Babi! Babi! Babi! Bukan aku nak menyumpah korang... tapi ada seekor haiwan yang sangat popular di dunia ini iaitu BABI... Haiwan nie popular bukan sahaja di mulut korang... tetapi juga popular di badan korang... ada yang melekat di badan, ada yang melekat di muka... ada juga dah masuk perut dan menjadi tinja-tinja di dalam mangkuk tandas yang juga kemungkinan melekat sisa-sisa babi....
Astaghfirullah.... kenapa nie kan? asyik sebut babi je dari tadi.... Aku boleh je nak sebut khinzir...boleh je nak sebut (Peppa) Pig... Boleh je nak sebut ba aliff ba ya.... tapi tak syok la kawan..... tak rasa feeeel..... Kene sebut perkataan asas gak.... BABI. Baru tertusuk di hati sanubari kita nie....
Babi ada di mana-mana..... di dalam hutan mahupun di dalam pinggan.... Hampir kesemua produk yang ada di sekeliling kita nie.... ada unsur babi. Kalau korang cek di bahan produk... memang la dia tak tulis...
Ingredients: Sellulose, BABI, bla bla bla bla...
Memang la tak tulis secara terang macam tu.... kalau tak kita pun tak nak beli kan?? Betul tak? Jadi nama BABI tu ditukar mengikut bahagian atau produk akhir dia.... Contohnya PORK, LARD, PORCINE, GELATIN (kebanyakan dari babi), COLLAGEN (Pun banyak dari babi) dan lain-lain...
Ada yang guna kod-kod.... Ingat tak pernah keluar isu kod E471...E472.. dan sebagainya... Contoh E471 dan E472... itu dari sumber TULANG BABI... Contoh kod-kod lain yang bersumberkan BABI adalah seperti di bawah:
Cuba cek di produk-produk anda.... Makanan, kecantikan, bahan cucian, berus, dan sebagainya.... Aah..lecehnya la nak cek satu-satu... Hati-hati... jika kita cakap macam tu... itu maknanya dalam diri tidak ada iman... Hati-hati kawan.... hati-hati.... Halal itu penting kerana melibatkan iman... Dari makanan halal akan membentuk tubuh badan kita yang bersih, dari kita yang bersih lahirlah anak yang bersih... Jika dalam diri kita sudah ada makanan HARAM... ada BABI... ada kekotoran... Nauzubillah....
Oleh itu, kita sebagai umat ISLAM perlu menangani masalah ini... Bagaimana nak mengenal pasti dan menghindari dari diri kita termakan makanan atau menggunakan produk harian kita yang ada unsur yang tidak halal....
Cara yang paling senang, kita belilah produk buatan muslim kan? Seorang muslim akan membuat sesuatu produk bukan sahaja halal bahkan disertakan dengan iman dan takwa... Peratusan untuk seorang muslim menggunakan barangan TIDAK HALAL di dalam produknya bergantung kepada iman dan takwa dia sendiri.... Walaupun produk muslim itu masih belum ada LOGO HALAL JAKIM kerana prosedurnya yang ketat, tapi jika kita pasti itu produk muslim...kita beli kan?? Contohnya... keropok lekor di kampung... Mana ada logo Halal JAKIM tapi kita beli sebab kita tahu yang membuat itu muslim... kan? Haaa... macam tu la maksudnya...
Sebab itulah maka wujudnya MUSLIM TRADE HOUSE (MTH).... Pihak MTH akan mengumpulkan produk-produk muslim di seluruh Malaysia, untuk dipasarkan ke seluruh negara. Segala produk muslim yang menyertai kami akan mendapat logo kami iaitu logo MTH dan dari logo itulah pelanggan akan dapat mengenal pasti produk itu adalah produk muslim.. Perlu ingat di sini... Pihak MTH tidak mengeluarkan Sijil HALAL...tapi mengeluarkan logo yang menunjukkan produk itu adalah PRODUK MUSLIM... 100% MUSLIM.
Pihak MTH bergerak memberi penerangan kepada masyarakat melalui beberapa cara. Salah satu yang sedang aktif bergerak ialah melalui SEMINAR PERNIAGAAN MUSLIM (SPM). Seminar akan berlangsung di beberapa lokasi di dalam negara dan peserta seminar hanya perlu membayar sebanyak RM10 sahaja untuk biayaan dewan dan sedekah kepada Maahad Tahfiz.
Untuk mendapatkan informasi lanjut tentang Muslim Trade House (MTH) atau seminar, korang boleh menghubungi EN. AHSAN (011-1697 4697).
bahaya ni. semua babi
ReplyDeleteSalam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :)
ReplyDeletelani byk produk yg ada bahan terlarang nih
ReplyDelete