Pages

Sunday, September 29, 2019

Kandungan Dalam Jerebu | Fakta Bukan Auta


Tahukah anda bahawa di Malaysia, kita ada satu lagi musim iaitu musim jerebu? Yup.. Jerebu dah macam musim di Malaysia. Setiap tahun pasti ada datang musim jerebu akibat dari pembakaran hutan terbuka di negara jiran. Jerebu sangat merbahaya untuk kesihatan. Tahu tak kenapa? Jom kita selongkar apa yang ada dalam kandungan jerebu.

Jerebu ini juga dipanggil kabut asap di negara jiran. Dalam jerebu, ada habuk, debu, asap dan lain-lain zarah yang mencemarkan udara. Dengan lebih tepat, antara kandungan dalan asap jerebu ialah gas sulfur dioksida, karbon monoksida dan lain-lain. Zarah-zarah halus ini bertindak balas dengan udara dengan hasil tindak balas kimia kompleks menghasilkan titisan asid sulfurik. Titisan asid sulfurik inilah yang menghalang pandangan seakan kabus di udara. Tindak balas ini ditambah lagi dengan kehadiran cahaya matahari, dan tahap kelembapan udara (relative humidity).

Kesemua faktor menentukan tahap pengurangan pandangan kita, jadi ukuran semakin tebal seakan kabus, semakin kuat jerebu adalah tidak 100% tepat atas kebergantungan semua faktor tadi. tetapi, untuk ukuran mudah bagi kita orang biasa, ia boleh diguna pakai. 

Jerebu boleh meliputi sehingga beribu-ribu kilometer jauhnya dari sumber asal datangnya asap jerebu tersebut kerana saiz zarahnya yang lebih kecil berbanding zarah asap kenderaan atau asap kilang yang lebih besar saiznya. Saiz zarah jerebu diukur lebih kurang 2.5 mikron manakala zarah asap kenderaan atau kilang hanyalah 10 mikron. 

Bahayanya jerebu kerana zarahnya yang lebih kecil boleh diresapi oleh sistem pernafasan manusia, sekaligus membahayakan paru-paru dan kesihatan badan kita. Berbeza dengan asap kenderaan dan kilang, oleh kerana saiz zarahnya yang lebih besar, ia tidak mudah diserap ke dalam sistem pernafasan, selalunya berjaya dihalang oleh sistem perlindungan badan kita bermula dengan tapisan di hidung (bulu hidung).

Sebab itulah, semasa jerebu, kita dinasihatkan supaya memakai topeng udara yang boleh menapis udara dengan baik. Kepada mereka yang ada penyakit asma, dinasihatkan memaki topeng sentiasa jika berada di luar rumah kerana kecenderungan untuk mendapat asma adalah tinggi akibat dari zarah kecil yang ada pada jerebu itu. 

Elakkan aktiviti luar semasa musim jerebu, dan banyakkan minum air kosong supaya membantu tubuh badan mengeluarkan zarah tercemar yang memasuki badan kita. Banyakkan makan makanan yang berkhasiat bagi membantu sistem imunisasi badan melawan kehadiran zarah bendasing dan jika sakit berlarutan, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan sewajarnya.


Thursday, September 26, 2019

Sewa Industrial Chiller | Water Cooled Chiller

Sewa Chiller
Khidmat sewa Industrial Chiller untuk anda. Biasanya untuk sesuatu bangunan yang besar, ia menggunakan sistem chiller untuk pendinginan seluruh bangunan. Apabila ada masalah chiller, aircond tidak akan berfungsi dengan baik dan memberi kesan kepada seluruh bangunan. Jangan risau, anda boleh sewa chiller dengan kami.

Water Cooled Chiller
Chiller ada dua jenis iaitu Air Cooled Chiller dan Water Cooled Chiller. Kedua-duanya boleh disewa dan kami memang mempunyai stok yang banyak, terutama air cooled chiller. Untuk water cooled chiller, biasanya disertakan dengan cooling tower. Kami juga menyediakan khidmat sewa cooling tower jika diperlukan. 

Keistimewaan chiller kami ialah, sudah dipakejkan dengan kesemua fungsi. Hanya perlu sambung "hose" dan paip kepada tangki air dan pump air anda untuk disalurkan ke AHU. 


Untuk water chiller pula, sudah disertakan dengan "enclosure" yang membolehkan water cooled chiller kami diletakkan di luar bangunan,tanpa perlu diletakkan di dalam bilik chiller anda. Penyelesaian sementara anda untuk sistem pendinginan tanpa perlu mengalih chiller asal anda untuk dibaiki atau diservis. 

Apa tunggu lagi, hanya perlu menghubungi kami di talian:

019-243 8610 (Whatsapp atau Call )

Kami boleh menghantar sewa chiller kami ke seluruh Malaysia. Satu lagi keistimewaan chiller kami, kami mempunyai low temperature chiller juga.

Selain sewa chiller, kami juga mempunyai sewa AHU, sewa engine driven water pump dan sewa aircond packaged unit. 

Apa tunggu lagi? Hubungi sekarang dan kami akan selesaikan masalah sistem pendinginan bangunan anda untuk sementara waktu. Nak sewa setahun? Sangat dialu-alukan.

Tuesday, September 24, 2019

Tips Penting Sewa Khemah | Sewa Kanopi

Marquee 6m transparent
Ramai yang nak sewa khemah atau kanopi untuk kegunaan majlis seperti majlis kesyukuran, majlis perkahwinan, majlis perayaan dan lain-lain. Tapi ramai yang sekadar tanya dan dapatkan harga sahaja, kan? Di sini saya nak bagi tips bagi yang nak sewa kanopi atau khemah yang terbaik untuk anda.

Jenis Khemah
Ada pelbagai jenis khemah yang boleh disewa dan berbeza harga. Ada sesetengah pelanggan tu dalam kepala dia duk bayang khemah lain, tapi disebabkan salah guna nama khemah, diapun dapat harga mahal. Terus tak jadi beli. Pastikan saiz dan jenis khemah yang betul mengikut kesesuaian majlis anda. Ini beberapa nama khemah dan saiz yang perlu anda tahu.
  • Khemah Arabian 10 x 10 (3 meter x 3 meter)
  • Khemah Arabian 10 x 20 (3 meter x 6 meter)
  • Khemah Arabian 20 x 20 (6 meter x 6 meter)
  • Khemah Piramid (Bumbung berbentuk seakan piramid)
  • Marquee Tent (Khemah berbentuk A)
Marquee tent
Untuk marquee tent, selalunya harga lebih mahal berbanding khemah arabian atau piramid. Kelebihan marquee tent ni, ia boleh disambung-sambung mengikut saiz keluasan yang anda mahu. Kalau khemah arabian, kita boleh letak sebelah menyebelah tetapi bumbungnya lebih rendah dan jumlah kaki khemah yang banyak. Marquee tent lebih tinggi dan tiada kaki yang banyak, boleh disambung antara satu sama lain.

Saiz marquee tent ditentukan saiz lebarnya. Antara saiz yang ada ialah lebar 6m, 10m, 12m, 15m, 20m, dan lain-lain. Untuk panjangnya, setiap satu marquee tent panjangnya 5m, dipanggil blok. Contoh kalau anda nak saiz marquee 10m x 20m, jadi kami akan berikan marquee saiz 10m lebar dengan jumlah bloknya adalah 4 unit. 

Jenis tiang khemah pun ada perbezaan harga. Ada yang menggunakan tiang lebih halus yang biasanya diperbuat dari besi, dan ada juga menggunakan tiang aluminium yang lebih kukuh dan tebal. Biasanya untuk majlis kesyukuran dan keraian, khemah yang ditawarkan hanyalah khemah besi, untuk program yang lebih besar seperti Karnival Jom Heboh atau MAHA, khemah aluminium banyak digunakan. Harganya memang tak sama.

Scallop dan Underlayer
Ada pelanggan tu dia nak khemah kosong tetapi semasa dia dapatkan harga, kami berikan harga beserta scallop dan underlayer kerana tidak cukup info atau sudah terbiasa dengan harga pakej. Jika anda inginkan khemah kosong, sila nyatakan dengan jelas. Sama juga dengan marquee tent, jika tanpa scallop dan underlayer, harganya sangat berbeza kerana kain yang digunakan untuk membuat undelrayer sudah ditempah khas mengikut saiz khemah, bukan sekadar gantung siap.

Scallop dan pole liner (balut tiang)

Underlayer (cover bumbung)

Chandelier
Lampu chandelier selalu sudah dimasukkan dalam harga pakej tetapi kadang-kadang pelanggan tidak mahu lampu chandelier, nak yang biasa sahaja. Sila nyatakan dan harga akan berubah. Chandelier menampakkan gah dan prestij majlis anda. Tapi ada yang hanya sekadar nak khemah biasa sahaja. Kami senantiasa mahukan majlis anda nampak hebat, selalu diingati dan luar biasa. Jika anda nak yang biasa, baru kami berikan yang biasa saja.

Lampu chandelier

Kenapa A bagi murah, B mahal?
Ada sesetengah hanya memberikan khemah sekadar khemah. Jika anda mahukan yang itu, boleh daaptkan yang paling murah. Tapi jika anda mahukan khemah yang cantik, hiasan yang puas hati, cara pemasangan underlayer dan scallop yang kemas dan menarik, lampu chandelier yang cantik, menampakkan kekemasan dan hiasan menarik sesuai dengan kehebatan anda, itulah yang membezakan harga khemah. 

Ketebalan kanvas khemah juga berbeza. Jika yang lebih tebal, biasanya harga lebih mahal. Jika kanvas lebih tebal, rasa bahang panas yang menembusi kanvas kurang daripada kanvas yang nipis. Jadi, orang yang datang ke majlis anda akan rasa lebih selesa.

Dan antara faktor lain yang perlu anda ambil tahu ialah jenis kerusi, jenis lapik meja, jenis meja, dan bermacam lagi. Semuanya memainkan peranan. Pengusaha khemah selalu dah siapkan harga dalam pakej tetapi itu cuma panduan asas atau promosi dari mereka sahaja. Jika mahukan mengikut selera anda, boleh berbincang dulu, baru dapatkan harga yang lebih tepat.

Nampak tak betapa cantiknya
Jadi, untuk sewa khemah atau kanopi untuk majlis anda, pastikan anda sendiri tahu apa yang anda mahukan. Ini antara faktor penting sebelum anda menghubungi pengusaha khemah:
  • Bajet untuk majlis anda. Jika anda mempunyai bajet yang besar, pastikan memilih kekemasan dan kecantikan, harga sudah pasti bukan paling murah, tetapi tak semestinya paling mahal.
  • Jumlah jemputan. Pastikan jumlah jemputan dan berbincang dengan pengusaha khemah.
  • Ukuran keluasan kawasan majlis. Jika anda pandai mengukur kawasan untuk dipasangkan khemah nanti, ia lebih baik. Tapi jika anda tidak mahir, pengusaha boleh datang dan ukur kawasan tapak anda. Jangan risau. Kedatangan kami tiada caj. 
Kami selalu dapat inkuiri dari pelanggan, mereka mahukan sesuatu yang gah, meriah, besar dan nampak Grand, tetapi bajet sangat ciput dan tak masuk akal. Diharap dengan entri ni, dapat memberi sedikit gambaran tentang khemah dan kanopi. Yang mana nak sewa khemah, boleh la menghubungi saya di nombor ini.

011-1697 4697

Segala kelengkapan khemah, kerusi, mist fan, aircooler, boleh disediakan untuk anda.Hanya perlu wassap atau call ke nombor ini, kita bincang mengikut apa yang anda nak. Kami sudi menerima tidak kira dari individu, syarikat, restoran, masjid, atau mana-mana yang inginkan khidmat sewaan khemah atau kanopi. Yang pasti, servis kami mementingkan kekemasan, keluarbiasaan, dengan harga yang berpatutan.

Sunday, September 22, 2019

Low Temperature Chiller | Sewa Air Cooled Chiller | Water Cooled Chiller

Rujukan gambar : SINI
Tahukah anda bahawa jika syarikat anda atau bangunan tempat kerja anda jika ada masalah sistem penghawa dingin (aircond), boleh diselesaikan masalah tu dengan cara sementara dengan menyewa? Ada yang menawarkan khidmat sewaan aircond, atau semua jenis sistem penghawa dingin di Malaysia. Bukan sekadar sewa portable aircond ( Boleh klik di SINI jika berminat ), atau air cooled chiller biasa, tetapi juga chiller yang menghasilkan suhu negatif (low temperature chiller).

Ada sesetengah kes seperti di kilang chemical, atau dalam industri petrokimia, memerlukan air cooled chiller yang menghasilkan suhu negatif. Tidak banyak syarikat yang mampu memberikan sewaan Low Temp Chiller nie. Jika anda memerlukan sewaan jenis chiller seperti ini,boleh menghubungi ke nombor ini:

019-243 8610 (Call/ Whatsapp)

Mereka boleh menawarkan kapasiti chiller yang besar kerana mereka ada stok yang sangat banyak. Untuk sewaan apa jua jenis chiller termasuk water cooled chiller, pun boleh menghubungi nombor tertera. 

Jika ANDA berminat untuk membuat sewa khemah, sewa sound system, atau apa jua barang keperluan untuk kegunaan event syarikat atau peribadi, boleh ke link ni ---> KLIK SINI

Yang mana memerlukan sewaan genset, bermula dengan kapasiti 40kva dan ke atas, boleh klik ke link ni ---> KLIK SINI

Yang mana memerlukan sewaan engine driven water pump, terutama dalam bisnes perkapalan, maritim, pembinaan, dan pengairan & saliran, boleh klik ke link ni ---> KLIK SINI

Semua entri berbayar untuk tujuan pengiklanan peribadi atau produk anda, boleh menghubungi admin ke link ini ---> KLIK SINI

Saturday, September 21, 2019

Masjid, Ekonomi, dan Sosio Budaya | Projek BMF


Sekarang Malaysia berada dalam satu gelombang baru iaitu gelombang "Buy Muslim First", atau lebih dikenali dengan singkatan BMF. Satu gelombang yang menggalakkan membeli barangan buatan Muslim, iaitu bertepatan dengan apa yang disarankan oleh setiap umat Islam, untuk membeli barangan yang dikategorikan sebagai halalan toyyiban.

Bukan memboikot barangan buatan lain, cuma menggalakkan semua umat Islam di Malaysia untuk menyokong produk buatan Muslim. Muslim ni bukan bangsa. Ia cuma satu perkataan yang melambangkan satu kesamaan untuk semua bangsa, tidak kira Melayu, Cina, India, dan lain-lain yang memeluk agama Islam. Yang menyembah Tuhan yg Esa. Perlu faham konteks "Muslim".

Ramai yang mengatakan projek BMF ini sudah menampakkan bibit-bibit hasil kepada pengusaha produk Muslim. Banyak produk buatan yang sebelum ni agak sendu di pasaran, mula mendapat perhatian. Dengan wujudnya satu group di Facebook, yang sangat aktif, membuka mata ramai pihak yang sebenarnya wujud produk buatan Muslim untuk kategori produk yang sebelum ini tidak diketahui kewujudannya. 

Kurangnya "awareness" berkenaan produk itu mungkin kerana kekangan kewangan untuk memperbanyakkan "marketing", atau sebelum ni kita sendiri yang tidak cakna. Walau apa pun, peningkatan pencarian produk buatan Muslim sudah mula semakin meningkat. 

Tapi, saya merasakan projek BMF ini boleh dipertingkatkan jika adanya sokongan dari pihak masjid. Dengan adanya sokongan dari seluruh masjid di Malaysia, akan menambahkan lagi hasil dan kesan terhadap kedua-dua pihak iaitu penjual dan pembeli.

Masjid di Malaysia bukan beratus bang... Masjid di Malaysia ada berpuluh ribu, mungkin lebih lagi. Cuma tak sampai la 1 trillion. Kalau sampai 1 trillion tu, nampak sangat masjid lebih banyak dari jumlah penduduk manusia di Malaysia.

Dalam beribu masjid yang ada, sebahagian daripada masjid ini ada ruangan tanah yang besar di sekitar masjid. Masjid yang besar biasanya sememangnya ada ruangan yang boleh digunakan untuk tujuan projek BMF ini. Macam mana?

Sediakan satu ruangan tapak jualan khusus bagi produk muslim yang halalal toyyiban di ruangan masjid. Yang mana masjid yang ada dana yang banyak, boleh memulakan satu projek membuat MasjidMart (sebagai contoh), untuk dijadikan sebagai Halal Hub untuk penduduk sekitar.

Segala sewaan dan jualan setiap produk, pihak masjid akan dapat sebahagian keuntungan, untuk kegunaan pembangunan masjid. Pihak pengusaha produk muslim mempunyai tempat untuk menjual dan mempromosikan produknya. 

Bukan itu sahaja, di masjid juga boleh dibuat satu latihan, seminar, atau kursus percuma hasil dari keuntungan sewaan tapak atau bangunan tadi, bagi memberi pencerahan kepada semua pihak, penjual, pengusaha, dan pembeli tentang apa itu halalal toyyiban, bagaimana jual beli dalam islam, ekonomi islam dan lain-lain. Sudah tiba masanya Masjid membuat satu langkah ke hadapan sebagai pemacu perkembangan ekonomi Islam di kawasan serantaunya. Sedarkan apakah sebenarnya maksud makanan halal dan haram. Bukan adanya tertulis "No Pork", terus boleh masuk makan. Ceteknya ilmu anda tentang halal dan haram kalau itulah jadinya.

Ada beberapa contoh Masjid yang sudah membuat beberapa langkah dalam perkembangan ekonomi di kawasannya. Contoh paling ketara, di Masjid Al-Hasanah, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Satu masjid yang perlu dijadikan sebagai contoh. Selalu dihidupkan bukan sahaja untuk tujuan keagamaan biasa, tetapi juga menjadi pusat ekonomi di kawasan Bangi.

Satu lagi yang boleh dijadikan sebagai contoh ialah Masjid Darussalam, Kg. Pasir Bahru, Puchong. Di kawasan masjid ada dobi, dibuat aktiviti penanaman sayur, mempunyai kompleks untuk disewa, hanya menggunakan dana masjid, tidak ada bantuan dari mana-mana pihak. 

Cuba bayangkan, kalau kesemua masjid di seluruh Malaysia, cuba membantu dan mengimarahkan masjid dengan satu usaha untuk memperkembangkan ekonomi negara dengan menyediakan tempat kepada semua pengusaha produk Muslim, sudah pasti ia akan dapat membantu menjayakan projek BMF ini. 

Di zaman dulu, masjid adalah pusat ilmu, pusat pentadbiran, pusat ekonomi, dan pusat penyatuan seluruh umat. Kenapa kita tidak menggunakan masjid sebaiknya? Sambil meningkatkan ekonomi, tingkatkan juga iman semua pihak, menggalakkan sembahyang berjemaah di masjid. Galakkan semua anak muda datang ke masjid dengan aktiviti yang bermanfaat. 

Jom sebarkan dan bawakan agenda ini kepada seluruh Ahli Jawatankuasa masjid di kawasan anda... Bantu masyarakat, bantu ekonomi kita.. platform sudah ada.. ayuh! Bangkitlah!