Tuesday, November 12, 2019

Sewa Aircooler | Portable Aircond Seluruh Malaysia

Sedang cari supplier untuk sediakan sewa aircooler, mist fan, atau portable aircond di Malaysia? Boleh hubungi kami. Boleh membuat sewaan untuk perkahwinan, karnival, ekspo dan sebagainya. Harga sewaan bergantung kepada tempoh sewaan.

Sewa aircooler di dewan sekolah
Kami ada sediakan sewa aircooler bersaiz tangki 10L, mist fan, industrial fan, portable aircond 1.5HP, portable aircond 5HP. Perlu ingat, aircooler bukan aircond ye. Aircooler hanyalah kipas yang berkapasiti 9000-10000 cfm tapi mempunyai tangki air di bawah untuk menjadikan angin lebih sejuk berbanding kipas.   

Sewa Mist fan untuk marquee tent
Kelebihan aircooler berbanding mist fan ialah, tiada wap air keluar dan bunyinya lebih senyap. Anginnya juga lebih sejuk jika menggunakan air sejuk dalam tangki. Sangat sesuai untuk majlis yang diadakan di kawasan terbuka. 

Sewa Portable Aircond 1.5HP untuk bilik pengantin
Portable 1.5HP untuk makmal
Aircooler untuk marquee tent

Aircooler

5HP portable aircond
Jika memerlukan penyejukan berhawa dingin, boleh sewa portable aircond. Biasanya digunakan untuk VIP atau di kawasan tertutup seperti event di dalam dewan atau marquee tent tertutup. Kami boleh tolong kirakan kapasiti aircond yang perlu mengikut pengalaman kami.

Boleh hubungi nombor di tertera:

011-1697 4697 (Whatsapp/call)

Khidmat sewa untuk seluruh Malaysia. Transport charge bergantung kepada lokasi majlis anda. Hubungi sekarang untuk inkuiri dan booking.


Saturday, November 2, 2019

Cara Mudah Solat Jenazah | Panduan Ringkas


Cara Solat Jenazah
Apabila ada kematian, akan dilakukan solat jenazah untuk si mati. Solat jenazah ni adalah fardhu kifayah. Maknanya apabila ada kematian di sesuatu kawasan, sepatutnya kita sama-sama mengerjakan solat jenazah bagi si mati untuk meminta keampunan dari Allah swt, atas dasar saudara seagama. Ni juga cara kita bersedekah dan membuat amal kepada masyarakat setempat. 

Tapi tak ramai yang tahu cara mengerjakan solat jenazah dengan betul. Sehinggakan ia menjadi alasan untuk tidak melakukan solat jenazah. Ramai menganggap solat jenazah itu sangat rumit dan susah. Walhal ia senang sahaja untuk dilakukan. Di sini saya berkongsi cara mudah melakukan solat jenazah. 

Apabila ada imam umumkan akan dibuat solat jenazah, bangun dan dirikan saf rapat-rapat.. kalau tak tahu, folo je orang sebelah. Tak kenal jenazah? Jangan sombong.. dia saudara islam kita. Orang muslim. Kosongkan minda, niat nak dirikan solat mintak keampunan untuk dia dan diri sendiri. Dekatkan diri kita dengan kematian, baru timbul rasa insaf dalam jiwa.

PERTAMA: Niat solat jenazah dan Takbiratul Ihram

Untuk niat, perlu tahu jenazah itu lelaki atau perempuan. Biasanya imam akan memberitahu makmum jantina jenazah sebelum memulakan solat. Cara niat solat:

"Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki/perempuan ini empat takbir fardhu kifayah, makmum kerana Allah Taala"

Niat ketika angkat takbiratul ihram dalam hati. Kalau tahu lafaz niat, lafaz sebelum angkat takbir. Lafaz untuk tetapkan niat kita. Bukan wajib. Yang penting niat tu. Jangan time nak solat jenazah pegi niat solat Hari raya... Naya. 

Haa...tu je niatnya. Tak susah pun. Tak perlu nak niat sahaja aku solat jenazah nama sipulan bin sipulan yang aku kenal selama beberapa tahun atau tak kenal pun, bla bla bla.... Ringkas dan padat. Kalau jantina orang tu tengah-tengah macam mana ye?? Sebab tu dalam Islam melarang dari awal penukaran jantina. Banyak kemaslahatan timbul di kemudian hari. 

KEDUA: Baca Al-Fatihah

Takkan al-fatihah tak tahu kan? Jangan pula lepas takbiratul ihram tu, pegi baca " Al-faaaatihah". Baca surah Al-fatihah macam solat biasa. Lepas habis baca, angkat takbir kedua.. Allahuakbar

KETIGA: Selawat ke atas Nabi

Lepas angkat takbir kedua tadi, terus selawat ke atas nabi. Cara ringkas macam mana?

"Allahumma Solliala Saiyyidina Muhammad. Waala Aali Sayyidina Muhammad"

Dah. Simple kan? Jangan bantai nasyid selawat ke atas nabi, selawat ke atas rasul... Selawat biasa je. Cuma bagi yang ingat, boleh diteruskan dengan selawat Nabi Ibrahim yang selalu dibaca ketika tahiyyat akhir tu. 

Lepas selawat ke atas nabi, angkat takbir ketiga, Allahuakbar

KEEMPAT: Doa ke atas jenazah

Doa untuk jenazah bukannya doa nak kaya, nak cantik, nak kereta bagai.... Cuma doakan mintak keampunan dari Allah.

"Allahummaghfirlahu warhamhu Wa'aafihi wa'fu anhu" - Jenazah lelaki

"Allahummaghfirlaha warhamha Wa'aafiha Wa'fu anha" - Jenazah Perempuan

Maksudnya: "Ya Allah, ampunkan dosanya, rahmatilah dia, afiatkan dia, maafkan segala kesalahannya"

Dah. Habis baca tu, angkat takbir keempat. Allahuakbar.

Kalau nak lebih, baru belajar doa yang lagi panjang. Untuk ringkas peringkat awal, cukup setakat tu.

KELIMA: Doa selepas takbir keempat

Yang ni biasanya ramai tak tahu. Masa awal-awal dulu, ustaz ada bagitau, yang mana tak ingat doa ni, boleh sekadar diam sahaja. Tunggu imam bagi salam. Jika tahu, boleh baca doa ni:

"Allahumma La Tahrimna Ajrahu, Wala Taftinna ba'dahu, Waghfirlana walahu" - Jenazah lelaki

"Allahumma La Tahrimna Ajraha, Wala Taftinna ba'daha, Waghfirlana walaha" - Jenazah perempuan

Maksudnya: "Ya Allah, janganlah Engkau mencegah kami mendapatkan pahalanya, jangan Engkau datangkan keresahan kepada kami  sesudahnya, ampunilah kami dan si mati"

Habis baca tu, bagi salam kiri dan kanan. Tak perlu nak usap muka. Lepas tu baca doa sama-sama bersama imam. Simple? Memang mudah sahaja. Pahala mudah bagi seluruh masyarakat setempat.

Masalah kita ni, benda macam ni malas nak belajar. Senang dan bermanfaat. Ramai sanggup belajar benda yang susah dan lagha. Sanggup habiskan wang dan sanggup menghabiskan masa untuk sesuatu yang tak memberi manfaat kepada masyarakat. Solat jenazah ni sesuatu yang melibatkan masyarakat. Jika ada je kematian, walaupun kita tak kenal, jom ramaikan menjadi makmum untuk solat jenazahnya dan meminta keampunan si mati dan dosa kita sendiri.

Kita kena ingat, kita pun akan mati satu hari nanti. jadi buat apa nak sombong dan angkuh dengan kehidupan dunia. Sebelum jenazah ditanam di perkuburan, kan lebih baik kita sama-sama memberikan khidmat terakhir kepadanya.. Sama-sama jadi orang yang baik-baik.