Pages

Thursday, November 10, 2016

Tariff Eletrik dan Air Terkini | Petua Nak Jimatkan Bil

Ramai dari kita nie suka guna je tanpa tahu berapa tariff terkini eletrik dan air kan? Sape yang kat sini akan cek tariff terkini sebelum nak guna banyak mana letrik dan air... sila klik like dan share!! He he.. Ok... sini aku akan bagi senarai tariff terkini bil air dan letrik supaya kita tahu banyak mana nak guna..senang nak bajetkan penggunaan letrik dan air.

Ok.. letrik... Penggunaan mengikut per kilowatt... Tariff terkini yang dikemaskini untuk penggunaan domestik (Tariff A). Boleh cek di laman web rasmi TNB :

Untuk permulaan 0 - 200 kWh                        :       0.218 sen per kiloWatt
Untuk 100kWh seterusnya (201 - 300 kWh)  :        0.334 sen per kiloWatt
Untuk 300kWh seterusnya (301 - 600 kWh)  :        0.516 sen per kiloWatt
Untuk 300kWh seterusnya (601 - 900 kWh)  :        0.546 sen per kiloWatt
Untuk selepas dari itu (901 kWh dan ke atas) :        0.571 sen per kiloWatt


Untuk air pulak.... tariff dia berdasarkan berapa meter padu (m3) yang kita gunakan sebulan... Untuk domestik juga. Sumber dari laman web SYABAS:

Untuk 0 - 20 m3           :    RM 0.57 per m3
Untuk 21 - 35 m3         :    RM 1.03 per m3
Untuk 35 - seterusnya  :    RM 2.00 per m3


Jadi.. gunalah secara bijaksana... kadar bil macam tu... so, kalau nak jimat, pandai-pandailah gunakan letrik tu... Contohnya bil letrik.... kadar permulaan dari 0 - 200 kWh kan murah lagi... so, gunakan sepenuhnya kelebihan itu sebaiknya... gosoklah baju korang banyak-banyak setiap awal bulan selepas dapat bil bulan lepas... akhir bulan kurangkan penggunaan alat eletrik yang banyak guna letrik... dan sebagainya...

Sebenarnya kita boleh bajet bil letrik dan air kita... daripada kadar tariff nie lah... Boleh bajet berapa kWh sehari kita guna (purata) dan cuba darab untuk sebulan... simple math...terus dapat anggaran bil kita bulan-bulan... rasa nak jimatkan lagi.. cuba kurangkan mana-mana yang tak patut... Contohnya...macam setkan timer untuk aircond ketika tidur... takdela pasang aircond sampai bangun pagi baru tutup.. tu kalau bangun... kalau jenis kelawar.. tidur sampai tengah hari... kan sejuuuk ada aircond.. tak perasan terlajak sampai tengah hari... average aircond guna letrik 1kWh setiap jam.. Jadi... gunalah matematik..

Bil korang, korang yang bayar... tapi oleh kerana dengan keadaan ekonomi kita sekarang... mesti ramai yang nak berjimat cermat kan... Salah satunya... berjimat cermat la dalam penggunaan letrik dan air kita... Mana tahu, dari penjimatan tu, korang boleh beli hadiah anniversary setiap tahun.. :) 

P/S: Kalau entri nie membantu, sila klik LIKE dan SHARE kepada kawan-kawan! Thanks!

No comments:

Post a Comment

Silalah komen, jika mahu share entri ini,dipersilakan..Janji letak backlink yer... Terima kasih kerana sudi membaca entri ini..:)