Hidup ibarat sekuntum bunga |
Bila seseorang berlaku kesempitan wang... kerja takde atau kerja
xcukup bajet... Bukan boros, tapi memang xcukup. Orang lain boleh beli
baju 5-6 pasang sebulan.... Yg si marhaen nak beli sehelai setahun pun
kene puasa sunat terpaksa 1-2 bulan. Tu pun boleh beli dekat pasar malam
atau pasar karat jer... Atau mungkin tetap xboleh beli apa-apa...
Sekdar cukup makan dan minum lebih kurang untuk elak dari kebuluran.
Jika bujang, mungkin kurang sedikit tekanan.. Jika dah berkeluarga... Tanggungjawab sekeliling terlampau banyak... Mak ayah di kampung... keluarga mertua... Kita sebagai anak dan menantu.... nak tak nak kena hulur jugak kan...
Anak bini pun nak makan... Bila anak mintak nak tu nak ini... kene beli
juga..kalau tak menangis sehari suntuk... Bayar bil-bil... rumah
sewa... loan kereta... loan motorsikal...Bayar yuran sekolah..
Perubatan.... Banyak kos kehidupan kena tanggung... Berusaha? Dah lebih
dari usaha... Sampai terseksa kesihatan si empunya badan. Hati tisu? Tak
kuat? Silap-silap yang banyak cakap tu kalau berada dalam situasi si
marhaen, mungkin terus bunuh diri barangkali (Astaghfirullah) ... Cakap
senang, sekadar lidah bergerak.. Yang merasa perlu tanggung bebanan
emosi perasaan dan sakit badan.
Nak salahkan nasib? Bukan jenis
mengadu domba... Jika nak menyalahkan, baik balik rumah duduk tengok
rancangan drama tv melayu.. Lebih banyak pendoktrinan aduan domba
menyalahkan nasib mengeluh kasih... Realiti tak sama seperti drama TV...
mereka berlakon. Hari ini menangis, esok berjoget di kelab.
Di
mana silap? Tiada silap... Semuanya ujian dunia... Ada yang berjaya, ada
yang tidak. Ada yang kaya, ada yang tidak. Berjaya tidak semesti
bahagia, Kaya tidak semesti hidup tenang... Miskin tidak semesti
susah... Gagal tidak semesti pengakhiran dunia... Kene faham tu.
Si marhaen? Teruskan kehidupan walaupun susah dan payah.... Asalkan
bahagia bersama keluarga... Makan ikan goreng dikerat dua... Berkongsi
bersama anak dan isteri... Itu tetap rezeki dariNya... Asalkan Halal,
bukan datang dari yg haram. Makan lobster tapi hasil dari yg haram...
Apa guna. Baik makan kangkung dari longkang belakang rumah... Lagi
bersih.
Ok, berhenti sejenak....tarik nafas dalam-dalam.... Dan
cuba bayangkan itu adalah kita... Realiti ini ramai yg terlepas
pandang... Selalu duk pandang stereotaip orang yang gaji cukup makan
kemudian boros berbelanja... Tapi cuba kita alih pandangan kurang enak
kita... pandang golongan nie...
Cuba bayang.... ujian si marhaen
amatlah berat... Ditambah pulak ujian dari orang sekeliling... syarikat
tak bayar gaji... Atau bayar gaji lambat... Segala kemudahan ditarik...
Betapa seksanya si marhaen nak cari pendapatan tambahan semata-mata NAK
HIDUP!
Golongan BOS BOS yang kaya takpe la.... Golongan yang
memang cukup makan...pun ok.. Mereka tidak akan faham...walau di mulut
cakap "SAYA FAHAM KEADAAN ANDA"... Kefahaman mereka hanya berada di
peringkat permukaan air sedangkan realiti seorang marhaen... Sedalam
lautan pasifik yg gelap tak nampak dilihat dgn mata kasar....
Jika direnungkan... Siapa yang kuat? Siapa yg sabar? Siapa yg berhati
kental? Bukankah si marhaen tadi? Jadi, siapa kita nak menepuk dada kata
kita berjiwa kental sedangkan ujian digigit semut pun dah disuruh masuk
hospital, Diminta layanan VIP oleh doktor pakar?
Sempena bulan puasa nie..... Fikirkan dan renungkan...
No comments:
Post a Comment
Silalah komen, jika mahu share entri ini,dipersilakan..Janji letak backlink yer... Terima kasih kerana sudi membaca entri ini..:)