Pages

Monday, January 2, 2017

Kawan atau Sahabat

Ada sesetengah dari kita nie ada ramai kawan.... ramai sampai tak terkira... kalau dalam FB tu...sampai penuh limit jumlah kawan...siap bukak akaun kedua dan ketiga lagi sebab ramai sangat.... Hebatnya orang tu kan sebab ramai orang nak berkawan dengan dia.... Tapi...adakah kawan yang ramai itu sahabat?....

Ramai kawan tak semesti bahagia... tak semestinya senang... tapi ramai sahabat pasti hidup kita tenang... Apa maksudnya nie? Apa yang aku merepek kerepek mengarut dan mencarut nie? Perkara nie, bila kita alami dengan sendiri...ita akan faham... Faham bukan setakat di bibir... tapi tertusuk dalam dalam hati dan sanubari....Kita akan jadikan sebagai teladan dan tauladan dalam hidup kita....:)

Kawan..... time kita senang, datang macam semut.... Kita ibarat gula... tak perlu nak panggil hoi sana hoi sini....mereka datang dengan sendiri.... Cakap penuh puji sampai kekadang lupakan Tuhan Maha Terpuji... Cakap penuh mesra dan gembira bagaikan hidup tiada masalah... 

Tapi bila datang kesusahan dalam hidup kita.... tetiba kita akan rasa sunyi... kawan beribu riban tu tetiba hilang macam tu saje.... Hilang tak kelihatan bagaikan batu dilempar ke gaung dari puncak gunung... Sepi..... kita tegur dan sapa tapi semua macam tak kenal kita... Senyum seketika hanya nak menjaga hati kita kononnya.... Kita yang dalam kesusahn pun rasa segan nak meminta tolong... kerana dari awal sudah menarik muka dan telinga... Kalau mereka boleh ghaib seketika, rasanya mereka akan gunakan kuasa ghaib tu nak mengelak dari kita... Itulah kawan yang beribu umpama buih sabun yang ditiup... Sekejap sahaja pecah di udara...

Tetapi sahabat lain pula ceritanya... tak sempat kita nak bercerita, hanya melihat dari kesugulan wajah sudah sibuk mereka bertanya mengapa dan kenapa... mencari solusi tanpa mengira masa dan ketika... Memberi sokongan moral dan mental walau diri sendiri tidak terurus.. Tapi kerana memahami kita dalam kesusahan, diikhtiarkan juga walaupun sekadar memberi secawan kopi..penenang diri ketika gundah gulana....

Dari kawan beribu, sahabat hanya sepuluh... dari segerombolan, sahabat hanya dua tiga kerat... Tidak rugi jika kawan yang sedikit... tetapi amat rugi jika sahabat tidak ada langsung dalam friendlist kita yang sakit... 

Bila ujian susah datang melanda, baru kita tahu siapa kawan siapa sahabat.... Kawan datang bila kita hebat... sahabat datang bila kita merempat... Kawan hilang ketika kita merempat, sahabat kekal rapat bila kita kembali hebat... Susah senang tiada ertinya bagi sahabat yang akrab... mereka bersama kita kerana kita, bukan kerana kesenangan dan populariti...

Sahabat adalah nikmat.... Sahabat boleh jadi ahli keluarga... Tapi ahli keluarga tidak semestinya menjadi sahabat... Ramai orang sekeliling sekadar kawan... Golongan lawan buruknya apetah lagi... Mereka datang dan pergi menumpang kesenangan, tapi tidak akan bersama berjuang mengharungi kesusahan.... Hanya sahabat sahaja yang akan mengharunginya... Ibarat Saidina Abu Bakar.. Contoh sahabat sejati....

2 comments:

  1. betul tu tuan. kita perlukan sahabat dalam hidup ni. nice sharing. jemput baca entry terbaru di blog saya

    http://dotneeda.blogspot.my/2017/01/tanda-tanda-barah-usus-yang-perlu-kita.html

    ReplyDelete
  2. betul tu, ramai kawan pun bukannye jenis sahabat..kalau kata sahabat sorang dua yang betul2 ada masa susah senang...

    ReplyDelete

Silalah komen, jika mahu share entri ini,dipersilakan..Janji letak backlink yer... Terima kasih kerana sudi membaca entri ini..:)