Pages

Friday, June 9, 2017

Apa Fungsi Iklan | Kuasa Iklan Melariskan Jualan Produk


Ramai orang kita salah faham tentang iklan. Iklan hebat tidak semestinya jualan produk anda mencanak naik serta merta. Iklan yang bagus tidak menjaminkan kejayaan perniagaan anda. Iklan yang ohsem tidak menjanjikan bulan dan bintang. Tapi kenapa perlu iklan? 

Iklan sangat penting untuk strategi marketing pasaran produk kita. Sesetengah owner produk salah anggap tentang apa itu iklan dan kaitannya dengan peningkatan jualan produknya. Saya sebagai salah seorang speaker Seminar Perniagaan Muslim, sekarang akan berkongsi sedikit ilmu tentang apa itu sebenarnya iklan.

Iklan terbahagi kepada dua jenis iaitu iklan secara offline dan online. Iklan offline nie termasuk iklan di suratkhabar, billboard, hands out dan lain-lain. Tapi orang kita sekarang lebih popular dengan iklan online. 

Iklan online nie lah yang selalu korang dengar iaitu FB ads, Google ads, Insta ads, dekat blog (yg macam saya buat di blog ini), website, dan lain-lain. Tapi ramai yang salah anggap apabila mereka buat iklan. Yes, iklan yang hebat selalunya mendatangkan pulangan jualan yang hebat... Tapi TIDAK SEMESTINYA.

Apa itu iklan? Tujuan iklan ialah memperkenalkan produk kita kepada orang ramai. Orang ramai yang melihat iklan kita itu adalah bakal prospek kita. So, fungsi iklan sebenar ialah...mewar-warkan produk kita kepada bakal prospek dan memberitahu kepada mereka bahawa kita SUDAH ADA DI PASARAN dan PRODUK ITU WUJUD. Orang panggil AWARENESS.

Adakah bakal prospek itu akan tertarik dengan produk kita? Adakah mereka akan contact kita? Itu bergantung kepada banyak perkara iaitu copwriting, gambar, dan target audiens. Jika semua elemen itu kena, maka akan berlaku contact di antara bakal prospek dan anda. Maka berlaku la PM atau DM...

Adakah mereka akan menjadi pelanggan? Tiada jaminan. Yang menjadikan peratusan bakal prospek bertukar menjadi pelanggan bertambah ialah "closing" anda semasa berlaku contact antara mereka dengan anda. 

Sebab itu, bagi mereka yang betul-betul serius hendak berjaya dalam perniagaan produknya, mereka tidak berkira dengan platform IKLAN. Mereka akan memilih seberapa banyak platform iklan mengikut kemampuan owner produk tersebut. Ada satu lagi platform yang LEBIH POWERFUL bagi meningkatkan pasaran produk anda iaitu WoM.

Apa itu WoM? Nanti bersambung di lain entri... he he. So, kalau tak nak terlepas, follow blog nie, atau follow FB Page saya: Wacanaku.. 

P/S: Sekarang ada promosi pengiklanan di blog saya. Jika berminat, PM saya di FB page...:)

No comments:

Post a Comment

Silalah komen, jika mahu share entri ini,dipersilakan..Janji letak backlink yer... Terima kasih kerana sudi membaca entri ini..:)