuh, akan ada yang bangun dan mempelawa seat mereka untuk golongan yang diutamakan itu...
Ni bukan orang cerita kat aku... aku sendiri tengok dan alami... Semasa aku nak naik bas dengan isteri... aku tolak anak aku dalam stroller, naik la bas... masa tu bas dah penuh... aku naik dengan stroller, terus dua orang omputeh kapel bagi seat kat aku dan anak dalam stroller tu... belakang aku sorang makcik... pun sorang lelaki siap berkot, bagi seat tanpa diminta... seat dah takde...dia berdiri kat belakang... makcik tu siap cakap "That's ok, you can seat. My stop is just 5 minutes from here". Dan si lelaki tu cakap balik sambil senyum " No no no... that's ok. I insist to give the seat to you mam." Pastu makcik tu jawab balik, "Owwwhh... how nice of you.. Thank you". Aku dengar... pergh... sayu je rasa bila teringat layanan kalau di negara kita...
Kenapa diutamakan? sebab.... HORMAT... BUDI BAHASA... NILAI MURNI.... orang tua kita patut hormat... kalau diorang kurang ajar pun kita kene hormat... lepas bagi tak ucap terima kasih... Pun takpe! Kita yang nak buat baik..kan? perempuan mengandung pulak... diorang tak larat... nak bawak bayi dalam kandungan bukan senang... cuba korang letak satu sarung bantal yang berisi tujuh kilo minyak dalam tu (lebih kurang la kot berat air ketuban+bayi), dan ikatkan di perut korang... cuba jalan, cuba berdiri lama-lama kat dalam bas tu...
Ingat ek... di Malaysia nie... majoriti nya terdiri dari orang Islam.. muslim... Apa yang diajar dalam Islam kepada kita? Ada yang boleh jawab tak? Mestila boleh kan... semua kan dah pandai-pandai belaka... tuisyen sana sini... sekolah sampai petang... segala ilmu dalam internet... Haa... apa jawapan dia?
Islam ajar supaya kita sentiasa berbuat baik dan menyuburkan sikap nilai-nilai murni... Sentiasa membantu dan tolong-menolong... kadang-kadang kita kene berkorban sikit... Korbankan seat untuk mereka yang lebih memerlukan... Amal jariah tuu.... Masalhnya ramai yang salah anggap jugak pasal KORBAN nie... PENGORBANAN selalu disalah anggap dengan SELFISHNESS ... Pentingkan diri sendiri... Nanti aku buat entri khas untuk tajuk tu...
Baik..... cuba perhatikan masyarakat kita pulak.... macam mana masyarakat kita lakukan bila ada orang tua, perempuan mengandung naik bas atau keretapi... susah nak bagi seat kan? Kalau bagi pun bila diorang mintak dulu.. "Dik, boleh pakcik duduk sini? Pakcik tak larat".. Baruuuuuu bagi.. tu pun mulut potpetpotpet... Cakap dalam hati... "Pakcik oi...kalau tau dah tak larat....takyah la keluar.. duk je umah..." Lebih kurang la kan....
Kekadang kita selalu lupa... yang perkara kecik macam nie... akan berikan impak besar dalam sikap masyarakat kita.... Contoh la eh... Pakcik tu berdiri... korang tak bagi seat pun..buat tak tau main henset.. anak-anak kecik tengok je kat apa yang berlaku... bila korang dah tua... nanti si anak-anak kecik ni pulak takkan bagi seat kat korang... PADAN MUKA
Bagaimana nak berubah..... UBAH BERMULA DENGAN DIRI KITA... sesape yang baca nie... cuba ubah... Ubah kepada yang lebih baik.... sebab Tuhan nie Maha adil... kalau kita buat baik kat orang.... kita akan dibalas dengan benda baik... Mana tahu... dengan hanya kita sedekahkan seat kita kepada yang memerlukan... kita sudah mengubah minda separa sedar beberapa anak-anak kecil, orang sekeliling yang tengok apa yang kita buat itu... pandangan pakcik tadi kepada golongan muda-mudi sekarang.. dan mereka cuba buat jugak untuk orang lain kerana kita yang mulakan... pakcik tadi pulak.. ceritakan kejadian itu kepada cucu-cucunya... Secara tak langsung.... perkara yang baik tersebar kepada masyarakat... perkara positif merebak melangkaui sempadan bangsa dan umur...
Kalaulah kita tidak berubah.... kita tetap dengan sikap lama masyarakat kini..tak bagi seat... duk main henset dengar lagu guna headset sampai terpekik terlolong gegendang telinga sebab nak pecah pasang kuat sangat demi tak mahu dengar permintaan pakcik makcik nak minta seat.... Dah berapa banyak perkara negatif yang kita sebarkan kepada orang sekeliling, anak-anak kecil... dan pandangan pakcik makcik tu kat kita... Secara tak langsung, perkara negatif kita dah sebarkan kepada masyarakat... Kerana kita.....kerana kita bang oi..kerana kita adik manis oi... bukan Najib, bukan menteri... kita!
Jadi, bermula dengan bas dan keretapi.... kita ambil contoh yang baik dari masyarakat UK.... kita belajar korbankan seat kita untuk mereka yang memerlukan... Semoga sesape yang cuba dan telah buat... agar dirahmati Allah dalam hidupnya... aminn...
Tiada sikap ingin membantu.. baru-baru ni saya terkena :(
ReplyDeleteApalah salah tolong 'tahan'kan sekejap pintu lift tu untuk kita masuk tapi dibiarkan kita terkial-kial yang sedang tolak troli ni. Boleh dia pandang kita tanpa rasa bersalah.. Aduhai.. sedihnya.. tak gentleman langsung.
Susah ke nak ucapkan terima kasih pada kita yang dah tolong 'buka'kan pintu bank, yang masuk tu pulak lelaki Melayu. Kebetulan saya bukakan pintu untuk orang yang lebih tua tapi diambil kesempatan oleh mamat tu.. ggrrrr... geramnya rasa.