Monday, August 26, 2013

Masjid Al-Aqsa Sudah Jatuh Ke Tangan Israel?


Ada satu perkhabaran mengatakan bahawa Masjid Al-Aqsa di Palestin sudah jatuh ke tangan pihak rejim zionis Israel... Berita nie sudah terpampang di muka surat pertama di surat khabar Sinar harian (link).... Persoalan saya sekarang...sejauh mana benarnya berita nie??

Sebab.... Satu tanda kedatangan Dajjal ialah rampasan kuasa tentera kafir di Palestin dan Masjid Al-Aqsa ditakluki puak kafirun nie... Dan terbinanya kuil mereka di situ... Adakah benar kita sekarang di zaman era kemunculan Dajjal Laknatullah?

Takut beb... sebab zaman anak-anak dajjal nie pun dah banyak dugaan dan cabaran... Inikan lagi boss besar depa dah nak keluar... Dikatakan Si Dajjal nie akan mengambil masa selama 40 hari sahaja untuk mengelilingi dunia nie, menyebarkan ajarannya yang sesat dan laknat itu... Ramai yang berbalik menyokongnya, golongan yang menentang akan dibunuh dan diseksa... Kebenaran menjadi suatu cerita dongeng sahaja dan kejahilan akan diangkat menjadi satu legenda....

Ditunjukkan nya nanti syurga dan neraka di tangan kiri dan kanannya.... Kalau ikut fikiran moden... mungkin syurga tu ditunjukkan kesenangan jika ikut dia (sedangkan jalan yang dibawa ke arah neraka Allah) ...kesengsaraan jika menentangnya (jalan kebenaran Islam ke syurga Allah).... 

Kita kekadang terlupa... kita risaukan keadaan di negara sendiri jer... Sedangkan muslimin di mana-mana pun sebenarnya adalah saudara kita...saudara seagama... Kita patut mengambil berat dan menolong depa...Bukannya dengar cerita mereka dan tak buat apa-apa macam tengok movie kat wayang jer... 

Krisis di Mesir...Krisi di Syria... Krisis di Palestin... Krisis di Myanmar.. Krisis di Utara benua Afrika..Apa umat islam di negara kita buat? Buat konsert? Buat cerita gosip pasal artis? Masih lagi menyuruh anak-anak menyanyi terlompat-lompat mengejar nama dan glemer? Menuduh orang yang berdiri di jalan Allah itu seorang yang kolot dan bongok? Salahkan pejuang Islam di sana kerana dianggap ekstremis agama? Kita sekarang nie... mendengar rintihan..kesengsaraan rakan seagama di sana..melihat sendiri keadaan kawan-kawan seagama kita di sana...Tapi tak de rasa apa-apa? Zombi sungguh jiwa kita.... Mungkin iniler zombi-zombi yang sudah wujud di Malaysia... Hati kering.. Jiwa miskin dari sifat-sifat baik yang bersuluhkan nur-nur ilahi... Di mana kita berdiri? Bumi ciptaan sendiri?

Harap berita Masjid Al-Aqsa dirampas tu tak betul... Kerana kalau ianya betul... Kita secara sahih sudah berada di zaman Dajjal Laknatullah... Dan ia sememangnya waktu zaman yang pedih dan sengsara bagi umat Islam yang masih belum dicemari kekacauan jiwa akibat kerakusan mengejar duniawi yang melampau ini...  Cukup-cukuplah duk bermacai-macai menuduh dan menuding jari yang kebanyakannya semua tak betul! HellooOOOOooooooo.....Dajjal is coming! Bersediakah kita?

Ada satu link berkenaan khabar ini.... - LINK BERITA

P/S: Sesungguhnya kedatangan Dajjal itu pasti, dan ia akan membawa satu penyakit jiwa... BENCIKAN ISLAM

Wednesday, August 21, 2013

Amukan Peminjam PTPTN Kerana CCRIS | Kenapa Mengamuk?


Semenjak dua tiga menjak nie... Senario di Facebook aku banyak duk citer pasal PTPTN... Ramai yang meluahkan ketidakpuasan hati sampai mencarut-carut dan memaki hamun sebab peminjam PTPTN yang masih belum membayar hutangnya dan disenarai hitamkan.... akan dimasukkan dalam list CCRIS (Tak jadi pun kan?)... Kenapa jadi kecoh sangat? Apa itu CCRIS?

Ok..... CCRIS nie singkatan bagi Central Credit References Information System atau melayunyer Sistem Maklumat Rujukan Sistem Pusat... CCRIS adalah sistem pengkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan... Bagi peminjam PTPTN yang taknak bayar nie... si peminjam itu akan menerima kesan sampingan kewangan yang lain termasuk berkemungkinan tak boleh meminjam wang dari bank lain, sewa beli, kad kredit dan sebagainya..... Maknanya.... Segala urusan melibatkan cubaan berhutang yang lain akan disekat jika korang tak nak bayar loan PTPTN.... 

Sebab tu ramai yang melenting.... sebab nie sebenarnya satu PAKSAAN untuk si peminjam membayar balik hutang PTPTN nya yang dibuat dulu..... Sebenarnya ada bagusnya jugak.... Aku tak de la nak bantah atau nak sokong.... Tapi ada baik dan buruknya..... Pokok pangkalnya..... Semuanya bergantung pada individu tu sendiri la kan..... Antara hujah-hujahnya.....

Dari segi bunga hutang... yang tu aku tak setuju la kan.... kalau kita hutang RM18000.... PTPTN patut suruh bayar balik RM18000 jugak la kan....Takde sebarang kenaikan setiap bulan atau tahun.... Bagi yang dapat result First Class....mungkin boleh di consider sebagai biasiswa sebab kerajinan dan kebijakan dia... Berbaloi bagi duit kat si dia tu.... bagi yang suuuuuusah sangat nak membayar hutang PTPTN dia walaupun dah kerja... Yang bermasalah... Bolehlah dikenakan denda dengan kenaikan jumlah bayaran berpatutan dengan denda yang telah dibuat... Atas kesilapan si peminjam tu sendiri......Lagi banyak masalah si peminjam tu buat walaupun dia sebenarnya mampu bayar... lagi banyak denda la dikenakan... yang mana yang ok... takde denda dan takde bunga.... Ok tak cadangan nie?

Pasal CCRIS tu pulak.... Ok je kalau kita bayar kan? Ke ada sebab lain yang ramai yang membenci? Sebabnya..... Aku fikir camni.... masa nak sign agreement nak terima loan PTPTN tu... Korang mesti dah tahu kan yang PTPTN tu adalah LOAN = PINJAMAN... Korang pinjam duit je kan.... Kirenye korang dah SETUJU NAK BERHUTANG..... So..... Bila BERHUTANG.... WAJIB BAYAR YER....

Kalau tak nak bayar.... baik jangan ambek PTPTN terus.... banyak lagi lubang nak dapatkan duit... Kementerian Pendidikan pun ada biasiswa khas...Biasiswa JPA la....biasiswa agong la... macam-macam....  Syarikat swasta pun ada sediakan biasiswa... Pihak Yayasan pun ada sediakan bantuan kewangan atau biasiswa... Pihak zakat pun boleh bantu kalau takde duit nak belajar.... banyak lubang beb nak bayar pendidikan.... Kenapa PTPTN dijadikan pilihan kalau tak sanggup bayar balik?? Ke sebab nak bermewah-mewah masa belajar?? Atau sebab mudah dan senang nak dapat sebab takde minimum pointer kredit? Sebab nak belajar suka-suka jer sambil berfoya-foya? Satu persoalan dan perlu difikirkan sendiri oleh si peminjam....

Sekadar persoalan ringkas lagi..... Bagi aku.... bagi yang dah kerja.... bayar je la... Apa susah... Dah kata korang berhutang kan.... Tapi kalau tak nak bayar... jangan la sampai mencarut-carut dan memaki hamun sebab tak nak bayar.... Senyap-senyap dah la.... Bila dah sampai surat cinta mahkamah tu... Pandai-pandai la kan.... Tapi tak boleh salahkan PTPTN seratus peratus... Tanya diri tu dulu... Apa niat korang masa pinjam dengan PTPTN dulu... Please... tanya secara jujur dan ikhlas...

Aku dulu pun pinjam jugak PTPTN... Dan dah tahu ia cuma PINJAMAN.... aku cuba apply yang lain jugak... Alhamdulillah dapat JPA... Terguna loan PTPTN setahun jer.... Habis je belajar...terus bayar semua jumlah loan.... Masa nak bayar memang rasa sayang... Tapi lepas dah bayar... Rasa lega beb... sebab dah setel hutang... Kan agama Islam suruh kita mempercepatkan bayar hutang?

Kene ingat...masa nak sign agreement tu.... Kita dah sign... Kita dah setuju dah nak pinjam... kita tahu apa SEBAB dan AKIBAT yang bakal kita tempuhi lepas habis belajar.... Tapi pasai apa lepas tu kita lupa balik apa yang dah kita setuju masa nak ambek duit tu? Logik akal la kan.... Pasai apa nak bising sampai memBABI-BUTAkan di status FB masing-masing..... Komon la kan.....Lepas belajar tinggi-tinggi masuk universiti...takkan pandai bab dalam buku jer...mana pegi kematangan berfikir?

Rasa tak nak bayar.... duk diam-diam... kena blacklist... sila lah bayar... kalau tak keje... tak mampu bayar...buat surat kat PTPTN bagitau keadaan sebenar.... Yang keje kat PTPTN tu manusia jugak.... tulis surat atau jumpa terus dengan depa... Bagi sebab dan mungkin boleh buat arrangement lain.... yang mana mampu.... bayar je la.... Boleh beli tudung beratus-ratus sehelai...boleh beli jeans sampai beratus ringgit... boleh beli ipad...boleh beli tab... takkan bayar PTPTN tak boleh kan.... he he he...

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan... Hendak seribu daya..tak hendak seribu dalih... Pandai terjun ke sungai dalam..pandai-pandailah berenang ke tepian... Bukan nak sokong PTPTN...tapi banyak masalah berpunca dari diri sendiri.... PTPTN memang tak patut ambek bunga... Tapi kita jugak tak patut salahkan PTPTN seratus peratus.... Sebab korang yang SETUJU masa nak ambek duit PTPTN kan... Dah tau kene bayar bunga... kene itu kena ini.. Tapi ambek jugak... So....pandai-pandai la yer... Kalau tak nak anak-anak kita pinjam PTPTN lagi... menabung la dari sekarang.... buat la belanjawan kendiri elok-elok.... Nanti aku sharekan camne nak buat belanjawan kendiri tu...... :)

P/S: Nak harapkan pendidikan percuma... masih panjang perjalanannya... Jangan marah yer...ini cuma pendapat sendiri...tak setuju pun takpe.. Setuju boleh la SHARE kan... :)

Saturday, August 3, 2013

Ucapan Hari Raya Aidilfitri Buat Semua Pembaca WacanaKu...


Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim... Saya (Ahsan @ BroWacana) memohon seribu satu kemaafan kepada yang mengenali saya (sekolah, matrik, univ, bloggers, kerja) di atas segala salah silap sepanjang kehidupan ini.. Semoga Allah memberkati kita semua dan ampunkan lah segala dosa-dosa kita semua...

Jika kami lalai, berikanlah pedoman dan hidayah supaya kembali ke jalan-Mu Ya Allah... Kalau kami lemah... kuatkanlah Ya Allah... Kalau kami berpecah-belah... Satukanlah kami semua Ya Allah... Sesungguhnya kami tidak mahu tergolong dalam golongan yang Kau murkai dan tersesat..... Ya Rabbal Alamin...
 
Kami mengharapkan keredhaan di bulan Ramadhan dengan segala amal ibadat yang telah dilakukan..Moga dengan Syawal, dapatlah kami menyambut kejayaan membendung hawa nafsu dan melipatgandakan pahala di bulan puasa ini.... Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Kepada yang sedang dan akan pulang ke kampung halaman... Hati-hati di jalan raya... Jangan lupa baca doa bawa kenderaan... Sekurang-kurangnya kalau tak tahu pun..Mulakanlah dengan bismillah dengan niat bermusafir.... Rancangkanlah perjalanan...Berhenti seketika kalau dah lalok tu... Berehat di masjid sambil pekena solat sunat dua rakaat pun jadi.. Recharge balik energy...:)

Kepada yang dah berada kat kampung.... Luangkan lah masa lebih kepada mak ayah dan adik beradik... Dah-dah la dengan kawan-kawan tu... Kita cuma ada sorang mak...dan sorang ayah... Time cam nie la kita nak luangkan masa lebih dengan mereka... Tolong-tolong kemas rumah...tolong kat dapur.. tolong ayah di kebun... Paling-paling tidak...berborak, bersantai, dan bergelak tawalah dengan mereka bersama..... Pasti mak ayah rasa bahagia dan senyum gembira...;)

Hidupkan dan suburkan berkat Hari Raya ini dengan cara yang lebih islamik dan barakah...Kurangkan ikutan budaya yang sia-sia macam main mercun dan bersuka-suka melepak dengan kawan di malam raya sampai ke pagi.... Lebih baik kita bergotong-royong bersama keluarga menyiapkan saki-baki persiapan yang ada.. Ataupun beriktikaf di masjid melaungkan takbir raya bersama-sama... Dan yang paling penting... Tunaikan lah Zakat Fitrah.... Wajib ditunaikan...

SHARE lah kepada kengkawan yang korang sayangi... :)